Lepas kes cermin kereta belakang chegu pecah, terpaksa chegu ulang alik dari Ledang ke Segamat. Tergendala program chegu jalan-jalan. Alah, tak kemana pun, chegu sekeluarga ke tanjung dan dataran Muar. Lama dah tak datang sini. Sejak masa belajar kat UTM dulu, em agak-agak 7 tahun tak pegi.
Update 2014 - Chegu terpaksa delete gambar sebelum ini disebabkan menghormati pemergian Aruah Isteri, Al-Fatihah |
He santai-santai je sekeluarga jalan-jalan petang. Kebetulan masing-masing dari jemputan kawin, masing-masing ada agenda sendiri, mak mertua pegi beli jajan untuk jualan kat rumah dan kak long beli rempah mee bandung, terkenal juga mee bandung Maharani ni. RM 9 sepaket - 4 orang sekali makan. Cadang chegu nak jual, tapi macam nak jual dekat-dekat je
Dulu kalau datang ke tanjung ni memang nak datang tengok monyet (beruk tu). Tapi sekarang tempat ni dah upgrade dah, ada tempat riadah untuk keluarga. Cantik tempat ni dan ada trek untuk berjoging dan kemudahan sukan. Majlis Perbandaran Muar tak bagi dah orang ramai bagi makan kat monyet ni, tapi macam pekara jelik kalau tak tengok monyet tak bagi makan.
Dataran
Selepas tanjung, chegu singgah ke dataran. Selalunya ada aktiviti air kat muara sungai ni. Hari ini ada main kayak je. Sebelum ni ada pertandingan jet ski waktu meraikan Sultan Johor minggu lepas. Sesak hujung minggu ni, ramai orang jalan-jalan bawak anak, duduk-duduk kat tebing, makan-makan. Ada gerai jual rojak petis yang sedap, gerainya betul-betul di roundabout.
Makan Mee bandung Muar Sedap - Tanjung Agas
Kemudian dah penat, chegu ke tanjung agas makan mee bandung muar. Memang tak sah kalau ke Muar tak rasa mee bandung muar ni. Kedainya Warung Sentral (em tak ingat sangat) terletak seberang Sekolah Sains Muar, ada lampu Trafik, sederet dengan Shell dan Petronas, di kawasan Rumah murah.
Dah la dari majlis kenduri kahwin, makan rojak petis kat tanjung, ni plak makan mee bandung, memang melantak je satu hari ni. Kedai ni hanya menjual mee bandung sebagai menu utama. kekadang cepat habis, chegu sekeluarga dalam 8 orang pun kena tunggu sekejap sebab kuahnya kena buat balik, sedangkan jam baru kul 5.30 petang. Kedai ni juga menjual rempah mee bandung, mugkin ada yang nak bawak balik dan masak kat rumah.
peta |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua