Bersempena cuti Thaipussam, iaitu hari ini, sek mengadakan hari keluarga buat semua warga kerja sekolah. Bertempat di Dataran Bengkoka, Pitas, Sabah, dengan majlis bermula seawal jam 7 pg.
Banyak juga aktiviti yg diadakan tadi. Untuk dewasa, ada acara bowling padang, memancing dan karaoke. Ramai juga yang hadir terutama yang membawa segerombolan angkatan sekeluarganya. Penuh jeti bengkoka tuh dek kami je yang monopoli. Kebetulan pula hari ini ada tamu di dataran serta cuti umum.
|
Kocik nye |
Cuma x puas hati le sikit sbb pertandingan memancing tadi sekejap sangat, Dari jam 8 sampai 9. Sejam je mana cukup, tak temasuk tersangkut kat batu, putus dll lah. Tak sporting sungguh, yg join hanya 4 org je. Ikan atas tu dapat plak, masa dah tamat. Tapi ada juga ikan kuang-kuang yg d hantar, dpt tempat ketiga je, tu pun agak2 je saiznye mcm sama saiz ngan cikgu Muksin. Xpe la janji enjoy.
|
Acara baling-sambut telur |
|
Pulak dah yg lelaki sambut kene melutut. Thrill kononye |
Bagi kekanak plak, ada pertandingan mewarna, acara membawa bola
ping-pong dengan sudu, merebut gula-gula, meniup belon dan macam-macam
lagi lah.
|
Ai nah (tu dia) ... jaga-jaga jangan jatuh |
|
Letupkan - Jangan tak Letup |
Santai-santai, ada la juga panggang-panggang sayap ayam, sosej dan bebola. Dah kebiasaan asik sayap je ... susah tul nak cari bahagian ayam lain kalau memanggang ni. Kat Sabah ni minat sayap je.
|
Lambat sangat masak. Masing-masing nak cepat pulak |
|
Haa ... Ada scandal ker??? mcmn bleh masuk satu frame jugak ni |
|
Pose mana yang patut |
Majlis makan ada tetamu tidak dijangka, Pegawai PPD Pitas sendiri hadir, En Awang Jaya, Tak sampai sebulan beliau baru bertugas di Pitas ni. Acara santai saja, ada-ada saja nih.
|
PK Hem kami |
Snap-snap sikit kawasan dataran Bengkoka
wah..bestnya duk sana.....
BalasPadam