Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Sabtu, 8 Disember 2012

KISSM - Perintah Am

Nota, Soalan dan Jawapan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia

Perintah AM
a) Jelaskan tiga (3) keadaan yang menyebabkan seseorang pegawai awam tidak dibolehkan menjadi peminjam atau penjamin PERINTAH AM 1. Cik Ariana seorang Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri ingin meminjam wang berjumlah RM50,000.00 daripada Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga telah menjadi penjamin kepada rakannya yang membeli rumah:
b) Nyatakan dua (2) syarat yang membolehkan seseorang pegawai awam dibolehkan menjadi peminjam atau penjamin.

Jawapan:

a) Seseorang pegawai awam tidak dibolehkan menjadi peminjam atau penjamin atau dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada mana-mana orang:
i. yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya
ii. yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan rasmi
iii. yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan perniagaan di dalam kawasan tempatan yang dia mempunyai kuasa rasmi.
iv. Yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang
v. Jika agregat hutang dan liability tidak melebihi 10 kali emolumennya
vi. Penghutang penghakiman
vii. Muflis / bangkrap

b) Seseorang pegawai boleh meminjam wang daripada atau menjadi penjamin kepada mana-mana orang yang meminjam wang daripada bank, syarikat insuran, koperasi atau syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan institusi-institusi Kewangan 1989 atau menaggung hutang dengan cara memperolehi barang-barang melalui perjanjian sewa beli dengan syarat bahawa:
i. bank,syarikat insuran,koperasi atau syarikat kewangan berlesen yang pegawai itu meminjam tidaklah secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya.
ii. Peminjaman itu tidak akan membawa kepada skandal awam atau tidak akan ditafsirkan bahawa pegawai itu telah menyalahgunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendiriannya.
iii. Agregat hutangnya tidak menyebabbkan atau tidak mungkin menyebabkan pegawai itu berada dalam keterhutangan kewangan yang serius sebagaimana yang ditafsirkan di bawah peraturan 13

2. Puan Zarina ialah seorang pegawai kerajaan. Selaku seorang pegawai awam, beliau serta ahli keluarga layak menerima rawatan dan ubat-ubatan secara percuma daripada hospital atau klinik kerajaan. Walau bagaimanapun, jika mereka dimasukkan ke wad kerana menerima rawatan, mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad kecuali dalam kes-kes tertentu.
a) Nyatakan kes-kes di mana seorang Pegawai Awam akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad
b) Nyatakan mereka yang tergolong di dalam definisi ‘ keluarga seseorang pegawai awam seperti dalam Perintah Am Bab ‘F’

Jawapan:

a) Kes-kes di mana seseorang Pegawai Awam akan dikecualikan daripada membayar wad :
i. penyakit tibi,kusta dan barah adalah percuma
ii. mengidap penyakit merebak
iii. seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar ibu pejabatnya apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabat.
iv. Seseorang pegawai menerima kecederaan semasa menjalankan tugas rasminya di luar ibu pejabatnya apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabat.

b) Mereka yang tergolong di dalam definisi ‘Keluarga seorang Pegawai Awam seperti dalam Perintah Am Bab ‘F’
i. bagi pegawai lelaki isteri dan anak-anaknya atau ii. bagi pegawai perempuan suami dan anak-anaknya
iii. anak-anak yang berkelayakkan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah di bawah umur 21 tahun
iv. anak-anak daif(kelemahan otak atau jasmani) tidak ada had umur
v. anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang vi. balu seorang pegawai selagi ia tidak berkahwin semula vii. ibu bapa kandung / mengikut undang-undang pegawai berkenaan.

3. Cik Maria Seorang Pegawai Perubatan Bercadang Bergiat Aktif Di Dalam Politik
A) Nyatakan Samada Boleh Atau Tidak Beliau Mengambil Bahagian Aktif Dalam Aktiviti Politik Dengan Alasannya Sekali.
B) Terangkan Lima Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Cik Maria Dan Pegawai Lain Dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional

JAWAPAN :

A) Tidak boleh kerana cik maria seorang pegawai dalam kumpulan p&p. Kum. P&p dilarang mengambil bahagian aktif dalam politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti.

B) Aktiviti-aktiviti politik yang dimaksudkan ialah:
• Membuat apa-apa pernyataan awam secara lisan atau bertulis yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas isu parti-parti politik
• Menerbit atau mengedarkan buku,makalah atu risalah yang mengemukakan pandanganya tentang perkara kepartian
• Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya umum
• Bertindak sebagai seorang agen pilihanraya atau agen tempat mengundi
• Masuk bertanding apa-apa jawatan dalam mana-mana parti
• Memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik

4. Seseorang Pegawai Yang Baru Dilantik Ke Dalam Perkhidmatan Awam Akan Dikenakan Tempoh Percubaan Sebelum Disahkan Dalam Perkhidmatannya.
A) Berapa Lamakah Tempoh Percubaan Yang Dikenakan?
B) Tempoh Percubaan Seseorang Pegawai Boleh Dilanjutkan “Dengan Denda” Atau “Dengan Tiada Berdenda”.Jelaskan Maksud Keduanya
C) Ketua Jabatan Perlu Memperakukan Tempoh Perlanjutan 3 Bulan Sebelum Tamat Tempoh. Sila Nyatakan Perkara-Perkara Yang Perlu Terkandung Dalam Perakuan Itu.

Jawapan:

A) 3 Tahun

B) Dengan Denda
• Penangguhan Pergerakan Gajinya
• Hilang Kekananannya Dengan Tiada Berdenda
• Pegawai Itu Dibenarkan Menerima Pergerakan Gajinya Semasa Dalam Tempoh Percubaan Lanjutannya Itu
• Tidak Hilang Kekanannya

C) Perakuan Itu Mengandungi
• Sebab-Sebab Pegawai Itu Tidak Dapat Disahkan
• Sokongan Ketua Jabatan Mengapa Perlanjutan Perlu Diberi
• Kenyataan Perkhidmatan Yang Lengkap
• Senarai Peperiksaan Yang Pegawai Telah Lulus Atau Tidak Beserta Tarikh-Tarikhnya Sekali.

5. a) Nyatakan tanggungjawab Ketua Jabatan apabila seseorang anggota dituduh melakukan kesalahan jenayah di mahkamah
   b)Nyatakan bentuk tindakan yang boleh diambil oleh Lembaga Tatatertib terhadap anggota telah ditangkap dan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap anggota berkenaan.

Jawapan :

a) Tanggungjawab Ketua Jabatan (peraturan 28(3) Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan laporan daripada mahkamah seksyen yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:

 i. pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadap pegawa
ii. jika ditangkaap,tarikh dan waktu pegawai ditangkap
iii. sama ada pegawai itu dijamin; dan iv. apa-apa maklumat lain yang relevan Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Lembaga tatatertib untuk tindakan selanjutnya.Mengesyorkan kepada Lembaga TT jenis tindakan tt yang boleh diambil.

b) Tindakan selepas beliau ditangkap

i. beliau boleh dikenakan sama ada perintah tahan kerja atau tidak dibayar emolument antara 50% hingga 100 % ii. Tindakan selepas dijatuhkan hukuman Pegawai hendaklah digantung kerja dan dalam tempoh itu pegawai tidak berhak menerima emolument.

6. Sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam Anda Layak Menduduki Rumah Kerajaan Yang Disediakan Demi Kepentingan Tugas.
A) Nyatakan Larangan-Larangan Yang Perlu Dipatuhi Semasa Mendiami Rumah Kerajaan
B)Huraikan Tanggungjawab Anda Sebagai Penghuni Rumah Berkenaan

Jawapan :

A) Larangan-Larangan Yang Perlu Dipatuhi
• Menjadikannya Permis Perniagaan
• Meminda Rumah Tanpa Kebenaran Pengarah Jkr Negeri
• Meyewa Mana-Mana Bahagian Rumah
• Memelihara Binatang-Binatang Ternakan

B) Tanggungjawab Sebagai Penghuni Rumah
• Laporkan Kerosakan
• Laporkan Bila Memasuki Rumah
• Menjelaskan Semua Bil Air Dan Elektrik
• Laporkan Ketika Rumah Dikosongkan
• Membersih Kawasan,Potong Rumput Dan Sebagainya
• Menyerahkan Kunci Rumah Bila Keluar Rumah Serta Sijil Keluar
• Membayar Atas Kerosakan Yang Disengajakan

7. En Sony Seorang Pegawai Kerajaan Berkelayakan Mendapat Cuti Rehat Sebanyak 30 Hari Setahun. Atas Kepentingan Perkhidmatan Dia Tidak Dapat Menghabiskan Cuti Rehatnya Itu Bagi Tahun 1994 Sebanyak 20 Hari. Baki Cuti Tersebut Dibawa Ke Tahun 1995 Menjadikan Jumlah Cuti Rehatnya Bagi Tahun Tersebut Sebanyak 50 Hari. Bagaimanapun Pada Tahun 1995 Beliau Telah Mengambil Cuti Rehat Selama 15 Hari. Pada Tahun 1996 Beliau Langsung Tidak Mengambil Sebarang Cuti Rehat.
A) Berapakah Jumlah Cuti Rehat En. Sony Yang Boleh Dibenarkan Untuk Dibawa Ke Tahun 1997? Berikan Alasan
B) Sekiranya Pada Tahun 1996 Genap 10 Tahun En. Somy Dalam Perkhidmatan Kerajaan Berapakah Jumlah Cuti Rehat Beliau Yang Boleh Dibawa Ke Tahun 1997.

Jawapan:

A) 60 Hari Alasan- Menurut Perintah Am Bab C,Ii, Seorang Pegawai Yang Tidak Dapat Mengambil Cuti Kerana Kepentingan Perkhidmatan Boleh Dibenarkan Mengumpul Baki Cuti Rehatnya Dalam Tempoh Dua Tahun Perkhidmatan Ke Tahun Ke Tiga. Oleh Kerana En. Sony Hanya Mengambil Cuti Sebanyak 15 Hari Tahun 1995 Bermakna Baki Cutinya Yang Dibawa Dari Tahun 1994 Sebnayak 5 Hari Lagi Terlupus Di Akhir 1996. Cuti Rehat En.Sony Bagi Tahun 1997 Hanyalah Cuti Rehat Yang Tidak Diambil Pada Tahun 1995 Sebanyak 30 Hari Dan Cuti Rehat Tahun 1996 Sebanyak 30 Hari.

B) 65 Hari. Apabila En. Sony Genap 10 Tahun Berkhidmat Pada Tahun 1996 Kelayakan Cuti Rehatnya Berjumlah 35 Hari Seperti Di Dalam Perintah Am Bab C, 8(A)  

8. Terdapat 7 Jenis Hukuman Tatatertib Yang Boleh Dikenakan Terhadap Seseorang Penjawat Awam. Huraikan Tiga Persamaan Dan Tiga Perbezaan Antara Hukuman “Tangguh Pergerakan Gaji” Dengan Hukuman “Turun Gaji”

Jawapan :

Persamaan Kedua-Dua Hukuman Ini Ialah:
1. Kedua-Dua Hukuman Ini Boleh Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Berkenaan
2. Kedua-Dua Hukuman Ini Mengubah Tarikh Pergerakan Gaji
3. Dalam Tempoh Hukuman Ini Berkuatkuasa,Pegawai Berkenaan Tidak Berhak Menerima Pergerakan Gaji Perbezaan Kedua-Dua Hukuman Ini Ialah: Tangguhnpergerakan Gaji Turun Gaji Tarikh Kuatkuasa Pada Tarikh Ulang Tahun Kenaikan Gaji Selepas Tarikh Lembaga Tt Membuat Keputusan Tarikh Lembaga Tt Bersidang Atau Satu Tarikh Ke Hadapan Yang Ditetapkan Oleh Lembaga Tt Tempoh Kuatkuasa Ialah 3 Bulan,6 Bulan,9 Bulan Atau 12 Bulan Tempoh Antara 12 Bulan Hingga 36 Bulan Tidak Sesuai Dikenakan Kpd Mereka Yang Telah Berada Di Matagaji Maksimum Tidak Sesuai Dikenakan Kepada Mereka Yang Matagaji Berada Pada P1t1,P2t1 Dan P3t1

9. “Encik Amran Tompel Ialah Penguasa Kementerian Hal Ehwal Pengguna Yang Bertugas Di Ipoh. Gaji Beliau Sekarang Ialah Rm 2,340.00 Sebulan. Encik Amran Memiliki Sebuah Kereta Proton Waja (Sukatan Selinder 16oo Cc) Dan Beliau Selalu Menggunakan Keretanya Untuk Menjalankan Tugas-Tugas Rasmi Jabatan.”
A) Nyatakan Kelas Tuntutan Hitungan Kilometer Yang Beliau Layak Tuntut
B) Ketika Mengejar Sebuah Kereta Yang Disyaki Membawa Cd Tiruan, Kereta Encik Amran Terbalik Dan Rosak Teruk. Adakah Encik Amran Boleh Membuat Tuntutan Bayaran Membaiki Keretanya ? Berikan Alasan Anda.

Jawapan :

A) Kelas A
B) Tidak Boleh Alasan- Perintah Am (B) 7, Seseorang Pegawai Yang Menggunakan Kenderaaannya Sendiri Untuk Menjalankan Tugas Lain Boleh Berbuat Demikian Atas Tanggungannya Sendiri. Kerajaan Tidak Bertanggungjawab Bagi Sebarang Kecederaan, Kerosakan,Kehilangan Atau Susut Nilai Kenderaan Akibat Kegunaan Untuk Urusan Kerajaan.

 10. En. Samy Seorang Pegawai Farmasi Di Hospital Teluk Intan Telah Menghadiri Satu Mesyuarat Di Kementerian Kesihatan Kuala Lumpur Selama 3 Hari. Dalam Tempoh Tersebut Beliau Menginap Di Hotel. Semasa Perjalanan Balik, Kereta Beliau Telah Mengalami Kerosakan Dan Beliau Terpaksa Membelanjakan Rm 200.00 Untuk Membaiki Keretanya Itu.
A) Nyatakan Jenis-Jenis Elaun Yang Boleh Dituntut Oleh En. Samy Semasa Menjalankan Tugas Tersebut
B) Nyatakan Syarat-Syarat Yang Membolehkan Beliau Menuntut Elaun Harian Serta Kadarnya
C) Jelaskan Samada Beliau Boleh Menuntut Perbelanjaan Membaiki Keretanya Daripada Kerajaan.

Jawapan :

A) Elaun Yang Layak Dituntut:
• Elaun Perjalanan
• Elaun Sewa Hotel
• Elaun Makan
• Bayaran Pelbagai

B) Syarat Tuntutan Elaun Harian Serta Kadarnya
• Jika Mesyuarat Hari Ketiga Tamat Awal Tengahari. Beliau Tak Layak Mendapat Elaun Makan Penuhnya Sebaliknya Boleh Menuntut Elaun Harian Kerana Jangkamasa Melebihi 8 Jam Tetapi Kurang 24 Jam
• Kadar Tuntutan Separuh Elaun Makan

C) Kerajaan Tidak Bertanggungjawab Ke Atas Kerosakan Kenderaan Yang Dialami Semasa Menjalankan Tugas
• Pegawai Boleh Menggunakan Kenderaan Sendiri Dengan Menuntut Mengikut Kelayakannya Apabila Mendapat Kebenaran Ketua Jabatan.
• En. Samy Tidak Layak Membuat Tuntutan Membaiki Kerosakan Kereta

11. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, 4(2)f menyatakan bahawa seseorang penjawat awam tidak boleh tidak jujur. Jelaskan lima (5) contoh perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh pegawai kerajaan yang boleh dianggap sebagai melanggar tatakelakuanh ini.

Jawapan:

i. tidak melaporkan harta atau pelaburan yang dipunyai oleh isteri atau anaknya.
ii. Membuat tuntutan palsu
iii. Mengesahkan tuntutan bekerja lebihmasa yang tidak betul daripada seorang pekerja dengan tujuan untuk mendapat habuan daripada pekerja itu.
iv. Tidak melaporkan hutang piutangnya dengan tujuan untuk menipu Ketua Jabatan atau Lembaga Tatatertib berkenaan bagi menggambarkan betapa berat beban kerana hutang.
v. Berdalih atau bercakap bohong dalam penyiasatan yang dijalankan terhadapnya/memberi kenyataan palsu/maklumat palsu
vi. Pura-pura sakit atau uzur/mc palsu/sijil sakit palsu
vii. Penyelewengan – penyalahgunaan harta kerajaan/kuasa

12. En. Raju adalah seorang pegawai Pendidikan bergaji sebanyak RM1,428.00 sebulan. Baru-baru ini beliau telah membeli sebuah kereta terpakai berharga RM20,000.00(secara ansuran bulanan sebanyak RM280.00 sebulan). Setahun yang lalu beliau telah membeli sebuah rumah berharga RM90,000.00 melalui skim pinjaman kerajaan. Potongan bulanan bagi pinjaman ini ialah sebanyak RM500.00 sebulan (selama 25 tahun). Selain dari itu beliau ada juga membuat pinjaman dari syarikat kerjasama sebanyak RM3,000.00. Jumlah potongan semua hutangnya pada tiap-tiap bulan ialah RM800.00.
a) Adakah pegawai ini dianggap sebagai berada dalam keadaan ‘keterhutangan kewangan yang serius’? Beri huraian
b) Bagaimanakah seseorang penjawat awam itu boleh disifatkan sebagai berada dalam keadaan ‘keterhutangan kewangan yang serius’?

Jawapan:

 a) Tidak
• Semua hutang-hutan ini adalah hutang bercagar
• Hanya hutang-hutang dan liability yang tidak bercagar yang daripada 6 bulan emolument diambilkira
• Dia bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman
b) Jika jumlah semua hutang dan tanggungannya yang tidak bercagar lebih daripada jumlah sepuluh kali ganda emolument bulanannya pada satu-satu masa tertentu.
• Jika pegawai itu seorang siberhutang hukuman selagi hutang itu masih belum dijelaskan
• Jika pegawai itu seorang bangkrap atau pemakan gaji tidak berkemampuan

13. Seorang Pegawai Kerajaan Adalah Dilarang Membuat Pekerjaan Luar Kecuali Mendapat Kebenaran Ketua Jabatannya.
A) Nyatakan Jenis Pekerjaan Luar Yang Dimaksudkan
B)Jelaskan Perkara-Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Oleh Seseorang Ketua Jabatan Semasa Menimbangkan Sesuatu Permohonan Patut Diberi Atau Tidak.

Jawapan :

Seseorang Pegawai Tidak Boleh;
• Mengambil Bahagian Secara Langsung Atau Tak Langsung Dalam Pengurusan Atau Perjalanan Apa-Apa Perusahaan Komersial,Pertanian Atau Perindustrian
• Mengusahakan Bagi Mendapatkan Upah Apa-Apa Kerja Bagi Mana-Mana Institusi,Syarikat,Firma Atau Individu Persendirian
• Sebagai Pakar,Memberi Apa-Apa Laporan Atau Keterangan Pakar,Samada Dengan Percuma Atau Dengan Mendapat Upah
• Bertugas Sebagai Seorang Wasi,Pentadbir Atau Penerima Ketua Jabatan Hendaklah Memastikan Kerja Luar Itu ;
• Tidak Dilaksanakan Semasa Waktu Pejabat Dan Semasa Pegawai Itu Dikehendaki Menjalankan Tugas Rasminya
• Tidak Akan Menjejaskan Reputasi Pegawai Itu Sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam
• Tidak Bercanggah Dengan Kepentingan Jabatan Atau Tak Konsisten Dengan Kedudukan Pegawai Sebagai Penjawat Awam

14. Bersesuaian Dengan Perintah Am Bab C, Lembaga Perubatan Boleh Dipanggil Bagi Membuat Pemantauan Dan Laporan Terhadap Tahap Kesihatan Pegawai Awam. Jelaskan Kenapa Perlunya Lembaga Tersebut Demi Keutamaan Kebajikan Penjawat Awam

 Jawapan :

Lembaga Perubatan Boleh Dipanggila Apabila:

• Seseorang Pegawai Didapati Masih Tidak Sihat Setelah Menghabiskan Semua Cuti-Cuti Sakitnya
• Seorang Pegawai Perubatan Berpendapat Bahawa Tiada Harapan Untuk Pegawai Menjadi Sihat Untuk Bertugas
• Tiap-Tiap Tahun Dalam Masa 3 Tahun Yang Berturut-Turut Pegawai Itu Telah Bercuti Sakit Sebanyak 45 Hari Atau Lebih
• Kesiuman Otak Atau Kesihatan Badan Pegawai Diragukan
• Pegawai Telah Tercedera Semasa Bertugas
• Pegawai Disahkan Mengidap Penyakit Tibi,Kusta Atau Barah
• Pegawai Atau Keluarganya Perlu Diperiksa Untuk Mendapatkan Rawatan Di Luar Negeri Kerana Tiada Rawatan Sedemikian Di Negeri Ini.

15. Pegawai kerajaan dan keluarga mereka yang jatuh sakit mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
a) nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai.
b) Jelaskan tafsiran ”keluarga pegawai” yang layak menerima kemudahan rawatan pecuma selepas kematian pegawai. Jawapan

a)

i) keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam wad yang sama seperti pegawai sendiri

ii) kadar bayaran wad sama dengan kadar bayaran wad untuk pegawai

iii) sekiranya anak pegawai murid sekolah tidak melebehi tk 5, dikecualikan bayaran wad apb dimasukkan ke dalam kelas 2. Atau Kelayakan dan bayaran wad keluarga pegawai Kelas Wad Bayaran sehari
Kelas 1 : bilik seorang RM 10.00
Kelas 1 : bilik berdua RM 8.00
Kelas 1 : bilik bertiga atau lebih RM 6.00
Kelas 2 RM 3.00
Kelas 3 percuma

b) keluarga pegawai yang layak menerima rawatan percuma selepas kematian pegawai adalah :
i. bagi pegawai lelaki, isteri/balu dan anak-anaknya. Bagi pegawai perempuan, suami/duda dan anak-anaknya
ii. anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai iaitu yang berumur di bwh 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah di bawah 21 tahun
iii. anak-anak daif (kelemahan otak atau jasmani) tiada had umur
iv. anak tiri
v. anak angkat yang diambil mengikut undang-undang

16. Seorang pegawai awam tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam Keterhutangan Kewanagn yang serius.

a. Nyatakan apakah yang dimaksudkan ”Keterhutangan Kewangan yang serius”

b. Jelaskan 3 keadaan seorang pegawai dikatakan berada dalam keterhutangan yang serius, Jawapan

a) Bagi maksud peraturan ini 
1. keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang setelah diambilkira amaun hutang yang ditanggung olehnya telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius kepada nya.

b) Seseorang pegawai disifatkan berada dalam keterhutangan yang serius jika

1. agreget hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebehi 10 kali emolumen bulanannya
2. dial ialah seorang penghutang kehakiman dan hutang penghakiman itu tidak dijelaskan dalam tempoh 1 bulan dari penerimaan perintah bermeteri penghakiman itu
3. dia ialah seorang bangkrap atau pemakan gaji tak solven. Mengikut mana-mana yang berkenaan, selain apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada pegawai pemegang harta masih belum dijelaskan atau selagi tidak ada pembatalan penghukuman kebangkrapannya.

13. Anda bertugas di Ibupejabat di Putrajaya telah diarahkan utk menghadiri kursus di Hotel JB selama 2 minggu. Pengangkutan telah disediakan tetapi anda tidak menaikinya atas kesibukan tugas. Sebaliknya pergi dengan kereta sendiri.
 Huraikan perkara2 penting yg perlu anda beri perhatian ketika menyediakan tuntutan perjalanan dan kemudahan yg berkaitan

i. Perlu mendapat kelulusan KJ dan tidak layak menuntut elaun perjalanan kerana JB boleh dihubungi terus melalui k/terbang atau k/api (lebih 240 km)
ii. Layak tuntut tambang gantian mengikut kadar tambang k/terbang atau k/api
iii. Kelulusan kj haruslah dilampirkan dgn baucer tuntutan dan dokumen sokongan yg berkenaan
iv. Tidak layak menuntut apa2 tambang atau bayaran tambahan yg bersabit dgn perjalanan k/t spt tambang dari rumah ke lapangan terbang dan lain2 lagi
v. Tuntutan hendaklah dikemukakan tidak lewat drp 10 hb, bulan berikutnya
vi. Elaun perjalanan kenderaan hanya boleh dibenarkan dlm keadaan bkt :-
a) Jarak kurang 240 km
b) Dikehendaki menjalankan tugas rasmi di beberapa tempat di sepanjang perjalanan
c) Mustahak serta terpaksa membawa kenderaan sendiri atau terpaksa membawa pegawai lain dan juga peralatan kursus

14. A) Seorang pegawai awam yg berhasrat utk meletak jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis dalam tempoh tertentu. Nyatakan tempoh tertentu bagi pegawai-pegawai berikut
i. Seorang pegawai yg dilantik selain pelantikan tetap. Jika tempoh itu tidak diperuntukan dlm syarat perlantikkannya notisnya 30 hari sebelum peletakkan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sbg ganti notis
ii. Seorag pegawai dlm tempoh percubaan. Notisnya ialah 30 hari sebelum peletekkan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sbg ganti notis
iii. Seorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatannya. Notisnya ialah 90 hari sebelum peletakkan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sbg ganti notis

c) KJ boleh memendekkan notis peletakkan jawatan mana2 pegawai atas sebab2 tertentu.

Nyatakan sebeb-sebab tersebut:
a. Pegawai itu menyandang mana2 jawatan sesuatu pihak berkuasa berkanun , pihak berkuasa tempatan atau agensi lain yg diluluskan oleh KPPA
b. Pegawai atau pasangan, anak atau ibu,bapa pegawai itu menghadapi masalah kesihatan
c. Pegawai itu menghadiri kursus atau latihan yg diluluskan oleh pihak berkuasa yg berkenaan
d. Apa2 sebab lain yg diluluskan oleh KPPA


Koleksi Nota, Soalan dan Jawapan
Mungkin ada yang akan tercari-cari nota-nota yang sesuai untuk tujuan ke kursus ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt