Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Khamis, 28 Ogos 2014

Sambutan Kemerdekaan ke-57

Salam kemerdekaan buat semua warga Malaysia. Sekali lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan kali ke-57. Tahun 2014, banyak yang berlaku peristiwa sedih dan duka... dari kes kedaulatan di bumi sabah sehinggalah terbaru peristiwa pesawat MH17. Malaysia masih bersedih.

Macam biasa, sambutan di peringkat sekolah masih di laksanakan dengan penuh kesederhanaan. Perhimpunan menyanyi lagu kebangsaan mengamit keheningan pagi. Tapi adakah anak-anak murid sekarang sedar akan cabaran sekarang... mereka riang gembira, biasalah sebab tak merasa perit dan pahit kehidupan..


Memang berbeza suasana perayaan kemerdekaan... kala chegu melihat riangnya anak-anak murid sekarang dengan anak murid di jauh pedalaman sabah dahulu memang amat berbeza dan istilahnya-dalam dua dunia berbeza.

Apapun yang diharapkan agar generasi akan datang akan matang kerana keadaan dunia yang canggih dan serba moden sekarang ni, banyak yang perlu dilakukan... tapi apa daya, manusia sekarang dah tak sepakat dan sefahaman macam dahulu... masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing... haiii, apa nak jadi dah

Saja je, bukan nak mengeluh, tapi menyampai perasaan tersirat yang lama terbuku dihati.. Kesian anak murid sekarang kerana tiada dah unsur ikhlas dalam diri, kerana tanggungjawab tersebut hanya diharapkan pada golongan arif agama je. Fahaman sekular masih lagi diamalkan dikala kita dah merdeka 57 tahun. Dulu masa di perantauan, hormat menghormati dan ramah mesra amat terserlah, tapi bila dah di kampung halaman sekarang, nak senyum ikhlas sebagai sedekah pula ditafsirkan pelbagai pekara negatif... aduh susahnya hidup..

Tema dan Logo Hari Kemerdekaan 2014 ke-57 ‘Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ begitulah tema sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini. Dilihat pada tahun lebih menekankan kepada semangat kecintaan terhadap negara bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat. Difahamkan, tema berkenaan adalah dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.





Poster kemerdekaan dibawah dihasilkan oleh pelajar kelas chegu untuk pertandingan poster di sekolah. Tekun anak didik mencurah idea... tahniah chegu ucap.

Harapan agar keamanan yang dikecapi masih dan akan kekal bertahan.. Selamat Hari Kemerdekaan

3 ulasan:

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt