Ahad, 7 September 2014

Memancing di Sedeli, Kota Tinggi

Projek menghilangkan tension tugas, chegu ke sedeli, kota tinggi untuk memancing. Gian teramat sangat. Lama dah tak turun kelaut. Kali terakhir adalah 3 tahun lepas. Sejak tu, hanya udang galah je, itu pun sekali. Trip sasaran ikan merah kat laluan kapal kargo, dekat pulau batu putih... selama semalaman je.

① ② Suasana pagi nak balik dah, malam berombak,
sayang nak klua hp takut masuk air.
③ hasil, ikan ungah, mulanya chegu ingat ikan tanda

Dari kluang, chegu dgn pemancing tegar dari batu pahat, dan sorang kakitangan sek. Mereka dah terkenal selalu menghantar artikel ke majalah joran dan juga sisipan bh. Segan ooo sebab mesen chegu jenis budget je,  joran pinjam plaktu. Taklah sampai nak berabis sampai beribu ringgit, cuma sekadar dapat memancing je.

Turun kelaut pun sebab minggu lepas rakan guru telah pegi dan mendapat habuan lumayan, Ikan Merah saiz 2 kilo tu... melimpah ruah hasil, mana tahu dpt rezki yg sama.

Rupa-rupanya sepanjang malam dilambung ombak. Gara-gara tak melihat ramalan cuaca, rupa-rupanya ada amaran angin kencang. Kikiki ... memang berangin je lah, hasil pun kurang, memancing pun arusnya laju. Biasalah ... first timer turun laut johor.

Hasilnya tak banyak, ikan ungah dekat sekilo dan ikan utik saiz-saiz lengan. Ingatkan ikan tanda.

Tapi dgn pengalaman ni, dah tahu skil dan cara tekong, lain kali dah tahu dah nak beli peralatan apa sebab nak sambung memancing sekali lagi hujung bulan ni.


7 ulasan:

  1. Lama dah saya tak memancing di sedeli.. dulu masa bujang2 selalu juga chegu Zam. Bila dah kawin, terus pencen.. tapi tak lah pencen sepenuhnya hehee.. :D

    BalasPadam
  2. saya masa kecik - kecik dulu memang kaci pancing......mest pergi sungai hari-hari....satu kali jer memancing kat laut..tapi bukan laut sgt pon tp kat paya....tapi,bukan dpt ikan gelama..ikan buntal yg dapat sampai putus tangsi joran =="

    BalasPadam
  3. wah! cerita geng kaki pancing ni...

    BalasPadam
  4. masa kecik2 duk kota tinggi.. selalu pegi sedeli... udang galah masak sambal... memori kanak2.

    BalasPadam
  5. perghh..excited pulak tengok ikan2 tu.
    lama dah x mancing ni..
    gatal tangan pulak..haha

    BalasPadam
  6. memancing memang best. adakala boleh menjadi kegilaan.

    BalasPadam
  7. teringin nk belajar memancing, tapi xde sapa geng... dulu sempat memancing kejap ikut member... best..

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.. ..

ShareIt