Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Khamis, 20 Februari 2014

Alamak - Catuan Air

Bahang dah berlangsung selama sebulan, nampaknya dah memberikan impaknya kepada Chegu sejak dua-menjak ni. Bukan setakat kat Lembah Klang je... Kat Johor pun menerima tempias dek cuaca kemarau yang berpanjangan.. Ohh Kena Catu Air Lah!!
Hiasan - Sungai dah kering ooohh..

Mana manapun seluruh semenanjung kini mengalami krisis air dimana empangannya kian merosot tahap air takungannya.. So Impaknya, tahniah anda tidak akan mendapat air selama sehari.

Jadi Jadual telah dikeluarkan.. Tutup 23 jam tu, lama jugalah. Semalam dah kena, dua hari lagi kena catu lagi dan begitulah seterusnya. Tapi chegu tak terasa sangat sebab dulu ngajar di Pedalaman Sabah, air mandi dan basuh kenalah menaiki kenderaan sejauh 2 km untuk ke sungai air tawar terdekat, maka memang susah sebab punca air dulu hanyalah air hujan ditadah. Tak heran pun

Jadual catuan air ikut zon di kluang

Tak sangka walaupun kecanggihan zaman sekarang anda tak dapat bekalan air, kuasa Allah.. siapa pun tak dapat sangkal. jadi masa-masanilah barulah kita sedar macamana berharganya air..

Ohhh... Macmana nak jimat air ye.. barulah terkial-kial nak cari panduan menjimatkan air yang dah ditadah ni..

Cara Berjimat Air DiKala Catuan Air Berlaku Di Tempat Anda
(Of Course - kenalah beli bekas untuk tadah air sebelum bekalan ditutup)

BILIK MANDI 
Kurangkan masa mandian. Tak mandi pun lagi bagus (hehe boleh pakai tak pendapat ni)

SINKI
Gunakan air di dalam bekas dan air sabun dalam bekas lain. Buang dahulu sampah sarap, minyak, lebihan tulang-temulang ... barulah basuh dengan air sabun ... air tadahan dan jirus dengan air bersih setelah siap semuanya.
Jangan tiru Iklan pencuci pinggan kononnya sabunnya berkesan menanggalkan minyak.. Jikalau minyaktu selupat sampai berlinangan, sabun manapun tak handal mencuci
Buang dahulu minyak tu ngan tisu ke (kalau tisu mahal guna suratkahabar.. supaya air tadahan tak berminyak2), barulah senang mencuci.

TAMAN
Lupakan sahaja nak siram pokok bunga tu, beli je bunga orkid, bonsai, kemboja atau kaktus - siram pun tak banyak
Tapi kalau ada pokok buah-buahan nak mati, siramlah dengan air basuhan beras - Bukan ape, sekurang-kurangnya adalah pahala amal jariah kerana buah-buahan, binatang makan akan bermanfaat pahala.

DAPUR
Elakkan menggunakan makanan yang perlu masak air banyak
Masak Singgang, Sup, Asam Pedas dll lah. So Nak masak ape? chêguzαm cadang masak je goreng dan cecah kicap, org Johor selalunya guna sambal kicap... sedappp

GARAJ
Lupakan saja - Tak berkurang kereta kalau tak dibasuh, cuma macam ada efect kenderaan tentera ataupun kereta baru keluar dari kebun... bergaya tu
(psst.. berani ko basuh kereta, waktu orang lain tak cukup air .... dapat free di perambat kayu beroti kau nak?)

CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN
Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
Jom ajak jiran tetangga supaya masing-masing bawa baldi dan segala tong bagi berarak dan beratur menunggu Lori Tangki Air kalau dah terlalu kritikal

Amacam ada nak tambah??

11 ulasan:

  1. It has not been raining for more than 2 weeks in my place.

    BalasPadam
    Balasan
    1. My place have been a month with no rain. If this continued for the next month, the "catu" is going to be increased ooohh my

      Padam
  2. kat johor sekarang ne panas.
    padang nak buat track utk balapan pun x boleh.
    rumput kering.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama kat sini nick, mcm gurun dah padang sek. Suasana macam kat Afrika, budak buat latihan sukan, habis berdebu padang tu

      Padam
    2. Kat sini rumput padang sekolah dah kering kekuningan, macam mana la nnak selamatkan rumput2 tu...

      Padam
  3. Cikgu zam ni kalau kat kelas mesti jenis kuat melawak ye.. serius ada lawak kat basuk kereta tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Em chegu x lawak mana.. sikit2 unsur kecindan ada lah. Takut pelajar bosan

      Padam
  4. Salam kenal..salam blogging. Saya telah add anda sebagai follower.

    BalasPadam
  5. nice sharing cikgu zam...salam prkenalan

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt