Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2016

Cara Halau Tikus Masuk Rumah

Jom Banteras perosak
En. Tikus... sekali tengok tak sekiut kucing untuk dibelai-belai.. kalau ok pun tikus peliharaan / hamster. Justeru, ramailah yang tercari-cari macamana nak menghalau tikus keluar rumah.

Dalam carian en. google, banyak juga yang mencadangkan sumber-sumber alam semulajadi seperti daun limau serai atau daun durian belanda untuk menghalau dan menghapuskan tikus dari dalam rumah.

Masalahnya mana nak cari? Rata-rata pengguna netizen ni duduk dekat bandar.. chegu percaya, anda sekarang yang membaca ni mungkin tak kenal daun bagai2 tu kan.

Gunakan Bahan Dalam Rumah Sahaja

Sebenarnya senang je.. Cuba cari lada hitam.. nak cari pun senang sebab ada di pasaraya, kedai runcit atau pasar malam. Letak kat laluannya, insyaallah, tikus tersebut akan lari. Lada hitam mudah dicari. Tapi ingat, jangan keliru pula dengan lada putih pula (tentulah warnanya hitam, takkan kaler putih pulak) Cuba guna lada putih chegu belum pernah buat. Takpe, jangan takut membazir kalau tak berkesan, ianya boleh dimasukkan dalam masakan anda. Tak membazir mencuba.

Tapi Chegu nak ingatkan, fasa menggunakan lada hitam ni hanya sesuai jika tikus tu susah sangat nak dikeluarkan dari rumah anda.

Perangkap Tikus

Jadi chegu cadangkan belilah perangkap tikus besi. Umpan pulak janganlah ikut sesetengah orang yang meletalkan ikan / ayam... INGAT TIKUS BUKAN KARNIVOR. Mereka tak makan daging. Letak umpan seperti kekacang, nasi atau biskut. Selalunya paling berkesan gunakan ubi kayu.

Tapi ramai yang gusar macamana nak dibunuh. Cara sangat kejam chegu dapat adalah dengan merendam seluruh besi perengkap tersebut dengan air, biar mati lemas. Sekejap je, tak sampai 2 minit dah mati. Ilmu ni chegu dapat masa tengah masak megi, ikat sangkar dengan tali pancing, campak je dalam sungai belakang rumah.

Ada cara lain dengan menjemur di cahaya matahari, tapi cara ni kejam sangat sebab ianya lambat mati. Berjam-jam lamanya barulah ia mati.

Jangan ye marah ke chegu sebab kejam sangat. Kalau anda suka ambillah dan belai manja lah tikus tu, sesedap rasa, ikut selera anda...kikiki

Bela Kucing

Satu cara biologi yang berkesan adalah menggunakan kucing. Tapi kucingya yang jenis lincah macam kucing kampung. Kalau kucing Parsi macam tak pernah nampak mereka dirakam dalam vid.. Jadi pemilihan kucing pun perlu betul kadang kala kucing kampung pun tak tentu lagi nak tangkap tikus. Mungkin tikus sekarang beso-beso giler, takut kucing tu. Jadi anda jangan salahkan kucing tu ye.

Biasanya kucing bawa balik tikus ni tanda dia sayang kat tuannya. Dia nak bagi kat tuannya, tu sebab ianya hidup lagi.

Racun Tikus

Cara yang amat berkesan tapi ada risiko. Sekarang ini, racun yang ada membuatkan tikus sering mencari air. Takut2 ianya mati dalam bekas tadahan. Pesan chegu tutuplah bekas air terutama tangki air dalam rumah, takut-takut dah kembung perut sampai jadi tulang rangka tapi anda enjoy mandi dan minum air itu..ughh


Sekarang ini banyak cerita kes kematian gara-gara kencing tikus. Em, pesan chegu janganlah ketempat rekreasi hutan lipur ke, or air terjun... .. pergi tempat yang telah diselenggara dengan baik macam air terjun kota tinggi. Berbayar, tapi pengunjung tidak membawa makanan yang nantinya bersepahan dan mengundang tikus.
Sampai disini saja petuanya. Selamat mencuba. Sebarang kekecewaan, chegu jangan dikecam, ilmu bermanfaat dikongsi bersama

Jumaat, 6 Februari 2015

Khasiat Air Kelapa Alternatif Air Isotonik

Tahukah Anda bahawa air kelapa terbukti rendah kalori, bebas lemak dan kolesterol, mengandungi lebih banyak kalium jika dibandingkan dengan pisang, dan sangat baik bagi orang yang kehausan... em patut la sebab haus, apa-apa air pun akan mujarab.

Air kelapa sebenarnya mengandung karbohidrat yang mudah dicerna dalam bentuk gula dan elektrolit. Sekitar 30 ml air kelapa tanpa pemanis mengandung 5.45 kalori, 1.3 gram gula, 61 mg kalium, dan 5.45 mg natrium. Em masih kabur ke fakta statistik ni. takpe teruskan membaca...

Berdasarkan sebuah penelitian, para pengkaji menemui bahawa air kelapa memang lebih baik untuk menggantikan cairan yang hilang dibandingkan dengan minuman tenaga di pasaran atau air putih, akan tetapi hanya bila Anda mengambilnya air kelapa dalam kuantiti ataupun dalam jumlah cukup banyak.

Pada ahun 2007, ada kajian menemui, air kelapa yang diperkaya oleh natrium memiliki khasiat yang sama seperti minuman tenaga yang sering digunakan untuk mengganti cairan tubuh setelah penat dengan aktiviti bersukan.

Kemudian kajian lain pula mendapati air kelapa juga membuat orang yang minum tidak akan berasa mual, merasa lebih kenyang, tidak mengganggu pencernaan, dan lebih mudah di hadam dalam jumlah banyak untuk tujuan mengembalikan air yang hilang dari tubuh.

Setakat hingga ke hari ini, masih lagi tak pasti adakah air kelapa mampu merawat dan mengubat kanser. Tetapi kalau dah tahu akan khasiat air kelapa, kenapa ianya tidak di perluaskann penggunaannya dengan dijual dalam air kotak ke, dipek sejuk ke..??.. Kalau ada kan lebih baik sebab air tenaga sekarang ni ada kandungan karbonat (gas)

Sabtu, 24 Mei 2014

Bawang Dapur Anda Boleh Merawat - Betul Ke?

Musim selsema dan demam... anak-anak akan mudah berjangkit sebab kuman yang merebak mengikut bawaan udara. terjumpa artikel berkenaan petua Khasiat bawang.. murah tapi berkesan..


Bawang —  Maklumat tak Tahu sambil Takjub dengan kuasa tuhan

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Chegu : Dulu pernah memotong bawang dan diletak dalam tapaware kononnya malas nak potong ... senang je tinggal nak tumis. Tapi rupanya tak sampai nak malam (potong tengahari) dah busuk bawang tu... kikiki. Moralnya : Jangan Malas!

Ahad, 2 Februari 2014

Asam Jawa - Kebaikan Dan Khasiatnya

Selamat Sejahtera Pembaca Chegu, hari ini chegu berminat nak cerita berkenaan Asam Jawa. Em kenapa, sebab sekarang ni dah sakit tekak gara-gara cuaca sekejap sejuk, sekejap panas. Haritu semua ambil kesempatan jual baju sejuk dan naikkan harga. Jangan pula lepas ini asam jawa pula naik harga dan laris..kikiki

Petang semalam pergilah mencari asam jawa ni. Chegu tak suka menggunakan ubat batuk sebab kan dulu hangat dikatakan pasal ubat batuk tiruan... eiii jangan cari pasal, maka gunakan cara tradisional. Maklumlah cikgu, kena jaga suara, kan ianya aset kerjaya Chegu ...hihi

Asam Jawa Rawat Sakit Tekak
- Bahannya - Asam Jawa (em ada bahan lain ke???) - Gula (secukup rasa) - Air Suam (gila kau nak guna air sejuk dan ais)
- Cara - Campurkan semuanya secukup rasa - Minum LAH - Teguk sedikit demi sedikit, terutamanya tahan air minuman ni kat bahagian tekak yang sakit, kokol air tesebut lagi baik (harap yang dengar tak luya dan muntah gara-gara bunyi tersebut) 

Adabi - Senang Takpayah
asingkan biji
Benda biasa kat dapur
My Fav

Asam jawa yang selama ini dikenal sebagai salah satu rempah di dapur, ternyata memiliki banyak manfaat untuk pengubatan. Menghilangkan bau hapak waktu haid, radang tekak atau tonsil, batuk kering, bisul, darah rendah, keputihan, serta campak adalah beberapa penyakit yang boleh diubati oleh asam jawa.
Pohon asam berasal dari Afrika, biasanya ditanam sebagai pohon Perendang, Bolehmencapai ketinggian 25 meter. Daunnya bersirip sama rata dan bunganya kekuning-kuningan. Buahnya berbentuk batang dan berbiji dengan panjang 3,5-20 cm dan tebal 2,5 cm. Kulit cengkerang luar berwarna coklat dan isi buah rasanya masam.

Isi Buah Asam Jawa inilah yang biasa dipakai untuk memberi rasa masam pada makanan, dibuat sirap / jus, atau boleh juga untuk membersihkan barang-barang logam yang warnanya berubah menjadi kehitaman.

Asam berkhasiat untuk memudahkan buang air besar dan melancarkan peredaran darah.

Asam Jawa Merawat Luka Jahitan
Bagi menyembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat, ambil seketul asam jawa dengan sedikit air. Campurkan dengan air panas. Biarkan sehingga suam sebelum membasuh tempat luka jahitan. Amalkan setiap kali mandi. Jahitan akan cepat kering.
 Sumber: OpahStylo

Asam Jawa Menjadi Pelawas Perut
Asam jawa boleh menjadi pelawas dan membantu sistem penghadaman makanan. Bagi masalah perut buncit, amalkanlah petua mudah ini:
Campurkan sedikit asam jawa dengan air suam. Biarkan semalam. Paginya minumlah air asam jawa itu.
Sumber : zaislife

Ok.. Sekian sahaja. Selamat Mencuba

* Amaran - Chegu tak bertanggungjawab kalau ada yang mendapat penyakit kronik menggunakan petua ini, Lihat dahulu jika ada alahan kalau makan asam jawa ... emm, makan asam pedas masuk air asam jawa dulu... kalau makan sambil menjilat pinggan ... kira OK Kot!!

Sabtu, 8 Disember 2012

Himpunan Petua Dapur

Disini ada beberapa himpunan petua lama yang boleh digunakan. Hanya berkongsikan petua yang sememangnya tidak dibuktikan kesaintifikannya. Mana tahu boleh dicuba. Tak rugi pun. Kalau ada kerugian, maap ye, janganlah dituding jari kat chegu, ianya atas risiko anda sendiri


Mencantikkan Telur Rebus
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.

Mengelak Ikan Masin Hancur
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.

Ikan Digoreng Tidak Lekat
Untuk memastikan ikan tidak melekat pada kuali ketika digoreng, anda harus pastikan minyak yang digunakan agak banyak dan membolehkan ikan tersebut tenggelam. Selain itu anda juga boleh memasukkan beberepa keping asam keping bersama ikan itu. Terbalikkan ikan bila anda yakin ia telah garing.

Mengelak Minyak Memercik
Petua 1 : Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
Kemudian baru menggoreng.
Petua 2 : Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.

Menghalau Semut
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

Memekatkan Sup
Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

Mengelakkan Lipas
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Petua 1 : Letakkan arang di dalam peti sejuk untuk mengelak peti sejuk daripada berbau.
Petua 2 : Letakkan sedikit esen vanila dalam bekas yang kecil dan simpan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum dan segar.

Hindari Bau Busuk Kulit Udang
Siram kulit udang dengan air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan dihurung lalat.

Bersihkan Siput Sedut
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.petua menghilangkan bau pedas cili

Cili Mesin Lebih Tahan Lama
Petua 1 : Masukkan sedikit air asam jawa ke dalam cili kering yang telah dimesin. Kemudian simpankan di dalam bekas yang berpenutup di dalam peti ais. InsyaAllah cili tersebut akan tahan sehingga sebulan dari berkulat.
Petua 2 : Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan sehingga kering airnya. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.
Petua 2 : Cili yang telah dikisar hendaklah digoreng terlebih dahulu dengan minyak dan sedikit garam. Setelah sejuk, barulah dimasukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.
Petua 3 : Masak cili dengan air dan sedikit garam. Setelah sejuk, bolehlah dikisar hingga hancur.

Petua Mengisar Cili
Masukkan sedikit minyak masak bersama cili kering . Kemudian kisar seperti biasa. Cili kering tersebut akan tahan lama selain menghancurkan biji cili kering dgn lebih cepat.

Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.

Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

Mengelakkan Periuk/ Kuali Menjadi Hitam
Sapukan minyak masak pada bahagian dalam dan luar periuk dan kuali setiap kali sebelum ia digunakan. InsyaAllah periuk/kuali tidak akan menjadi hitam, terutamanya jika diguna di atas api dapur kayu.

Hilangkan Bau Hamis Daging
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.

Hilangkan Lemak Ayam
Gaul dan perapkan daging ayam dengan tepung gandum selama setengah jam, sebelum anda hendak memasaknya.

Kurangkan Kutu Beras (Bubuk)
Petua 1 : Ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras diatasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi diserang bubuk.
Petua 2 : Masukkan beberapa tangkai cili kering dan serai ke dalam bekas beras. Beras tidak akan berkutu sebaliknya berbau wangi.

Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis.

Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko
Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan limau nipis selama lebih kurang lima belas minit. Anda akan dapati cawan dan teko itu bebas dari kesan teh dan kopi yang kelihatan berkarat itu.

Mengatasi Nasi Lembik
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

Telur Tahan Lama
Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.

Menghilang Tanda Hangus Pada Periuk
Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.

Melembutkan Daging
Petua 1 : Jika anda masak daging yang keras, sudah lama direbus tapi masih belum empuk, anda boleh mengatasi masalah ini dengan memasukkan sebiji buah betik muda ke dalam masakan daging tersebut. InsyaAllah, daging itu akan lembut dan masakan akan bertambah sedap.
Petua 2 : Masukkan sudu atau garfu (seelok-eloknya sudu tembikar) ke dalam periuk bersama-sama daging yang sedang direbus hingga empuk. Kemudian, barulah dimasukkan bumbunya.
Petua 3 : Ketika merebus daging, masukkan satu cawan air kelapa ke dalam rebusan daging. Masak seperti biasa sehingga daging empuk. InsyaAllah daging akan lebih mudah lembut.

Sayur-sayuran Tahan Lebih Lama
Setiap kali membeli sayur-sayuran, cucikan dgn air terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya. Kemudian bungkus dengan suratkhabar. Simpankan dalam peti sejuk seperti biasa. InsyaAllah sayur-sayuran tersebut akan tahan sehingga dua tiga hari berikutnya dan masih segar apabila ingin dimasak.

Mengelakkan Sawang atau Sarang Labah-labah
Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang labah-labah. Kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

Mengelak Telur Rebus Pecah
Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian baru masukkan telur ke dalam air.

Petua Mengupas Telur
Agar telur terkupas cantik, ikuti petua ini. Rebus telur dalam jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas.

Agar Tembikai Lebih Manis
Untuk memaniskan lagi tembikai, rendamkan dalam air garam selama 4 jam. Tembikai akan berasa lebih manis.

Menyegarkan Kembali Sayur
Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.

Hilangkan Bau Hanyir Ayam
Petua 1 : Lumurkan dua sudu makan cuka dan biar selama satu jam. Kemudian baru dicuci seperti biasa. InsyaAllah bau hanyir dan lendir ayam tadi akan hilang.
Petua 2 : Terlebih dahulu lumurkan ayam dengan tepung gandum. Rendamkan dalam air sehingga 10 minit. Cucikan dengan air bersih.

Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air.

Pengisar Sentiasa Tajam
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

Hilangkan Bau Botol Atau Balang
Setelah botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah dibersihkan. Tutupkan arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam. Apabila bau benar2 hilang, baru lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang bersih.

Hilangkan Kotoran Pada Pengisar
Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.

Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar
Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam pengisar. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cudi bersih dan lihat hasilnya.

Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan
Selepas menyiang ikan, lumurkan sedikit ubat gigi pada tangan. Kemudian, bilas. InsyaAllah tangan tidak akan berbau hanyir lagi.

Masakan Termasin
Potong kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan. Setelah kentang lembut, keluarkan semula.

Bekas Plastik Kelihatan Baru Semula
Koyakkan suratkhabar kecil-kecil. Selepas itu campurkan sedikit peluntur. Basuhkan bekas plastik itu sekali lalu dan rendam dalam campuran suratkhabar dan peluntur tadi. Biarkan semalaman. Keesokkan paginya, basuh bekas plastik tadi dengan serbuk sabun yang bercampur air limau nipis. Gosokkan dengan span. Kemudian, basuh bersih-bersih, bilas dan keringkan.

Cara Menyimpan Udang
Walaupun tiada peti ais, anda masih boleh menyimpan udang dengan petua ini. Mula-mula udang tersebut dicuci hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat. InsyaAllah udang tersebut akan tetap segar meskipun disimpan sehingga 2 hari.

Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.

Hilangkan Lendir Bendi
Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.

Merangupkan Cucur
Masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam abncuhan tepung. Kacau rata-rata kemudian barulah digoreng. Cucur akan terasa lebih enak bila dimakan.

Melembutkan Cucur
Bagi anda yang jarang membuat cucur, ini ada petua bagi melembutkan cucur. Pastikan anda membancuh tepung gandum dengan air suam. Kacaukan sehingga sebati. Dengan cara ini, cucur yang anda masak lebih lembut sesudah dimasak dan tetap lembut walaupun telah sejuk.

Jumaat, 17 Februari 2012

Petua - Alamak, Nasi hangit


BILA NASI BERBAU HANGIT

Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak menggunakan periuk biasa, masak tujuan kenduri ataupun majlis boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

Selasa, 14 Februari 2012

Petua - Menghilangkan Bau Pedas Cili Tumis

Sambal Tumis Petai

MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya- Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

cuit - org sabah mana mau makan yang pedas

Petua - Air Beras


AIR BERAS


Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.

cuit - lepasni berebut lah org nak basuh beras sambil curi-curi tepek kat muka tuhh .. hehe

Selasa, 6 Disember 2011

Info - Jimatlah elektrik

PUPUK TABIAT JIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA SEMENJAK KECIL LAGI

Dalam cuti sekolah ni, tak banyak benda nak buat kat kampung ni, chegu pun terdengar adik tertipu dengan TNB sebab tersalah kira bil elektriknya. Bulan lepas RM 98, tak logik kalau orang bujang pakai elektrik. Mana tidaknya, dah seharian kerja, duduk rumah kurang dari 12 jam. Tapi bulan ini bilnya jadi RM0, ok la tu tak payah bayar la bulan mendatang.

Jadi enry kali ni chegu nak kongsi info berkenaan elektrik. Benda ni tiap kali kita guna tapi tak peduli langsung. Hee.. teringatlah chegu iklan pewangi pakaian, downy - jimat elekrik - ada kena mengena ke?

Pemikiran kanak-kanak muda diibaratkan sebagai sekeping kertas putih. Sebarang maklumat yang diberikan kepada mereka secara berulang kali akan kekal dalam sanubari mereka dan akan berkekalan seumur hidup. Jika tabiat baik ingin dipupuk dalam diri mereka, maka ia hendaklah dilakukan semenjak mereka kecil lagi.

Banyak kajian telah dijalankan tentang perkembangan badan dan minda, tabiat dan tingkah laku kanak-kanak. Misalnya kajian yang dilakukan oleh ’Institute for the Study of Child Development, Department of Pediatrics at UMDNJ-Robert Wood Johnson Medical School’ dan ‘Department of Pediatric Dentistry, School of Dentistry, Aichi-Gakuin University, Nagoya, Japan’ dan banyak lagi di negara-negara lain. Secara amnya, semua kajian ini merujuk kepada pembentukan tabiat dalam kalangan anak-anak muda, khususnya dari umur 2 hingga 6 tahun.

Ibu bapa hendaklah memikul tanggungjawab untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga dalam kalangan anak-anak mereka. Kanak-kanak belajar dengan memerhatikan tindak tanduk ibu-bapa mereka dan mengikut jejak langkah mereka mengikut pemerhatian itu. Jika para ibu bapa ingin memberikan pengajaran ini kepada anak-anak mereka, maka mereka juga haruslah mempraktikkan amalan ini terlebih dahulu untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.

Guru-guru di sekolah pula berperanan sebagai ibu bapa kedua bagi kanak-kanak. Tugas guru-guru adalah untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga semasa di sekolah. Kerja chegu la ni. Pengajaran yang efektif adalah hasil gabungan pengajaran dari segi teori dan juga praktikal.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga harus memberi tumpuan yang serius kepada aspek pendidikan kecekapan dan penjimatan tenaga untuk kanak-kanak mulai sekarang dengan menyediakan sukatan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Malah kesannya akan dirasai jika pendidikan tentang kecekapan dan penjimatan tenaga dapat dipupuk semenjak peringkat tadika lagi!

Malaysia memerlukan generasi yang akan mendorong dan memajukan teknologi hijau untuk menangani masalah iklim dunia. Jikalau objektif ini hendak dicapai, di manakah ia harus dimulakan?

Titik permulaannya adalah dengan menyemai sikap kecekapan dan penjimatan tenaga dalam diri seseorang individu. Sebagai langkah untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga di kalangan anak-anak muda, Kempen SWITCH yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia pada tahun 2010 di seluruh Malaysia untuk mendidik kanak-kanak memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga.

Kempen tersebut mendapat sambutan baik dan telah menolong segolongan besar kanak-kanak sekolah untuk memupuk tabiat kecekapan dan penjimatan tenaga. Memang sebaik-sebaiknya tabiat untuk memupuk kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga dimulakan sewaktu di peringkat usia muda lagi untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, sepertimana pepatah Melayu, ’Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Kanak-kanak merupakan penerus bagi generasi pada masa ini. Oleh itu pendidikan awal kecekapan dan penjimatan tenaga kepada mereka amat wajar sekali. Contoh-contoh kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga yang boleh diajar kepada kanak-kanak adalah seperti berikut;

Ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka untuk menutup lampu bilik apabila tidak digunakan. Cara menutup suis juga perlu ditunjukan bagi pendedahan praktikal.

Ibu bapa menasihatkan anak mereka untuk menutup kipas angin dan menunjukkan caranya juga.
Mengajar mereka cara untuk memperlahankan kipas angin untuk mengelakkan penggunaan tenaga secara berlebihan.

Pelbagai contoh lain boleh difikirkan untuk membantu kanak-kanak menyemai sikap kecekapan dan penjimatan tenaga.

Pekara kecil yang patut kita mulakan cuba tengok charger handphone kita kat sebelah tu, dah penuh baterinya ke? kalau dah rajin rajinlah bangun dan tutup suiznya kerana sedikit sebanyak dapatlah kita berjimat. Mana-mana peralatan elektrik seperti cerek elektrik dan mesen basuh yang tidak digunakan suiznya perlulah dimatikan.

Dan..dan... terus tutup charger samsung s2
(d0t...) Ai nah, jangan aisboxnya di matikan sudah bah...

Sabtu, 26 November 2011

Makan Malam Sihat

Tips Makan Malam Yang Sihat

Hiasan - Mee sup

Adakah anda tahu bahawa pengambilan makan malam juga adalah sama pentingnya seperti pengambilan sarapan pagi?

Ini adalah kerana tubuh badan juga memerlukan sumber tenaga daripada makanan ketika tidur. Jika makan malam tidak diambil, ia akan merendahkan metabolisma badan. Ianya pasti tidak akan membantu untuk anda menurunkan berat badan. Kepentingan makan malam dengan cara yang sihat

1. Jika anda tidak mengambil makan malam, perut anda akan kosong. Ini akan menyebabkan hormon ketegangan akan meningkat dan badan mudah menjadi letih. Oleh itu keesokan harinya anda akan bangun dengan keadaan yang lemah dan kurang ceria.

2. Jika anda tidak mengambil makan malam, kadar metabolisma badan akan berkurang. Ini akan menyebabkan badan akan menyimpan lebihan kalori yang akan menyumbang kepada peningkatan berat badan.

3. Pastikan anda mengambil makan malam pada waktu yang betul iaitu sebelum pukul lapan malam. Ini akan dapat mengurangkan risiko untuk anda mendapat batu karang pada saluran uretra. Ini kerana proses penyingkiran kalsium berlebihan akan berlaku dengan optimum empat hingga lima jam selepas makan melalui proses pembuangan air kecil.

4. Pastikan anda mengambil makan malam dalam kuantiti yang kurang dan lebih ringan dari makan tengahari. Kuantitinya harus sederhana dan berkhasiat. Ini adalah kerana tenaga yang diperlukan pada waktu malam adalah kurang dari tenaga yang diperlukan pada waktu siang.

5. Pada waktu makan malam, lebihkan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan kurangkan makanan yang mengandungi protein dan lemak.

6. Pastikan anda tidak mengambil makanan ringan selepas makan malam kerana ia akan menyumbang kepada peningkatan berat badan. Jika anda terasa lapar pada waktu malam, pilihlah buah-buahan.

Jadi jangan kata diet sampai tak makan langsung. Salah tu. harus diingat fungsi badan seperti bernafas, berpeluh, berkelip mata juga perlukan tenaga.

(d0t...) siang makan.. tengahari makan.. malam pun makan ^_^

Jumaat, 25 November 2011

Khasiat Daun Pandan

Kegunaan, Manfaat dan Khasiat Daun Pandan

Nama Saintifik daun Pandan : Pandanus amaryllifolious
Nama Inggeris: Screwpine Leaves

Kena l- jgn tak kenal ni ha daun pandan


Memang kita dah tahu macam-macam daun pandan ni digunakan dalam masakan kita. Terutama kalau tengok kuih kalau dah kale ijau je - kuih perisa pandan lah lagaknye.. Saja chegu berkongsi kalau-kalau tak tahu, tak kenal maka tak cinte

Pokok pandan terdapat di hampir setiap laman dapur di Singapura, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Thailand, di mana daunnya secara tradisional digunakan dalam masakan enak dan manis untuk menambah rasa nasi, kari, susu, kek, puding dan ais krim. Ia juga digunakan untuk menambah rasa masakan ternakan, daging atau ikan, udang, kekacang, jeruk, dan juga jeli serta manisan.

Ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman menanamnya dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya. Kadang-kadang kita tidak terfikir begitu banyak faedahnya kepada kita dalam kehidupan seharian. Mari kita lihat sepenuhnya!

Kegunaan Daun Pandan dalam Makanan.

- Haruman : Rasanya yang ‘halus’ memberikan ia kepentingan dalam masakan Asia yang sama seperti ‘vanila’ kepada masakan Barat. Satu jalur daun berukuran kira-kira 10 cm (4 inci) dimasukkan ke dalam periuk untuk mewangikan nasi yang dimasak. Dua atau tiga jalur direneh dalam kari. Di Singapura, ia digunakan untuk mewangikan Bobochacha, sejenis jem keladi.

- Pembalut : Di Thailand, ayam yang telah diperam dibalut dengan daun pandan dan digril atau digoreng dalam minyak yang sangat panas, yang kemudiannya rasa daun pandan akan meresap ke dalam ayam yang dimasak itu.

- Pewarna -:Daun pandan meninggalkan warna hijau dalam masakan. Di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, daun ini ditumbuk dan ditegangkan (atau dikisar dengan sedikit air) untuk menghasilkan perisa dan pewarna untuk kek dan manisan.

Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :

- Daun Pandan boleh digunakan sebagai pewangi bedak sejuk
- Pewangi asli bunga rampai.
- Ubat pencegah lipas

Caranya:
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.

-Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

Khasiat Daun Pandan dalam perubatan:

• Daun Pandan ubati Lemah saraf - ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
• Buang angin dalam badan- Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
• Gelisah : Ambil 2 helai daun pandan muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
• Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
• Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
• Kelemumur-Ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.

cadangan membaca : http://infosantai2.blogspot.com

(dot...) ai nah ... jangan barai pokok pandan blakang rumah nnt sudah.

Isnin, 10 Oktober 2011

Petua - Menghalau Lalat

Pilihan Petua Untuk Menghalau Lalat

Sungguh kurang menyenangkan jika tetamu datang ke rumah sedang mahu menikmati hidangan terpaksa menghayun tangan gara-gara kerana lalat. Apakan tidak, kilang membuat baja berada dekat atau kandang menternak ayam daging tidak jauh dari rumah.


Apa kata kalau dicuba petua ini, tidak banyak kos pun.

Pilihan1:
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Pilihan 2:
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Pilihan 3:
Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

Pilihan 4:
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan..

Pilihan 5:
Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Semoga menjadi panduan, kalau tidak berjaya apakan daya.

Sumber : Resepi Masakan Melayu

Sabtu, 6 Ogos 2011

Petua - Arang Menghilangkan Bau

Arang Menghilangkan Bau

Durian adalah raja segala buah yang sedap dan enak rasaya. Namun ada juga yang tidak menyukai durian kerana baunya yang dikatakan meloyakan. Ini dapat diatasi dengan petua yang boleh menghilangkan bau. Caranya dengan meletakkan beberapa ketul arang dalam ruang menyimpan barang pada kereta atau apa jua bekas yang tertutup selepas memuatkan durian. Anda boleh mencubanya!
Arang




Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat ibu meletakkan arang di dalam peti sejuk. Mengapa? Juga untuk menghilangkan bau yang tidak selesa dari dalam peti sejuk. Apakah sebenarnya peranan arang dalam hal ini?


Tahukah anda bahawa arang adalah karbon aktif iaitu sejenis serbuk hitam yang boleh menyerap bau busuk atau kadangkala digunakan di dalam penapis air di rumah kita. Satu gram karbon aktif ini mempunyai keluasan permukaan tidak kurang dari 500 meter persegi iaitu berkali-kali ganda luas bilik darjah. Ia mengandungi lebih 85% jisim karbon aktif yang terdiri daripada unsur karbon.

Keistimewaan Karbon Aktif

Karbon ini dipanggil liang-liang seni yang berselirat di dalam seluruh strukturnya. Saiz liang-liang ini amat halus dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron. Inilah yang menyebabkan karbon aktif mempunyai keluasan permukaan yang begitu besar. Pembentukan liang-liang seni berlaku semasa proses penyediaan karbon aktif itu.

Di dalam proses ini, bahan berkarbon seperti tempurung kelapa atau kayu dibakar secara terkawal tanpa oksigen pada suhu yang sangat tinggi. Peringkat ini dipanggil pengkarbonan dan disinilah terbentuknya hablur-hablur dengan kandungan kerbon yang tinggi tetapi tidak berliang. Kemudian diikuti oleh proses di mana gas seperti karbon dioksida melalui karbon yang dikenali sebagai pengaktifan dan ditahap inilah pembentukan liang seni yang banyak itu berlaku.

Liang-liang seni ini mempunyai pelbagai saiz yang boleh memerangkap molekul-molekul sama ada daripada gas atau cecair yang dilalukan kedalamnya. Inilah sebabnya karbon aktif berupaya menyerap bau di udara dan menapis kotoran di dalam air. Malahan hari ini karbon aktif telah digunakan dengan meluas. Misalnya di dalam penulinan dan pemisahan gas, industri makanan, perawatan air buangan, bidang perubatan, industry elektronik, penyahwarnaan dan lain-lain lagi industri.

Liang Seni (Gambar Mikroskop)

Coal Eliminate Odor

Durian is the king of all the delicious fruits and tasty rasaya. But some did not like the smell of durian because meloyakan said. This can be overcome with tips to get rid of the smell. You do this by placing charcoal in the space to store belongings in the car or any other closed container after loading the durian. You can try it!

In everyday life, we often see our mother put the charcoal in the refrigerator. Why? This charcoal used to remove unpleasant odors from the refrigerator. What is the role of coal in this case?

Did you know that coal is a type of active carbon black powder that can absorb the odor is sometimes used in water filters in our homes. One gram of active carbon has a surface area of not less than 500 square meters which is several times the area of the classroom. It contains more than 85% active carbon mass of the element carbon.

Privileges of Active Carbon

Carbon is called pores of the labyrinth of art in the entire structure. The pores are so tiny and can only be seen with an electron microscope. This is why activated carbon has a very large surface area. The formation of pores of art occurred during the process of preparation of active carbon.

In this process, carbonaceous materials such as coconut shells or wood is burned in a controlled without oxygen at very high temperatures. This stage is called carbonation, and it was here that the formation of crystals with a high content carbon but not porous. Then followed by a process in which gases such as carbon dioxide by carbon, known as activation and pore formation is prudent that a lot of art that happens.

Pores of this art has a variety of sizes that can trap molecules of either gas or liquid is passed into it. This is why activated carbon absorbs odors in the air and filter out impurities in the water. Even today activated carbon has been widely used. For example, in purifying and separation of gas, food, waste water treatment, medicine, electronics industry, discoloration and other industries.

ShareIt