Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Selasa, 3 Jun 2014

Coklat Cadbury yang dulunya Haram kini Halal !!

Dah menjadi perbualan kat mana-mana Cadbury chocolates dah dikatakan Tidak Haram minggu ini. Tiba-tiba pengumuman buat tersedak masa minum air, Jakim sahkan produk coklat tersebut HALAL.


Dua produknya iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond telah diujikaji semula dan disahkan status kehalalannya. Lihat video penerangan Jamil Khir berkenaan coklat keluaran Cadbury


Pautan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIMsahduacoklathalal/m/mArticle

Alasannya, mungkin sumber yang sebelumnya telah tercemar, maksudnya semasa menghantar coklat tersebut, ada benda asing (bahan tercemar khinzir) yang masuk ke dalam sampel tersebut.

Em benda-benda begini jadi keliru kita pengguna, terutama umat Islam sebabnya :-

(a) KKM laporkan ada DNA babi (porcine) dalam coklat dan JAKIM kata tiada DNA babi (buat pemeriksaan terus di kilang) dalam masa semua produk dah ditarik balik dan recall semua coklat yg ada di pasaran dan dah berminggu-minggu berlaku baru nak buat test, komfomlah kilang dah buat persiapan awal sebelum jakim dtg buat test.

(b) KKM buat ujian tak menepati standard dan jadi tak betullah (maksudnya badan ini membuat ujian tak sah). Kredibiliti KKM pula akan dipertikai

Maka! jalan selamat, kita tidak makan saja coklat tersebut. Tapi Chegu juga gemarkan makan coklat, nasib baik dalam tahun ni tak teringat langsung nak beli / makan coklat tersebut, mungkin sebab tiada langsung nafsu nak ke pasaraya sebab harga barang sangat mahal sekarang ni ... Kalau jalan-jalan guna troli mesti tercapai coklat/jajan dalam cari barang-barang keperluan. Tapi ... macamana tahun lepas kita dah makan coklat tersebut......................

iklan : Skim dana untuk bantu peniaga muda ataupun peniaga baru BizMula-i


10 ulasan:

  1. takpelah dah termakan..jangan sampai samak mulut ye chegu.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. semestinya takkan membeli dah coklat keluaran mereka

      Padam
  2. pelik2 manusia sekarang nie..masing2 ada alasan mereka..jadi apa yang kita boleh lakukan ialah mengelakkan daripada makan jika kita berasa was-was...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. Kejap haram, kejap halal hmmm... mcm2lah.. Tak payahlah makan. Itu yg sebaiknya. Yg cakap halal tu pun patut tunjukkanlah dia makan kat org awam masa sidang media klu dah isu smpai ke peringkat mcm ni huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul .. tak pun tunjuk mereka dan keluarga mereka makan coklat tu kat khalayak umum .. macam ada was-was yg sangat banyak

      Padam
  4. takpe3...jgn hiraukan cadbury dah ..takde apa sgt pun kalau nak dibandingkan dgn golongan mendedahkan aurat, couple, jual beli minuman keras dan perkara2 haram dan berdosa besar yg lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang kita bimbang sebab chegu dah ter-makan

      Hal mendedahkan aurat, bercouple, berjudi, minum arak, chegu tak buat, merokok (oppp... memang dah tak merokok dah). Ini semua kerja yang memang sah chegu tak buat ..(em percaya tak?)

      Padam
    2. hehe percaya3...hehehe.. jangan risau cikgu ..saya support cikgu ..kalau sekolah ada nak g melancong, hubungi je saya..ye ? hehehe..saya boleh buat pakej

      Padam
  5. benda yang was-was, kejap haram, kejap halal..lebih baik tinggalkan terus. banyak lagi coklat yg statusnye halal. say goodbye to cadbury :)

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt