Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Selasa, 24 Jun 2014

Siapa Kenal Ini Buah Apa?

Dahulu pokoknya Chegu ingatkan macam pokok senduduk. Apa pokok senduduk tu, macam pokok dalam belukar, kalau anda berladang getah, pokok senduduk ni gemar tumbuh bersama lalang di tengah-tengah antara baris pohon getah tu membentuk belukar. Dulu, pokok tu akan ditebas agar pokok pisang tak tenggelam dek belukar tu.

Tiba-tiba ada pula ternampak buah ni. Buah apa ye? Rupanya ia spesis bukan senduduk kerana senduduk tidak berbuah. Dulu Chegu pun tak tahu buah apa ni... selalunya ianya akan Chegu biar sebab rezki buat burung-burung yang gemar makan buah ini yang dah masak. Biasanya ianya masak kaler kehitaman. Memang agak buruk rupanya...sangat tak disangka


Rupa-rupanya, ada nama buah ni, Buah Nona ... OOOooo... memang tak tahu.. baru-baru ni je tahu. Rasanya macam buah durian belanda. Buahnya di dalam macam buah cempedak, tapisaiznya tak besar hanya sebesar penumbuk, berulas-ulas, manis.. Ciri-cirinya macam buah yang digambarkan Rasulullah S.A.W. berada dalam syurga iaitu banyak biji...

Nasib baik pokok ni cikgu zam tak pernah tebang sebab teringatkan buahnya itu burung-burung pipit dan murai makan. Kikiki ... kalini dah tahu maka sori la beb... Chegu join sekaki .. tak sempat masak ... warna hijau dah nak tanda macam nak masak pun disebat, ianya masih manis dimakan. Terima kasih buat blogger kalismar yang buat post berkenaan buah ni.

Info buah nona :

1) Terdapat pelbagai jenis buah nona ini, ada yang mempunyai kulit hijau, hijau kuning dan merah hati.

2) Khasiat yang terkandung dalam buah ini mampu menghasilkan membanyakkan sel darah merah, mengawal tekanan darah, merawat sembelit dan cirit birit.

3) Buah ini juga kaya dengan magnesium yang dapat mengurangkan penyakit reumatisme dan arthritis.

4) Mineral potassium yang terdapat dalam buah nona dapat membantu mengurangkan kelemahan otot.

5) Ada mengatakan khasiat buah Nona hampir sama dengan buah Durian belanda. Entahlah tapi yang saya tahu daun kedua-dua buah ini boleh memberi banyak manfaat.

sumber : http://kasihilmar.com/tag/buah-nona/

10 ulasan:

  1. Baru saya tahu khasiatnya... mmg pernah tengok buah ni, tp tak pernah tahu khasiatnya.. T kasih atas perkongsian info Chegu Zam.. :)

    BalasPadam
  2. first time tengok buah ni.
    tak pernah rsa lagi.
    kalo tunjuk kat budak2 skg, konpem x kenal.

    BalasPadam
  3. Ada pokok ni hidup kat rumah di kampung...memang rak pernah yeringin nak tahu khasiatnya.. Ye la kan x berapa glamer..haha

    BalasPadam
  4. o macam tu rupanya bentuk buah nona

    BalasPadam
  5. Sedap jugak buah ni tapi susah nk jumpa

    BalasPadam
  6. Buah ni tak pernah nampak dijual. Chegu pun baru je tahu akan kewujudannya. Jangan ditanya budak, kita sendiri pun baru tersedar.

    BalasPadam
  7. Tengok gambar dh tau buah nona..kecik2 suka makan..
    Bw :)
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com
    Selamat berpuasa ^^

    BalasPadam
  8. Selalu dengar je orang sebut baru sekarang dapat lihat rupa buahnya... Nice sharing ;)

    BalasPadam
  9. Buah ni sedap...x sangka byk jgk khasiat dia..

    BalasPadam
  10. Kita suka makan buah ni..last time kat kampung ada pokok ni..tapi sekarang ni dah tak ada lagi...susah jugak nak dapatkan...Banyak jugak khasiat diakan...

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt