Ahad, 15 Jun 2014

Info Terkini Sistem Pendidikan Kita (2014)

INFO TERKINI DLM SISTEM PENDIDIKAN KITA

Tahun 2014 ada penambahbaikan dari  PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah - yg akan bertukar kpd KSSR Maklumat yang telah diterima seperti berikut :
  1. DSK ( Dokumen Standard Kurikulum ) disatukan dengan DSP ( Dokumen Standard Prestasi ). Maka terhasillah DSKP (Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran).
  2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail dan mudah untuk guru merekod pencapaian murid.
  3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.
  4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.
  5. Ujian-ujian lain di peringkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. (terpulang pada pihak sekolah ).
  6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. Jadi, Menurut pengasas PBS, Dr. Khodori, sepatutnya Deskriptor datang selepas evidens, bukan evidens datang selepas deskriptor.
  7. Paling mengujakan, guru tidak perlu lagi ONLINE untuk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dalam bentuk excell dan digunakan sbg rujukan guru shj untuk melaporkan perkembangan murid kepada ibu bapa .
  8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.
Subjek Baru  KSSR akan diperkenalkan iaitu;
  1. Sejarah ganti Kajian Tempatan
  2. Rekabentuk Teknologi
  3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Dua Bab Tambahan bagi Subjek Matematik
  • Penambahan Bagi Bab Koordinat  (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)
  • Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah)
Murid Tahun 4 dan Tingkatan 2  (2014) juga merupakan perintis pertama kpd pengenalan Soalan 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)' spt yg telah diwar-warkan sebelum ni. Difahamkan pada tahun 2016, 40% soalan yg akan diuji adalah berkaitan KBAT.

Lihat Info KBAT untuk Matematik
http://cheguzam.blogspot.com/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untuk-guru.html

9 ulasan:

  1. Perkongsian yang menarik cikgu. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. baru tiga bulan sy meninggalkan persekolahan, dh macam2 yg berubah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gelombang pendidikan peringkat kedua. Ada lagi ni...

      Padam
  3. selamat kembali ke sekolah chegu zam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. sekolah kat Johor stat sekolah awal... yeah

      Padam
  4. selamat kembali ke sekolah dari cuti ..ehhehe

    BalasPadam
  5. Bunda dah takada anak2 kecil yang bersekolah...kalau bunda tak baca disini memang banyak bunda tak tahu ...

    Terima kasih cikgu... info yang menarik..

    BalasPadam
  6. Sebagai ibu bapa yg mempunyai anak2 yg masih bersekolah, ini adalah sesuatu yg perlu diketahui juga. T kasih chegu zam.. :)

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.. ..

ShareIt