Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 31 Oktober 2011

Jelajah 2011 : Kundasang, Sabah - Siri1-

Wow, main 'siri' nampaknye. Mana tidaknya, dah sakan bergambar saje. Dah penghujung tahun ni macam banyak aktiviti berjalan saja.

Sabtu, 29 Oktober - Sekolah chegu telah mengatur majlis jamuan akhir tahun di Kundasang, Sabah. Bertempat betul-betul di kaki Gunung Kinabalu, Sabah bagi yang tak tau Kundasang tu kat mane. Chegu pegi dgn berkongsi kerete cikgu syah. Kami gerak dlm jam 9 pg.

Mercu tanda Kota Belud, Sabah
Jadi Kota Belud kami singgah sebentar untuk mengubat perut yang dah berbunyi ni. Kota Belud ni dalam pertengahan jalan nak ke Gunung Kinabalu. Nasib dalam singgah di Kota Marudu tadi beli jajan dan air kotak teh bunga.

Makan tengahari merangkap tunggakan sarapan pagi. Dari kiri hafiz, syah, faizal
Makanan sedap juga, kami lahap nasi berlauk. Nama kedai Restoran Kota Raya, Kota Belud, kedainya di kawasan belakang pasar. Makanan best, boleh la tahan, cuma airnya kurang mengancam, tak manis walaupun chegu ode jus oren.

Fairy Garden Resort - Tempat menginap
Kami terus ke Fairy Garden Resort walaupun telah menempah bilik di The Cottage Hotel. Betul-betul di tapi jalan utama Kota Kinabalu - Kundasang. Biliknya murah sikit RM 130 + deposit RM20, ada 1 singgle dan 1 katil Queen kalau banding hotel gambar bawah nie, dua katil singgle dan sempit sangat. Guru lain ada yang duduk sana tapi komplain bilik tiada tingkap. Cuma Fairy Garden jauh sikit dari pekan Kundasang, dalam 10 minit berkerete. Janji dapat bermalam, kalau boleh dapat budget lagi bagus, jangan membazir.

Balkoni
Sempat pose
Biliknya luas juga, cukup lengkap, cuma tiada aircond dan kipas. Tapi tak perlu pun sebab sejuk betul di kundasang ni. Pesan chegu bawalah jaket. Chegu tak teringat nak bawa sebab terbiasa cuaca panas je kat Pitas ni.
The Cottage Hotel - Di pekan Kundasang dekat jalan Mesilau.
Sewa RM 140 ke atas. Ada bilik tiada tingkap.
Sambungan -Siri1- -Siri2- -Siri3- -Ranau-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt