Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mei 2014

Nisbah Kadaran - Soal Jawab Math #05

Nisbah bilangan durian dalam bakul X kepada bilangan durian dalam bakul Y kepada bilangan durian dalam bakul Z ialah 4:3:2.
Hasil tambah bilangan durian dalam bakul X dan dalam bakul Y melebihi bilangan durian dalam bakul Z sebanyak 30 biji.
Carikan jumlah durian dalam ketiga-tiga bakul itu...


Drp "Azizi ZZ_88" <botiq_88@yahoo.com>

Soalan drp sukatan
Tingkatan 2 : Bab 5 : Nisbah dan Kadar dan Kadaran [nota klik sini]

Jawapannya


1. Tulis semula nisbah jadi bentuk

X : Y : Z
4 : 3 : 2

2. Jadikan jadual

3. Kenapa chegu buat (X+Y) – Z
Fahamkan soalan –  Hasil tambah bilangan durian dalam bakul X dan dalam bakul Y melebihi bilangan durian dalam bakul Z sebanyak 30 biji (nilai betul-betul / nilai sebenar)
Ayat lain kalau tak faham juga tambah X dan Y memberikan beza 30 biji daripada  Z

4. Penyelesaian

Jadi nilai dalam bakul X = 24 biji, Y = 18 biji Z = 12 biji

5. Semak semula (X+Y) = (24+18) = 42 biji --> adakah ianya melebihi bakul Z sebanyak 30?

Ingat menyemak semula jawapan adalah pekara asas dalam penyelesaian masalah dalam matematik

Ahad, 2 Februari 2014

Nombor Bercampur - Menjawab Soalan Matematik

Tingkatan 2 membabitkan Bab 1 - Nombor berarah. Soalan Daripada Ketua Bidang Matematik dan Sains. Beliau mungkin meminta Chegu mempertimbang soalan jenis ini sebab ada pelajar bertanya kepada Pengetua (Kebetulan pengetua cikgu matematik) Ditanya pula kepada Ketua Bidang dan Ditanya Kepada Chegu --- Wah panjangnya sejarah soalan ni, berantai-rantai lah (ada sikit suspect sebab kenapa direct tanya Chegu --- emmm macam ada unsur dengki je).. Ah ah..abai bersangka baik je

Rantaianya (ceh macam gambarajah rantaian makanan haiwan pula)
Pelajar ----> Pengetua ---> Ketua Bidag ---> Chegu

Takpe, Chegu dah settle dengan diaorang... cuma Chegu nak kongsi dengan pembaca mungkin anak murid Chegu sendiri... takpe kongsikan benda bermanfaat.

Soalan Pelajar apabila nombor bercampur antara nombor bulat, nombor pecahan dan nombor perpuluhan bercampur.

Pelajar bermasalah tu kata ....(lepas banyak rantaian barulah Chegu dengar)... jawapan tak sama macam kalkulator.....

Ahh ni masalah pelajar sekarang... jawapan mengguna kalkulator. So dah dapat tangkap. Dia tukarkan pecahan 1/6 tadi menjadi perpuluhan...

DENGAR CHEGU CAKAP PULA ..... Apabila menyelesaikan masalah ini, cuba tukar semua nombor perpuluhan jadi pecahan (mcm contoh gambar diatas).

Ini kerana 1/6 akan memberi jawapan 0.166666666666666666666666666666666667
Jawapan akan jadi kurang jitu kerana awal-awal telah dibundarkan - pelajar tingkatan 1&2 mana belajar lagi sehingga titik perpuluhan dot..dot....... (Kalau ikut penyelesaian memberi jalan kerja bertulis).

JADI SEBAGAI LANGKAH KESELAMATAN (ingat hanya makmal sains je yang kene selamat) SELESAIKAN MASALAH NO BERCAMPUR KAEDAH PECAHAN... walau dia minta (asal soalan) pada akhirnya dalam perpuluhan.... dapat jawapan akhir tukar le pecahan kepada perpuluhan kalau dia minta.... kan senang kan .. kann ..  kannnnnnn

rasanya ini pelajar bukan chegu ajar... ataupun pelajar ni tak faham apa chegu cakap... Chegu dah terangkan pekara ini di dalam kelas. Aiiiihhhh kalau lah tahu siapa pelajar ni ....

