Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Jumaat, 11 Julai 2014

Telefon Awam - Masih Relevant Tak?

Pasti barulah anda akan memandang telifon awam (Public Phone) yang dahulunya famous dan popular sebelum kedatangan teknologi canggih handphone. Kini, siapa yang pandang kepada telifon kotak warna merah ni. Ia seolah-olah menjadi barangan prasejarah. Kalau takde post ni, jangan harap anda nak tengok public phone ni ... kewujudannya dah jadi satu misteri ..

Tempat Fav pelajar kalau ada hari di ishtihar
pulang awal
Saje je pagi-pagi jumaat ni, Tapi jangan salah sangka, kewujudannya masih diperlukan dikala handphone menjadi barangan bimbit seharian.

Nak tahu sebabnya, chegu senaraikan beberapa kepentingan Telefon Awan Masa kini

1. Di sekolah, pelajar tidak dibenarkan membawa handphone. Maka praktikal sangat telifon awam sebagai sumber perhubungan pelajar dengan ibu-bapanya.. senang masalah tak timbul akibat kecurian, hasad dengki, dan lain-lain gejala negatif akibat hp di sekolah. Di sekolah hampir 3 kali seminggu pekerja mengeluarkan wang syiling dalam telifon tu. Masih laku tu..

2. Kalau HP anda bukan dari jenis kalis air, gara-gara tercelup dalam lubang-tandas atau seangkatannya.. public phone adalah salah satu alternatif. Tapi anda perlulah buat simpanan nombor di mana-mana. Cadangan buat list dan simpan di google drive.

3. Mudah dikala kecemasan. Kadang kala sedara-mara memberikan alasan nak pinjam call no 999 pun katanya hp canggih sangat, kredit dah habis, bateri kong ... dan macam-macam alasan. Sebenarnya 999 tu free, dek cemas dan tak tahu letak hp tu, public phone adalah penyelamat..

4. Nak buat "private call" a.k.a. nombor tak dikenali untuk kesan awek marah lagi ke tidak ... cheh masih lagi nak mengusik, buat anda yang tak mampu nak beli simkad RM5.

Ok...sekadar buat gigi mejelma dari bibir. Rasanya ada lagi tak kegunaanya?

13 ulasan:

  1. hehe..yang nombor 4 tu budak sekolah zanan sekarang buat lagi ke? itu zaman saya sekolah dulu ada lah..hehe

    BalasPadam
  2. Public phone nie perlu juga di kala kecemasan tapi selalu jadi bahan vandalisme kan...

    BalasPadam
  3. Masih berguna cikgu..hari tu kita punya talipon tertinggal...puas jugaklah mencari public phone...Hmmm..yang ada rosak pulak...

    BalasPadam
  4. @zumal @RDZ - Vandalisme masih lagi berleluasa... dah diajar dalam sivik sekolah, masih berlaku lagi... Masih ada org yg pemikirannya macam org negara dunia ketiga. Tapi yg disalahkan cikgu sekolah jugak ... katanya tak diajar

    BalasPadam
  5. relevan utk saat - saat kecemasan bila tel rosak atau topup habis ... tapi org malaysia ni suka korek duit kat dlm tu . klu x dpt , pi angkut sekali ...

    BalasPadam
  6. Telefon awam ni banyak kenangan zaman remaja ana dolu2 hehe , disekolah anak menyediakannya dan mudah anak ana hubungi bila ada aktiviti selepas waktu persekolahan, masih relevan lagi..

    BalasPadam
  7. Memang betul..time rehat je, mesti ada murid mintqk duit 20 sen , nak tel mak@ayah......:-):-):-)

    BalasPadam
  8. Public phone ni masih perlu terutama bila melibatkan hal sekolah anak2... selalu terjadi bila anak2 yg sekolah rendah tertinggal buku & sebagainya. Dia telefon minta tolong mak dia hantarkan hehee.. :D

    BalasPadam
  9. @Qaseh -- Teringat zaman dolu masukkan duit lekat benang, semua nak dapatkan call free
    @ana @wa -- Anak murid selamba je mintak duit syiling kat kita ni ... tapi apabila bersepah seposen takde sapa mengaku. So chegu kutip berikan pada murid yang mintak
    @Khir -- Em tul tu .. murid kena bgtau kalau ada tertinggal barang .. tapi sekarang lebih advance .. mak bapak call chegu sebab anak tertinggal buku

    BalasPadam
  10. public phone masih relevan utk anak-anak sekolah terutama pelajar sekolah berasrama..
    masih ingat dahulu di asrama, bila rindu public phone la yang dicari.. hehe

    salam perkenalan.. sedang meluaskan kawan blogger..

    oleh
    http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Lama jugak tak guna public phone. takut tiada gagang

    BalasPadam
  12. kat sek budak2 berebut nak guna sampai rosak telefon tu..huhu
    biasanye nak telefon mak ayah suruh dtg ambik.

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt