Rabu, 12 Oktober 2011
Teknik Memancing - Trolling
Umpan Trolling Terbaik - Trolling adalah cara memancing dengan cara long line atau tali yang panjang, trolling menggunakan bot, atau kapal. Joran yang mengandungi umpan dipasang pada belakang kapal dengan kedudukan kapal yang berjalan dengan kelajuan tertentu. Kedudukan tali yang panjang dan umpan yang ditarik dengan perahu memerlukan teknik khusus dalam pemancingan supaya berjaya.
Teknik memancing trolling merupakan teknik memancing permukaan, disebut demikian kerana teknik ini mencari ikan yang sering berada berada di permukaan air laut seperti ikan tuna, alu-alu, gerpoh dan marlin. Jenis ikan tersebut mempunyai kebiasaan untuk makan di permukaan air, menjadikan sekumpulan ikan yang menjadi santapan mereka, contohnya ikan bilis dan ikan belanak.
Maka sebagai umpannya para pemancing menggunakan umpan tiruan yang menyerupai ikan yang dijadikan mangsa di atas. Dengan umpan tiruan ianya tahan lasak berbanding umpan hidup atau buatan yang akan hancur jika terkena ombak apabila dipasang dan ditarik dengan perahu.
Memancing sistem trolling memang memerlukan perahu sebagai alat utama. Dengan cara menaiki bot, umpan ditarik sedemikian rupa sehingga menarik ikan pemangsa seperti marlin untuk menyantapnya. Umpan ikan dipilih yang mempunyai warna yang cerah dan berkilau seperti warna ikan asalnya. Penggunaan warna terang akan menarik ikan pemangsa untuk mengejarnya.
Pengalaman trolling : memancing sekitar pulau tigabu, beluran, Sabah
Umpan Trolling
Umpan adalah salah satu faktor penting dalam memancing system trolling. Umpan atupun gewang pancing yang baik adalah umpan yang berwarna terang, berkilat dan kuat. Umumnya umpan yang digunakan untuk trolling adalah umpan buatan yang diperbuat dari logam yang berkilat, atau metal, dibentuk menyerupai ikan supaya boleh mengelirukan ikan yang menyambarnya. Bentuk ikan yang diperbuat dari metal akan memantulkan sinar matahari dan akan menarik ikan sehingga mahu mengejar umpan yang terus bergerak.
Meski banyak orang menggunakan umpan buatan, namun ada juga yang masih menggunakan umpan hidup. Pemilihan unpan jenis hidup juga ditentukan warnanya yang berkilat, supaya akan menarik ikan untuk memakannya. Teknik atau cara pemasangannya juga penting. Ikan di tusuk dengan mata kail pada punggungnya dan menembus hingga perut. Mata kail dapat ditonjolkan keluar agar mudah menembusi mulut ikan penyambar. Jangan lupa untuk mengarahkan kepala ke depan, sehingga seolah-olah pada saat ditarik kapal, ianya seperti sedang berenang.
Target sasaran pemancingan trolling cukup besar, mata pancing yang digunakan pun haruslah cukup besar nombor 5-7. biasanya kalau umpan yang anda gunakan umpan buatan sudah terdapat mata pancing sesuai dengan ukuran dari umpannya. Untuk senar anda boleh menggunakan yang monofilament tentu saja dengan memperhatikan kekuatan dari tarikan ikannya.
Penyambung / perambut mesilah tahan agar jika direntap ikan, ianya bertahan, terutama ikan jenis tenggiri yang tajam giginya. Tali di rod juga mesti cukup panjang supaya apabila ikan melawan, ada tempoh untuk melurut dan mengikutnya (melepaskan tali) supaya seronok berlawan dan cukup tali.
Jenis apapun umpan anda, baik semulajadi mahupun buatan boleh digunakan sebagai alternative. Namun anda juga memerlukan tekong ataupun pakar yang biasa keadaan trolling dan mengemudikan kapal / perahu. Target sasaran mana kedudukan ikan dan faktor cuaca serta struktur dasar laut perlu diketahui agar boleh mendatangkan hasil.
Sekarang ada sudah perlalatan canggih menentukan kedalaman dan mengenalpasti kedudukan ikan seperti sonar. Apa-apaun, pengalaman dan cuaca memainkan peranan penting jika mahu memastikan ikan memakan umpan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua