Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Jumaat, 9 Mei 2014

Kbat Matematik - Soalan 01

Kbat- Kemahiran berfikir aras tinggi untuk subjek matematik. Sekarang ni dah menjadi perbualan mana-mana sekolah sebab pelajar perlu didedahkan kepada soalan-soalan matematik yang aras tinggi.

Maksudnya, pd chegu, Kemahiran matematik pelajar digunakan untuk penyelesaian dan tidah hanya tertakluk pada satu jalan kerja. beza dengan subjek lain, soalan banyak jawapan. Kalau matematik ada sikit adjust - nak buat soalan banyak jawapan untuk matematik susah, tapi kalau banyak kaedah jawapan senang buat. (Maksud kalau orang kampung terjemah - Satu Soalan, Banyak Cara Jawapan)

Jadi Chegu nak soal kepada pembaca lah... Tak semestinya pelajar. Cuba jawab soalan ni. Mungkin perlu gambarajah untuk penerangan. Gunakanlah e-mel untuk menghantar jawapan ke chegu2@yahoo.com. Mungkin anda ada G+ chegu akan bagi kredit dan upload nama penyumbang jawapan.

SOALAN JAM PASIR (hour Glass) - Kesesuaian soalan - Tingkatan 1, Bab 6, Ukuran Asas

Dengan hanya memusingkan dua jam pasir, 11 minit dan 7 minit, Ukur masa tepat 10 minit.
With only 2 hour glass, each 11 minutes and 7 minutes, measure exacly 10minutes.

Update 1

Terima kasih kepada wongyl_125@hotmail.com telah menghantarkan jawapan. Email hanya attach gambar jawapan. 

Jawapan anda kurang tepat... sebabnya
1. Jam pasir tidak boleh dibuka / dibuang pasirnya sebab ianya kaca dipateri siap-siap dan hanya memecahkannya sahaja barulah pasirnya boleh keluar.
2. pada jawapan (3) di gambar, bagaimana anda sukat pasir 4 minit???
Jadi jawapan ini adalah salah....  ada siapa nak mencuba lagi

Update2
Senang chegu jelah yang jawapkan

Nampak tak?? Anda perlu imaginasi objek. Salah satu ciri-ciri kbat math adalah penyelesaian masalah perlulah dari sumber konkrit (ada bentuk / objek / pengalaman yang boleh pelajar imaginasi)

6 ulasan:

  1. assalamualaikum chegu :maksudnya soalan2 macam ni tiada dalam silibus buku teks lah ye..macam lebih kpd ujian IQ..jawapan soalan chegu ni nnt tunggu anak ana f3 tu balik ana tanya kan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. nilah yang sekarang ni kementerian nak guru-guru buat. Soalan pertengahan tahun ada soalan lebih kurang mcm ni lah. Mungkin semua ingat ianya mcm kuiz matematik. Tapi inilah reality soalan Tims dan Pisa terbaru dari pihak kementerian pelajaran sekarang

      Padam
  2. Baru saya tahu.. t kasih atas perkongsian infi chegu zam.. :)

    BalasPadam
  3. kenapa jam pasir 11 minutes atas 4 minutes bawah 7 minutes ?

    BalasPadam
  4. 10 minit yang dikira macam bukan berterusan je.. sedangkan masa x berhenti.. camner kita nk tahu cukup 3 minit untuk jam pasir 7 minit setelah diterbalikkan jika berpandukan 4 minit pasir yang tinggal pada jam pasir 11 minit.

    BalasPadam
  5. bermakna tiada jalan kerja yang jelas seperti selalu lah...cukup dengan hanya gambarajah???

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt