Info ni sangat PENTING. Ianya akan menjadi tanda aras awal di mana anak kita akan berada 10 tahun akan datang.
Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016? Ianya lebih dikenali sebagai 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)' atau 'Higher Order Thinking Skill (HOTs)'. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang.
Bersediahkah anda? Luangkan MASA 5 MINIT untuk anda memahami perubahan yg berlaku dlm dunia pendidikan kita sekarang.
JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK
|
|
---|---|
1) RUTIN (Aras Rendah)
--> Tidak memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. (Biasa kita gunakan)
CONTOH 1:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70.
Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria? |
2) BUKAN RUTIN (Aras Tinggi) --> Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi. --> Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.
CONTOH 2:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan
sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda. |
Jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting dlm pencapaian akademik. Yang penting bagaimana anak anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah.
GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.
Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)
|
|
Zaman dulu soalannya mungkin seperti ini Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat? Anak anda mungkin boleh faham dgn pantas. |
Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700? Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas. Banyak jawapan bukan? Timbul rasa ragu? Dan perlu berhenti untuk berfikir sekejap, bukan? Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah. |
Mungkin sebagai ibubapa, yang mungkin terbaca artikel ini, Apa tindakan kita untuk membantu anak-anak?
Soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.
PERSOALANNYA SEJAUH MANAKAH semua ibu bapa dudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini?
Berikut disenaraikan 5 CIRI 'KBAT' @' HOTs' @cheguzam |
|
---|---|
SKOP YANG LUAS ❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan |
|
FAKTA
❒ Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran |
|
BERMAKNA
❒ Boleh ditafsir dan Mencabar |
|
STIMULUS
❒ Situasi baru ❒ Bukan lazim bagi murid
❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar
|
|
RESPON MURID ❒ Kepelbagaian
❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan
|
MASIH TAK BEBERAPA FAHAM? Lihat contoh-contoh yg disediakan
CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs) | |
---|---|
Berapakan nilai bagi 695 dibundarkan kepada ratus yang terhampir?
Komen ;
πJawapan Bagi soalan ini adalah 700
πAda 1 jawapan sahaja πSoalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir |
CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINGGI ~ HOTs)
| |
---|---|
Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ?
Komen ;
πJawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi
πYang penting pelajar tahu konsep asas "ratus terhampir" πJawapan boleh jadi lebih daripada 1 πMembantu pelajar lebih berfikir dlm situasi sebenar - setiap masalah dlm kehidupan sebenarnya ada byk πcara penyelesaian. |
Moga anak2 generasi pewaris kita kelak menjadi insan di dunia & akhirat.
T kasih atas perkongsian ini chegu zam.. :)
BalasPadamTerima kasih cikgu zam
PadamBagaimanakah format ujian UPSR bagi subjek Matematik?
BalasPadamBerapa soalan yang akan disediakan?
Bagaimana pula pecahan aras/markah bagi setiap soalan?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamTerima kasih atas maklumat ini. mohon share.
BalasPadammohon share ye cikgu zam..Alhamdulillah
BalasPadambagus, tapi x brp paham lh cikgu
BalasPadampenjselasan yang relavan
BalasPadam