Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 19 Mei 2014

Hari Guru 2014 Meriah

Memang Tak di jangka, tahun 2014 sangat-sangat luar biasa sikit. 16 Mei jatuh hari Jumaat, tapi Johor cuti hjg minggu, Jadi terpaksalah sambutan hari guru buat Ahad minggu depan. Semua persiapan dan aturcara 100% pelajar buat. Banyak kejutan juga. Mcm tak sangka pun ada... Ni apacite sebelah cikgu tu sape ek... cer teka..
Julung kali dapat bergambar ngan artis
Sharul Shiro Tu
Sabtu - 18 Mei
Ada dua pekara berbeza nak cerita ni. Sebelum hari sekolah sepatutnya ada acara tembak menggunakan senapang untuk ketua jabatan. Tapi pengetua sibuk menyawitsebab musim hujan sekarang ni. Katanya cepat masak buah sawit tu... Terpaksa la tapi ngan rela hati gak sebab dapat menembak guna M16 tu.

Possing ala-ala berlagak ...kikiki
Amacam, ada gaya sharpshooter tak?


Ada dua pertandingan diaorang buat, menang tak??? Boleh la, dapat saguhati je, hadiah RM450 bahagi 4 orang. Emm.. boleh tahan lah.

Ahad - 19 Mei
Sambutan Hari Guru macam biasalah... berarak dengan tema Back To School (Attire...chegu tak ikut tema lah).
macam budak sekolah tak?
Jangan Konfiuse ni gambar cikgu-cikgu
Ingatkan macam biasa je... Perhimpunan, makan pagi, pastu sambungan dengan persembahan pelajar. Yang tak dijangka Kumpulan SHIRO datang dengan semangat memeriahkan sambutan majlis kami ni. Tabik lah kat diaorang...walaupun dah popular, sanggup diaorang membuat persembahan komedi dekat 1 jam jugalah kat guru-guru. Rasanya tak terbayar kalau diaorang dijemput secara rasmi. Sekalung penghargaan tak terhingga sebab mereka kerana sudi menyumbangkan kejutan yang tak sangka sangat-sangat.
Kumpulan Shiro - Ajak & Sharul
Maaf lah sekolah tak jangka mereka datang
Tempat tak beberapa sesuai
Hamper cabutan bertuah... alhamdulillah
Hadih dan kad ucapan chegu dapat
tahun ni.
Tahun ni banyak juga lah acara yang chegu ikut anjuran kelab Guru. Pertandingan badminton - dapat tempat ketiga. Pertandingan Bowling - kalau kumpulan dapat tempat keempat, untuk individu pula tempat ke-10.

Terima kasih kepada anak murid yang telah memberikan hadiah. Kalau banding dengan pengalaman sepanjang 7 tahun ni, inilah hadiah paling banyak chegu dapat.. Tapi kalau diingatkan masa di Sabah dahulu, walaupun hadiahnya tak seperti sekarang, tapi ingatannya kekal sebab mereka mengucapkan terima kasihnya kerana sedar akan kehadiran kita guru-guru sangat sukar. Sewaktu Chegu tinggalkan sabah, sampai sekarang, tiada guru opsyen Matematik yang mengantikan Chegu, hanya guru subjek lain yang mengajar mereka...

Tapi bukan hadiah yang Chegu minta. Cukuplah penghargaan Ikhlas.. Kejayaan anda anak didik yang Chegu harapkan. Biarlah mereka berjaya tetapi tetap tunduk merendahkan diri hormat kepada guru.. contoh terbaik dah nampak depan mata kumpulan Shiro dijadikan iktibar..

Video persembahan - sorry vid amatur - tak stabil sebab lama sangat pegang

19 ulasan:

  1. Selamat Hari guru cikgu.. Sorry lambat ucap.. :)

    BalasPadam
  2. selamat hari guru,chegu zam..gempaklah sambutan dengan tembak2,Shiro datang dan paling best banyak dapat hadiah dari anak didik..tanda disayangilah tu chegu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan kabur mAta ana. Nampak banyak sebab meja penuh barang2 lain. Bolehvtahan lah thn ni ada sikit hadiah. Hehe.. nak menang calon meja kemas memang takde lah

      Padam
  3. Bestnya...kumpulan shiro datang. Diorang ex-student ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sharol saja bekas pelajar... habis semua protokol dia berdua langgar.. tapi takpe pengetua sporting

      Padam
  4. Wahh menarik... mmg meriah. Alhamdulillah Chegu Zam.. berkat usaha mendidik anak bangsa.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekali-sekala ada kejutan, barulah hidup penuh warna

      Padam
  5. meriah nampak hari guru tu.
    kitorang esok baru start.
    tangguh sebab exam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang minggu-minggu exam ni. Memang sibuk je guru-guru sekarang ni.

      Padam
  6. Selamat hari guru. Best betul hari guru. =D

    ZH Blogger

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Terimakasih kerana sudi komen. Tahun dolu-dolu tak meriah pun

      Padam
  8. wah, kali pertama fizi jumpa cigku yg sporting cam chegu zam..mmg seronok bekas pelajar dtg menghiburkan dan memeriahkan hari guru dkat sekolah chegu..selamat berkenalan..terima kasih sudi singgah blog fizi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ .. chegu tak sporting ... anak murid je yang kata .. he saja je tu,selamat berkenalan

      Padam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt