Khamis, 27 Februari 2014

Wow, Guru tak boleh paksa pelajar

Kenapa media sekarang ni ye, sangat-sangat menggangu kerja guru. Dahla kita ni dikerah seperti taska kepada ibu bapa (jaga anak dari jam 7 pagi sampailah 5 petang, ikut hari, slalunya balik 2.30 petang)

Pun masih nak buat statement seperti "hairan" metro tulis, klik sini : HMetro : Guru tak boleh paksa pelajar

Kempen Pihak Kementerian - Kami Guru Penyayang

Macam-macam lah. Sekarang ni cabaran guru bukan sahaja untuk mengajar... kerja kerani kena buat, kerja technician, kerja jurulatih (juruletih) pun kena... abistu kalau TAK PAKSA! nak buat pendekatan apa lagi... Ada akai ka??

Asik guru takboleh itu - takboleh ini. Napelah akhbar tak keluarkan tajuk Ibubapa takboleh marah cikgu, Ibubapa Jangan pentingkan Harta Dunia, Ibubapa mesti iktraf guru sebagai Pengasuh Anak!!! amacam???
(psstt... boleh jual ke tajuk mcmni...tak Hot lah)


Rabu, 26 Februari 2014

Oh cendol - sedapnye tak terkata

Aduh.. dahle kemarau, air dah kena catu (selangor baru nak kena catu air semalam, heboh sekampung), plaktu kena buat aktiviti 1 murid 1 sukan 1m1s... panas ooo. Dengan tak memikir panjang, terus ke luar sekolah beli kat gerai... Kat kantin mana boleh jual, banyak sangat sekatan tah ape-ape tah, sian kat tauke kantin.


Em.. cuma kecik sangat lah bekas dia, berbaloilkah semangkuk cendol ni reganya RM1. Boleh lah, ibarat musang kelaparan... tak kira berebut ngan anak murid sekalipun, ceh menggunakan kuasa veto sebagai guru untuk mendapat laluan mudah...dengan effect aircond kereta, ahhh sedap tak terkata... Penat dah oiii, dari pagi sampai ke jam 5 petang keje..

Selasa, 25 Februari 2014

Ohh Disiplin - Percayakan Anak

Parody Chegu Zam

Em macam terfikir plak nak buat parody.. tapi Chegu tak reti nak gunakan kecanggihan video sebagai media pengantara. So terfikir nak buat komik je la...

Bukan cerita sebenar, komik ni tak ada kaitannya pun dengan hidup dan yang ada kat sekolah... cuma olahan dari cerita chegu sendiri (eh ada kaitan ke tak ni??)



Isnin, 24 Februari 2014

SPS Sistem Pengurusan Sekolah | Oh Data Terbaru Pengurusan Sekolah

Pagi Ahad Lepas, Pengetua ada membuat pengumuman SPS - Sistem pengurusan Sekolah perlu diisi dan dikemaskini dan tarih tutupnya 25hb Feb... APA?? biar betul 3 hari je masa diberikan. Apa tuSPS.. Diterangkan cikgu IT..Katanya "Sistem maklumat terbaru kementerian yang akan digunapakai secara menyeluruh memansuhkan sistem sebelum ini". Tak sahih betuk ke tidak...

Alamak, bukan setakat nama sendiri je yang kena key in - Semua nama pelajar dalam kelas Chegu pun kena letak.. OHH KERJA lagi... Cuma terkilan selalunya tempoh panjang, ini hanya 3 hari je?



Sebelum ni dahlah sebagai guru kelas kena isi di post sebelum : ADPM aplikasi pangkalan data murid. Pastu benda sama di SMM (sistem maklumat murid) ni software offline kalini SPS bawah domain 1Bestari.net.
Apa nak buat... pulun je lah

Sempat Chegu tulis kat blog ni kala urgent nak data??? mana taknye... "internal server error" - mungkin terlalu ramai online waktu ni... Takpe... Steady Brader..^_^ senyum selalu (macam tak biasa)

tahniah ini anda dapat
Alamak takkan nak bersengkang mata malam ni??

Ahad, 23 Februari 2014

Kempen - Kesedaran Cara Selamat Melayari Internet

38 peratus kanak-kanak di Malaysia TIDAK TAHU cara menggunakan Internet secara positif, selamat, berhemah dan beretika. Ohh Ini bila Chegu surf kat Facebook. Maknanya Pelajar surf masuk Cyber Cafe buat ape... Main Game dan Chatting (Responden chegu apabila ditanya - em ni dari pelajar kena tangkap le)

Sekolah Chegu sentiasa mengulang masalah disiplin - pelajar didapati menggunakan peluang balik lambat disebabkan aktiviti sekolah hingga lewat petang - Tetapi sebenarnya, mereka ke Cyber Cafe yang berada di pusat bandar, Apabila waktu untuk balik, mereka duduk di depan pagar pintu sekolah seolah-olah baru selesai aktiviti sekolah... Pekara ni dah dihidu dan ditangkap sejak tahun lepas lagi. Tahun ni masih lagi berlaku... ahh menjadi guru disiplin ni cabaran mcm2. Nilah padahnya kalau gajet berlambak dan merata-rata kat mukabumini : Artikel menarik untuk dibaca : Padah kalau terlalu obses gajet

dan like tanda sokongan anda kearah Internet selamat dan berfaedah buat semua. Banyak juga aktiviti diaorg

68% kanak-kanak di Malaysia mempunyai akses ke Internet. Oleh itu, amat penting bagi kita mendidik anak-anak mengenai tatacara serta kaedah penggunaan Internet secara positif, selamat, berhemah dan beretika.
Adakah kita ibubapa menjaga anak supaya selamat?
Tahu 88% "Internet safety" tapi 38% tak tahu melindungi diri
Statistik ni kata Sabah dan Selangor paling tinggi ibu-bapanya mengawasi anak mengguna internet. Yang lain NonHado (em maksudnya takde)

Pelajar-pelajar diingatkan supaya menjaga tatacara anda di internet. Cuba lihat link ini : Berhati-hati dengan pengumpul koleksi gambar Awek Melayu!!. jelas banyak penyalahgunaan gambar anda di Facebook digunakan oleh orang / individu yang tidak bertanggungjawab.

Melalui program CyberSAFE, CyberSecurity Malaysia menganjurkan sambutan ‘Safer Internet Day’ di Malaysia pada bulan Februari setiap tahun, sejak 2010. Pada tahun ini, sambutan ‘Safer Internet Day 2014’ bertemakan "Let's Create a Better Internet Together" (Marilah Kita Bersama-sama Menjadikan Internet Lebih Baik).

 Layari www.cybersecurity.my atau www.cybersafe.my untuk maklumat tentang keselamatan siber. Apa komen Anda??

Sabtu, 22 Februari 2014

Kempen Deactivate Voicemail untuk pospaid je


Tn/Pn dikenakan caj sebanyak 0.10 sen setiap kali call yang tidak dijawab dan disambut oleh sistem voicemail. Telco membuat keuntungan berjuta dari servis ini.

Kempen Deactivate Voicemail untuk pospaid je

Bukan dengki tapi syarikat-syarikat telco mendapat keuntungan besar dari ke-tidak-endah-an anda
Hentikan cas tah ape-ape yang tak kena mengena.
Setiap Panggilan tak dijawab uang dihala ke Voicemail akan dicas RM0.10
Alah apalah seposen untuk anda
Bayangkan miss call sebab anda tak sempat angkat
Itu sebab mereka tak turunkan harga walaupun Pengguna HP di malaysia yang menguna postpaid sekarang mencecah 6.1 juta orang (stat 2013)

Caranya, Hanya Dail,
Celcom ##002#
maxis ##109#
digi *128#
Nak lebih jimat, gunalah prepaid

Khamis, 20 Februari 2014

Alamak - Catuan Air

Bahang dah berlangsung selama sebulan, nampaknya dah memberikan impaknya kepada Chegu sejak dua-menjak ni. Bukan setakat kat Lembah Klang je... Kat Johor pun menerima tempias dek cuaca kemarau yang berpanjangan.. Ohh Kena Catu Air Lah!!
Hiasan - Sungai dah kering ooohh..

Mana manapun seluruh semenanjung kini mengalami krisis air dimana empangannya kian merosot tahap air takungannya.. So Impaknya, tahniah anda tidak akan mendapat air selama sehari.

Jadi Jadual telah dikeluarkan.. Tutup 23 jam tu, lama jugalah. Semalam dah kena, dua hari lagi kena catu lagi dan begitulah seterusnya. Tapi chegu tak terasa sangat sebab dulu ngajar di Pedalaman Sabah, air mandi dan basuh kenalah menaiki kenderaan sejauh 2 km untuk ke sungai air tawar terdekat, maka memang susah sebab punca air dulu hanyalah air hujan ditadah. Tak heran pun

Jadual catuan air ikut zon di kluang

Tak sangka walaupun kecanggihan zaman sekarang anda tak dapat bekalan air, kuasa Allah.. siapa pun tak dapat sangkal. jadi masa-masanilah barulah kita sedar macamana berharganya air..

Ohhh... Macmana nak jimat air ye.. barulah terkial-kial nak cari panduan menjimatkan air yang dah ditadah ni..

Cara Berjimat Air DiKala Catuan Air Berlaku Di Tempat Anda
(Of Course - kenalah beli bekas untuk tadah air sebelum bekalan ditutup)

BILIK MANDI 
Kurangkan masa mandian. Tak mandi pun lagi bagus (hehe boleh pakai tak pendapat ni)

SINKI
Gunakan air di dalam bekas dan air sabun dalam bekas lain. Buang dahulu sampah sarap, minyak, lebihan tulang-temulang ... barulah basuh dengan air sabun ... air tadahan dan jirus dengan air bersih setelah siap semuanya.
Jangan tiru Iklan pencuci pinggan kononnya sabunnya berkesan menanggalkan minyak.. Jikalau minyaktu selupat sampai berlinangan, sabun manapun tak handal mencuci
Buang dahulu minyak tu ngan tisu ke (kalau tisu mahal guna suratkahabar.. supaya air tadahan tak berminyak2), barulah senang mencuci.

TAMAN
Lupakan sahaja nak siram pokok bunga tu, beli je bunga orkid, bonsai, kemboja atau kaktus - siram pun tak banyak
Tapi kalau ada pokok buah-buahan nak mati, siramlah dengan air basuhan beras - Bukan ape, sekurang-kurangnya adalah pahala amal jariah kerana buah-buahan, binatang makan akan bermanfaat pahala.

DAPUR
Elakkan menggunakan makanan yang perlu masak air banyak
Masak Singgang, Sup, Asam Pedas dll lah. So Nak masak ape? chêguzαm cadang masak je goreng dan cecah kicap, org Johor selalunya guna sambal kicap... sedappp

GARAJ
Lupakan saja - Tak berkurang kereta kalau tak dibasuh, cuma macam ada efect kenderaan tentera ataupun kereta baru keluar dari kebun... bergaya tu
(psst.. berani ko basuh kereta, waktu orang lain tak cukup air .... dapat free di perambat kayu beroti kau nak?)

CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN
Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
Jom ajak jiran tetangga supaya masing-masing bawa baldi dan segala tong bagi berarak dan beratur menunggu Lori Tangki Air kalau dah terlalu kritikal

Amacam ada nak tambah??

Rabu, 19 Februari 2014

Cintaku Sayangku

Emm.. mungkin ada yang kata entry ni kurang berkualiti. Hanya menghabiskan beras. Macam jualan cheap sale.

Ah tak mengapa... kerana kalau Chegu lihat bila berblogwalking, banyak yang menulis berkenaan cinta. Chegu tak reti nak komen cinta-cintan tu

Tak semestinya Cinta buat kekasih... Banyak lagi cinta yang boleh kita miliki.. Utamakan Cinta kepada Allah, tuhan pencipta sekian alam, kemudian cinta kepada Rasul, Nabi Muhammad S.A.W., mungkin juga cinta kepada ibu bapa, doakan mereka jika telah pergi..

Cinta chegu buat masa kini adalah untuknya... siapa tu, pengarang jantung, buah hat pengubat luka. Satu-satunya penghibur dikala sunyi. Penawar dikala sedih, 

Siapa???
Satu-satunya harta paling berharga
Amacam Kiut tak. CahyaMataku
Zira, Jangan Jeles k
Oh.. jiwang plak. Takpelah, blogku kepunyaan ku, Dialah sahaja waris yang  membuat chegu tabah sehingga kini...

Doakan pemergian ibunya, tak sempat melihat beliau membesar..

Isnin, 17 Februari 2014

Bersikap Asertif - Pemilihan Rakan Sebaya

Apekejadah tetiba cerita Asertif pula ni. Kalau Google perkataan Asertif, kebanyakannya akan tuju kepada penulisan indonesia.. Jadi kenapa Asertif

Nak jugak enterframe - sepatutnya nak fokus pelajar
pilih rakan sebaya yang baik
Kiki... Harini mengajar sivik tingkatan 1 maksud asertif - Saja cari bahan kat internet untuk maksud Asertif / Assertive (in english).. rupa-rupanya tiada lah istilah ni dalam bahasa malaysia. So Bukalah buku-buku (ohh terpaksa guna cara konvensional, maaf kalau penulisan chegu tak ilmiah dan bercampur aduk.. kalau nak yang betul tatabahasanya, you buat sendirilah.. he)

Maksud Asertif
Perlakuan Menolak daripada melakukan sesuatu yang tidak baik atau negatif (jahat) dengan tidak menyakiti hati orang lain

Rupa-rupanya ada juga ayat baru kini chegu belajar...  senangkan ayat kau buat baik dan tak sakitkan hati orang. mudah tak?

Tajuk dalam buku teks memang mudah, Penyelesaian Konflik: Menangani Pengaruh Rakan Sebaya. Kalau ikutkan buku teks, apa yang ada contoh-contoh yang kuno seperti melepak, buli, perasugut, ponteng, merokok dan vandalisme.. sedangkan pekara yang terkini abat teknologi sangat tak terfikir oleh akal, dan mungkin akan berlaku kepada diri sendiri / anak anda..


Ciri-Ciri Orang Yang Mempunyai Sikap ASERTIF
1. Berupaya membezakan kesan baik dan buruk sesuatu tindakan terhadap diri dan orang lain
2. Tidak Mudah terpengaruh
3. Senantiasa menjaga harga diri
4. Rasional dan matang
5. Berani mengatakan tidak terhadap tndakan negatif
6. Bersikap tegas

Ibu bapa sekarang ni sangat memikirkan macamana anak-anak tak terpengaruh dengan gejala negatif yang banyak berlaku dewasa ini. Jenayah banyak, takut tak selamat, risau anak jadi tak baik.. ahh banyak lagi lah. Chegu nak beri kepada pembaca bagaimana Nak tangani / hindari pengaruh buruk yang dah menyelar (tersebar) sekarang ni. Tips Rekaan Chegu semata. Nak ikut sukahatilah kau Jah!!

Ingatkan Anak anda 3 perkara di bawah ni (pesan sebelum nak tinggalkan anak - ke sekolah ke.. ke universiti ke... atau anak anda nak merantau ... dan taksesuai kepada pelajar sekolah rendah)

1. Berkawanlah dengan orang yang baik - Anda jadi orang Baik
2. Berkawan dengan orang jahat - Anda akan disangka jahat, malah lebih dari itu
3. Kalau hidup boleh solat subuh tanpa dikejut orang - Anda boleh dicampak kemana sahaja, gerenti boleh hidup.

Kesimpulannya - Kenal diri dan kehidupan sekeliling dan bertindak bijak

Sabtu, 15 Februari 2014

Banjir Besar di Tenom 2014

Aduhh.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tak sangka banjir di Tenom, Sabah lagi teruk. Baru sebentar tadi, setelah dua hari berlalu, mangsa banjir di sabah mendapat tempat di Buletin Utama. Rupanya banjir ini adalah terburuk dalam sejarah. Sebelum ini Tenom, bandar yang berada di bahagian sebelah dengan pekan Beaufort (di banjaran Crocker). Dulu Chegu nak ke pekan Tenom perlu melalui banjaran ni untuk ke sana. Tak sangka, banjirnya sangat buruk

Daerah yang terkenal dengan Kopi Tenom ini, rata-rata sudah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan. Lihat Gambar
Sedih - mungkin sumua barang musnah sama
sekali bah ini.
Duduk di atas rumah menunggu diselamatkan
disebabkan paras air naik mendadak

Pandangan Udara

Pejabat Anggota Keselamatan juga tenggelam

Landasan Keretapi tergantung, Ini maksud chegu terputus
perhubungan sebab tanah runtuh
Catatan Sebelum : Beaufort lumpuh, banjir 2014
Nasib ada perahu
Peta - mungkin ada yang tak tahu
Tahun 2008 last chegu pergi, kena ikut keningau, jalan bengkang-benkok,
7 ke 8 jam perjalanan melalui banjaran gunung nama Gunung Mas

Mungkin lambat liputan dari pihak berita disebabkan ianya jauh di pedalaman. Dikhabarkan tempat paling dalam adalah 3 kali lebih dalam daripada banjir sebelumnya. Seluruh daerah lumpuh dan operasi menyelamat adalah dalam skala yang terlalu luas dan sukar. Kita doakan tiada lagi musibah yang akan berlaku.

Borang Transit PBS Matematik Tingkatan 3

Post ini mengandungi dokumen-dokumen transit untuk mempermudah guru-guru dan menjimatkan masa untuk membuat dokumen ini.

Ia mengandungi Borang transit untuk PBS (penilaian berasaskan sekolah, SPPBS)
Subjek Matematik (mathematics, math, m3) untuk Tingkatan 3

Ini yang terbaru - Febuari 2014

Download / muat turun
Dokumen Standard Prestasi (DSP) PBS Math | Tingkatan 3 |

Borang Semakan Semua Pelajar PBS Matematik | Tingkatan 3 |

Bonus, Borang pemetaan band pelajar (jumlah soalan perlu dijawab pelajar untuk lulus band)
| Tingkatan 3 |

Link Sebelumnya untuk Tingkatan 1 dan 2 klik sini

Jumaat, 14 Februari 2014

Banjir Beaufort Sabah - Tak mendapat liputan Berita Perdana

Mungkin di semenanjung ni, kita dilanda cuaca kemarau, panas dan kering sehinggakan Pusat-Pusat dan loji takungan air mengalami kemerosotan paras airnya.

Lain pula di Sabah. Hampir seluruh sabah mengalami banjir dikala kita kepanasan. Takda pula liputan malah bantuan dinyatakan untuk penduduk yang dilanda banjir.

Banyak kengkawan yang berada di Sabah memuat naik gambar banjir di Sana. Kesian diaorang, dulu pun chegu pernah merasa sengsara banjir ni, sampai jalan perhubungan ke pekan terdekat terputus sebab runtuhan. Sebulan lamanya terputus, nasib baik sini sumber ikan banyak...

Di Beaufort, memang lumrah jalan-jalannya akan dilanda banjir. Pulaktu bertahun-tahun memang akan ditenggelami air. Tapi macam sepi je pihak berkuasa sana. Macam pasrah je. Tapi sekarang banjir besar, hampir seluruh daerah tenggelam.. mcm takde apa-apa beritapun. Macamana boleh tahu?? Sebab dulu 8 jam jalan tiap2 hujung minggu semata-mata nak memancing sehari semalam.

Lihat gambar-gambar dibawah

Pusat Bandar - Banjir di roundabout mercu tanda
Pekan Beaufort


Gambaran di sekitar bandar
Tak pasti ni, mungkin jalan hala ke sipitang
Takpe, Chegu simpati. Walaupun dah tiga tahun tinggalkan sabah, guru-guru di Sabah sporting, masih berhubung lagi walaupun jauh.

Sk pinggan-pinggan, pitas - padang bola
pernah chegu buat frendly match - macam laut dahh
Sedihnya diaorang - takde pun arahan kementerian suruh cuti ke.. kalau cuti ganti ke... sedih le..

Catatan lain : Banjir besar di Tenom 2014

Rabu, 12 Februari 2014

Buku Teks Maya Guna FrogVLE - Apa TU?

Alamak... macam-macam dah berlaku kat dunia pendidikan ini. Minggu lepas, pihak mementerian pelajaran telah merasmikan dan melancarkan Buku Teks interaktif yang hanya boleh dicapai melalui Internet. Tetapi ...


Malangnya anda hanya boleh akses dari ID yang telah dibekalkan oleh pihak yang mengurus Yes.my / 1Bestari Net kepada pentadbir sekolah. Chegu dalam tahun 2011 sehingga 2013 telah berada dalam 4 buah sekolah yang berbeza. Nak cari macamana ye??? So nganga mulut je la sambil menyaksikan dari jauh je... patutlah kalau survey Nuffnang ada link frogVLE ni tapi ianya takboleh diakses- kena ada ID.

Terima kasih kepada guru-guru yang share halaman web chegu ini, untuk anak pelajar anda. Chegu x dapat nak masuk frogVLE. Kalau ada ianya mesti mudahkan pelajar Chegu sendiri nak belajar Math.

Sebelum tu apakah 1BestariNet - pengenalan KPM dengan kerjasama YTL Communications, 10,000 sekolah dilengkapi internet berkelajuan tinggi 1BestariNet ini, tujuan merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar dan bandar

FROG VLE pula (makna versi Chegu) adalah Pembelajaran Maya Frog (Katak Biru - nama popularnya di sek chegu) mengadaptasi pembelajaran internet termasuk latihan, rujukan, pertanyaan, interaksi malah sebagai pengantara menggantikan kertas, buku, malahan pelajar dan guru seakan-akan masuk dalam web yang dibekalkan melalui internet. Ianya dibina di UK, malaysia akan jadi negara pertama di dunia tuuuu... agak kagum juga ni. Muka Interaksinya seakan-akan blogspot, cuma lebih mudah dan banyak animasinya... Tak percaya tengok VT ni


Maka pembaharuan tahun 2014 - Dapatlah pelajar kini membaca buku teks interaktifnya...yang mana ada Nota, Gambar / rajah bergerak, Serta Video Berkaitan... memang maju. Membawa suatu pendidikan ke tahap yang baru "katanya".


Gambar / imej Berkaitan

Dah Versi 3.0 -  Klik untuk ke halaman webnya
Untuk Guru, mungkin Video ni boleh memberi gambaran sikit tentang Katak Biru ni.. Tabik la kat pengarah video ni. Menarik. Kalaulah jadi kenyataan.. senang kerja


Video Tutorial - cara-cara menggunakan PaparanMuka (Dashboard) Frog VLE untuk panduan guru

Apa PENDAPAT anda YE???


Selasa, 11 Februari 2014

Berita Semasa PBS ke? PMR ke?

Oh! patutkah Chegu mengguna Istilah PBS... em patut kot, sebab ianya masih berjalan. Cuma tengah tertunggu-tunggu bilakah sistem online SPPBS nak kembali beroperasi. Janjinya bulan Januari. Sekarang dah pertengahan bulan Febuari dah.. ape cerite..

Letih haritu menjawab pertanyaan IbuBapa di hari bertemu pelanggan bulan lepas. Semuanya tanya pasal PBSMR, Chegu jawab ... Tak Tahu!!

Bingung Ni!! Pening-pening lalat pun ade
Tiba-tiba minggu ni dalam perhimpunan Pengetua bercerita tentang pentaksiran Berpusat. 4 Matapelajaran yang akan beraksi iaitu subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Yang mengambil Tamil / B.Cina akan masing-masing mengambil 5 matapelajaran. Siap ada mesyuarat minggu depan dan ada dah dikeluarkan, berserta jangkaan bulan ianya akan berlangsung.

klik untuk baca

Ada juga Ujian Lisan BM dan BI serta Instrumen pelbagai (taktahu macamana formatnya) untuk matapelajaran lain. Alamak... mesyuarat lagi...
AmarAN: Ini tak rasmi lagi jadi jangan jadikan ini header majalah ye!

Ohhh... tapi Chegu confuse sebab Utusan Malaysia memberikan tajuk yang sangat-sangat mengelirukan. Tak percaya KLIK link ini. Pun Keluar dalam Buletin Utama Sebentar tadi. Sistem akan online Bulan April Nanti

Macam nilah ayat yang Chegu gunakan kat Ibu Bapa haritu... Reaksi Ibu bapa macam muka chegu gak! Blur...

Kikiki... Minta jangan keluarkan parody berkenaan statement chegu ni... (al-maklumlah sekarang ni orang pandai buat parody sebab astro anjur bikin iklan parody program Maharaja lawaknya)

Yang Penting - Chegu dah war-warkan kepada pelajar akan kehadiran ujian bertulis ni di BULAN OKTOBER. Sooo, good luck..

Related Post:
SBA bukan PBSMR - semuanya hanya spekulasi
Sila ambil perhatian! PBSMR tak wujud

Sabtu, 8 Februari 2014

Cara Mudah Kesan Anda Gemuk atau Kurus

Em Cara mudah untuk mengira obessiti. Selalunya ada pengiraan BMI untuk tahu keadaan badan anda. Tapi ni lagi senang, takpayah gunakan penimbang ataupun sebarang sukatan.

Kenapa Tetiba Chegu cerita pasal obbess ni... em terdengar cerita orang lama di sekolah. Ada kempen tidak menggunakan plastik di Kantin. Ni semua gara-gara kes tidak mahu pelajar-pelajar menjadi gemuk, lihat post sebelum : 15 makanan dicadang dilarang dijual di sekolah
(em banyak sangat kata sambung di ... taktahu betul tak ayat ni)

Cikgu lama tu mengeluh pelajar tak sempat nak beli makanan sebab kempen baru tidak mengguna plastik... jadi kantin pun tak diselenggara dengan baik ... maksudnya penyediaan makanan mana yang ada di kaunter... masalah pekerja,  dan macam2 lah... Ada pelajar tak sempat makan... Aduh kasihan.

Eh cerita lain pula. So cerita nak kira BMI ni

Alat yang diperlukan : Pergelangan Tangan (Ibu Jari dan Jari Telunjuk) * Hah... Itu Je Ke??


Lihat Cara ditunjukkan dalam gambarajah... em sory tak terang sangat. Sebab adjust contrast tujuan untuk anda senang baca arahannya.

So Macamana...?? Ande jatuh pada kategori Mane
1. Berat badan Idel (Sempurna/biasa)
2. Berat badan Berlebihan (Makna lain Obes, Obessity, GEMUK)
3. Berat badan Kurang (Kurus Keding..kiki)

Untuk nak lebih kepastian klik link dibawah untuk calkulator BMI anda.. data diperlukan (1) Tinggi dalam cm (2) Berat dlm kg

Selasa, 4 Februari 2014

Kalkulator Android - My Script Calculator

Chegu ingin nak share perisian android yang memudahkan kerja Chegu sendiri sebagai guru Math. Kita selalunya ada android ni berbanding kalkulator saintifik yang besar gedabak. (Uhh Samsung Tab yang besar gedabak, bleh pak bawa?) ahhh alasan semata.

Tapi pelajar-pelajar dan murid-murid tak digalakkan buat ni ye... sekolah 'still' tak berikan anda membawa handphone atau seangkatan dengannya ke sekolah, kat rumah plakkk? sila berhubung dengan FaMa anda (Ibu bapa lah)

Perisiannya boleh didapati di Play Apps.

Nama Apps : My Script Calculator
Downlod Link : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.visionobjects.calculator
Review : Sangat senang untuk memasukkan data. Tulis je dengan tangan. Kebanyakan apps lain, anda perlu menekan butang tertentu dan paparan yang keluar sangat rumit (shift, ^ untuk kuasa). Ada yang tiada fungsi tertentu seperti pecahan. Boleh juga selesaikan persamaan linear 1 pembolehubah dengan meletakan anu sebagai tanda ? Tekan Tutorial kat menu dia untuk belajar menggunakannya

Screenshoot
In Play Apps

Icon



Em mungkin ada yang nak tanya macamana nak screen capture daripada android Tab, Senang - Tekan butang On/Off dan butang Volume Down serentak

Memang best dan mudah... Senang nak semak jawapan sebab chegu selalunya alan buat soalan tanpa tahu jawapannya. Dengan My Script Calculator ianya cepat

cth :      2( ? ) - 12 = 20 (persamaan linear)
Apps ini terus beri jawapan diletakkan jawapannya dalam ( ? ).
Sooo pelajar buat jalan kerja / kedepan selesaikan, Chegu dah tahu jawapan ... Seperti kata guru lain, mesti buat jalan kerja... kiki

Isnin, 3 Februari 2014

Bab 7 Binaan Geometri - Matematik Tingkatan 2

Pembinaan Geometri (Geometrical Constructions) - Matematik Tingkatan 2

Nota edaran Chegu pada pelajar kat kelas
===| Download Link Nota Bergambar di atas |===
http://downloads.ziddu.com/download/23918017/Tingkatan2-Bab07.jpg.html

Ada pelajar masih tidak boleh memahami rajah yang chegu berikan berserta step no. di atas. Chegu cuma beri nota ringkas... semua ini harus difahami waktu dalam kelas...Tapi ada yang tanya balik, tak faham lah... macamana ekk! (slang johor). Tapi tak bleh salahkan pelajar dia lambat... So lanjutan, chegu suruhlah dia layari web chegu... Hehe sambil naikkan rating blog ke???

Terbaru, Chegu buat video terlengkap dalam sejarah di you tube. Bagus ni, sebab ianya memberikan teknik yang baik untuk pelajar melukis menggunakan Jangka Lukis (Compasses) dan Pembaris. mengikut rajah nota bergambar di atas ni

Tunjukcara, cara-cara melukis dan membina mengikut buku teks. Semasa melukis, sila rujuk nota di atas untuk lebih faham!!


Tembereng Garis




Pembahagi dua sudut



PEMBAHAGI DUA SAMA SERENJANG (Perpendicular Bisector)



SUDUT 60


SUDUT 30)


5. SUDUT 120


SUDUT 90


SUDUT 45





Lagi video-video
 Menyelesaikan Masalah (playlist youtube)



Ok tak...

Ahad, 2 Februari 2014

Nombor Bercampur - Menjawab Soalan Matematik

Tingkatan 2 membabitkan Bab 1 - Nombor berarah. Soalan Daripada Ketua Bidang Matematik dan Sains. Beliau mungkin meminta Chegu mempertimbang soalan jenis ini sebab ada pelajar bertanya kepada Pengetua (Kebetulan pengetua cikgu matematik) Ditanya pula kepada Ketua Bidang dan Ditanya Kepada Chegu --- Wah panjangnya sejarah soalan ni, berantai-rantai lah (ada sikit suspect sebab kenapa direct tanya Chegu --- emmm macam ada unsur dengki je).. Ah ah..abai bersangka baik je

Rantaianya (ceh macam gambarajah rantaian makanan haiwan pula)
Pelajar ----> Pengetua ---> Ketua Bidag ---> Chegu

Takpe, Chegu dah settle dengan diaorang... cuma Chegu nak kongsi dengan pembaca mungkin anak murid Chegu sendiri... takpe kongsikan benda bermanfaat.

Soalan Pelajar apabila nombor bercampur antara nombor bulat, nombor pecahan dan nombor perpuluhan bercampur.

Pelajar bermasalah tu kata ....(lepas banyak rantaian barulah Chegu dengar)... jawapan tak sama macam kalkulator.....

Ahh ni masalah pelajar sekarang... jawapan mengguna kalkulator. So dah dapat tangkap. Dia tukarkan pecahan 1/6 tadi menjadi perpuluhan...

DENGAR CHEGU CAKAP PULA ..... Apabila menyelesaikan masalah ini, cuba tukar semua nombor perpuluhan jadi pecahan (mcm contoh gambar diatas).

Ini kerana 1/6 akan memberi jawapan 0.166666666666666666666666666666666667
Jawapan akan jadi kurang jitu kerana awal-awal telah dibundarkan - pelajar tingkatan 1&2 mana belajar lagi sehingga titik perpuluhan dot..dot....... (Kalau ikut penyelesaian memberi jalan kerja bertulis).

JADI SEBAGAI LANGKAH KESELAMATAN (ingat hanya makmal sains je yang kene selamat) SELESAIKAN MASALAH NO BERCAMPUR KAEDAH PECAHAN... walau dia minta (asal soalan) pada akhirnya dalam perpuluhan.... dapat jawapan akhir tukar le pecahan kepada perpuluhan kalau dia minta.... kan senang kan .. kann ..  kannnnnnn

rasanya ini pelajar bukan chegu ajar... ataupun pelajar ni tak faham apa chegu cakap... Chegu dah terangkan pekara ini di dalam kelas. Aiiiihhhh kalau lah tahu siapa pelajar ni ....

UPU 2014 - Permohonan Ke IPTA, Politeknik, METro, Kolej Komuniti


JABATAN PENGAJIAN TINGGI, Bahagian pengurusan kemasukan pelajar oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan pengajian secara sepenuh masa bagi calon lepasan SPM / Setaraf ke program Sijil, Diploma, dan Asasi serta calon lepasan STPM / STAM / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Setaraf ke program Ijazah Sarjana Muda.

CARA MEMOHON
1. Permohonan bagi calon lepasan SPM / Setaraf terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Bagi permohonan calon lepasan STPM / STAM / Asasi / Matrikulasi / Diploma / Setaraf terbuka kepada warganegara Malaysia dan Penduduk tetap sahaja.
2. Permohonan dibuka mulai 20 Januari 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 7 April 2014 jam 12.00 tengah malam melalui applikasi Atas Talian sahaja.
3. Permohonan ke USM dikemukakan terus melalui laman web www.usm.my.
4. Borang permohonan boleh diakses dengan menggunakan Nombor Unik ID yang boleh dibeli di semua cawangan Bank Simpanan Nasional.
5. Maklumat tepat, lengkap dan terkini berkaitan permohonan, sila layari Laman Web Rasmi kemasukan



TEMPOH PERMOHONAN
20 Januari 2014 hingga 7 April 2014

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut :

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya

No. Tel     : 03-8870 6755 / 6766
No. Faks  : 03-8870 6864
E-mel       : upu@mohe.gov.my

Asam Jawa - Kebaikan Dan Khasiatnya

Selamat Sejahtera Pembaca Chegu, hari ini chegu berminat nak cerita berkenaan Asam Jawa. Em kenapa, sebab sekarang ni dah sakit tekak gara-gara cuaca sekejap sejuk, sekejap panas. Haritu semua ambil kesempatan jual baju sejuk dan naikkan harga. Jangan pula lepas ini asam jawa pula naik harga dan laris..kikiki

Petang semalam pergilah mencari asam jawa ni. Chegu tak suka menggunakan ubat batuk sebab kan dulu hangat dikatakan pasal ubat batuk tiruan... eiii jangan cari pasal, maka gunakan cara tradisional. Maklumlah cikgu, kena jaga suara, kan ianya aset kerjaya Chegu ...hihi

Asam Jawa Rawat Sakit Tekak
- Bahannya - Asam Jawa (em ada bahan lain ke???) - Gula (secukup rasa) - Air Suam (gila kau nak guna air sejuk dan ais)
- Cara - Campurkan semuanya secukup rasa - Minum LAH - Teguk sedikit demi sedikit, terutamanya tahan air minuman ni kat bahagian tekak yang sakit, kokol air tesebut lagi baik (harap yang dengar tak luya dan muntah gara-gara bunyi tersebut) 

Adabi - Senang Takpayah
asingkan biji
Benda biasa kat dapur
My Fav

Asam jawa yang selama ini dikenal sebagai salah satu rempah di dapur, ternyata memiliki banyak manfaat untuk pengubatan. Menghilangkan bau hapak waktu haid, radang tekak atau tonsil, batuk kering, bisul, darah rendah, keputihan, serta campak adalah beberapa penyakit yang boleh diubati oleh asam jawa.
Pohon asam berasal dari Afrika, biasanya ditanam sebagai pohon Perendang, Bolehmencapai ketinggian 25 meter. Daunnya bersirip sama rata dan bunganya kekuning-kuningan. Buahnya berbentuk batang dan berbiji dengan panjang 3,5-20 cm dan tebal 2,5 cm. Kulit cengkerang luar berwarna coklat dan isi buah rasanya masam.

Isi Buah Asam Jawa inilah yang biasa dipakai untuk memberi rasa masam pada makanan, dibuat sirap / jus, atau boleh juga untuk membersihkan barang-barang logam yang warnanya berubah menjadi kehitaman.

Asam berkhasiat untuk memudahkan buang air besar dan melancarkan peredaran darah.

Asam Jawa Merawat Luka Jahitan
Bagi menyembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat, ambil seketul asam jawa dengan sedikit air. Campurkan dengan air panas. Biarkan sehingga suam sebelum membasuh tempat luka jahitan. Amalkan setiap kali mandi. Jahitan akan cepat kering.
 Sumber: OpahStylo

Asam Jawa Menjadi Pelawas Perut
Asam jawa boleh menjadi pelawas dan membantu sistem penghadaman makanan. Bagi masalah perut buncit, amalkanlah petua mudah ini:
Campurkan sedikit asam jawa dengan air suam. Biarkan semalam. Paginya minumlah air asam jawa itu.
Sumber : zaislife

Ok.. Sekian sahaja. Selamat Mencuba

* Amaran - Chegu tak bertanggungjawab kalau ada yang mendapat penyakit kronik menggunakan petua ini, Lihat dahulu jika ada alahan kalau makan asam jawa ... emm, makan asam pedas masuk air asam jawa dulu... kalau makan sambil menjilat pinggan ... kira OK Kot!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareIt