Dengan berbekal air 100+ dan biskut tiger je, chegu memulakan hari memancing ni lewat sedikit iaitu jam 9. selalunya jalan sesudah subuh, ni la jadinya kalau tidak plan awal.
Misi castingan dan tudaan. Tapi tiadalah yang membanggakan kerana hanya seekor saja ikan yang dapat dinaikkan. Tu pun dekat muara sungai. Ikan kerapu sunuh seberat 1.4kg je. Sejak kebelakangan nih, kurang sedikit hasil kerana ribut tropika yang melanda. Kira ok jugalah, tiada hujan lebat di Sabah ni yang teruk sehinggakan banjir macam di Bangkok tu.
kerapu 1.4 kg je. Jadi la |
Perahu tidak dapat dibawa ke kawasan terumbu karang kerana ada bocor di bot kayu yang dibawa. Panik sikit kerana tidak nampak kemasukkan air tuh. Terpaksalah menimba dikala masa menunda tuh. Penat juga tangan, jadi kuranglah castingan dek lenguh.
terkilan sikit sebab umpan gewang yang sama di sambar oleh ikan lain selepas itu tetapi putus serta merta. kebetulan joran ditangan terasa juga tarikan ikan gadang nih. Tiada reziki, apa boleh buat (-_-)
snap-snap sikit
bangau |
sungai Kanibongan, Pitas |
seronoknya memancing...dpt kerapu lagi....wah...nnti kami ke sana leh la jumpa chegu zam...minta chegu zam jd tourist guide...boleh?
BalasPadamha chegu ni pun baru dlm bidang memancing ni. Kalau ada yang mengajak kelaut, barulah dapat memancing. Kalau berhajat datanglah, bisa diatur
BalasPadam