Tangkapan hari kedua |
Cerita memancing ni waktu bulan 4 haritu. Selama 2 hari 2 malam trip dari muara kanibongan. Ikutkan hari jumaat dah turun tetapi dah malam baru gerak. Tujuan ke pulau tigabu. Trip dengan kapal dan 3 perahu. Malam kitaorang mancing dasar hasil gps kawan Chegu si Saibeh.
Hari pertama seharian suntuk menunda dikawasan diaorang panggil mandi darah, tak dapat apa2 pun. Geng 2 perahu lain dapat ikan damit2 (kecil) je. Tapi rasa tertekan juga sebab pemancing dasar dah dapat ikan gerpoh kecil yang kebetulan lalu semasa air pasang pagi.
Kitaorang terpaksa keluar dari kawasan mandi darah sebab ada geng pukat laut dalam menunda di kawasan kitaorang. Kacau beno. Patutnya diaorang g laut dalam lah, bukan jauh pun. Tapi nak dapt rezki mudah, semua diaorang hadap. Kesian kat kita yang kecil2 ni.
Apa nak buat... x de sekong pun. Belakang tu pulau mandi darah. |
Malam hari pertama - 2 Pengaluan nama lainnya alu alu / Barakuda (baracuda) |
Malam ribut, ada juga memancing dasar. Kengkawan lain dapat hasil lumayan yuga dengan kerisi besar tapak tangan. Chegu tidur sebab letih sambil terbangun sebab hujan lebat. Sejuk ooo
Hari kedua kengkawan Sibeh dan Mael terus ke Pulau tigabu. Chegu tak berani ikut sebab jauh beno diaorang pegi. Hanya chegu memerhatikan diaorang ke pulau tigabu dan menunda di kawasan cetek sahaja. Hari terlalu panas dan memandangkan bekalan dah nak habis, chegu ke kawasan takat tiang sahaja (berdekatan dengan muara kanibongan).
Tengok matahari terbit dekat dangan Pulau Tigabu (tak perlu ke jepun la). Kiranya macam kat jepun gak sebab tigabu ni dah selari ngan jepun gak |
Kat sini boleh juga la sebab tinggal saat2 akhir jugak barulah dapat seekor pengaluan yaang agakya 4 kilo juga. Siap tunjuk takau (Kait) baru lagi tu. Hehe, dulu pinjam takau orang je (gambar atas sekali).
Sampat tengahari kitaorang dah kat muara sampai petang. Geng lain pun kurang mendapat hasil sebab diaorag tumpu teknik jigging je.
Dapat juga yang kecil sebagai penutup hari kedua tangkapan |
Tak tahulah bila lagi dapat menjejakkan kaki ke Sabah lagi. Sedih meninggalkan kenangan ni. Mana taknya dari SMK Kanibongan, pindah ke SMK Pinggan-Pinggan, Pitas, banyak kemajuan dah nampak. Dulu takda air bersih kini dah dapat. Kalau dulu Kota Marudu hanya ada beberapa banggunan kini dah semakin maju dengan pertambahan banggunannya, Besau dah Marudu oiii.. Apa boleh buat, Terpaksa lah pindah juga. Sekarang Chegu masih mengintai2 macamana nak turun laut lagi. Mana tahu sekolah baru ni pula ada kaki pancing. Tahun baru ni kena lapor diri, tak sabar juga nih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua