Isnin, 17 Februari 2014

Bersikap Asertif - Pemilihan Rakan Sebaya

Apekejadah tetiba cerita Asertif pula ni. Kalau Google perkataan Asertif, kebanyakannya akan tuju kepada penulisan indonesia.. Jadi kenapa Asertif

Nak jugak enterframe - sepatutnya nak fokus pelajar
pilih rakan sebaya yang baik
Kiki... Harini mengajar sivik tingkatan 1 maksud asertif - Saja cari bahan kat internet untuk maksud Asertif / Assertive (in english).. rupa-rupanya tiada lah istilah ni dalam bahasa malaysia. So Bukalah buku-buku (ohh terpaksa guna cara konvensional, maaf kalau penulisan chegu tak ilmiah dan bercampur aduk.. kalau nak yang betul tatabahasanya, you buat sendirilah.. he)

Maksud Asertif
Perlakuan Menolak daripada melakukan sesuatu yang tidak baik atau negatif (jahat) dengan tidak menyakiti hati orang lain

Rupa-rupanya ada juga ayat baru kini chegu belajar...  senangkan ayat kau buat baik dan tak sakitkan hati orang. mudah tak?

Tajuk dalam buku teks memang mudah, Penyelesaian Konflik: Menangani Pengaruh Rakan Sebaya. Kalau ikutkan buku teks, apa yang ada contoh-contoh yang kuno seperti melepak, buli, perasugut, ponteng, merokok dan vandalisme.. sedangkan pekara yang terkini abat teknologi sangat tak terfikir oleh akal, dan mungkin akan berlaku kepada diri sendiri / anak anda..


Ciri-Ciri Orang Yang Mempunyai Sikap ASERTIF
1. Berupaya membezakan kesan baik dan buruk sesuatu tindakan terhadap diri dan orang lain
2. Tidak Mudah terpengaruh
3. Senantiasa menjaga harga diri
4. Rasional dan matang
5. Berani mengatakan tidak terhadap tndakan negatif
6. Bersikap tegas

Ibu bapa sekarang ni sangat memikirkan macamana anak-anak tak terpengaruh dengan gejala negatif yang banyak berlaku dewasa ini. Jenayah banyak, takut tak selamat, risau anak jadi tak baik.. ahh banyak lagi lah. Chegu nak beri kepada pembaca bagaimana Nak tangani / hindari pengaruh buruk yang dah menyelar (tersebar) sekarang ni. Tips Rekaan Chegu semata. Nak ikut sukahatilah kau Jah!!

Ingatkan Anak anda 3 perkara di bawah ni (pesan sebelum nak tinggalkan anak - ke sekolah ke.. ke universiti ke... atau anak anda nak merantau ... dan taksesuai kepada pelajar sekolah rendah)

1. Berkawanlah dengan orang yang baik - Anda jadi orang Baik
2. Berkawan dengan orang jahat - Anda akan disangka jahat, malah lebih dari itu
3. Kalau hidup boleh solat subuh tanpa dikejut orang - Anda boleh dicampak kemana sahaja, gerenti boleh hidup.

Kesimpulannya - Kenal diri dan kehidupan sekeliling dan bertindak bijak

10 ulasan:

  1. Teringat semasa sekolah dulu ada PRS iaitu pembimbing rakan sebaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh.. mcm dah takde prs kat sek chegu ni. Prog anak angkat ada

      Padam
  2. Wow. Bagus info ni Cikgu. Baru tahu perkataan ni. =)

    ZH Blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Em rendah diri sikit, asalnya chegu pun.. tak tahu gak

      Padam
    2. Takpa Chegu Zam. Yg penting berkongsi apa yang orang lain tak tahu. Macam saya ni. =)

      Padam
  3. In the time like this we need to train our child and ourself to be assertive ^^ Cause sometimes no matter how strong we are, we always melt and easily influenced by best friends :/

    BalasPadam
  4. Lets Hit The Nail on The Head, set the mind not to let youth do anything without us adult, support them as the way we want

    BalasPadam
  5. sek saya pun ade wujudkan kelab mcm ne.
    tiap2 hari khamis, ketua akan berkumpul bg usrah kat anak2 buah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chegu baru kat sek sekrg ni.. baru tahu ada PRS la.. baru tadi ada edaran tampal kat kelas-kelas.. ingatkan takde

      Padam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.. ..

ShareIt