Selasa, 7 Ogos 2012

Menjawab Soalan Matematik Anda 3

Pemfaktoran Ungkapan kuadratik
Soalan Yang diajukan

2x^2 + 10x + 12
  (a)      (b)     (c)                         ^2 bermaksud kuasa dua

Untuk faktorkan kuadratik diatas, chegu amat suka guna kaedah cuba jaya darab bersilang kita balik semula maksud "faktor" iaitu darab / gandaan

1) faktor nombor dua adalah 2 kali 1, -2 kali -1
2) faktor x^2 adalah x darab x
3) faktor +10x adalah 10 kali 1, 5 kali 2, -10 kali -1 dan -5 kali -2 (dengan x di darab sekali saja)
4) faktor bagi + 12 adalah 12 kali 1, 6 kali 2, 4 kali 3 (dengan nombor negatif darab negatif)

termasuk dengan pengalaman maka susunlah

cubaan 1
                     |           |
             2x    |   -12   |=  -12x
              |      |           |
             \/      |           |
 (darab) 1x    |   -1    |=   -2x     (tambah)
                     |           |
        ______________________________
                     |           |     
           2x^2  |    12   |  (jwpn) -14x
                     |           |
              (a)   |   (c)    |    (b) bukan nilai + 10x


cubaan 2 [cuba supaya (jwpn) jadi nilai (b) yang sebenar]

    susun   susun(3)    hasil darab silang faktor (a) dan (c)
   (1)(2)
               |          |
       2x    |     6   |=   6x                                  -----> (2x + 6)
               |          |     +
               |          |
       1x    |     2   |=   4x     (tambah)               -----> (x + 2)
               |          |  
 ______________________
               |          |
     2x^2  |   12   |    + 10x
               |          |
       (a)    |  (c)   |    (b) nilai + 10x

jadi jawapan faktornya adalah (2x + 6)(x + 2)

kalau nak dapat cubaan yang berjaya perlulah buat banyak latihan

cuba latihan ini
(1)  x^2 + x +  2
(2)  x^2 + 8x +  4
(3)  x^2 - 2x - 3

(4)  2x^2 + 4x + 2
(5)  2x^2 - 4x + 2
(6)  2x^2 - 5x + 2

Isnin, 16 Julai 2012

Menjawab Soalan Matematik Anda 2

Soalan Persamaan - Formula

Soalan di atas adalah untuk menentukan x dalam sebutan y.

Fokus utama adalah untuk meninggalkan x di kiri dan yang lainnya di kanan persamaan.
Kebanyakan pelajar tidak memahami sifat nombor. Integer terdiri daripada nombor negatif dan nombor positif. Rajah 1 -> cuba perhatikan = 6, ianya seolah olah dipetik dari garis nombor positif cuma tanda + tidak ditulis.

Bayangkan rajah 2 nombor -1, 0, 1/2, dan 1 macam buah rambutan di atas pokok. Jika 'per 2' dipetik, apa akan jadi kepada pecahan, tentu tidak baik/ rosak buah rambutan tu.

Jadi berbalik kepada ungkapan rajah 1, jangan diganggu pecahan tersebut. Hanya perlu pindahkan -2y melepasi persamaan.

yang tinggal
2x - 6 = 6 + 2y
   3             1

kenapa chegu buat pecahan per 1 di kanan persamaan. Kerana mudah mengenalpasti persamaan tadi hanya boleh diselesaikan dengan kaedah darab silang.

-- rujuk nota persamaan linear ini -- nota-matematik-tingkatan-2-bab-4-persamaan-linear

2x - 6 = 3(6 + 2y)

Barulah boleh dipindah -6 dan akhir sekali pisahkan 2 dengan x dengan kaedah darab silang.

2x      = 18 + 6y + 6
2x      = 24 + 6y
x        = 24 + 6y
                  2
x        = 12 + 3y
(x dalam sebutan y)

Harap yang bertanya paham, ini sahaja yang chegu termampu terangkan. Cuba bincang dengan lebih lanjut dari guru anda.

Ahad, 22 Januari 2012

Menjawab Soalan Matematik Anda

Poligon Sekata

Seorang pelawat chegu mengajukan soalan seperti di bawah (No soalan 2)


Menjawab soalan poligon sekata seperti di atas memerlukan pengetahuan dalam bab yang lain dan tidak semestinya menggunakan rumus sudut pedalaman SRQ dari sudut segitiga kaki sama, kerana tahap soalan ini jika menggunakan rumus sudut pedalaman poligon sekata akan menggunakan skil persamaan lebih dari tahap PMR sampai 3 ke empat kali pengiraan. Mudah jika menggunakan sudut pada satu pusat O. Jika 60 darjah ada tiga sisi, jadi kalau 360 darjah berapa sisi?

Jadi jawapannya? D, jimat masa tanpa menggunakan rumus panjang berjela. Matematik kertas 1 hanya 1 jam 15 minit. Soalan seperti ini memerlukan pemerhatian bentuk (melihat gambarajah seperti sepotong kek).

Harap yang bertanya faham. Terima kasih ya kerana bertanya..

ShareIt