Selasa, 31 Disember 2013

Koleksi Cerita Rakyat dan Kisah Dongeng


Sempena tahun ini Chegu mengajar sivik dan kewarganegaraan, ada bab yang akan dirujuk pelajar untuk menyelesaikan tugasan mencari maklumat di pusat sumber ataupun internet

Chegu memudahkan pelajar supaya tidak payah mencari maklumat berkenaan cerita rakyat ini

Klik Untuk Cerita Rakyat Pilihan Anda

  1. Beruk tunggal
  2. Bunga cengkih
  3. Si tanggang derhaka
  4. Kura-kura dengan raja ungka
  5. Ahli sihir yang angkuh
  6. Burung layang-layang yang suka meniru
  7. Sang kancil dengan monyet
  8. Singa dengan tikus
  9. Burung murai dengan burung merbah


Cerita Rakyat - Beruk Tunggal


Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani. Perempuan itu sangat inginkan seorang anak.

Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus.

Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan. “Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus. “Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal. “Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus. “Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal.

Kemudian, segala tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal. Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya. “Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya. Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan.

Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana. Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal. Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana.

Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak. “Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata putera Raja Kayangan. Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.

Pengajaran : 1. Jangan mencuri hak orang lain. 2. Jangan memandang hina kepada orang miskin.

Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng

Cerita Rakyat - Bunga Cengkih


Kononnya, disebuah negeri, raja dan sekalian rakyatnya malu untuk bercakap kerana mulut mereka tetap berbau busuk.

“Apakah wabak yang menyerang negeri ini?” tanya raja. Apabila raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya, semuanya diam membisu. Mereka takut hendak bercakap kerana mulut mereka berbau busuk.

Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri raja bersama dayang-dayangnya keluar bermain-main. Mereka juga diam tidak bercakap. Mulut mereka semuanya berbau busuk.

Tiba-tiba seekor burung murai terbang dan hinggap di sepohon bunga. Murai itu berkicau dengan rancak. Ia seolah-olah sedang bercakap dengan tuan puteri. Puteri raja tetap membisu. Murai itu berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga yang ada di dahan tempat ia berpijak.

Akhirnya puteri raja pergi ke pokok bunga itu. Bunga kecil itu diambil dan dimakannya. Selang beberapa hari dia berbuat begitu, akhirnya bau busuk di mulutnya hilang. Mulutnya berbau wangi pula.

Sejak hari itu, puteri raja seorang sahajalah yang tidak malu bercakap-cakap. Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu. Perihal pokok bunga itu pun diceritakan oleh puteri baginda.

Sejak itu, baginda memerintahkan rakyatnya menanam dan memakan bunga pokok itu. Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang.

Semua rakyat terlalu gembira. Mereka boleh berkata-kata dan tidaklah diam lagi. Raja memerintahkan rakyat menanam pokok itu. Akhirnya bunga itu menjadi hasil negeri. Bunga itu dikenali dengan nama bunga cengkih.

Pengajaran : 1. Jangan takut mencuba perkara baru. 2. Fikir selalu keajaiban ciptaan tuhan.

Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng

Cerita Rakyat - Si Tanggang Derhaka


NAKHODA TANGGANG

Si Talang dan isterinya Si Daruma tinggal di sebuah kampung yang terpencil. Kehidupan mereka sangat miskin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Si Tanggang suka berburu dan mendayung sampan.

Pada suatu hari, dia mendayung sampan menyusuri sungai sehingga sampai ke muara. Di muara sungai , terdapat sebuah kapal sedang berlabuh. Nakhoda kapal itu tertarik hati apabila melihat kecekapan Si Tanggang mendayung sampan lalu mengarahkan orang suruhannya menangkap Si Tanggang. Akhirnya, Si Tanggang ditangkap dan telah dibawa belayar.

Semasa dalam pelayaran, Si Tanggang melakukan semua kerja di atas kapal itu. Kerajinannya telah menambat hati nakhoda lalu mengambilnya sebagai anak angkat. Akhirnya, nakhoda telah mengahwinkan Si Tanggang dengang anaknya. Kemudian Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru dan digelar Nakhoda Tanggang.

Pada suatu petang, setelah jauh belayar, Nakhoda Tanggang telah mengarahkan anak kapalnya berlabuh di muara sungai. Kebetulan pula tempat kapal berlabuh ialah kampung asal Nakhoda Tanggang. Beberapa orang penduduk kampung ternampak Nakhoda Tanggang lalu memberitahu ibunya. Ibunya segera datang untuk menemui Nakhoda Tanggang kerana dia terlalu merindui anaknya itu.

Namun begitu, Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku bahawa perempuan tua itu ibunya. ini kerana keadaan ibunya yang miskin dan uzur. Nakhoda Tanggang telah menghalau ibunya. Ibunya, Si Deruma berasa sangat sedih dan pilu kerana Si Tanggang anak yang dilahirkan dan disusuinya telah melukakan hatinya.

Dia memandang ke langit sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dan berseru,"Oh,Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungannya." Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup dengan kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing dipukul ribut. Keadaan pada masa itu sungguh cemas.

Ketika itu barulah Nakhoda Tanggang berasa sangat kesal. Dia insaf bahawa Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. " Oh ,Ibu! Ampunkanlah anakanda ....," teriak Nakhoda Tanggang, tetapi sudah terlambat. Gelombang yang kuat telah memecahkan kapalnya. Setelah ribut reda, kapal yang pecah dan anak-anak kapal termasuk Si Tanggang telah bertukar menjadi batu.

Pengajaran, Itulah balasan kepada anak yang derhaka

Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng

Cerita Rakyat - Kura-Kura dengan Raja Ungka


Pada zaman dahulu, di Pulau Borneo tinggal seekor kura-kura bujang yang yatim piatu. Dia berkawan dengan seekor kera yang nakal dan tidak bertimbang rasa.

Apabila Si Kera tersebut mati, Si Kura-kura mengambil seruas tulang kera itu dan meminta Dewa Bubuk membuat seruling untuknya. Si Kura-kura menjadikan seruling tersebut mainannya. Seruling itu dibawanya ke mana-mana sahaja dan ditiup semasa dia kesepian.

Kemerduan tiupan seruling Si Kura-kura itu telah sampai ke pendengaran Raja Ungka. Raja Ungka berkeinginan untuk memiliki seruling itu. Dia melakukan pelbagai cara untuk memperdayakan Si Kura-kura.

Setelah berjaya memperdayakan Si Kura-kura, Raja Ungka dapat merampas seruling tersebut dan terus membawa seruling itu naik ke mahligainya , iaitu di kemuncak pokok Tapang Udang.

Bagi Si Kura-kura. perbuatan Raja Ungka itu amat melampau. Dia sedaya upaya berusaha untuk merampas kembali seruling kesayangannya itu. Si Kura-kura mendapatkan pertolongan daripada Ketam Gergasi.

Dalam usaha merampas seruling tersebut, Raja Ungka mengalami kecederaan yang parah kerana disepit oleh Si Ketam Gergasi. Raja Ungka yang parah telah menggunakan perkhidmatan beberapa orang bomoh untuk merawatnya.

Akhirnya , kecederaan itu membawa maut kepada Raja Ungka. Itulah akibatnya yang diterima oleh Raja Ungka disebabkan sifat tamak haloba

Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng

Cerita Rakyat - Ahli Sihir Yang Angkuh


Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli sihir termasyhur di pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu. " Wahai penduduk kampung, saya seorang ahli sihir terkemuka di India. Adakah sesiapa antara anda yang berani mencabar saya? Saya boleh melakukan atau menunaikan apa-apa sahaja yang anda pohon."

Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, " Wahai Tukang Sihir, saya ingin mencabar anda. Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?" "Boleh, mintalah apa-apa sahaja, akan saya kabulkan permintaan anda," kata Tukang Sihir.

"Baiklah Tukang Sihir, saya akan melakukan sesuatu dengan mata saya tertutup, tetapi Tukang Sihir melakukannya dengan mata yang terbuka," kata Thenaliraman.

"Ha! Ha! Ha! Mudahnya permintaan anda," kata Tukang Sihir. Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup matanya. Dengan menggunakan tangan kanannya, dia mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke arah matanya.

" Baiklah Tukang Sihir, sekarang tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihire dengan melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata yang terbuka," kata Thenaliraman. Tukang Sihir itu terdiam, Dia tahu bahawa dia tidak boleh melakukan seperti yang diminta. Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang terlalu bersikap angkuh. Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan itu

Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng

Cerita Rakyat - Burung Layang-Layang



Dalam sebuah hutan yang tebal, tinggal seekor burung layang-layang yang suka meniru.

Pada suatu petang, burung layang-layang telah mendengar suara teriakan daripada burung-burung yang lain. "Ke tepi! Ke tepi! beri laluan kepada raja Burung. " Burung layang-layang berasa hairan mendengar teriakan tersebut. Tidak lama kemudian, beberapa ekor burung merak melalui kawasan itu. Burung layang-layang terpegun melihat kecantikan bururng merak.

Maka, timbullah perasaan pada burung layang-layang yang ingin menjadi seperti burung merak. burung layang-layang menoleh ke kiri dan ke kanan lalu melihat beberapa helai bulu burung merak tercicir di atas tanah. Apabila kumpulan burung merak telah berlalu, burung layang-layang mengutip semua bulu merak yang tercicir di atas tanah dan menyisipkan ke badannya.

Apabila selesai, burung layang-layang berjalan di atas laluan burung merak tadi.Burung-burung lain yang melihatnya berteriak," Ke tepi! Ke tepi! Berikan laluan kepada Raja Burung." Burung layang-layang berasa sangat seronok dan berjalan lebih pantas sehingga terlupa tentang bulu-bulu burung merak yang disisipkan di badannya. Lalu, satu demi satu bulu burung merak tertanggal dan tercicir di atas tanah.

Burung-burung lain yang menyaksikan kejadian tersebut ketawa berdekah-dekah sambil berteriak, " Rupa-rupanya burung layang-layang menyamar menjadi Raja Burung." Burung layang-layang berlalu dari situ sambil menundukkan kepalanya kerana berasa sangat malu. Semasa berjalan dengan kepala bertunduk, burung layang-layang telah terlanggar burung merak.

Apabila burung layang-layang mendongak, dia mendapati burung merak sedang berdiri di hadapannya dengan muka yang bengis. Burung merak berkata, " kami tidak suka kepada burung yang cuba menyamar menjadi burung yang lain. Pergi dari sini!" Burung layang-layang segera terbang meninggalkan kawasan tersebut.

Semasa terbang, burung layang-layang ternampak sekumpulan burung seakan-akan serupa dengan dirinya. Burung layang-layang mendekati burung dalam kumpulan tersebut. Seekor burung dalam kumpulan itu bertanya, "Anda ahli baru dalam kumpulan inikah?" Burung layang-layang pun menjawab, "Ya, saya ahli baru dalam kumpulan ini." Burung layang-layang berasa sangat gembira kerana telah mendapat sahabat baru.

Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng

Cerita Rakyat - Sang Kancil dengan Monyet


Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang Monyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!" Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan sebatang kayu kecil. Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira. "Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata begitu."Sekarang aku dapat makan buah jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil segera makan buah jambu itu. "Pandai sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya. Sang Monyet berasa malu

Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng

Cerita Rakyat - Singa dan Tikus


Pada suatu hari di sebuah hutan, seekor singa sedang nyenyak tidur. Tidak jauh dari situ, seekor tikus sedang bermain dengan rama-rama. Perbuatan tikus dan rama-rama itu telah mengganggu raja rimba. Singa berasa amat marah dan ingin menyerang tikus. Tikus cuba melarikan diri. Tiba-tiba, tikus berkata, “Jika awak melepaskan saya, saya tidak akan melupakan jasa baik awak hingga ke akhir hayat.” Singa pun bersetuju dan melepaskan tikus itu. Beberapa hari kemudian, singa mengaum sambil meronta-ronta. Singa terkena perangkap pemburu. Tikus datang dan memutuskan jaring dengan giginya. Singa berkata, “Kalau engkau tidak menolong aku, sudah tentu aku dibunuh oleh pemburu.” Sejak hari itu, mereka telah menjadi kawan baik.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita mestilah selalu menepati janji.

Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng

BURUNG MURAI & BURUNG MERBAH


Pada suatu hari, seekor burung murai telah bertemu dengan seekor burung merbah. Pada ketika itu, Sang Merbah sedang membuat sarangnya. Sambil ketawa, Sang Murai berkata, “ Hai Sang Merbah! Aku sangat kasihan melihat keadaan kamu ini. Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh. Lihatlah aku ini. Hidup bebas terbang ke sana sini.” Sang Merbah lalu berkata, “Tak apalah, wahai Sang Murai. Aku membuat sarang ini sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun, tidak lama lagi musim hujan akan tiba.” Selang beberapa hari, Sang Murai datang lagi ke tempat Sang Merbah. Sang Murai terkejut melihat sebuah sarang yang cantik telah pun siap dibina. Kebetulan pada masa itu hujan turun dengan lebatnya. Sang Murai basah kuyup. Sang Merbah pula selesa berlindung di dalam sarangnya. Lalu Sang Merbah berkata, “ Wahai Sang Murai, kalau kita ringan tulang, tentulah kita akan mendapat faedahnya. Sebaliknya jika kita berat tulang, diri sendiri yang akan rugi.” Sang Murai berasa sangat malu, lalu beredar dari situ.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah kebolehan orang lain.

Lagi koleksi cerita rakyat dan kisah dongeng

Jumaat, 27 Disember 2013

Jangan Makan Harta Anak Yatim - Semua dah tahu tapi kenapa buat?



Dah lama tak menulis, terfikir lah nak cerita pasal harta anak yatim ni. Saja menambah ilmu sebab chegu ni pun kena mengurus harta anak yatim ni.

Jom lihat beberapa dalil berkaitan memakan harta anak yatim...

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Q.S Annisa: 10)

وَلا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّى يَبْلُغَ أَشُدَّهُ
“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa” (Q.S Al-An’am : 152, dan Q.S Al-Israa’: 34)

As-Suddiy berkata, ”Orang yang memakan harta anak yatim secara zalim akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak dalam keadaan keluar nyala api dari mulut, telinga, hidung, dan matanya. Siapa pun yang meiihatnya pasti mengetahui bahwa ia adalah pemakan harta anak yatim” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir (8722))

Para ulama berkata, “Setiap wali anak yatim, jika ia seorang yang miskin lalu ia memakan harta anak yatim itu dengan cara yang baik sesuai dengan tanggungjawabnya, mengurusnya dan mengembangkan hartanya, itu tidak mengapa. Namun jika melebihi dari yang sewajarnya, maka itu adalah harta haram”. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَمَنْ كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ وَمَنْ كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ
“Barangsiapa (di antara pemelihara itu) mampu. maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa miskin, maka bolehlah is makan harta itu dengan cara yang baik” (Q.S. An-Nisa’: 6)

Jadi chegu sendiri pun kena berhati-hati agar harta yang ditinggalkan aruah isteri chegu benar-benar sampai kepada yang berhak, sedangkan hal orang bersedekah khas buat "cahaya mataku" tu pun tak berani chegu sentuh. Chegu simpan baik-baik dan tak mengguna satu sen pun walau nak beli pampers dan susunya. Semuanya akan chegu berikan apabila ia besar nanti.

Sedih mengenang harta insurans yang diurus keluarga aruah, harapan agar ianya sampai kepada yang berhak. Kalau tak dapat pun chegu redha, tunggulah balasannya diakhirat kelak. Chegu yakin, Allah S.W.T. tu maha adil. Rezeki yang ada chegu ada ni pun melimpah ruah, Alhamdulillah

Saja meluah rasa, sekurang-kurangnya rasa terbuku dihati. Mungkin akan memberi manfaat kepada yang merasa nasib seperti chegu.

Selasa, 24 Disember 2013

Sila ambil perhatian! PBSMR tak wujud?

Banyak buah mulut orang yang mengatakan PBSMR bakal menggantikan PMR yang mana hanya beberapa subjek tertentu akan diuji selain hasil kerja pelajar sewaktu pengajaran dan pembelajaran.

Keratan akhbar - jadi ini berita palsu lah?

Ok.. Chegu dapat tahu pula, PBSMR tak ada. Tiada surat pekeliling ataupun arahan Kementerian mengatakan ianya akan dibuat. klik sini untuk sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pbsmr-tidak-wujud-hanya-pmr-ditambah-baik-1.233850

Siapalah yang mulutnya becok kata PBSMR ni ada ye. Macam gempar pulak kata takde. Tapi macam ayat pandai-pandai je. Erm, sumber sekarang ni tak jelas, baik jangan buat staement awal-awal. Kita ikut je

Jadi jangan pandai-pandai menyebarkan da'yah yang bukan-bukan. Em Tahun 2014 dah dekat. Sekejap je cuti hujung tahun 2013 berlalu.

Tahun depan (2014) telah diumumkan Johor akan cuti Hari Jumaat, supaya mudah untuk umat islam beribadat, rasanya macam tak kekok sebab waktu chegu belajar dulu, memang hari jumaat dan Sabtu cuti. Tapi.... keraguan kalau aktiviti ko-kurikulum (sukan) dibuat hari sabtu??? Ahad sekolah dah.

Ahh.. abaikan, yang penting heppy.

Selasa, 19 November 2013

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2014 KERAJAAN MALAYSIA Jadual Pembayaran emolument 2014 kerajaan malaysia

Berikut Merupakan Jadual Pembayaran gaji 2014 bagi kakitangan awam kerajaan malaysia.bagi bulan Januari hingga Disember

klik gambar untuk besarkan
berita baik hanya 1 kali je iaitu bulan oktober sahaja yang akan dibayar gaji awal disebabkan perayaan Deepavali

Pembayaran Gaji Bulan Januari 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Februari 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Mac 2014 | Pembayaran Gaji Bulan April 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Mei 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Jun 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Julai 2014 | Pembayaran Gaji Bulan August 2014 | Pembayaran Gaji Bulan September 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Oktober 2014 | Pembayaran Gaji Bulan November 2014 | Pembayaran Gaji Bulan Disember 2014


HOTs (Higher Order Thinking Skills) dalam Matematik

Sekarang ni sibuk satu negara guru-guru diberikan kursus untuk HOTs (Higher Order Thinking Skills) dalam Sains dan Matematik. Ianya untuk mengukur pelajar terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.




Maka banyak lah istilah yang diwujudkan.
KBat - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
TIMMS - Trends in International Mathematics and Science Study
HOTS - High Order Thinking Skills
LOTS - Low Order Thinking Skills

HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.

APA ITU HOTs?

Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.

maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian

Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.

Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika menggunakan teknik yang betul.

TUJUAN DIPERKENALKAN HOTs

1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

APA YANG GURU PERLU UBAH?

1. Ubah cara berfikir
2. Ubah cara menyoal
3. Ubah cara memotivasi
4. Menekankan aktiviti hands-on
5. Ubah jenis tugasan
6. Ubah cara pentaksiran
7. Ubah cara berkomunikasi

PERANAN GURU UNTUK HOTs

1. Memastikan murid aktif dalam p&p
2. Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan beri pendapat
3. Mempelbagaikan strategi
4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi

PERBEZAAN HOTs DAN LOTs

Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan HOTs dan LOTs, kita dapat simpulkan secara ringkas bahawa soalan LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada hanyalah betul atau salah sahaja. Namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif untuk mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu, dan masih betul.




Ahad, 3 November 2013

Takwim Persekolahan 2014

Jadual Persekolahan (takwim, minggu, cuti, perayaan, sambutan, sekolah) telah rasmi di halaman web kementerian pendidikan malaysia. 

Klik gambar untuk membaca

Kumpulan A : Kedah, Kelantan
dan Terengganu

Kumpulan B
Sekolah-sekolah Kumpulan B : di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Maka bolehlah merancang untuk takwim sekolah.

Ahad, 20 Oktober 2013

Mesen Pancing Banax

Cikgu kat Sek Tinggi Kluang ramai juga yang minat memancing. Jadi chegu dah survey barang pancing baru. Tak banyak la kedai pancing kat Kluang ni. Ada pun banyak jual barang pancing ringan-ringan je. Eh lupa pula rupanya memang nak cari yang ringan je sebab bukan macam dulu kat Sabah tu sampai bawak perahu sendiri.

Kalini cikgu2 STK merancang nak pancing santai di kelong je. Apa lagi hanya teknik dasar je lah. Mancing guna apollo je la. Tapi mesen pancing cikgu jenis kategori ikan besar je. Jadi cikgu beli lah mesen untuk tujuan ni



mesen : banax Ceres 800
Spec : 6 bearing system, worm shaft mechanism, left or right hand retrieve


Ok lah. ringan kalau banding mesen sebelum ni. Chegu plan guna untuk casting dan memancing dasar. Cuma takde pilihan tali lah. Tali sulam (braid) boleh muat 100m. halus tali ni sebab kekuatannya sampai 50 pound. warna je tak mengancam, takpe la, dah terbiasa beli tali besar takut terlepas ikan.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Borang Transit Pelajar Sejarah T1 T2

Berikut adalah dokumen transit pelajar mengikut eviden (evidence)
Subjek Sejarah (matapelajaran, sej, subjects, history)
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (t2, ting2, form, F2)

Download
Borang transit pelajar sejarah | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 |


Jumaat, 18 Oktober 2013

Borang Transit PBS Matematik T1 T2

Post ini mengandungi dokumen-dokumen transit untuk mempermudah guru-guru dan menjimatkan masa untuk membuat dokumen ini.

Ia mengandungi Borang transit untuk PBS (penilaian berasaskan sekolah, SPPBS)
Subjek Matematik (mathematics, math, m3)
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Form 1, Form 2)

Ini yang terbaru - Oktober 2013

Download / muat turun
Borang Individu PBS Math | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 |

Borang Semakan Semua Pelajar PBS Matematik | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 |

Bonus, Borang pemetaan band pelajar (jumlah soalan perlu dijawab pelajar untuk lulus band)



Khamis, 17 Oktober 2013

Soalan Evidence PBS Matematik T1

Berikut adalah soalan-soalan PBS pelajar untuk Matematik Tingkatan 1. Emm ada beberapa soalan yang memerlukan cikgu membuang jawapan siap dalam soalan. Soalan ada yang dwibahasa dan ada yang dalam bahasa malaysia sahaja.

Download soalan mengikut bab
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12

Borang Individu PBS Sivik T1 T2

Berikut adalah borang Transit Individu PBS bagi pelajar untuk subjek Sivik Dan Kewarganegaraan, untuk tingkatan 1 dan tingkatan 2, tahun 2013

Borang Transit Individu Sivik Tingkatan 1
Borang Transit Individu Sivik Tingkatan 2

Borang Transit Individu PBS PSV T1, T2

Berikut adalah Borang Transit untuk setiap individu bagi Subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) tingkatan 1 dan tingkatan 2

Borang Transit Individu PSV Tingkatan 1
Borang Transit Individu PSV Tingkatan 2



Ahad, 29 September 2013

Murid Dah Tak Kena Rotan Cikgu

ROTAN - RAMAI YG MENGAMUK SAKAN bila cikgu MEROTAN anak mereka disekolah.. Apa yang sedih sangat chegu zam sekarang ni anak-anak dah terlalu dimanjakan dengan kemewahan dan dah tak sedar ilmu guru beri adalah sangat-sangat ikhlas dan tak diperdulikan. "Guru Ibarat Lilin" dah mendapat persepsi atau nafas baru dengan maksudnya :P, Guru dah macam lilin, ketinggalan zaman lah!!!.Rotan, hihi dah tak bertamadun okay.. KIkIkI

Chegu kena tindakan sebab menggunakan
rotan ini masa PJK .... patut ke??? KiKiKi
Ada juga mak bapak yang nak anaknya dirotan. Tapi macam dah banyak kenyataan akhbar dan kes-kes sekolah menyelar tindakan guru merotan ni. Sekarang cikgu pula yang Takut, Aik, macam terbalik je. Kalau ada yang terasa chegu zam mintak maap la ye. Takut ooo, yang marah-marah ni kaya2 belaka, tak pasal-pasal chegu kena saman, chgeu bukanle kayo. Kalau kena saman, celah mana nak cari duit oiii.

Cuba renungkan penjelasan dibawah :-

Ibn Khaldun menyebut bahawa deraan rotan bagi pelajar yang di luar kawalan nasihat, harus dilakukan tidak melebihi dua kali sebatan. Sebatan itu pula bukan untuk menyakitnya, tetapi sebagai pengajaran dan kaedah cegahan sebelum pelajar itu bertindak satu langkah lagi ke arah jenayah yang lebih berat. Ini ialah langkah pencegahan.

Di Rusia, para pendidik mereka gagal menangani pelajar yang melakukan kesaalahan jenayah melampau termasuk ketagihan arak, najis dadah, mencuri, samseng, gangsterisme serta penyebaran penyakit melalui aktiviti seks bebas. Satu kumpulan penyelidik Rusia cuba mencari rawatan bagi ketagihan alkohol dan kegundahan melampau.

Ketua kumpulan saintis tersebut, Dr. Sargei Speransky menemui kaedah baru mengatasi masalah tersebut, iaitu dengan sebatan berkali-kali pesakit yang terlibat. Kelihatannya kaedah ini agak ganas, tetapi itulah kaedah yang paling berkesan mengikut ketua penyelidik itu.

Ini, menurutnya, dengan sebatan di punggung, sejenis hormon akan dikeluarkan oleh badan manusia yang bertindak sebagai antibodi terhadap kesan alkoholik. Endorpin yang merupakan bahan kimia semula jadi badan manusia di dapati mudah dirembes keluar apabila sebatan punggung dilakukan berkali-kali. Bahan kimia ini dikenali sebagai kimia ceria atau happy chemicals yang bertindak menceriakan pesakit tersebut daripada kegundahan. Bahan kimia itu turut menghilangkan rasa ketagihan arak atau rokok.

Sebatan juga, mengikut pasukan penyelidikan itu, berjaya menyembuh ketagihan mencuri bagi sesetengah pelajar. Dalam sesetengah hal, mencuri barangan di pasaraya menjadi ketagihan golongan tersebut. Ada ramai golongan pelajar yang mencuri bukan kerana kemiskinan tetapi merupakan hobi harian, yang lebih menjadi fenomenon akhlak. Mereka puas menerusi aktiviti tersebut. Ini juga boleh disembuhkan dengan sebatan tertentu.

HIV turut dirawat dengan sebatan dan kini klinik yang memberi rawatan dibuka secara meluas di Negara tersebut. Dr. Marina Chuhrova yang menjadi ahli penyelidik kumpulan itu menyatakan bahawa beliau sendiri melakukan rawatan kepada 10 pesakit ketagihan itu dengan sebatan dan permintaan semakin tinggi selepas masyarakt melihat rawatan kaedah sebatan itu sangat berjaya. Pesakit menjadi lebih gembira selepas tamat rawatan walaupun pada awalnya mereka teragak-agak mencubanya. Sekitar US100 bayaran dikenakan untuk setiap pakej rawatan. Hasilnya memberansangkan.

Marilah kita imbasi kembali hadith saw yang menyebut bahawa apabila anak anda mencapai 7 tahun, suruhlah v dan pukullah mereka apabila mencapai 10 tahun apabila mereka enggan melakukannya.

Sesungguhnya kaedah merotan merupakan satu daripada kaedah pendidikan selain nasihat dan kaunseling. Kaedah ini ada hikmahnya tersendiri yang merupakan petunjuk Ilahi menerusi hadith saw yang mulia. Hikmahnya secara saintifik hanya diketahui manusia hari ini.

Maka, hendakkah kita melihat tamadun kita ni kembali ke belakang? Sebab kalau dah tak mahu benda yang begitu banyak manfaat (rotan) dibuang dalam sistem..... Ah ape-ape pun, janji heppy. Mak bapak tak mahu anak dia kena rotan .... Biarkan (Emm kalau biar, chegu ni kira tak amanah ke??)

Ahad, 22 September 2013

Nota Ringkas Matematik SPM


Matematik SPM masih lagi menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantar. Tak tahu keadaannya nanti apabila mencapat tahun berikutnya kerana PBS akan mengambil alih PMR tahun 2014. Harap nota-nota disini masih relevan buat pelajar -pelajar untuk ulangkaji

TERBARU - Jika Link dibawah terlalu lama untuk dibuka 

Anda perlu tunggu 5 saat untuk Iklan Selingan

Mesti diingat, nota yang ada apabila anda klik akan membuatkan sistem ke halaman web selingan. Perhatikan Bar Biru atas sekali, Tunggu 5 saat dan Tekan SKIP AD ====>>>
Tekan di sini untuk panduan

Setelah itu, barulah nota akan terbuka. Semua nota dalam format gambar. Klik gambar itu supaya mudah membaca

Nota adalah rangkuman menerapkan pembelajaran terdahulu (PMR) sehinggalah ke tingkatan 4 dan tingkatan 5 (tak ikut bab)


Nota Ringkas Matematik SPM [klik tajuk dibawah]
(1) Nombor (Numbers)
(14) Sets
(29) Bearing.


Sabtu, 21 September 2013

(31) Pelan Dongakan (Plans Elevations)

Pelan Dan Dongakan (Plans And Elevations)
Tag | Types of lines are used when drawing the plans and elevations of solids | thick solid lines  Þ  visible edges | thick dashed lines  Þ  hidden or  unvisible edges | Jenis garisan yang digunakan | tebal - sisi nampak | putus-putus - sisi terlindung, tertutup atau siring tertapuk | Pandangan pelan (plan) = pandangan atas | pandangan sisi dan pandangan hadapan |

Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

Kl



(30) Bumi Sebagai Sfera (Earth As A Sphere)

Bumi Sebagai Sfera (Earth As A Sphere)
Tag | Longitudes  [   x° T   or   y°B  ] U-Utara S-Selatan T-Timur B-Barat | meridian | Greenwich | Latitudes  [   x°U   or   y°S  ] | latitude selari | Khatulistiwa | PERBEZAAN ANTARA DUA LOGITUDE ATAUPUN LATITUDE,  Difference between longitudes or latitudes | Diameter of the earth,  Diameter of the parallel of latitude | Distance on the surface of the earth \ Jarak di permukaan bumi | meridian | equator | Shortest distance  ( distance along a great circle) | knot  = unit of speed  Þ    nautical mile  = unit of distance | jarak terpendek atas permukaan bumi | knot unit kelajuan | batu nautika unit jarak | Soalan penyelesaian masalah | rumus masa jarak |

Mahu Nota yang lain dalam siri ini

Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

(29) Bearing

Milford Sound in New Zealand

tag | Formula --> bearing  of a point B from a point A is the angle at a measured  clockwise  from  the  north to the line joining  A and  B, written in  a three-digit  form,  from  000°  to  360° | 

Mahu Nota yang lain dalam siri ini

(28) Kecerunan,Luas Bawah Graf (Gradient, Area Under Graph)

(28) Kecerunan Dan Luas Dibawah Graf ( Gradient And Area Under A Graph)
Tags
GRAF JARAK MELAWAN MASA (Distance-time graph) | Berkadar tetap /  halaju sekata | constant | berhenti |  KELAJUAN MELAWAN MASA (Speed-time graph) | Laju tetap / sekata | Laju meningkat / pecutan | Nyahhalaju | Acceleration | Deceleration | Jarak = luas dibawah graf | Perubahan halaju  =  kecerunan di bawah graf | Kadar perubahan halaju  +if  Þ pecutan | Kadar perubahan halaju  -if  Þ nyahpecutan | 

Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

(27) Variasi (Variations)

Variasi (Variations) Tag
BERKADAR LANGSUNG (Direct variations) | y berubah secara langsung dengan  x | y varies directly with x | y berkadar terus dengan x persegi | y is directly proportional to square of  x | y berubah secara langsung dengan kiub x | y  varies directly with the cube of  x | y berubah secara langsung dengan punca kuasa x | y varies directly as the square root of  x | 
BERKADAR SONGSANG (Inverse Variation) | y berkadar songsang dgn x | y  varies inversely as  x | y berkadar songsang dengan kuasa dua x | y varies inversely as  the square of  x | y berkadar songsang dengan kiub x | y  varies inversely as  the cube of  x | y berkadar songsang dengan punca kuasa dua x | y varies inversely as  the square root of  x | 
GABUNGAN PERKADARAN (Joint Variations) | GRAF FUNGSI LAIN (Graph of other functions)

Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

(26) Matriks (Matrices)

Matriks (Matrices) Matriks (Matrices)
MATRIKS / MATRIKS SAMA (Matrices  /  Equal Matrices)
Susunan matriks (order of matrix  )

PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN MATRIKS (Addition and Subtration of matrices)

Pendaraban Skalar (Scalar multiplication)
PENDARABAN DUA MATRIKS (Multiplication of two matrices)

MATRIKS IDENTITI (Identity Matrices),   I

MATRIKS SONGSANG (Inverse matrices),   A-1
tidak mempunyai songsang

PENYELESAIAN MASALAH (Solve simultabeous linear equations using matrices)

Rujuk Kaedah Penyelesaian masalah Persamaan Linear Serentak


Learns Mathematics Matrices Video


Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]



(25) Transformasi (Transformation I, II, III)

Transformasi (Transformation I, II, III) Transformasi (Transformation I, II, III) Transformasi (Transformation I, II, III)
TRANSLASI translation
PANTULAN (Reflection)
Pantulan pada garis
Melukis garis pantulan diberi imej dan objek
PUTARAN (Rotation)
Putaran lawan jam, 90°, di pusat C
An anticlockwise rotation of  90° about  the centre C
PEMBESARAN (Enlargement)
Faktor Skala
Luas Imej
Pembesaran, pusat C, dengan faktor skala 2
An enlargement at centre C with a scale factor of  2
KOMBINASI DUA TRANSFORMASI (Combination of two transformations)
·    transformasi  AB  = transformasi B dilakukan dahulu, kemudian transformasi A.
.    transformasi  A2  =  transformasi AA.

Learns Mathematics Transformation using Video


Ilmu PMR | nota-matematik-tingkatan-2-bab-11-transformasi I | nota-matematik-tingkatan-3-bab-10-transformasi-2 |

Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

(24) Graf Fungsi (Graph Of Functions)

Graf Fungsi (Graph Of Functions) Graf Fungsi (Graph Of Functions)
GRAF FUNGSI LINEAR (Graphs of linear functions)
GRAF FUNGSI KUADRATIK (Graphs of quadratic functions)
GRAF FUNGSI KUBIK (Graphs of cubic functions)
GRAF FUNGSI SALINGAN (Graphs of reciprocal functions)
MENYELESAIKAN MASALAH (Solve problems involving functions)
LUAS KAWASAN MEWAKILI KETAKSAMAAN LINEAR (Region representing inequalities in two variables)
Kawasan berlorek yang memuaskan tiga ketaksamaan

Oleh kerana selalunya graf fungsi ini mempunyai satu soalan bahagian B dengan paling banyak markahnya, harap video ini membantu pelajar memahami bagaimana untuk melukis graf fungsi





Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

(23) Asas Nombor (Number Bases)

Asas Nombor (Number Bases)
JADUAL ASAS NOMBOR (Comparision between number in bases ten,  two,  five and eight)

NILAI DIGIT (The value of a digit of a number in bases two,  eight and  five)
MENUKAR ASAS NOMBOR ASAS LAIN KE ASAS 10 (Changing numbers in base 2, base 8, base 5  --> base 10)
MENUKAR ASAS 10 KE ASAS LAIN (Changing numbers  in base 10  to base 2,   base  8,  base 5)
Asas 2  kepada   asas 8     (kaedah kumpulan 3 digit)
PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN ASAS Addition and  subtraction of two number in base two

NOTA
Menggunakan Kalkulator
tekan mode --> mode (3)
base 10 --> DEC (d),  base 2  --> BIN (b),        base 8 --> OCT (o)  


Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]


(22) Garis, Satah 3-Dimensi (Lines, Planes 3-Dimensions)

(22) Garis Dan Satah Dalam 3-Dimensi (Lines And Planes In 3-Dimensions)LINES AND PLANES IN 3-DIMENSIONS
NORMAL KEPADA SATAH, unjuran ortogon (Normal to a plane, Orthogonal Projection)
Garis persilangan antara dua satah, titik persilangan antara dua satah


Nota Tambahan


Langkah-langkah menentukan sudut antara garis dan satah / asas
·         tentukan dan lorek satah (asas).
·         tentukan dan melukis garisan (a) tanda mata lebih rendah (titik pada asas), (b) tanda titik atas (titik di sisi lain).
·         dari sudut atas menarik yang normal kepada satah (asas)
·         kemudian, sambung ke titik yang lebih rendah (unjuran ortogon kepada barisan).
·         sudut adalah pada titik yang lebih rendah.
·         dengan menggunakan nisbah dgn Trigonometri, hitung sudut. (rujuk Rajah 1)

Steps of determine the angle between a line and a plane / base
·    determine and shade the plane (base).
·    determine and draw the line  ==>        mark lower point  (point on the base),
                                                 ==>        mark upper point  (point on the other side).
·    from the upper point draw the normal to the plane  (base)
·    then,  connect it to the lower point  (orthogonal projection to the line).
·    the angle is at the lower point.
·    by using trigonometrical ratios,  calculate the angle. (see Rajah 1)

satah dan garis dalam 3 dimensi

Langkah menentukan sudut antara dua satah

  • tentukan dan lorek satah pertama (asas).
  • tentukan pesawat kedua.
  • tentukan garis persilangan dua pesawat / titik persilangan dua satah.
  • dari pesawat kedua, tentukan barisan yang akan dipilih. (rujuk Rajah 2)
  • selepas memilih garis (a) tanda mata lebih rendah (titik pada asas), (b) tanda titik atas (titik di sisi lain).
  • dari sudut atas menarik yang normal kepada satah (asas)
  • kemudian, sambung ke titik yang lebih rendah (unjuran ortogon kepada barisan).
  • sudut adalah pada titik yang lebih rendah.
  • dengan menggunakan nisbah dgn Trigonometri, hitung sudut.

 Step of determine the angle between two planes
·    determine and shade the first plane  (base).
·    determine the second plane.
·    determine the line of intersection of the two planes  /  the point of intersection of the two planes.
·    from the second plane,  determine the line that will be chosen. (see Rajah 2)
·    after choosing the line (a) mark lower point  (point on the base),(b) mark upper point  (point on the other side).
·    from the upper point draw the normal to the plane  (base)
·    then,  connect it to the lower point  (orthogonal projection to the line).
·    the angle is at the lower point.
·    by using trigonometrical ratios,  calculate the angle.

Ilmu PMR | nota-matematik-tingkatan-2-bab-6-teori-pitagoras | nota-matematik-tingkatan-3-bab-15-trigonometri |


Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

(21) Sudut Kenaikan, Penurunan (Elevation Angles, Depression)

(21) Sudut Kenaikan Dan Sudut Penurunan (Angles Of Elevation And Depression)
SUDUT DONGAK DAN TUNDUK (Angle of elevation and angle of depression) garis mendatar (horizontal line)
PENYELESAIAN MASALAH (Solve problems involving angle of elevation and angle of depression)

Ilmu PMR | nota-matematik-tingkatan-2-bab-6-teori-pitagoras | nota-matematik-tingkatan-3-bab-15-trigonometri |


Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

(20) Trigonometri (Trigonometry I, II)

Trigonometri (Trigonometry I, II) Trigonometri (Trigonometry I, II)
NISBAH TRIGONOMETRI (Trigonometrical ratios) MUDAH HAFAL SOHKAHTOA

NISBAH NILAI TRIGO, SUDUT ISTIMEWA
The values of trigonometric ratios of  30°,  45°,  and  60°     (Special angles)

NILAI TRIKONOMETRI DALAM KUADRANT
The value of sine,  cosine and tangent,  of  an angle

MENCARI NILAI SUDUT diberi nilai sin, kos dan tan
(Finding the angles,  given the value of  sine,  cosine and tangent)

PENYELESAIAN MASALAH (Solve problem involving sine,  cosine and tangent)

GRAF SIN, KOS, TAN untuk sudut 0 hingga 360
(Compare and differentiate the graph of sine,  cosine and tangent for angle between  0° < x < 360)

ilmu PMR | nota-matematik-tingkatan-3-bab-15-trigonometri |


Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

(19) Bulatan (Circles II, III)

Bulatan (Circles II, III)
CIRI-CIRI SUDUT DALAM BULATAN, SISIEMPAT KITARAN
(Properties of angle in a circle,  Cyclic Quadrilaterals)

CIRI-CIRI TANGEN BULATAN (Properties of the tangle to circle)
Tangen - garis luar yang membentuk sudut tepat kepada jejari bulatan

Ilmu PMR | nota-matematik-tingkatan-1-bab-9-garis-lurus-dan-sudutnota-matematik-tingkatan-2-bab-10-bulatan | nota-matematik-tingkatan-3-bab-2-poligon-2 | nota-matematik-tingkatan-3-bab-3-bulatan |


Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

(18) Kebarangkalian (Probability I, II)

Kebarangkalian (Probability I, II)
Kebarangkalian suatu peristiwa (Probability of an event)   P (A)
Kebarangkalian pelengkap suatu peristiwa (Probability of the complement of an event),   P(A¢)
Kebarangkalian peristiwa gabungan - Probability of  combined event



Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]

(17) Statistik (Statistics I, II, III)

Statistik (Statistics I, II, III) Statistik (Statistics I, II, III) Statistik (Statistics I, II, III) Statistik (Statistics I, II, III)
TAG | MODE DATA TAK TERKUMPUL – Mode of a ungrounded
Mode  = Nilai data yang mempunyai frikuensi paling tinggi (the value of data with the highest frequency)
MEDIAN DATA TAK TERKUMPUL – Median of a ungrounded data
Median  =  Nilai di tengah-tengah apabila set data dikumpul dalam susunan menaik (the middle value when a set of data is  arranged in ascending order)
MIN DATA TAK TERKUMPUL – Mean  of a ungrounded data | formula |
UKURAN SERAKAN ~  JARAK , KUARTIL BAWAH (PERTAMA) (Q1),  KUARTIL ATAS (KETIGA) (Q3), INTERKUARTIL (tengah/median)
Measure of Dispersion  ~  range,  first / lower quartile  (Q1),  third / upper quartile (Q3),   interquartile rang
·  JARAK (range) = (  terbesar - terkecil ) nilai data
·   Q1  =  Nilai tengah antara nilai awal dan median(the value that divides the values of data that are less than median into 2 equal parts)
·   Q3  =  Nilai tengah antara nilai akhir dan median (the value that divides the values of data that are greater than median into 2 equal parts)
·   Jarak Interkuartil (Interquatile range) = Q3  -  Q1
PENYELESAIAN MASALAH – Solve problem involving unrounded data

Ilmu PMR | nota-matematik-tingkatan-2-bab-13-statistik | nota-matematik-tingkatan-3-bab-4-statistik-2 |



Mahu Nota yang lain dalam siri ini
Kandungan Nota Ringkas Matematik SPM [Klik Disini]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt