Belum mendapat kepastian, adakah yuran PIBG akan dimansuhkan?
Amatlah dialu-alukan ketiadaan yuran seperti ini kerana apa yang selalunya menjadi masalah ibu bapa di Sabah ini adalah masalah membayar yuran sekolah. Walaupun pelajar ini tetap diberikan pendidikan, ada yang terpaksa berhutang sehingga terpaksa membuat tunggakan bertahun-tahun.
Masalah ekonomi di pitas, sabah amat ketara kerana amat sedikit kegiatan ekonominya di pekan. Kemeriahan hanya pada hari Sabtu awal pagi itupun disebabtan Tamunya (pasar jualan). Hanya status pondok polis sahaja di pekan dan tiada balai bomba. Hanya BSN bergerak sahaja di pejabat daerah itupun dibuka dua kali seminggu, Jadi hal mahu mengeluarkan duit biasanya di Kota Marudu iaitu sejauh lebih 50 km perjalanan (1 jam). Chegu pun terbiasa berurusan di luar daerah bagi kes-kes urusan peribadi. Kadang-kadang hal urusan terpaksa dibuat di Kota Kinabalu, dimana perjalanan dalam anggaran 3.5 jam (200 km)
Yuran takaful sudah tiada, jadi bagaimana keadaan pelajar-pelajar jika ada pekara kecederaan di sekolah? |
Kertas peperiksaan dalaman nanti siapa yang tanggung? |
Cuma sedih sedikit dengan kekurangan dan kedaifan yang ditanggung masyarakat di sini, tertanyalah chegu kepada soal beberapa sekolah yang di label hanya 'sekolah luar bandar'.
Syukurlah ada juga kelonggaran yuran ini. Harapan janganlah ada kekalutan pada tahun hadapan kerana pada dua tahun yang lalu, ada juga pengumuman seperti ini, tapi menjadi isu kerana hanya satu yuran sahaja yang tiada, sedangkan ada lagi yuran lain yang perlu dikutip sekolah.
Mungkin ramai ibu bapa menarik nafas lega tahun hadapan. Hanya persiapan sekolah anak sahaja yang perlu difikirkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua