Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 14 Julai 2014

Polimik Kertas, Kertas Yang Tak Sempat Di Baca


Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan kemudian dibuang.

Dunia semuanya seperti kertas. Ramai yang bersedih, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA.

Kerana kertas, manusia dipuji,
Kerana kertas, manusia dipuja,
Kerana kertas, manusia dihina,

Kerana kertas, manusia terpisah
Kerana kertas, manusia berkuasa
Kerana kertas, manusia merana.

Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Ijazah - Kertas
Buku akaun - Kertas

Saman - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas

Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas

Hanya satu kertas
yang DIMILIKI seseorang
tetapi
TIDAK DAPAT DILIHATNYA
sendiri

SIJIL MATInya...

11 ulasan:

  1. wah, hebat chegu zam berpuisi.. betul tu cikgu, besar nilainya sekeping kertas.

    BalasPadam
  2. Mendalam maksudnya tu Chegu Zam.. tp, itulah realitinya kan...

    BalasPadam
  3. bayangkan kalo dapat tgk sijil kematian, rsanye sume tak pandang kertas lain dah.

    BalasPadam
  4. ayat last tu memang mendalam maksudnya che gu zam....

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. semuanya atas sekeping kertas. kerna hakikatnya kita takde apepun. :)

    BalasPadam
  6. Haya kerana sekeping kertas ya...nak kena baca macam lagu duit ke..he.he

    BalasPadam
  7. Hebat lagu mana pun kita didunia tetap tak mampu terima sijil mati

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt