- Desa Dairy Farm -
Ladang ternakan lembu tenusu tempat pertama kami singgah. Hampir betul di kaki Gunung Kinabalu. Sejuk macam berada di ladang lembu di luar negara.
Masa lawatan 8 pg - 5 ptg. Masa memerah susu jam 3 - 5 ptg. Teruk betul jalan nak masuk, masih jalan berbatu lagi. Tak mesra pengunjung sungguh. Lagi mengecewakan, tiada susu lembu, kilang ape takde susu untuk pengunjung, mengecewakan betul.
Mercu tanda |
Kilang |
Ladang - belakang sepatutnya ada Gunung Kinabalu, sayangnya tertutup sebab kabus tebal hari ini. |
Papan tanda masuk |
Gelagat lembu semasa diperah susunya |
- Kundasang War Memorial -
Selapas tu kami ke pekan. War memorial ni betul-betul sebelah pekan tu. Takde pun yang menarik sangat, cuma ada taman-taman Inggeris. Kurang menarik sikit sebab latar belakang gunung kinabalu tiada. Tebal sungguh kabus harini. Jadi bergambar je kat taman tu.
Sambungan -Siri1- -Siri2- -Siri3- -Ranau-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua