Sabtu, 15 Februari 2014

Banjir Besar di Tenom 2014

Aduhh.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tak sangka banjir di Tenom, Sabah lagi teruk. Baru sebentar tadi, setelah dua hari berlalu, mangsa banjir di sabah mendapat tempat di Buletin Utama. Rupanya banjir ini adalah terburuk dalam sejarah. Sebelum ini Tenom, bandar yang berada di bahagian sebelah dengan pekan Beaufort (di banjaran Crocker). Dulu Chegu nak ke pekan Tenom perlu melalui banjaran ni untuk ke sana. Tak sangka, banjirnya sangat buruk

Daerah yang terkenal dengan Kopi Tenom ini, rata-rata sudah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan. Lihat Gambar
Sedih - mungkin sumua barang musnah sama
sekali bah ini.
Duduk di atas rumah menunggu diselamatkan
disebabkan paras air naik mendadak

Pandangan Udara

Pejabat Anggota Keselamatan juga tenggelam

Landasan Keretapi tergantung, Ini maksud chegu terputus
perhubungan sebab tanah runtuh
Catatan Sebelum : Beaufort lumpuh, banjir 2014
Nasib ada perahu
Peta - mungkin ada yang tak tahu
Tahun 2008 last chegu pergi, kena ikut keningau, jalan bengkang-benkok,
7 ke 8 jam perjalanan melalui banjaran gunung nama Gunung Mas

Mungkin lambat liputan dari pihak berita disebabkan ianya jauh di pedalaman. Dikhabarkan tempat paling dalam adalah 3 kali lebih dalam daripada banjir sebelumnya. Seluruh daerah lumpuh dan operasi menyelamat adalah dalam skala yang terlalu luas dan sukar. Kita doakan tiada lagi musibah yang akan berlaku.

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Doa semenanjung hujan sambil masa yang sama di sabah reda banjir

      Padam
  2. salam. dekat Beaufort pun banjir besar..

    BalasPadam
  3. gambar yang dekat landasan keretapi tu memang scary chegu..saya tak leh bayangkan apa jadi kalau keretapi tu melintas...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah... nasib lah keretapi tu dah berhenti dlm gambar

      Padam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.. ..

ShareIt