Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Khamis, 17 April 2014

Ayam berkokok tengah malam - Mistik Ke?

Ayam jantan seringkali dikaitkan dengan berkokok - kikiki, takkan pula ayam betina nak berkokok pula... Chegu terfikir akan topik ni sebab ada yang mengaitkan isu ayam berkokok malam dengan unsur mistik - lepas tu takut tak semena-mena.


Sepanjang pengalaman Chegu di pedalaman Sabah dahulu, tak terpikir pun ayam berkokok ni menakutkan. Lumrah memang ianya akan berkokok awal subuh.. malahan sebelum subuh... memang berguna sebab subuh di Sabah awal 1 jam dari di semjg, Jam 5 pagi tu. Sejak panduan ayam hutan ni berkokok, emm... subuh dah tak terlajak..nak harap surau jauh dihujung kampung, tak dengar... alhamdulillah

Ada lagi, Pengalaman ni Chegu dapat ketika memancing udang galah.. biasanya chegu akan berpandu pada pasang surut air sebab air bergerak sahaja udang ni mematuk. Kat Sabah dulu, air pasang surut berlaku hampir 4 kali sehari, masa giat mendapat hasil, sibuklah ayam berkokok... asal dapat je udang bergasak, ada ayam berkokok.. Pernyataan chegu ni dikuatkan setelah bertanya pd org lama, memang ayam berkokok pada waktu pasang surut.


Hadis sahih Muslim ni berkenaan ayam.. ia nampak malaikat, tak macam anjing dan keldai yang nampak syaitan..

Kesimpulannya, bebanyak lah kita berdoa ketika waktu subuh ketika ayam sedang berkokok.. Malaikat rahamat sedang berkeliaran mendoakan orang yang bangun untuk mengingati Allah..

Mungkin waktu air pasang dan surut, ada malaikat yang ditugaskan menjaga kejadian ini disaksikan ayam sehingakan ianya berkokok.. tak mustahil yekedok!

5 ulasan:

  1. Betul tu chegu zam.. arwah atuk saya dulu pun ada ckp. Ayam berkokok sbb nmpak malaikat. Ada baiknya berdoa bila ayam berkokok, mudah2an diangkat terus doa kita tu & dimakbulkan Allah swt... aamiin...

    BalasPadam
  2. Banyak kan berdoa di waktu pagi

    BalasPadam
  3. masa kat kampung dulu pun selalu je dengar ayam berkokok..tengok jam baru pukul 2 pagi..huhu

    BalasPadam
  4. owh.. patut la orang tua2 ada cerita kalau nk tau orang yg baru dikebumikan tu terseksa atau tak, tambat ayam jantan kat batu nisan. kalau ayam menggelupur, tandanya malaikat sedang soal ahli kubur la. tu apa yg saya pernah dengar masa kecik2 dulu..

    wallahu a'lam.. :)

    menabung sini..

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt