Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 10 November 2014

MatT2 - Bab1- Nombor Berarah

Nota Ringkas:


Ahad, 7 September 2014

Memancing di Sedeli, Kota Tinggi

Projek menghilangkan tension tugas, chegu ke sedeli, kota tinggi untuk memancing. Gian teramat sangat. Lama dah tak turun kelaut. Kali terakhir adalah 3 tahun lepas. Sejak tu, hanya udang galah je, itu pun sekali. Trip sasaran ikan merah kat laluan kapal kargo, dekat pulau batu putih... selama semalaman je.

① ② Suasana pagi nak balik dah, malam berombak,
sayang nak klua hp takut masuk air.
③ hasil, ikan ungah, mulanya chegu ingat ikan tanda

Dari kluang, chegu dgn pemancing tegar dari batu pahat, dan sorang kakitangan sek. Mereka dah terkenal selalu menghantar artikel ke majalah joran dan juga sisipan bh. Segan ooo sebab mesen chegu jenis budget je,  joran pinjam plaktu. Taklah sampai nak berabis sampai beribu ringgit, cuma sekadar dapat memancing je.

Turun kelaut pun sebab minggu lepas rakan guru telah pegi dan mendapat habuan lumayan, Ikan Merah saiz 2 kilo tu... melimpah ruah hasil, mana tahu dpt rezki yg sama.

Rupa-rupanya sepanjang malam dilambung ombak. Gara-gara tak melihat ramalan cuaca, rupa-rupanya ada amaran angin kencang. Kikiki ... memang berangin je lah, hasil pun kurang, memancing pun arusnya laju. Biasalah ... first timer turun laut johor.

Hasilnya tak banyak, ikan ungah dekat sekilo dan ikan utik saiz-saiz lengan. Ingatkan ikan tanda.

Tapi dgn pengalaman ni, dah tahu skil dan cara tekong, lain kali dah tahu dah nak beli peralatan apa sebab nak sambung memancing sekali lagi hujung bulan ni.


Jumaat, 5 September 2014

Projek Mural Matematik

Terfikir juga pada awalnya, Mural Matematik?... nak buat apa ye?, Nape tak mural sivik ke?, mural moral ke? Takut takde nilai estetika dan unsur seni dalam mural matematik ni. Projek ni ketua panatia yang rancang. Dia takbleh buat, terpaksa la kita yang buat.

Saja berselfie, ceria anak pelajar nih dapat hp

Cabaran diambil maka dari bulan 4 tahun ni, hanya mampu beli cat dan pelaka je. Macam-macam halangan. Pengetua takbagi cat sebab dah buat projek mengecat balik dinding sekolah.. kesudahannya, tangguh. Tapi bukan kena pun pada kawasan sasaran. Masuk bulan puasa, dan raya pun tak boleh buat kerana pelajar pula yang tak mahu menyertai.

Setelah beberapa bulan, akhirnya minggu ni berkesempatan menganjurkan projek macam dah agak suam-suam kuku. Nasiblah anak pelajar ni sanggup menyertai sebab masanya petang, biasalah tak boleh ganggu masa belajar pelajar.

Konsep yang digunakan pertandingan mengikut tingkatan, 8 orang satu kumpulan, Tingkatan 1, 2 dan 4. Nasiblah hanya tu je. Nak mula kelam kabut sebab masing-masing excited. WARNA chegu bekalkan hanya biru, merah dan kuning, rupanya perlu juga putih dan hitam, nasiblah dah prepare awal2. Peruntukan dari kebitaraan math... senang hati sikit duit takde masalah

① pelajar tingkatan 1 dan 2 baru mula nak melukis
② Pelj ting 2 dah mula mewarna
③ pelj ting 4 di belakang bilik guru matematik
④ Pembantu aka tukang agih warna
⑤ Tingkatan 1 kepanasan, ada yang usaha guna payung
⑥ depan bilik guru matematik. Sini special sikit sebab ada
tambahan bilik guru math chegu minta mereka buat

Terima kasih yang sangat-sangat kepada pelajar yang sama-sama menjayakan projek ini. Kecil hati sikit sebab tiada pun kelibat ketua panatia yang haritu beria-ia nakkab projek ni berjalan... lain kali tak hingin nak tolong anda lagi.

Projek masih berjalan, nanti chegu upload hasil di kalau dah siap.

Khamis, 28 Ogos 2014

Sambutan Kemerdekaan ke-57

Salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia. Sekali lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan kali ke-57. Tahun 2014, banyak yang berlaku peristiwa sedih dan duka... dari kes kedaulatan di bumi sabah sehinggalah terbaru peristiwa pesawat MH17. Malaysia masih bersedih.

Macam biasa, sambutan di peringkat sekolah masih di laksanakan dengan penuh kesederhanaan. Perhimpunan menyanyi lagu kebangsaan mengamit keheningan pagi. Tapi adakah anak-anak murid sekarang sedar akan cabaran sekarang... mereka riang gembira, biasalah sebab tak merasa perit dan pahit kehidupan..


Memang berbeza suasana perayaan kemerdekaan... kala chegu melihat riangnya anak-anak murid sekarang dengan anak murid di jauh pedalaman sabah dahulu memang amat berbeza dan istilahnya-dalam dua dunia berbeza.

Apapun yang diharapkan agar generasi akan datang akan matang kerana keadaan dunia yang canggih dan serba moden sekarang ni, banyak yang perlu dilakukan... tapi apa daya, manusia sekarang dah tak sepakat dan sefahaman macam dahulu... masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing... haiii, apa nak jadi dah

Saja je, bukan nak mengeluh, tapi menyampai perasaan tersirat yang lama terbuku dihati.. Kesian anak murid sekarang kerana tiada dah unsur ikhlas dalam diri, kerana tanggungjawab tersebut hanya diharapkan pada golongan arif agama je. Fahaman sekular masih lagi diamalkan dikala kita dah merdeka 57 tahun. Dulu masa di perantauan, hormat menghormati dan ramah mesra amat terserlah, tapi bila dah di kampung halaman sekarang, nak senyum ikhlas sebagai sedekah pula ditafsirkan pelbagai pekara negatif... aduh susahnya hidup..

Tema dan Logo Hari Kemerdekaan 2014 ke-57 ‘Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ begitulah tema sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Dilihat pada tahun lebih menekankan kepada semangat kecintaan terhadap negara bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat. Difahamkan, tema berkenaan adalah dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.





Poster kemerdekaan dibawah dihasilkan oleh pelajar kelas chegu untuk pertandingan poster di sekolah. Tekun anak didik mencurah idea... tahniah chegu ucap.

Harapan agar keamanan yang dikecapi masih dan akan kekal bertahan.. Selamat Hari Kemerdekaan

Selasa, 19 Ogos 2014

Jom Dengar Ceramah


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Lama juga dah tak jenguk blog ni. Bz benar raya ni, bukan sebab banyak jemputan rumah terbuka, tapi banyak sangat program sekolah... Tahun ni, takbanyak sambutan rumah terbuka, Malaysia masih bersedih... tapi budaya marhaban dari rumah kerumah masih macam biasa.

Em kesempatan ni, nak mengajak la sapa-sapa yang berada di sekitar daerah kluang, untuk sama-sama memeriahkan majlis Ceramah Perdana STK Kluang, bersempena sambutan Jubli Intan Sekolah Chegu seperti yang tertera dalam gambar di atas

Penceramah :
Ustaz Elyas Bin Ismail - panelis program tanyalah Ustaz TV9

Hari :  Khamis malam Jumaat
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 21 ogos 2014
Tempat :  Padang Sk Lelaki Bandar, Kluang Johor.

Em ... sekali-sekala dan julung kali sekolah membuat program besar menjemput orang ramai untuk turut serta dalam majlis ilmu ni. Cuma program macam adhoc sikit, takut publisitinya macam tak menyeluruh, jadi cikgu post kat blog ni, setidaknya adalah usaha nak meramaikan majlis yang diberkati ni.

Macam takde promosi sangat lah... masa pun dah suntuk. Saja sambilan mengajak ummah bersama meramaikan majlis.

Jumaat, 18 Julai 2014

Gempar!! Tragedi MH17

Pagi, 18 Julai 2014 - Terkejut ... Mengapa dugaan banyak berlaku akhir-akhir ini? Terang-terangan pesawat komersil, kenapa ditembak?

Kapal Terbang MAS Berlepas dari Amsterdam Belanda ditembak jatuh di Ukraine berhampiran dengan sempadan Russia membunuh 295 orang. Mungkin pemberontak Rusia.. Sehingga kini masih tidak diketahui siapa yang menembak jatuh pesawat terbabit. Semuanya menafikan. Tiada siapa yang selamat.

Sayu hati. Walaupun tiada seorang penumpang ataupun anak kapal Kapal Terbang MH17 tu yang kita kenal , Namun rasa sedih. Ni negara kita. Berkaitan dengan tanah air kita. Di akhir-akhir ni macam2 jadi belum selesai pesawat #MH370 yang hilang 4 bulan lepas tak tahu keberadaan diorng hidup ataupun mati. Belum boleh tidur lena memikirkan saudara Islam kita di bumi Palestine.

Kini pesawat kita #MH17 ditembak dan terhempas. Banyak sungguh dugaan tahun 2014 ni. Ya Allah kuatkan lah hati kami semua untuk menempuhi dan bersabar dengan dugaan mu Ya Allah. Berilah kami kekuatan dan jalan penyelesaian.. Amin

#MH17 #PrayForMH-17

Isnin, 14 Julai 2014

Polimik Kertas, Kertas Yang Tak Sempat Di Baca


Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan kemudian dibuang.

Dunia semuanya seperti kertas. Ramai yang bersedih, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA.

Kerana kertas, manusia dipuji,
Kerana kertas, manusia dipuja,
Kerana kertas, manusia dihina,

Kerana kertas, manusia terpisah
Kerana kertas, manusia berkuasa
Kerana kertas, manusia merana.

Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Ijazah - Kertas
Buku akaun - Kertas

Saman - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas

Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas

Hanya satu kertas
yang DIMILIKI seseorang
tetapi
TIDAK DAPAT DILIHATNYA
sendiri

SIJIL MATInya...

Jumaat, 11 Julai 2014

Telefon Awam - Masih Relevant Tak?

Pasti barulah anda akan memandang telifon awam (Public Phone) yang dahulunya famous dan popular sebelum kedatangan teknologi canggih handphone. Kini, siapa yang pandang kepada telifon kotak warna merah ni. Ia seolah-olah menjadi barangan prasejarah. Kalau takde post ni, jangan harap anda nak tengok public phone ni ... kewujudannya dah jadi satu misteri ..

Tempat Fav pelajar kalau ada hari di ishtihar
pulang awal
Saje je pagi-pagi jumaat ni, Tapi jangan salah sangka, kewujudannya masih diperlukan dikala handphone menjadi barangan bimbit seharian.

Nak tahu sebabnya, chegu senaraikan beberapa kepentingan Telefon Awan Masa kini

1. Di sekolah, pelajar tidak dibenarkan membawa handphone. Maka praktikal sangat telifon awam sebagai sumber perhubungan pelajar dengan ibu-bapanya.. senang masalah tak timbul akibat kecurian, hasad dengki, dan lain-lain gejala negatif akibat hp di sekolah. Di sekolah hampir 3 kali seminggu pekerja mengeluarkan wang syiling dalam telifon tu. Masih laku tu..

2. Kalau HP anda bukan dari jenis kalis air, gara-gara tercelup dalam lubang-tandas atau seangkatannya.. public phone adalah salah satu alternatif. Tapi anda perlulah buat simpanan nombor di mana-mana. Cadangan buat list dan simpan di google drive.

3. Mudah dikala kecemasan. Kadang kala sedara-mara memberikan alasan nak pinjam call no 999 pun katanya hp canggih sangat, kredit dah habis, bateri kong ... dan macam-macam alasan. Sebenarnya 999 tu free, dek cemas dan tak tahu letak hp tu, public phone adalah penyelamat..

4. Nak buat "private call" a.k.a. nombor tak dikenali untuk kesan awek marah lagi ke tidak ... cheh masih lagi nak mengusik, buat anda yang tak mampu nak beli simkad RM5.

Ok...sekadar buat gigi mejelma dari bibir. Rasanya ada lagi tak kegunaanya?

Isnin, 7 Julai 2014

Perkongsian Ilmu - Kurma


Sekadar perkongsian ilmu. Ramadhan ni ada perkara-perkara yang dilakukan akan mendapat pahala sunat. Salah satunya adalah dengan berbuka dengan kurma kerana ianya Amalan Rasulullah S.A.W. Cikguzam amalkan setiap tahun dan semasa bersahur juga kerana ianya amat memberikan tenaga. Nak mengajar esok hari pun takde masalah, malah lebih dari sebelumnya.

Disini ada beberapa ilmu khasiat kurma, mungkin ramai dah tahu kot...

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, chegu pun baru tahu...


Tengok kat akaun facebook rakan-rakan dari kelantan, mereka sibuk bergambar dengan pohon kurma yang pertama kali berbuah di Malaysia, mungkin cuaca sekarang menjangkau suhu sehingga 36 darjah Celcius, menghampiri iklim asalnya.

Khamis, 3 Julai 2014

Semak Jam Anda - Masa Tepat Sirim


Teringat masa keja kilang dulu-dulu, waktu buat kerja audit untuk ISO1900, cikgu zam ditugaskan buat calibration untuk termometer relau kilang. Berhabis pusing satu kilang cari termometer untuk dibuat semakan sama ada ianya menepati standard piawaian.

Ingatkan Malaysian Standard Untuk bangunan je (masa kerja civil eng dulu).Rupanya ada juga Malaysian Standard Time juga ye. Terjumpa laman web sirim berkenaan pemiawaian jam. Jom check jam anda sama ada jam laptop anda tepat (acurate) ke tidak.

Klik sini:  http://time.sirim.my

Best portal sirim ni ianya dari Jabatan Meteorologi Kebangsaan (National Metrology Laboratory), jamnya akan menunjukkan selisih masa paling sedikit dengan masa Malaysia yang sebenar.

NAK GUNAKAN hanya klik link diberi, tengok jam anda dan setkan masa mengikutnya... untuk lebih tepat jarum jam saat anda diset pada minit terakhir. Contoh : kalau jam mcm dalam gambar atas tu, setkan jam anda pada 22:10, bila minit dah nak dekat / saat kat jam anda barulah 'on'kan jam.

Barulah masa anda lebih tepat... amacam canggih tak? Selamat mencuba

P/S: Semua jam hp, jam tangan dan tab cikguzam dah setkan. Habis satu rumah dan kereta digodam nak tepat..kikiki

Tag: UTC +8 Malaysia standard time. Online time calibration

Ahad, 29 Jun 2014

Ramadhan - Kesalahan masa Ramadhan

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan

Alhamdulillah ... ramadhan al-mubarak telah menjelma kembali. Syukur kerana dapat sekali lagi merasa keberkatan nikmat yang Allah S.W.T. janjikan di bulan ini. Tapi jangan kita ghairah sangat menyambut. Cukuplah dengan besederhana agar pembaziran dan nafsu tidak menang. .. itulah yang sepatutnya ditundukkan di bulan puasa ni kan .. ye ke tak?


1. Tidak sahur.
puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

2. Sahur terlalu awal
- Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

3. Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit.
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal.

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
- bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
- ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! ✔

Sabtu, 28 Jun 2014

Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan


Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami..
Yang sedang sakit,
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Karena hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami,
Yang kesulitan rizki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rizki nya ya Allah..
Karena hanya Engkau Sang Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon Kuatkanlah ia utk bisa bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh karunia-Mu..
Karena janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong,iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terdzalimi karena kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami...

Mohon Maaf Zahir dan Bathin pada semua
Selamat menunaikan ibadah . Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini bisa menjadi Ramadhan kita yang terbaik..

Aamiiin allahummaa aamiiin..

Selasa, 24 Jun 2014

Siapa Kenal Ini Buah Apa?

Dahulu pokoknya Chegu ingatkan macam pokok senduduk. Apa pokok senduduk tu, macam pokok dalam belukar, kalau anda berladang getah, pokok senduduk ni gemar tumbuh bersama lalang di tengah-tengah antara baris pohon getah tu membentuk belukar. Dulu, pokok tu akan ditebas agar pokok pisang tak tenggelam dek belukar tu.

Tiba-tiba ada pula ternampak buah ni. Buah apa ye? Rupanya ia spesis bukan senduduk kerana senduduk tidak berbuah. Dulu Chegu pun tak tahu buah apa ni... selalunya ianya akan Chegu biar sebab rezki buat burung-burung yang gemar makan buah ini yang dah masak. Biasanya ianya masak kaler kehitaman. Memang agak buruk rupanya...sangat tak disangka


Rupa-rupanya, ada nama buah ni, Buah Nona ... OOOooo... memang tak tahu.. baru-baru ni je tahu. Rasanya macam buah durian belanda. Buahnya di dalam macam buah cempedak, tapisaiznya tak besar hanya sebesar penumbuk, berulas-ulas, manis.. Ciri-cirinya macam buah yang digambarkan Rasulullah S.A.W. berada dalam syurga iaitu banyak biji...

Nasib baik pokok ni cikgu zam tak pernah tebang sebab teringatkan buahnya itu burung-burung pipit dan murai makan. Kikiki ... kalini dah tahu maka sori la beb... Chegu join sekaki .. tak sempat masak ... warna hijau dah nak tanda macam nak masak pun disebat, ianya masih manis dimakan. Terima kasih buat blogger kalismar yang buat post berkenaan buah ni.

Info buah nona :

1) Terdapat pelbagai jenis buah nona ini, ada yang mempunyai kulit hijau, hijau kuning dan merah hati.

2) Khasiat yang terkandung dalam buah ini mampu menghasilkan membanyakkan sel darah merah, mengawal tekanan darah, merawat sembelit dan cirit birit.

3) Buah ini juga kaya dengan magnesium yang dapat mengurangkan penyakit reumatisme dan arthritis.

4) Mineral potassium yang terdapat dalam buah nona dapat membantu mengurangkan kelemahan otot.

5) Ada mengatakan khasiat buah Nona hampir sama dengan buah Durian belanda. Entahlah tapi yang saya tahu daun kedua-dua buah ini boleh memberi banyak manfaat.

sumber : http://kasihilmar.com/tag/buah-nona/

Rabu, 18 Jun 2014

Semak Keputusan UPU keIPTA dan RAYUAN

Semakan keputusan Ke IPTA Sesi 2014/ 2015 (Kategori Lepasan SPM) sudah boleh disemak melalui laman dan link berikut. Tahniah Chegu ucapkan kepadayangberjaya. Juga dibuka rayuan untuk kemasukan. Anda juga boleh menggunakan sistem khidmad pesanan ringkas untuk mencuba kembali memohon.

Status : Dibuka 

Calon lulusan SPM 2013 yang telah memohon ke IPTA, Untuk membuat semakan, calon boleh layari portal rasmi http://upu.moe.gov.my/

atau

Sila semak guna saluran dibawah: SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2014/2015


SALURAN 1 : https://online.moe.gov.my/upu/hebahan/index.php
SALURAN 2 : https://jpt.utm.my/
SALURAN 3 : http://jpt.uum.edu.my/
SALURAN 4 : https://jpt.unimas.my/hebahanKeputusan/indexspm.jsp

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Lepasan SPM/Setaraf & SKM Sesi Akademik 2014/2015

SALURAN 1 : Politeknik : http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp
SALURAN 2 : IKBN : http://eikbn.gov.my/semakIKBN2014/semak4.php
SALURAN 3 : Kolej Komuniti : http://online.jpkk.edu.my/eborangkk_mod_v2/
SALURAN 4 : JTM/ADTEC/ILKA : http://www.jtm.gov.my/ver25/index.php/ms/semakan-permohonan
SALURAN 5 : NATC : http://202.190.123.54/NATC/V4/result/
SALURAN 6 : CIAST : http://aplikasi.ciast.gov.my/semakanpermohonan/semaktawaranks.php

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015


Bermula jam 12 tengahari, 12 Jun 2014 sehingga 11.59 malam 11 julai 2014
Boleh menggunakan SMS - mesej - panduannya pada gambar di atas

SALURAN 1 : https://online.moe.gov.my/upu/hebahan/rayuan/
SALURAN 2 : https://jpt.unimas.my/hebahanKeputusan/

Ahad, 15 Jun 2014

Info Terkini Sistem Pendidikan Kita (2014)

INFO TERKINI DLM SISTEM PENDIDIKAN KITA

Tahun 2014 ada penambahbaikan dari  PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah - yg akan bertukar kpd KSSR Maklumat yang telah diterima seperti berikut :
  1. DSK ( Dokumen Standard Kurikulum ) disatukan dengan DSP ( Dokumen Standard Prestasi ). Maka terhasillah DSKP (Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran).
  2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail dan mudah untuk guru merekod pencapaian murid.
  3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.
  4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.
  5. Ujian-ujian lain di peringkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. (terpulang pada pihak sekolah ).
  6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. Jadi, Menurut pengasas PBS, Dr. Khodori, sepatutnya Deskriptor datang selepas evidens, bukan evidens datang selepas deskriptor.
  7. Paling mengujakan, guru tidak perlu lagi ONLINE untuk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dalam bentuk excell dan digunakan sbg rujukan guru shj untuk melaporkan perkembangan murid kepada ibu bapa .
  8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.
Subjek Baru  KSSR akan diperkenalkan iaitu;
  1. Sejarah ganti Kajian Tempatan
  2. Rekabentuk Teknologi
  3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Dua Bab Tambahan bagi Subjek Matematik
  • Penambahan Bagi Bab Koordinat  (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)
  • Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah)
Murid Tahun 4 dan Tingkatan 2  (2014) juga merupakan perintis pertama kpd pengenalan Soalan 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)' spt yg telah diwar-warkan sebelum ni. Difahamkan pada tahun 2016, 40% soalan yg akan diuji adalah berkaitan KBAT.

Lihat Info KBAT untuk Matematik
http://cheguzam.blogspot.com/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untuk-guru.html

KBAT - Panduan dan Format untuk Guru Matematik

Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Info ni sangat PENTING. Ianya akan menjadi tanda aras awal di mana anak kita akan berada 10 tahun akan datang.

Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016? Ianya lebih dikenali sebagai 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)' atau 'Higher Order Thinking Skill (HOTs)'. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang.

Bersediahkah anda? Luangkan MASA 5 MINIT untuk anda memahami perubahan yg berlaku dlm dunia pendidikan kita sekarang.

JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK 
1) RUTIN (Aras Rendah)
--> Tidak memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. (Biasa kita gunakan)

CONTOH 1:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70.
Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?
2) BUKAN RUTIN (Aras Tinggi)
--> Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.
--> Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.
CONTOH 2:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan
sebungkus biskut dengan harga RM1.70.
Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual.
Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen?
Terangkan jawapan anda.


Zaman akan datang sangat-sangat mencabar.
Jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting dlm pencapaian akademik. Yang penting bagaimana anak anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah.

GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.

Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)
Soalan HOTs 
(Higher Order Thinking Skills)
Zaman dulu soalannya mungkin seperti ini

Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat?

Anak anda mungkin boleh faham dgn pantas.
Apakah nombor yang boleh  dibundarkan kepada 700?

Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas.
Banyak jawapan bukan? Timbul rasa ragu?
Dan perlu berhenti untuk berfikir sekejap, bukan?
Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah.

Mungkin sebagai ibubapa, yang mungkin terbaca artikel ini, Apa tindakan kita untuk membantu anak-anak?
Soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.

PERSOALANNYA SEJAUH MANAKAH semua ibu bapa dudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini?

Berikut disenaraikan 5 CIRI 'KBAT' @' HOTs'
@cheguzam
SKOP YANG LUAS
❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan
FAKTA
❒ Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran
BERMAKNA
❒ Boleh ditafsir dan Mencabar
STIMULUS
❒ Situasi baru
❒ Bukan lazim bagi murid
❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar
RESPON MURID
❒ Kepelbagaian
❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan

MASIH TAK BEBERAPA FAHAM? Lihat contoh-contoh yg disediakan

CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs)
Berapakan nilai bagi 695 dibundarkan kepada ratus yang terhampir?

Komen ;
📈Jawapan Bagi soalan ini adalah 700
📈Ada 1 jawapan sahaja
📈Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir

CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINGGI ~ HOTs)
Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ?

Komen ;
📈Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi
📈Yang penting pelajar tahu konsep asas "ratus terhampir"
📈Jawapan boleh jadi lebih daripada 1
📈Membantu pelajar lebih berfikir dlm situasi sebenar - setiap masalah dlm kehidupan sebenarnya ada byk 📈cara penyelesaian.

Moga anak2 generasi pewaris kita kelak menjadi insan di dunia & akhirat.

Selasa, 3 Jun 2014

Coklat Cadbury yang dulunya Haram kini Halal !!

Dah menjadi perbualan kat mana-mana Cadbury chocolates dah dikatakan Tidak Haram minggu ini. Tiba-tiba pengumuman buat tersedak masa minum air, Jakim sahkan produk coklat tersebut HALAL.


Dua produknya iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond telah diujikaji semula dan disahkan status kehalalannya. Lihat video penerangan Jamil Khir berkenaan coklat keluaran Cadbury


Pautan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIMsahduacoklathalal/m/mArticle

Alasannya, mungkin sumber yang sebelumnya telah tercemar, maksudnya semasa menghantar coklat tersebut, ada benda asing (bahan tercemar khinzir) yang masuk ke dalam sampel tersebut.

Em benda-benda begini jadi keliru kita pengguna, terutama umat Islam sebabnya :-

(a) KKM laporkan ada DNA babi (porcine) dalam coklat dan JAKIM kata tiada DNA babi (buat pemeriksaan terus di kilang) dalam masa semua produk dah ditarik balik dan recall semua coklat yg ada di pasaran dan dah berminggu-minggu berlaku baru nak buat test, komfomlah kilang dah buat persiapan awal sebelum jakim dtg buat test.

(b) KKM buat ujian tak menepati standard dan jadi tak betullah (maksudnya badan ini membuat ujian tak sah). Kredibiliti KKM pula akan dipertikai

Maka! jalan selamat, kita tidak makan saja coklat tersebut. Tapi Chegu juga gemarkan makan coklat, nasib baik dalam tahun ni tak teringat langsung nak beli / makan coklat tersebut, mungkin sebab tiada langsung nafsu nak ke pasaraya sebab harga barang sangat mahal sekarang ni ... Kalau jalan-jalan guna troli mesti tercapai coklat/jajan dalam cari barang-barang keperluan. Tapi ... macamana tahun lepas kita dah makan coklat tersebut......................

iklan : Skim dana untuk bantu peniaga muda ataupun peniaga baru BizMula-i


Selasa, 27 Mei 2014

Nisbah Kadaran - Soal Jawab Math #05

Nisbah bilangan durian dalam bakul X kepada bilangan durian dalam bakul Y kepada bilangan durian dalam bakul Z ialah 4:3:2.
Hasil tambah bilangan durian dalam bakul X dan dalam bakul Y melebihi bilangan durian dalam bakul Z sebanyak 30 biji.
Carikan jumlah durian dalam ketiga-tiga bakul itu...


Drp "Azizi ZZ_88" <botiq_88@yahoo.com>

Soalan drp sukatan
Tingkatan 2 : Bab 5 : Nisbah dan Kadar dan Kadaran [nota klik sini]

Jawapannya


1. Tulis semula nisbah jadi bentuk

X : Y : Z
4 : 3 : 2

2. Jadikan jadual

3. Kenapa chegu buat (X+Y) – Z
Fahamkan soalan –  Hasil tambah bilangan durian dalam bakul X dan dalam bakul Y melebihi bilangan durian dalam bakul Z sebanyak 30 biji (nilai betul-betul / nilai sebenar)
Ayat lain kalau tak faham juga tambah X dan Y memberikan beza 30 biji daripada  Z

4. Penyelesaian

Jadi nilai dalam bakul X = 24 biji, Y = 18 biji Z = 12 biji

5. Semak semula (X+Y) = (24+18) = 42 biji --> adakah ianya melebihi bakul Z sebanyak 30?

Ingat menyemak semula jawapan adalah pekara asas dalam penyelesaian masalah dalam matematik

Sabtu, 24 Mei 2014

Bawang Dapur Anda Boleh Merawat - Betul Ke?

Musim selsema dan demam... anak-anak akan mudah berjangkit sebab kuman yang merebak mengikut bawaan udara. terjumpa artikel berkenaan petua Khasiat bawang.. murah tapi berkesan..


Bawang —  Maklumat tak Tahu sambil Takjub dengan kuasa tuhan

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Chegu : Dulu pernah memotong bawang dan diletak dalam tapaware kononnya malas nak potong ... senang je tinggal nak tumis. Tapi rupanya tak sampai nak malam (potong tengahari) dah busuk bawang tu... kikiki. Moralnya : Jangan Malas!

Isnin, 19 Mei 2014

Hari Guru 2014 Meriah

Memang Tak di jangka, tahun 2014 sangat-sangat luar biasa sikit. 16 Mei jatuh hari Jumaat, tapi Johor cuti hjg minggu, Jadi terpaksalah sambutan hari guru buat Ahad minggu depan. Semua persiapan dan aturcara 100% pelajar buat. Banyak kejutan juga. Mcm tak sangka pun ada... Ni apacite sebelah cikgu tu sape ek... cer teka..
Julung kali dapat bergambar ngan artis
Sharul Shiro Tu
Sabtu - 18 Mei
Ada dua pekara berbeza nak cerita ni. Sebelum hari sekolah sepatutnya ada acara tembak menggunakan senapang untuk ketua jabatan. Tapi pengetua sibuk menyawitsebab musim hujan sekarang ni. Katanya cepat masak buah sawit tu... Terpaksa la tapi ngan rela hati gak sebab dapat menembak guna M16 tu.

Possing ala-ala berlagak ...kikiki
Amacam, ada gaya sharpshooter tak?


Ada dua pertandingan diaorang buat, menang tak??? Boleh la, dapat saguhati je, hadiah RM450 bahagi 4 orang. Emm.. boleh tahan lah.

Ahad - 19 Mei
Sambutan Hari Guru macam biasalah... berarak dengan tema Back To School (Attire...chegu tak ikut tema lah).
macam budak sekolah tak?
Jangan Konfiuse ni gambar cikgu-cikgu
Ingatkan macam biasa je... Perhimpunan, makan pagi, pastu sambungan dengan persembahan pelajar. Yang tak dijangka Kumpulan SHIRO datang dengan semangat memeriahkan sambutan majlis kami ni. Tabik lah kat diaorang...walaupun dah popular, sanggup diaorang membuat persembahan komedi dekat 1 jam jugalah kat guru-guru. Rasanya tak terbayar kalau diaorang dijemput secara rasmi. Sekalung penghargaan tak terhingga sebab mereka kerana sudi menyumbangkan kejutan yang tak sangka sangat-sangat.
Kumpulan Shiro - Ajak & Sharul
Maaf lah sekolah tak jangka mereka datang
Tempat tak beberapa sesuai
Hamper cabutan bertuah... alhamdulillah
Hadih dan kad ucapan chegu dapat
tahun ni.
Tahun ni banyak juga lah acara yang chegu ikut anjuran kelab Guru. Pertandingan badminton - dapat tempat ketiga. Pertandingan Bowling - kalau kumpulan dapat tempat keempat, untuk individu pula tempat ke-10.

Terima kasih kepada anak murid yang telah memberikan hadiah. Kalau banding dengan pengalaman sepanjang 7 tahun ni, inilah hadiah paling banyak chegu dapat.. Tapi kalau diingatkan masa di Sabah dahulu, walaupun hadiahnya tak seperti sekarang, tapi ingatannya kekal sebab mereka mengucapkan terima kasihnya kerana sedar akan kehadiran kita guru-guru sangat sukar. Sewaktu Chegu tinggalkan sabah, sampai sekarang, tiada guru opsyen Matematik yang mengantikan Chegu, hanya guru subjek lain yang mengajar mereka...

Tapi bukan hadiah yang Chegu minta. Cukuplah penghargaan Ikhlas.. Kejayaan anda anak didik yang Chegu harapkan. Biarlah mereka berjaya tetapi tetap tunduk merendahkan diri hormat kepada guru.. contoh terbaik dah nampak depan mata kumpulan Shiro dijadikan iktibar..

Video persembahan - sorry vid amatur - tak stabil sebab lama sangat pegang

Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru Buat Cikgu-Cikgu Seluruh Dunia

16 Mei kembali lagi...Dengan pelbagai gelaran, Guru, Cikgu, Sir, Teacher, Pendidik dan lain-lainnya, semuanya menyambut hari Guru...Globalnya.. Emmm, terasa macam syok sendiri je sambut hari guru ni, kalau tak ucap, sapa lagi yang nak sambut, betui tak?

Menanda kertas Peperiksaan 1/2 Tahun
Acara biasa sambutan hari guru

Ahhh... tahun ni terdengar macam-macam dan pekara telah beraku dan akan berlaku. Macam rasa ada gelombang perubahan dalam pendidikan ni... Chegu dah terasa.. soalannya... pelajar dan ibu-bapa dah bersedia atau belum dengan suasana Pengglobalan Pendidikan??? (maaf cikguBM kalau tak betul tulisan)

Apa yang Chegu nak sarankan adalah Gelombang penggunaan media yang semakin mencabar. Guru sekarang bukan merujuk kepada sumber utama ilmu. Sistem pendidikan dah makin memerlukan pelajar menjelaskan, menghuraikan dan menterjemah ilmu. Bukan macam dahulu, pelajar terima dari guru dan menganalisis darinya. hehe.. ini ilmu dari kursus pedagogi MBMMBI matematik haritu.

Banyak istilah baru pendidikan iaitu KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), kontekstual (perkaitan pembelajaran PdP dengan kehidupan seharian) dan Pembelajaran Koperatif (ciri-ciri pembelajaran berkumpulan, sosial dan gerakkerja). Tak termasuk dalam bidang sains dan matematik iaitu TIMMS dan PISA dimana soalan penyelesaian memerlukan pelajar membuat simulasi (penggambaran) dan menyelesaikan masalah menggunakan cara yang pelbagai, menjurus kepada gabungan hasil pembelajaran dan pengetahuan sedia ada (asas). Sangat complicated dan sophisticated dan canggih bahasa...anda faham tak?

Ahhh..setakat ini, chegu dah terangkan kepada pelajar, tetapi mereka masih tak faham... Mungkin sebab budaya pembelajaran yang masih tertakluk kepada peperiksaan membuatkan pembelajaran baru ini macam sesuatu fantasi. (maaf kepada yang merujuk, tulisan chegu ni tak ilmiah, sekadar terjemahan chegu sendiri)

Sempena kesempatan ini Sambutan hari guru tahun 2014, bertemakan "GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI". Happy Teachers Day!

Selamat Hari Guru ^_^


Sabtu, 10 Mei 2014

Rekreasi Matematik - Papan Permainan Integer

Mungkin ada yang tercari-cari alatan ABM yang sesuai untuk pelajar sambil belajar dengan cara kontekstual (perkaitan pembelajaran PdP dengan kehidupan seharian) dan Pembelajaran Koperatif (ciri-ciri pembelajaran berkumpulan, sosial dan gerakkerja).

Sukatan Pelajaran Cadangan
Tingkatan 1, Bab 6: Integer
Tingkatan 2, Bab 1: Nombor Berarah

Peruntukan Masa : 5 - 10 minit

Pengetahuan sedia ada pelajar
Permainan ini seperti permainan dam biasa.
Pelajar mestilah tahu konsep positif dan negatif

Cara Permainan
Bahan : papanpermainan seperti gambar
          : Dadu dan buah pemain
Peraturan
1. pemain minima 2 orang dan lebih. Siapa ke garisan penamat boleh adalah pemenang.
2. Baling dadu sekali sahaja (dadu 6 hanya sekali sahaja). Pemain akan bergerak mengikut dadu balingan tadi. Sampai di kotak, anda perlu bergerak mengikut Positif (+) kehadapan atau Negatif (-) kebelakang. Anda dikehendaki berhenti.
3. Pemain lain akan mengulangi langkah 2.
4. Dapatkan tempat bagisetiap pemain sehingga habis / tamat permainan.


Jumaat, 9 Mei 2014

Kbat Matematik - Soalan 01

Kbat- Kemahiran berfikir aras tinggi untuk subjek matematik. Sekarang ni dah menjadi perbualan mana-mana sekolah sebab pelajar perlu didedahkan kepada soalan-soalan matematik yang aras tinggi.

Maksudnya, pd chegu, Kemahiran matematik pelajar digunakan untuk penyelesaian dan tidah hanya tertakluk pada satu jalan kerja. beza dengan subjek lain, soalan banyak jawapan. Kalau matematik ada sikit adjust - nak buat soalan banyak jawapan untuk matematik susah, tapi kalau banyak kaedah jawapan senang buat. (Maksud kalau orang kampung terjemah - Satu Soalan, Banyak Cara Jawapan)

Jadi Chegu nak soal kepada pembaca lah... Tak semestinya pelajar. Cuba jawab soalan ni. Mungkin perlu gambarajah untuk penerangan. Gunakanlah e-mel untuk menghantar jawapan ke chegu2@yahoo.com. Mungkin anda ada G+ chegu akan bagi kredit dan upload nama penyumbang jawapan.

SOALAN JAM PASIR (hour Glass) - Kesesuaian soalan - Tingkatan 1, Bab 6, Ukuran Asas

Dengan hanya memusingkan dua jam pasir, 11 minit dan 7 minit, Ukur masa tepat 10 minit.
With only 2 hour glass, each 11 minutes and 7 minutes, measure exacly 10minutes.

Update 1

Terima kasih kepada wongyl_125@hotmail.com telah menghantarkan jawapan. Email hanya attach gambar jawapan. 

Jawapan anda kurang tepat... sebabnya
1. Jam pasir tidak boleh dibuka / dibuang pasirnya sebab ianya kaca dipateri siap-siap dan hanya memecahkannya sahaja barulah pasirnya boleh keluar.
2. pada jawapan (3) di gambar, bagaimana anda sukat pasir 4 minit???
Jadi jawapan ini adalah salah....  ada siapa nak mencuba lagi

Update2
Senang chegu jelah yang jawapkan

Nampak tak?? Anda perlu imaginasi objek. Salah satu ciri-ciri kbat math adalah penyelesaian masalah perlulah dari sumber konkrit (ada bentuk / objek / pengalaman yang boleh pelajar imaginasi)

Jumaat, 2 Mei 2014

PBS Terbaru April 2014 | Panduan untuk Guru


Update April 2014 - Buat guru-guru yang masih tertanya-tanya, PBS terbaru kini amat berlainan daripada yang sebelumnya selepas penambahbaikan. Apakah yang lainnya tu,

1) Tiada lagi evidens yang bayak seperti dahulu. Semuanya dipermudah dan diringkaskan kepada yang lebih mudah iaitu PPPM (Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid) bukan lagi DSP (Dokumen Standard Prestasi)
2) Data online tiada dan digantikan dengan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Jadi buat guru yang masih terpinga-pinga dan tak pasti nak buat apa.
Ikut step ini

a) Download Borang Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid
Modul ini dalam excel dan anda perlu masukkan semua data murid dan ianya akan mencetak band pelajar. Mengisi borang Peperiksaan pertengahan tahun dan hujung tahun pun ada kat borang ni.
klik untuk download
MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 1
MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 2
MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 3

b) Soalan kena buat sendiri.. Soalannya berpandu kepada PPPM (Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid)
klik untuk download
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 1
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 2
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 3

Carta alir pengurusan PBS (SOP)
- klik untuk besarkan gambar -

Selamat menjalankan tugas ^_^

Tag : Pbs untuk semua subjek tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, Menengah Rendah, Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan SiVik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu - Kemahiran Teknikal - Ekonomi Rumah Tangga - Pertanian - Perdagangan Dan Keusahawanan

UPDATE OGOS 2014
Harap Maaf Guru-Guru, Link di atas sudah tiada. Excel untuk isi offline dah tiada. Hanya PPPM sahaja yang tinggal. Anda kenalah manual membuat sendiri jadual kemajuanmuridberdasarkan PPPM (dulunya diskriptor)
Klik link ini : http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=280&Itemid=114&lang=en

Khamis, 17 April 2014

Ayam berkokok tengah malam - Mistik Ke?

Ayam jantan seringkali dikaitkan dengan berkokok - kikiki, takkan pula ayam betina nak berkokok pula... Chegu terfikir akan topik ni sebab ada yang mengaitkan isu ayam berkokok malam dengan unsur mistik - lepas tu takut tak semena-mena.


Sepanjang pengalaman Chegu di pedalaman Sabah dahulu, tak terpikir pun ayam berkokok ni menakutkan. Lumrah memang ianya akan berkokok awal subuh.. malahan sebelum subuh... memang berguna sebab subuh di Sabah awal 1 jam dari di semjg, Jam 5 pagi tu. Sejak panduan ayam hutan ni berkokok, emm... subuh dah tak terlajak..nak harap surau jauh dihujung kampung, tak dengar... alhamdulillah

Ada lagi, Pengalaman ni Chegu dapat ketika memancing udang galah.. biasanya chegu akan berpandu pada pasang surut air sebab air bergerak sahaja udang ni mematuk. Kat Sabah dulu, air pasang surut berlaku hampir 4 kali sehari, masa giat mendapat hasil, sibuklah ayam berkokok... asal dapat je udang bergasak, ada ayam berkokok.. Pernyataan chegu ni dikuatkan setelah bertanya pd org lama, memang ayam berkokok pada waktu pasang surut.


Hadis sahih Muslim ni berkenaan ayam.. ia nampak malaikat, tak macam anjing dan keldai yang nampak syaitan..

Kesimpulannya, bebanyak lah kita berdoa ketika waktu subuh ketika ayam sedang berkokok.. Malaikat rahamat sedang berkeliaran mendoakan orang yang bangun untuk mengingati Allah..

Mungkin waktu air pasang dan surut, ada malaikat yang ditugaskan menjaga kejadian ini disaksikan ayam sehingakan ianya berkokok.. tak mustahil yekedok!

Sabtu, 5 April 2014

Kad Kutipan Parenthon


Huu... semua kakitangan sekolah, tak kira guru, murid dan kakitangan kena kutip derma... Semalam sempena cuti Jumaat, ada segerombolan pelajar datang ke rumah minta derma... Rupa-rupanya rumah cikgu lah, Bukannya chegu tak mahu derma, Chegu sendiri kena pungut juga.

Bukannya apa, duit ni untuk kegunaan prasarana sekolah juga. Ada projek pemuliharaan pintu-pintu yang telah kopak... Kalau tak percaya cuba lihat Drama Shiro Kat TV Warna Astro tu... Pintu bilik darjah masa diaorang kena denda bercangkung kat luar bilik darjah tu mana ada daun pintu... Hampir 20% pintu bilik-bilik darjah kat STK ni takde daun pintu...huhu... dan untuk kegunaan lain-lain.. Kebetulan sekolah tahun ni ada Sambutan Ulangtahun Ke-75 Tahun, Sambutan Jubli Intan (cecuba bayangkan usangnya sekolah)

Jadi, Ada salah tak nak minta kat pembaca-pembaca blog Chegu untuk menderma... emm kalau minat bolehlah email di chegu2@yahoo.com, guna online banking / masukkan ke akaun bank dan beritahu dlm email, nak tulis nama sebagai Hamba Allah pun boleh (Teringat masa kecik dulu mintak derma ke rumah-rumah, Tak sangka dah tua bangka ni pun kena but benda sama)

Tak paksa, saja post kalau ada nak bersedekah, Jom tengok vid dari thailand, Banyak nilai murni boleh kita belajar

.

Rabu, 26 Mac 2014

Squat - dapat free tiket


Em .. dalam gambar ni seorang wanita di German melakukan senaman Squat sebanyak 30 kali untuk mendapatkan tikit free... Lupakan Malu dan buat

Di german tindakan satu syarikat pengangkutan patut mendapat pujian... Bijak, untuk orang yang gemuk diberikan tiket free untuk menaiki tren dengan hanya melakukan seperti gambar sehingga 30 kali ulangan. Beginilah baru dinamakan kerja amal... sambil membantu kumpulan sasaran menurunkan berat badan. Benda ni kalau buat kat kantin sekolah, nescaya rosak mesen tu sebab kita ni pantang ada benda free... sapu pukui rata, no..(gunakan slang kedah haii)

Terbaru!! ada yang menggunakan nama anak yatim supaya mendapatkan derma demi kekayaannnya... Doa yang seleweng benda-benda durjana ni akan mendapat balasan buruk di Akhirat, Bertaubatlah!!

Jumaat, 21 Mac 2014

Kursus Guru PKBM Negeri Johor

Lama dah Chegu tak update blog ni... Biasa lah statement biasa seorang Blogger, Malas dan tak de masa nak update.... Sambil baru-baru ni Chegu kena kursus Guru PKBM, nama panjang dia Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, peringkat negeri tu..


Intensif kursus ni, 30 peserta guru PKBM seluruh johor, 4 hari 3 malam. Ala-ala tentera, bawah Rejimen Artileri Diraja ...psst takbleh berikan maklumat penuh sebab pengawai pemerintah dah warning atas rahsia ketenteraan. Sebenarnya gambar di atas ni pun takbleh tujuk kepada umum. Tapi kalau tak letak mcmn nak tau bukti kita pergi.. harap takde apa-apa.

Awalnya kurang seronok sebab macam biasa lah, silibus pengenalan, kawad kaki, pertolongan cemas... Ok plak lepas tu sebab ada beberapa bab berkenaan ketenteraan yang agak baru pada kita ni orang awam.. Bab Paling best, pengenalan dan mengendali senjata.. itu pun sedikit je kita tahu.

Hari Akhir adalah penggunaan senjata M16. Pihak penganjur mengadakan pertandingan menembak.  Hehe first timer pegang senjata dapat tempat ke-5.. Ok lah dapat juga hadiah saguhati.. Mcm tak percaya je sebab ada cikgu lain yang dah biasa pegang senjata ni.. tapi takbleh nak act jugak sebab mata chegu dengan tempat Ketiga jauh 10 mata. Ada juga pertandingan menembak piring, Emm kumpulan chegu kalah pusingan awal kalah mati.. takda nasib.

Riadah Petang main bola tampar, dekat 5 tahun dah tak
main, 'setting' pun tak pandai, tu yang tepuk kepala.
Dengan slipar jepun plak tu kikiki


Post lama : solat istisqa : solat mohon hujan, Alhamdulillah turun juga hujan setiap petang.. dah hampir seminggu. Harap catuan ditarik balik sebab dua minggu depan Perkhemahan PKBM Peringkat daerah nak berlangsung, kem tentera pun bermasalah bekalan air.

ShareIt