Sabtu, 8 Disember 2012

KISSM - Sistem Pentadbiran Negara

SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

1. Kerajaan Tempatan diwujudkan bagi memberi peluang kepada penduduk-penduduk tempatan mengambil bahagian di dalam pengurusan kawasan mereka. Nyatakan secara ringkas
a) kuasa-kuasa yang diberikan pada Kerajaan Tempatan
b) apakah kuasa-kuasa kerajaan negeri ke atas kerajaan tempatan.

Jawapan:

a) Kuasa-kuasa kerajaan Tempatan i. mengadakan undang-undang kecil ‘by-laws’
ii. mengutip cukai,kadar sewa dan lain-lain iii. berautonomi kewangan
iv. melantik kakitangannya sendiri

b) Kuasa-kuasa Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan
i. menerima atau tidak segala akta tentang kerajaan tempatan yang digubal oleh Parlimen,sama ada secara penuh atau sebahagian sahaja
ii. mengawal perubahan sempadan,kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran
iii. melantik ahli majlis,datuk Bandar atau yang di-pertua penguasa tempatan
iv. meluluskan belanjawan penguasa tempatan
v. meluluskan pinjaman untuk melaksanakan projek spt penurapan jalan,pembinaan gerai dan lain-lain
vi. meluluskan perjawatan penguasa tempatan
vii. mempunyai budi bicara untuk memecat Ketua Jabatan sebuah penguasa tempatan atau timbalannya
viii. mengesahkan undang-undang kecil spt cukai pintu dsb.
ix. Boleh melambatkan kelulusan untuk membuat penilaian semula perkadaran bagi penguasa tempatan spt. Cukai pintu
x. Memberi arahan jenis am mengenai dasar-dasar kepada pihak berkuasa tempatan
xi. Kerajaan negeri menampung jumlah perbelanjaan yang tidak mencukupi oleh penguasa tempatan
xii. Kerajaan negeri akan mengadakan pemantauan segala kegiatan pihak kerajaan tempatan
xiii. Mempunyai kuasa untuk memindahkan semua atau sebahagian daripada fungsi penguasa tempatan kepada Menteri Besar
xiv. Meluluskan segala jenis perkhidmatan untuk kebajikan masyarakat seperti urusan pungutan sampah dan lain-lain.

2. a)Huraikan tiga (3) tanggungjawab/fungsi utama agensi-agensi pusat
    b)Bincangkan tiga (3) cara bagaimana penyelarasan dan kawalan ke atas agensi-agensi mengurus dijalankan oleh agensi-agensi pusat. Jawapan:

a) Tanggungjawab /fungsi sgensi pusat
 i. menggubal dasar dan perancangan ekonomi Negara
ii. membekalkan keperluan sumber manusai,peruntukan kewangan kepada agensi kerajaan
iii. memberi perkhidmatan tertentu yang diperlukan oleh agensi-agensi mengurus
iv. membentuk dasar dan perancangan mengenai keperluan asas dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diberikan oleh agensi-agensi mengurus.

b)Penyelarasan dan kawalan agensi pusat ke atas agensi mengurus
 i. pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan
ii. pemeriksaan permintaan mengadakan skim perkhidmatan dan menambah atau menggred jawatan
iii. pemeriksaan perancangan pembangunan ekonomi tahunan dan lima tahun
iv. menguatkuasakan peraturan-peraturan kewangan dan perkhidmatan
v. penyelarasan pembentukan dasar program dan projek kerajaan bagi mengesan masalah dan menyelasikannya.

3. Agensi-agensi kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga komponen penting iaitu Kementerian,jabatan dan perbadanan awam. Huraikan secara ringkas sifat serta fungsi mana-mana dua (2) komponen agensi tersebut.

Jawapan:

Kementerian Sifat :
• Merupakan agensi tertinggi kerajaan
• Tanggugjawab seseorang menteri dilaksanakan oleh badan yang dipanggil Kementerian
• Ia merupakan agensi tertinggi di dalam jentera pentadbiran pusat atau persekutuan
• Menteri-menteri yang memegang Kementerian yang penting dan mempunyai anggungjawab yang berat akan dibantu oleh timbalan-timbalan menteri
• Ketua setiausaha merupakan pegawai pentadbir. Beliau adalah penasihat perdana menteri.terutama dalam pembentukan dasar-dasar dan tanggungjawab
• Semua Kementerian beribupejabat di KL

Fungsi:
• Membentuk dasar-dasar,merancang,mengawal dan menyelaras pelaksanaan tugas-tugas yang diletakkan di bawah portfolionya
• Tugas-tugas dan tanggungjawab Kementerian disalurkan ke beberapa buah jabatan dan perbadanan awam yang ditubuhkan dalam Kementerian tersebut
• Terdapat Kementerian yang tidak mempunyai jabatan seperti Kementerian luar negeri. Jabatan

Sifat:
 • Agensi kerajaan yang diwujudkan di dalam sesebuah Kementerian
• Semua jabatan mempunyai cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah
• Kebanyakan jabatan diketuai oleh ketua pengarah
• Jabatan-jabatan peringkat negeri/daerah diketuai oelh pengarah

Fungsi:
• Melaksanakan sebahagian daripada perkara dan dasar-dasar yang terletak di bawah Kementerian itu.
• Bertanggungjawab mengawas dan menyelaras perjalanan cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah
• Bertanggungjawab bagi perkara-perkara ikhtisas dan teknikal
• Kebanyaakan jabatan diketuai oleh pegawai-pegawai dari berbagai perkhidmatan ikhtisas Perbadanan Awam Sifat:
• Agensi yang baru ditubuhkan di Negara ini
• Mengambilalih beberapa peranan yang dilaksanakan oleh jabatan-jabatan kerajaan
• Terdapat beberapa perbadanan awam yang baru ditubuhkan untuk melaksanakan beberapa tugas baru seperti KESEDAR,PETRONAS,UDA dan lain-lain
• Prestasi perbadanan awam cukup cemerlang selepas pelaksanaan DEB di mana telah menjayakan pencapaian objektif dasar tersebut
• Agensi yang telah dibentuk ini meliputi bidang-bidang seperti latihan,Pendidikan,perdagangan,perindustrian,kewangan,pembangunan wilayah dan lain-lain. Fungsi: • Membolehkan kerajaan melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan sosio ekonomi
• Menceburkan diri dalam agensi yang tidak diminati oleh sector swasta kerana kurang untung dan memerlukan modal yang besar
• Dapat memastikan pembangunan berjalan dengan lebih cepat,pesat,teratur,adil dan efisien
• Agensi ini lebih bebas dan authoritative-bertanggungjawab

4. Huraikan perkara-perkara berikut berkaitan Jentera Pentadbiran
a) kabinet
b) majlis mesyuarat kerajaan negeri

Jawapan:

a) Kabinet Kabinet merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDA. Ini bermakna kuasa pemerintahan Negara berada di tangan cabinet. Kuasa membentuk cabinet diserahkan kepada parti yang mendapat kedudukan majority dalam Parlimen. Kabinet diketuai oleh PM yang dilantik oleh YDA iaitu ketua parti pemerintah. Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majority ahli Dewan tersebut. Ahli-ahli cabinet terdiri daripada menteri-menteri yang dilantik oleh YDA atas nasihat PM. Jumlahnya tidak ditentukan oleh perlembagaan tetapi berdasarkan keperluan dan biasanya tidak terlalu ramai. Setiap menteri mengetuai kementeriannya.Kabinet mengadakan mesyuarat sekali seminggu.Ketua Setiausaha Negara menjadi Setiausaha Kabinet. Kabinet merupakan badan tertinggi yang membentuk dasar dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan dasar yang dibuat. Dasar-dasar ini dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan.Bagi membantu cabinet menjalankan tanggungjawabnya beberapa jawatankuasa ditubuhkan sama ada bersifat tetap atau ad-hoc bergantung kepada keperluan dan isu-isu semasa.

 b) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaksanakan kuasa eksekutif di peringkat negeri. Di Sabah disebut Kabinet dan Sarawak disebut Majlis Tertinggi atau juga disebut cabinet.Badan ini merupakan pembentuk dasar di peringkat negeri dan bertindak menasihati Raja-raja/Yang Di-Pertua Negeri kecuali dalam hal berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat. Diketuai oleh seorang Menteri besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Raja/YDN di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri yang mencatat kepercayaan majority .Ahli dewan dipanggil Exco (Sabah dan Sarawak dipanggil Menteri) dan tiga orang pegawai kanankerajaan ex-officio iaitu, Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai kewangan Negeri dan penasihat Undang-undang Negeri.Jumlah exco berbeza dari satu negeri dengan yang lain. Setiap EXCO mengetuai sekurang-kurangnya satu jawatankuasa (Sabah dan Sarawak dipanggil Kementerian) yang ditubuhkan untuk menyelaaras perkara-perkara tertentu seperti perindustrian,pertanian,hal ehwal agama,perumahan,alam sekitar,kerajaan tempatan,Pendidikan,pelancongan,kebajikan masyarakat,dan aspek-aspek yang mempunyai kepentingan kepada pembangunan sesuatu negeri itu. Di Sabah dan Sarawak yang mengamalkan system cabinet setiap Kementerian diketuai oleh menteri dan diwujudkan pembantu menteri (kadang-kadang lebih daripada seorang)

5. Huraikan komponen-komponen berikut:
a) Komponen Yang Di Pertuan Agong
b) Dewan Negara
c) Dewan Rakyat

Jawapan:

a) Komponen YDA

• Berkuasa memanggil persidangan parlimen
• Berkuasa menangguh persidangan parlimen
• Berkuasa membubar persidangan parlimen
• Meluluskan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat
• Boleh menolak pembubaran parlimwn b) Dewan Negara
• Dikenali juga sebagai Majlis Tertinggi atau Senat
• Membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih teliti daripada Dewan Rakyat
• Membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum
• Keahliannya berjumlah 69 orang
• Perlantikan ahli oleh Dewan Undangan Negeri dan YDA
• Tempoh jawatan ahli Dewan Negara dua penggal
• Yang Dipertua terdiri daripada ahli dewan
• Tidak berkuasa menolak tetapi berkuasa menangguh sesuatu rang undang-undang
• Tidak berkuasa membuat pindaan

c) Dewan Rakyat

• Merupakan satu majlis yang membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan pembelaan melalui wakil mereka
• Menggubal undang-undang
• Keanggotaan 192 orang
• Ahli Dewan Rakyat dipilih melalui pilihanraya
• Tempoh ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila parlimen dibubarkan
• Hilang kelayakan apabila tidak hadir mesyuarat dewan selama enam bulan secara berterusan
• Hilang kelayakan apabila diistiharkan muflis
• Hilang kelayakan apabila didenda melebihi RM2000.00
• Mempunyai Yang Dipertua dan Timbalan
• Tempat pembentangan belanjawan tahunan
• Hilang kelayakan dipenjara lebih setahun.

6. Struktur pentadbiran kerajaan peringkat negeri di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada empat peringkat iaitu peringkat Negeri,Daerah,Mukim dan Kampung. Huraikan mana-mana dua peringkat pentadbiran berkenaan.

Jawapan:

a) Struktur pentadbiran kerajaan Peringkat Negeri i. Majlis Mesyuarat Kerajaan

• Badan ini menyerupai kabinet di peringkat Persekutuan Diketuai oleh Menteri Besar/Ketua Menteri
• Di peringkat negeri terdapat jabatan-jabatan kerajaan negeri dan cawangan jabatan-jabatan persekutuan.
• Di Negeri Sabah dan Sarawak system cabinet adalah dipraktikkan di mana menteri-menteri adalah bertanggungjawab terhadap Kementerian-kementerian.

b) Peringkat kdaerah
• Pejabat daerah dan Tanah adalah merupakan peringkat yang utama di poeringkat daerah. Pejabat ini adalah diketuai oleh Pegawai Daerah. Pejabat ini melaksanakan projek-projek yang telah dirancang di peringkat persekutuan dan negeri.
• Pejabat ini juga bertanggungjawab terhadap soal tanah dan pembangunan dan menyelaraskan kegiatan semua cawangan agensi kerajaan negeri dan persekutuan di peringkat daerah.

c) Peringkat Mukim

• Struktur pentadbiran di peringkat mukim adalah diketuai oleh seorang Penghulu. Peranan penghulu ialah membantu Pejabat Daerah dan Tanah dan agensi-agensi kerajaan melaksanakan program-program dan projek-projek pembangunan dan menyelaras kegiatan-kegiatan di kampong-kampung.

d) Peringkat kampong

• Peringkat kampong adalah diketuai oleh seorang ketua kampong yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Ketua Kampung berperanan membantu melaksanakan projek pembangunan kerajaan. Ketua kampong juga menolong agensi-agensi kerajaan mengenalpasti tapak yang sesuai untuk projek di dalam kampungnya. Ketua kampong menjalankan tugasnya melalui jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampong. Badan ini menyerupai cabinet di peringkat persekutuan, diketuai oleh Menteri Besar/Ketua Menteri.
• Di peringkat negeri terdapat jabatan-jabantan kerajaan negeri dan cawangan jabatan-jabatan persekutuan.
• Di negeri Sabah dan Sarawak system cabinet adalah dipraktikkan di mana menteri-menteri adalah bertanggungjawab terhadap Kementerian-kementerian.

7. Salah satu komponen penting dalam jentera pentadbiran kerajaan ialah Badan-badan Berkanun. Nyatakan tujuan objektif dan faedah-faedah dari penubuhan Badan Berkanun.

Jawapan:

Tujuan: Untuk mengambilalih tugas dan tanggungjawab fungsi jabatan-jabatan kerajaan tertentu yang telah lama ditubuhkan. Penubuhannya membolehkan pihak kerajaan melaksanakan sesuatu tanggungjawab khusus dan penting.

Objektif:
i. membolehkan kerajaan terlibat secara terus dalam bidang-bidang tertentu yang enggan tau tidak mampu diceburi oleh pihak swasta sebab masalah modal. Penglibatan langsung kerajaan ini dapat menolong meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negara.
ii. membolehkan jentera pentadbiran bertindak secara lebih bebas daripada ikatan peraturan-peraturan pentadbiran kerajaan. Hal ini membolehkan perbadanan tersebut bergerak lebih pantas seiring dengan syarikat-syarikat swasta yang lain.

Faedah:
i. memberi peluang kepada kerajaan terlibat secara langsung dengan kegiatan ekonomi secara aktif
ii. memainkan peranan dalam sector ekonomi dan social. Di samping bertujuan memperolehi keuntungan, ia juga dikehendaki menyediakan berbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat.

8. Ancaman kepada keselamatan negara boleh diklasifikasikan kepada ancaman dalaman dan luaran. Huraikan bentuk-bentuk ancaman dalaman yang boleh mengganggu keselamatan negara.

i. polarisasi kaum – masyarakat di negara kita yang berbilang kaum merupakan suatu asset yang bias menggugat keselamatan negara jika keharmoniannya tidak dititikberatkan. Oleh itu mana-mana individu/kumpulan cuba merosakkan keharmonian itu dianggap sebagai musuh negara.
ii. ketegangan/perpecahan-negara tidak akan stabil jika wujud gejala-gejala yang boleh menggugat integrasi nasional seperti hubungan yang tidak baik di antara kerajaan pusat dan negeri dan di antara kerajaan-kerajaan negeri sendiri.
iii. ancaman komunis – walaupun satu perjanjian telah dimeterai di antara kerajaan Malaysia, Thailand dan PKM di Hadyai pada 2.12.1989, namun ancamannya masih wujud.
iv. Ancaman dadah – berbagai masalah social wujud akibat penagihan dadah yang mana jika tidak dikawal akan melumpuhkan negara.
v. Pelarian/pendatang tanpa izin – pelbagai masalah wujud akibat kemasukan pelarian ini seperti masalah jenayah,pengangguran dll
vi. Golongan pelampau – golongan ini akan menggunakan isu-isu yang boleh mengganggugugat sentiment perkauman.
vii. Golongan subersif
viii. Aids
ix. Gejala-gejala social
x. Penjenayah

9. Parlimen membuat undang-undang mengikut cara dan peraturan tertentu seperti yang ditetapkan dalam Bab 5 Acara Perundangan. Terangkan proses penggubalan undang-undang yang dikemukakan oleh Kerajaan dari peringkat awal sehingga diluluskan oleh Parlimen.

Jawapan:

 i. menteri atau sesuatu Kementerian merangka dasar-dasar Rang Undang-undang dengan bantuan pegawai-pegawai kementeriannya.
ii. menteri atau pihak Kementerian perlu berunding dengan jabatan Peguam Negara,perbendaharaan atau Kementerian
iii. draf rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Kementerian berkenaan.
iii. draf rang undang-undang dikemukakan kepada cabinet untuk mendapatkan kelulusan
iv. pembentangan rang undang-undang di Prlimen untuk kelulusan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
v. Bacaan pertama oleh menteri berkenaan di Dewan Rakyat dan menetapkan bacaan kali kedua biasa dibuat pada mesyuarat yang sama.
vi. Bacaan kedua adalah penting untuk dibahas secara menyeluruh oleh ahli-ahli Dewan
vii. Rang undang-undang akan diteliti secara terperinci fasal demi fasal oleh jawatankuasa.
viii. Rang undang-undang dikemukakan semula oleh menteri berkenaan kepada Majlis Parlimen, untuk bacaan kali ketiga untuk diluluskan, dan proses yang sama akan dijalankan oleh Dewan Negara.
ix. Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipersembahkan kepada YDA untuk diperkenankan.
x. Pewartaan undang-undang untuk dikuatkuasakan.

10. Pertalian dan penyelarasan di antara jentera pentadbiran Persekutuan dan Negeri adalah dijalankan oleh Majlis-majlis dan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu. Jelaskan mana-mana (5) Majlis atau jawatankuasa.

i. Majlis Raja-raja
• Membincangkan soal-soal yang menyentuh dasar negara
• Bertanggungjawab mengadakan dasar kebangsaan dan menyelaraskan perkara-perkara di bawah bidang kuasanya.

ii. Majlis Tanah Negara
• Diberi tugas untuk membentuk dasar negara yang meliputi seluruh Persekutuan bagi menaja dan mengawal penggunaan tanah untuk galian,pertanian,perhutanan dan lain-alin.

iii. Majlis Kewangan Negara
• Bertanggungjawab dalam halehwal kewangan negara seperti pemberian wang Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri,pinjaman wang oleh kerajaan-kerajaan negeri,membuat rancangan kemajuan dan lain-lain.

iv. Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan
• Bertanggungjawab bagi membentuk dasar negara untuk mengelola,memaju dan mengawal Kerajaan Tempatan di seluruh Persekutuan.

v. Jawatankuasa Perhubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri.
• Memainkan peranan menjalin hubungan dan persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Tujuannya ialah untuk membincang isu-isu dan menyelesaikan masalah dalam hubungan di antara Kerajaan Negeri dan Kementerian-kementerian Persekutuan.
• Dipengerusikan oleh KSN

vi. Jawatankuasa antara Kerajaan
• Untuk membincang mengenai peruntukan-peruntukan khas bagi kedua-dua negeri iaitu negeri Sabah dan Sarawak untuk mempastikan peruntukan/peraturan khas tidak perlu lagi ditarik balik. Jawatankuasa ini bertanggungjawab didalam menyatukan beberapa perkhidmatan awam negeri dengan perkhidmatan awam persekutuan.

vii. Majlis Tindakan Negara
• Majlis pentadbiran yang tertinggi sekali dibentuk oleh kerajaan untuk menyelaraskan pelaksanaan semua program dan projek pembangunan kerajaan. Majlis ini dihadiri oleh semua menteri yang ada.

viii. Majlis Keselamatan Negara
• Menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang berkait dengan keselamatan negara

ix. Majlis Ekonomi Negara
• Bertanggungjawab khusus tentang segala aspek ekonomi negara
• Jawatankuasa pembangunan dan perancangan negeri
• Menjalin perhubungan dan persefahaman antara pentadbiran persekutuan dengan negeri dalam hal pembangunan dan kewangan.

11. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan-peruntukan mengenai berbagai perkara termasuk peruntukan mengenai perkhidmatan awam. Terangkan maksud ‘Perkhidmatan Awam’ menurut Perlembagaan Persekutuan. Jawapan: Perkhidmatan Awam:

i. Mengikut perkara 132 perlembagaan persekutuan , perkhidmtana awam terdiri daripada; a. angkatan tentera b. perkhidmatan kehakiman dan undang-undang c. perkhidmatan awam am persekutuan d. angkatan polis e. perkhidmatan awam bersama seperti dalam perkara 133 f. perkhidmatan awam setiap negeri g. perkhidmatan Pendidikan
 ii. Setiap anggota perkhidmatan awam persekutuan memegang jawatannya selama diperkenankan oleh YDA dan anggota perkhidmatan awam negeri pula selama diperkenankan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri.
iii. Menurut perkara 135, tidak seorang pun anggota dalam mana-mana perkhidmatan awam boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh sesuatu pihak berkuasa yang rendah daripada pihak berkuasa yang melantiknya.
 iv. Seseorang anggota dalam mana-mana perkhidmatan awam tidak boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkatnya tanpa diberi peluang yang munasabah untuk didengar.
 v. Cara-cara bagaimana anggota perkhidmatan awam boleh dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang kerja adalah dihuraikan secara terperinci dalam Perintah Am.
vi. Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan bagi memastikan layananan yang adil terhadap anggota perkhidmatan awam dalam bidang-bidang perlantikan,kenaikan pangkat dan tatatertib.

12. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.Perlembagaan menjadi undang-undang yang utama dan undang-undang lain yang digubal hendaklah tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Jelaskan mengapakah Perlembagaan Persekutuan penting sebagai satu sumber undang-undang.

Jawapan:

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.Perlembagaan menjadi undang-undang yang utama dan undang-undang lain yang digubal hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Terdapat tiga sebab utama yang menjadikan perlembagaan persekutuan berbeza daripada undang-undang biasa.

i. parlimen tidak mempunyai kuasa untuk meminda atau memansuhkan keseluruhan perlembagaan persekutuan walaupun dengan 2/3 majoriti.
ii. keseluruhan perlembagaan persekutuan bukan digubal oleh parlimen
iii. majlis raja-raja mempunyai pengaruh dan kuasa untuk menentukan bahagian-bahagian tertentu dalam perlembagaan persekutuan, umpamanya perkara 36,perkara 70,perkara 71,perkara 152 dan perkara 153.

Kepentingan dan ketinggian perlembagaan persekutuan tidak perlu dipersoalkan lagi. Oleh kerana Malaysia mempunyai hubungan sejarah yang lama dengan British, Malaysia telah mengambil model parlimen jenis Westminster. Perlembagaan British tidak sama dengan perlembagaan Malaysia kerana perlembagaan British adalah perlembagaan yang tidak bertulis. Terdapat beberapa sebab mengapa perlembagaan persekutuan dianggap sangat penting

i. wujudnya perlembagaan persekutuan membuktikan bahawa kita hidup sebagai sebuah masyarakat yang mempunyai organisasi yang tersusun
ii. hak individu dan rakyat tersusun dan terjamin
iii. mengelakkan perebutan kuasa secara paksaan dan kekerasan
iv. menjamin pengasingan kuasa antara tiga badan; • Perundangan • Eksekutif • Kehakiman
v. menjamin pembahagian kuasa.

13. Biro Pengaduan Awam (BPA) telah ditubuhkaan di Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan melaksanakan system pengendalian pengaduan awam. Huraikan fungsi dan tanggungjawabnya.

Jawapan:

 Fungsi dan tanggungjawab BPA adalah seperti berikut:

 i. menerima pengaduan-pengaduan orang awam mengenai ketidakpuasan mereka terhadap sebarang tindakan pentadbiran kerajaan yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada, termasuk salah laku,penyelewengan, salah guna kuasa dan salah tadbir;
ii. menyiasat pengaduan-pengaduan awam yang dianggap mempunyai asas;
iii. melapor dan memperakukan hasil siasatan mengenai pengaduan-pengaduan itu kepada jawatankuasa tetap pengaduan awam;
iv. menyampaikan keputuasan-keputusan jawatankuasa tetap pengaduan awam kepada Kementerian atau jabatan persekutuan atau badan berkanun persekutuan atau pihak berkuasa tempatan atau agensi yang berkenaan untuk tujuan tindakan pembetulan; dan
v. mengesan dan mengawasi tindakan pembetulan yang diambil oelh Kementerian / jabatan persekutuan/badan berkanun persekutuan/pihak BT/agensi dan seterusnya memberi maklumbalas kepada jawatankuasa tetap pengaduan awam.


Koleksi Nota, Soalan dan Jawapan
Mungkin ada yang akan tercari-cari nota-nota yang sesuai untuk tujuan ke kursus ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.. ..

ShareIt