Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Jumaat, 14 Oktober 2011

Santai tepi pantai

Lepas pulang dari main badminton, chegu terus basuh kereta. Macam dah lebih sebulan lamenye kereta berselut lumpur. Tapi terlambat nak ke tempat port mcm biasa. Ada jemput-jemput / cucur adabi si Taufik masak. Rajin housemate aku masak. chegu buat ape ye???

Jadi dalam jam 6 petang barulah chegu dapat singgah, ada la tinggal beberapa ketul lagi dengan air sirap beserta perahan limau nipis yang sudah kecairan dek ais batunye telah mencair. huhu.. Tapi takpe, janji jalan ke Kota Kinabalu esok dengan kereta yang berkilat sikit. Tidak le kluar macam kerete baru kluar dari kebun, walaupun memang tempat tinggal macam dalam hutan (keliling rumah penuh ngan belukar).

gambar kureng sikit dek cam dah buruk - sony experia X1 - asik hangg je, per cite

Nah, tu la tempat biase duduk kami petang-petang santai macam ber'picnic'. Lengkap dengan minum petang. Tidak le eksclusive sangat macam di Bintang Walk. Janji sempoi. 'TERBAEK"

Licin - sambal ikan bilis kot. Diaorang tinggalkan seko ikan bilis je. Dalam periuk tu pun kosong.. tinggal alas kertas je ... OMG

Hehe - gaya, mutu, keunggulan
Ceh ... jauh beza kalau ambil candid. 'Natural' sikit
Jadi macam biasa le... snap-snap sebelum senja. Macam ada misi nak ganti HP baru. Cari cam yang resolusinya tinggi sikit. Tapi X1 chegu nilah yang banyak berjasa merakam detik2 sepanjang tahun 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt