Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Khamis, 27 Disember 2012

Adoiii..Aii, Cermin Kereta Pecah

Aduh, sedih sikit buat entry ni. kereta kesayangan pecah waktu balik ke kampung. Jiran, kak ani yang telifon cerita waktu petang dia pegi ke kedai, balik nampak dah pecah. Risau juga, tapi dapat berita cermin pecah, risau ingatkan ada pencuri. Sebelum ni ada kes kecurian, lori jiran kena curi, nasib dapat balik sebab kebetulan minyak tak penuh, polis jumpa kat jalan nak ke muadzam, pahang


Rupa-rupanya kena batu dah... kena penjuru kanan atas sekali, tapi pecah seribu, selamat sikit sebab ada tinted, kalau tak terbarai dah. Nasib malam tu tak datang, mak mertua sampai nak ikut datang segamat dari sawah ring, gara-gara dengar berita pecah ni.

cermin belakang
 Maka terpaksalah ganti, tu pun kena tunggu gaji. He nasib dapat gaji dan bonos sekali bulan 12 ni. Alhamdulillah.. Chegu beli cermin ni kat kedai hardware kereta dekat Giant Segamat, sebelah kedai restoran mamak, jalan nak ke kg jawa.


Kedai nak betulkan cermin ni dekat dengan SMK Dato Bentara Dalam, Segamat, sekolah bakal chegu bertugas tahun depan. Kedai kusyen kereta, deret kedai ni sebelah jalan genuang je. memang takbleh miss kedai ni. Sebelahnya kedai aircond. Bagus kedai ni, chegu terus betulkan aircond kereta sementara menunggu gam cermin kering. Cuma kedai aircond ni tak cukup kakitangan, lambat sikit la, servis puas hati.

Maka melayang la duit. Mungkin ada yang senasib ngan chegu. Harganya, beli cermin belakang proton wira sedan, RM 160 siap gamnya, Upah pasang RM 150. Tak pasal-pasal RM 310.

Chegu dah syak sape yang baling. Budak-budak dekat dengan rumah. Takde bukti, takbleh buat apa-apa. Tapi nak buat macamana, orang ngajar anak tak marah anak dia, kita boleh tengok je. Tapi kalau dapat bukti, confirm chegu tanyeh budaktu sampai lumat.

3 ulasan:

  1. Gam cermin kereta dalam RM15 setiub. Beli dua kalau cermin belakang. Minta tukang buat tebal sikit. Nak bli kat kedai hardware kereta. Selalunya makanin yg bleh betulkan tahu mana nak beli gam

    BalasPadam
  2. Pengalaman - ada kedai tak guna banyak gam cermin kereta ni. Kena sendiri cakap nak beli dua tiub gam. Cermin depan kereta kelisa sy pecah, ganti dekat rm 400, tapi lama kelamaan ada air masuk dari celah cermin. Nak gam semula kena pecahkan cermin ganti baru, so tahan la dgn air masuk dari nak melayang duit 400. So beringat nak ganti cermin GAM MESTI BANYAK

    BalasPadam
  3. Murah tu rm160.ty td kt Kdai mau 220.

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt