Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 25 April 2011

15 makanan dicadang dilarang di sekolah - Kantin bukan punca obesiti

Baru je tadi isu kantin punca obesiti kat berita TV3. Lagi kes larangan nasi lemak di kantin sekolah. haram betul nasi lemak ni.





15 makanan dicadang dilarang di sekolah  antara 6 cadangannya
1.       Mi segera
Ia termasuklah mee Maggie dan seumpamanya. Jadi macamana pula makanan rapu / makanan ringan yang sedia dijual di sekolah.
Kadang-kadang kari segera, santan segera pun kategori segera ni. Haramkan sekali la.
2.       Gula-gula
Majoriti kedai makan menjual gula-gula. Malahan koperasi sekolah juga ada menjual. Bagaimana pula pihak koperasi sekolah, haramkah jual.
3.       ABC (air batu campur) juga mengandungi gula yang banyak. Haramkan ini sekali
Aiskrim juga dijual, ada banyak lemak ni
4.       Makanan berjeruk
Cadangan diharamkan juga makanan seperti asam kecut, lada jeruk, dan kicai (popula di sabah ni)
5.       Makanan mengandungi perisa tiruan
Hampir semua makanan ada perisa tiruan. Dah alang-alang diharamkan sekali yang mengandungi warna tiruan juga, jadi kuih-kuih tradisional seperti apam yang warna-warni pun boleh diharamkan.
6.       Makanan diproses seperti daging burger
Termasuk sosej, nugget, daging proses, ayam proses,
7.       Minuman berkabonat
Ni memang patut haram, jadi macamana susu UHT, pun banyak lemak ni
Penuhkan freezer dengan bermacam-macam teh bunga sebab minuman kotak yang lain penuh dengan gula. Hanya minuman rendah gula sahaja boleh

kesian, anak-anak kita kena persalahkan kerana kita yang dewasa ini ramai yang obesiti

60 menu boleh dijual di kantin sekolah. Tapi ada tiga sahaja yang dicadang
1.       Nasi goreng
2.       Kuetiau sup
3.       Mi sup

Memang padan la. Hanya sup-supan sahaja yang boleh. Nanti kasi menu baru ikan kukus. Senang je kukus ikan dengan garam, bubuh garam dan bawang putih je.

Tambahan mungkin menu 60 tu seperti ulam-ulaman. Ni memang fav (kegemaran).  Lebih sedap sehingga menjilat jari kita telan popia gulung tanpa perlu menggoreng, celur sahaja dengan air panas.

TRetapi ianya hanya peringkat cadangan. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdrul Rashid Shirlin semua keputusan hanya akan dimuktamadkan bulan depan. Semuanya masih diperingkat kajian

Ada kajian juga daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM tapi 10 tahun lepas, iaitu pada tahun 2000 yang menunjukkan obesiti di kalangan kanak kanak enam hingga 12 tahun, 9.7 peratus. Tak sampai 1/10. Dan kemudian 2008 ia meningkat 13.7 peratus. Pun tak banyak mana, nak cite kalau 1000 orang, 8 tahun baru lebih kurang 20 orang gemuk

Pemantauan berkala dikatanya akan dibuat. Tapi kita tengok sejauh mana ianya bersepadu ke semua sekolah. Kenapa pula tak kaji kedai runcit ke, pasaraya ke dimana konsistensi membeli senang nak dicerap. Kat sekolah baru je 15 minit masa membeli. Kedai lain hamper 12 jam jual tak pantau pula.


Macam nak buat pertandingan, Agaknya apa lagi yang nak diharamkan yea..??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt