Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 10 Oktober 2011

Petua - Menghalau Lalat

Pilihan Petua Untuk Menghalau Lalat

Sungguh kurang menyenangkan jika tetamu datang ke rumah sedang mahu menikmati hidangan terpaksa menghayun tangan gara-gara kerana lalat. Apakan tidak, kilang membuat baja berada dekat atau kandang menternak ayam daging tidak jauh dari rumah.


Apa kata kalau dicuba petua ini, tidak banyak kos pun.

Pilihan1:
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

Pilihan 2:
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

Pilihan 3:
Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.

Pilihan 4:
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan..

Pilihan 5:
Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Semoga menjadi panduan, kalau tidak berjaya apakan daya.

Sumber : Resepi Masakan Melayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt