Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Ahad, 29 Jun 2014

Ramadhan - Kesalahan masa Ramadhan

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan

Alhamdulillah ... ramadhan al-mubarak telah menjelma kembali. Syukur kerana dapat sekali lagi merasa keberkatan nikmat yang Allah S.W.T. janjikan di bulan ini. Tapi jangan kita ghairah sangat menyambut. Cukuplah dengan besederhana agar pembaziran dan nafsu tidak menang. .. itulah yang sepatutnya ditundukkan di bulan puasa ni kan .. ye ke tak?


1. Tidak sahur.
puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

2. Sahur terlalu awal
- Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

3. Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit.
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal.

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
- bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
- ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! ✔

15 ulasan:

  1. Selamat berpuasa cikgu..thanks for the advice....

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut bulan yang dijanjikan pahala seluruhnya

    BalasPadam
  3. Salam Ramadhan Chegu Zam... t kasih atas peringatan. Slmt menjalani ibadah puasa.. :)

    BalasPadam
  4. salam ramadhan . kebanyakannya betul . done follow sini (154) . selamat menjalani ibadah puasa

    BalasPadam
  5. @khirKhalid - salam ramadhan, saling mengingati sambil beramal
    @QasehVee - Bulan ramadhan menambah kenalan

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian brooo

    BalasPadam
  7. Syukur masih dapat menikmati ramadhan tahun ini, selamat berpuasa

    BalasPadam
  8. selamat berpuasa cikgu..

    salam kenal..singgah dan follow sini..

    BalasPadam
  9. selamat berpuasa cikgu.. menarik entri ini cikgu

    BalasPadam
  10. Salam ramadham cikgu... thanks sharing...

    BalasPadam
  11. Salam 6 Ramadhan Cikgu. Peringatan yang baik. Kesalahan yang sama setiap kali datangnya Ramadhan ya..Hmm...

    BalasPadam
  12. Nice sharing cikgu. Sentap juga baca. Hehe.

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt