Sabtu, 8 Disember 2012

KISSM - Pengurusan Integriti

Nota, Soalan dan Jawapan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia

PENGURUSAN INTEGRITI
Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah menghindarkan diri daripada memberi atau menerima suapan. Nyatakan takrifan suapan.

Jawapan :

Takrifan suapan bermaksud
a. wang,derma,alang,pinjaman,fee,hadiah,cagaran berharga harta atau kepentingan mengenai harta,iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.
b. Apa-apa jawatan ,kebesaran,pekerjaan,kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat
c. Apa-apa bayaran,pelepasan,penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,obligasi atau liability lain,sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya
d. Apa-apa jenis balasan berharga,apa-apa diskaun,komisen,rebat,bonus,potongan atau peratusan.
e. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga
f. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalty atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib , sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi
g. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberi suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) terdahulu.

Koleksi Nota, Soalan dan Jawapan
Mungkin ada yang akan tercari-cari nota-nota yang sesuai untuk tujuan ke kursus ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.. ..

ShareIt