Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru Buat Cikgu-Cikgu Seluruh Dunia

16 Mei kembali lagi...Dengan pelbagai gelaran, Guru, Cikgu, Sir, Teacher, Pendidik dan lain-lainnya, semuanya menyambut hari Guru...Globalnya.. Emmm, terasa macam syok sendiri je sambut hari guru ni, kalau tak ucap, sapa lagi yang nak sambut, betui tak?

Menanda kertas Peperiksaan 1/2 Tahun
Acara biasa sambutan hari guru

Ahhh... tahun ni terdengar macam-macam dan pekara telah beraku dan akan berlaku. Macam rasa ada gelombang perubahan dalam pendidikan ni... Chegu dah terasa.. soalannya... pelajar dan ibu-bapa dah bersedia atau belum dengan suasana Pengglobalan Pendidikan??? (maaf cikguBM kalau tak betul tulisan)

Apa yang Chegu nak sarankan adalah Gelombang penggunaan media yang semakin mencabar. Guru sekarang bukan merujuk kepada sumber utama ilmu. Sistem pendidikan dah makin memerlukan pelajar menjelaskan, menghuraikan dan menterjemah ilmu. Bukan macam dahulu, pelajar terima dari guru dan menganalisis darinya. hehe.. ini ilmu dari kursus pedagogi MBMMBI matematik haritu.

Banyak istilah baru pendidikan iaitu KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), kontekstual (perkaitan pembelajaran PdP dengan kehidupan seharian) dan Pembelajaran Koperatif (ciri-ciri pembelajaran berkumpulan, sosial dan gerakkerja). Tak termasuk dalam bidang sains dan matematik iaitu TIMMS dan PISA dimana soalan penyelesaian memerlukan pelajar membuat simulasi (penggambaran) dan menyelesaikan masalah menggunakan cara yang pelbagai, menjurus kepada gabungan hasil pembelajaran dan pengetahuan sedia ada (asas). Sangat complicated dan sophisticated dan canggih bahasa...anda faham tak?

Ahhh..setakat ini, chegu dah terangkan kepada pelajar, tetapi mereka masih tak faham... Mungkin sebab budaya pembelajaran yang masih tertakluk kepada peperiksaan membuatkan pembelajaran baru ini macam sesuatu fantasi. (maaf kepada yang merujuk, tulisan chegu ni tak ilmiah, sekadar terjemahan chegu sendiri)

Sempena kesempatan ini Sambutan hari guru tahun 2014, bertemakan "GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI". Happy Teachers Day!

Selamat Hari Guru ^_^


7 ulasan:

  1. Selamat Hari Guru chekgu Zam..insyaa Allah ilmu yang ditabur tidak akan sia-sia,pahala yang berpanjangan buat chegu..

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah..selamat hari guru chekgu Zam..salam terjah blog nie..

    BalasPadam
  3. Selamat hari guru cikgu zam..moga akan terus dapat menabur jasa untuk anak bangsa

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Guru Chegu Zam... maaf terlambat mengucapkannya.. :)

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt