Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Sabtu, 24 Mei 2014

Bawang Dapur Anda Boleh Merawat - Betul Ke?

Musim selsema dan demam... anak-anak akan mudah berjangkit sebab kuman yang merebak mengikut bawaan udara. terjumpa artikel berkenaan petua Khasiat bawang.. murah tapi berkesan..


Bawang —  Maklumat tak Tahu sambil Takjub dengan kuasa tuhan

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Chegu : Dulu pernah memotong bawang dan diletak dalam tapaware kononnya malas nak potong ... senang je tinggal nak tumis. Tapi rupanya tak sampai nak malam (potong tengahari) dah busuk bawang tu... kikiki. Moralnya : Jangan Malas!

13 ulasan:

  1. Rare info ni cikgu..saya kat rumah selalu blend bawang siap-siap buat rencah untuk masak di kemudian hari. Bahaya gak ke?Ermmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau masukkan dalam fridge takpe..nak tahan masukkan sikit garamdlm bawangblend. Masa chegu tu nak pegi camping unit beruniform .. camping dalam hutan di pedalaman sabah.

      Padam
  2. Thanks Chegu Zam..bagus bawang nikan..kena makan banyak-banyak ni..bagi strong antibody ya..

    BalasPadam
  3. thanks for sharing chegu zam...tatau plak bawang lepas potong pun boleh busuk...ini laa akibatnya kalau jarang masuk dapur..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah, sekarang ni dah tak masak mcm dulu masa merantau kat negeri orang

      Padam
  4. Info yg bermanfaat ni chegu zam... mmg klu nak potong bawang time nak masak kdg2 rasa leceh hehee... t kasih atas perkongsian ye.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiz bawang yang selalunya diambil kira, beli yang saiznya sederhana, trus skali potong separuh dulu barulah senang kupas

      Padam
  5. Bagus info ni...lepas ni ingat kalau dah hiris bawang terus masak atau buat bawang goreng, jangan simpan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kikiki .. Chegu Pernah terhiris tangan waktu menghiris bawang ni..

      Padam
  6. tengok perkataan bawang pun dah mengalir air mata lelaki saya..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. potong bawang dalam besen air, barulah tak menangis tak berlagu

      Padam
  7. saya dah cuba petua nie..alhamdulillah berjaya hilangkan selsem saya.

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt