Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Ahad, 30 Disember 2012

Nilai-Nilai Murni


Senarai Nilai-nilai baik, untuk sivik dan kewarganegaraan (ataupun untuk kegunaan lain terutama misi pendidikan negara, nilai murni merentasi kurikulum) sesuai untuk guru praktikal nak letak nilai murni kat rph

1. Adil
2. Amanah
3. Baik hati
4. Bantu-membantu
5. Belas kasihan
6. Berani bertanggungjawab
7. Berani kerana benar
8. Berani mempertahankan pendirian
9. Berani tidak membuta tuli
10. Beratur / berbaris
11. Berbincang terlebih dahulu
12. Bercakap benar
13. Berdikari
14. Berfikiran terbuka
15. Berhati-hati
16. Beringat-ingat
17. bermaaf-maafan
18. Bermuafakat
19. Bersabar
20. Bertanggungjawab
21. Bertanya jika tidak tahu
22. Berterima kasih
23. Bertimbang rasa
24. Bertindak pantas
25. Berusaha
26. Cekal
27. Cinta kepada keamanan
28. Cinta kepada negara
29. Dedikasi
30. empati
31. Gigih
32. gotong-royong
33. Berhemah tinggi
34. Hormat kepada adat resam
35. Hormat kepada agama
36. Hormat kepada guru
37. Hormat kepada ibu bapa
38. Hormat kepada jiran
39. Hormat kepada kepercayaan
40. Hormat kepada ketua
41. Hormat kepada orang tua
42. Hormat kepada pemimpin
43. Hormat kepada rakan
44. hormat-menghormati
45. Ikhlas
46. Jaya diri
47. Jimat
48. Kasih sayang
49. Keadilan
50. Kebebasan
51. Keberanian
52. Kebersihan fizikal
53. Kebersihan mental
54. Kebersihan persekitaran
55. Kejujuran
56. Kerajinan
57. Kerjasama
58. Kesederhanaan
59. Kesopanan
60. Kesyukuran
61. kunjung-mengunjung
62. Memberi salam
63. Membuat persiapan awal
64. Membuat pertimbangan
65. Membuat rujukan
66. Mementingkan masa
67. Mempunyai cita-cita
68. Mendoakan kesejahteraan
69. Menepati masa
70. Mengakui kesalahan diri
71. Mengambil tahu
72. Mengenang budi
73. Mengeratkan hubungan kekeluargaan
74 menghargai
75. Menghargai masa
76. Menghargai jasa
77. Mengharumkan nama negara
78. Menikut peraturan
79. Mengucapkan tahniah
80. Mengutamakan keselamatan diri dan orang lain
81. Menjawab salam
82. Menumpukan perhatian
83. Menuntut ilmu
84. Menyiasat terlebih dahulu
85. Merendah diri
86. Murah hati
87. Patuh kepada undang-undang
88. Peka terhadap sesuatu isu
89. Perpaduan
90. Persaudaraan
91. Rajin
92. Ramah mesra
93. Rasional
94. saksama
95. Saling memahami
96. Sayang
97. sedar akan kekurangan diri
98. Sedar akan kelebihan diri
99. Sedia memaafkan
100. Semangat bermasyarakat
101. Semangat kejiranan
102. Semangat kesukanan
103. Semangat patriotik
104. Simpati
105. Sopan
106. Taat kepada ibu bapa
107. Tabah
108. Tekun
109. Teliti
110. tolerasi
111. Tolong-menolong
112. Yakin pada diri sendiri
113. ziarah-menziarahi

Khamis, 27 Disember 2012

Jalan-Jalan Ke Melaka 2012

25 hb Dis, Selasa - Teruk tau sekolah baru chegu ni, dia buat meeting hari Isnin, sampailah hujung minggu ni. Tak le hebat sangat pun mesyuaratnya, benda biasa je, cuma sekolah chegu yang baru ni budak-budaknya terpilih, minima 3A baru bleh masuk. Cabaran juga ni, dalam kepala chegu pikir anak murid jenis yang takleh jentik... alamak macamni sebelum ni chegu jentik anak murid la..kantoi. Takut kena saman ooo... nak buat macamana, kenalah juga mengajar kat sini.


Sepatutnya chegu dah plan nak ke KL ada majlis kawin sepupu, diaorang buat kat hotel, mesti meriah siap ada dress code, pakai baju kemeja / baju kebangsaan. Tapi dah kena bertugas hari rabu pula, nak taknak, kenalah batal pergi ke KL.

Soo... tetiba plak nak ke Melaka. Jadi bawakla semua keluarga mertua ke Melaka, ubat takjadi ke KL.

Menara Taming Sari, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Dah berkali-kali datang ke Melaka ni. Nak naik tengok kat pintu masuk tertulis harga masuk ke Menara ni, RM 20 dewasa RM 10 kanak-kanak. Tak berani nak naik.


Rupa-rupanya kat dalam, harga tiket RM 15 seorang. Beratur makan masa juga. Dah beli tiket, jadi RM 41 semua. Harga tiket sebenar RM 10 dewasa, RM 8 warga emas dan RM 5 untuk OKU (tunjuk kad pengenalan). Tak tahu nape jadi murah plak, (ingatkan dekat RM 100).


Menara sempena nama keris pahlawan melayu melaka ni adalah menara berputar pertama di Malaysia. Naik dalam masa 5 minit, hampir 3 kali pusingan kat puncaknya. Dapat tengok keseluruhan bandar Melaka. Kalau nak naik ada dijual teropong, harganya RM 5.



Adalah sikit chegu buat rakaman naik menara ni. Nak lagi best jom naik. Ada juga menara ni buat bisnes  jual gambar poskad dan fridge magnet (RM 50), gambar diaorang tangkap sebelum naik menara ni. Ikut  kita nak beli ke tidak beli.


Jalan-Jalan Ke Tanjung, Muar

Tanjung

Lepas kes cermin kereta belakang chegu pecah, terpaksa chegu ulang alik dari Ledang ke Segamat. Tergendala program chegu jalan-jalan. Alah, tak kemana pun, chegu sekeluarga ke tanjung dan dataran Muar. Lama dah tak datang sini. Sejak masa belajar kat UTM dulu, em agak-agak 7 tahun tak pegi.

Update 2014 - Chegu terpaksa delete
gambar sebelum ini disebabkan menghormati
pemergian Aruah Isteri, Al-Fatihah

He santai-santai je sekeluarga jalan-jalan petang. Kebetulan masing-masing dari jemputan kawin, masing-masing ada agenda sendiri, mak mertua pegi beli jajan untuk jualan kat rumah dan kak long beli rempah mee bandung, terkenal juga mee bandung Maharani ni. RM 9 sepaket - 4 orang sekali makan. Cadang chegu nak jual, tapi macam nak jual dekat-dekat je


Dulu kalau datang ke tanjung ni memang nak datang tengok monyet (beruk tu). Tapi sekarang tempat ni  dah upgrade dah, ada tempat riadah untuk keluarga. Cantik tempat ni dan ada trek untuk berjoging dan kemudahan sukan. Majlis Perbandaran Muar tak bagi dah orang ramai bagi makan kat monyet ni, tapi macam pekara jelik kalau tak tengok monyet tak bagi makan.

Dataran

Selepas tanjung, chegu singgah ke dataran. Selalunya ada aktiviti air kat muara sungai ni. Hari ini ada main kayak je. Sebelum ni ada pertandingan jet ski waktu meraikan Sultan Johor minggu lepas. Sesak hujung minggu ni, ramai orang jalan-jalan bawak anak, duduk-duduk kat tebing, makan-makan. Ada gerai jual rojak petis yang sedap, gerainya betul-betul di roundabout.


Makan Mee bandung Muar Sedap - Tanjung Agas

Kemudian dah penat, chegu ke tanjung agas makan mee bandung muar. Memang tak sah kalau ke Muar tak rasa mee bandung muar ni. Kedainya Warung Sentral (em tak ingat sangat) terletak seberang Sekolah Sains Muar, ada lampu Trafik, sederet dengan Shell dan Petronas, di kawasan Rumah murah.

Dah la dari majlis kenduri kahwin, makan rojak petis kat tanjung, ni plak makan mee bandung, memang melantak je satu hari ni. Kedai ni hanya menjual mee bandung sebagai menu utama. kekadang cepat habis, chegu sekeluarga dalam 8 orang pun kena tunggu sekejap sebab kuahnya kena buat balik, sedangkan jam baru kul 5.30 petang. Kedai ni juga menjual rempah mee bandung, mugkin ada yang nak bawak balik dan masak kat rumah.


peta

Adoiii..Aii, Cermin Kereta Pecah

Aduh, sedih sikit buat entry ni. kereta kesayangan pecah waktu balik ke kampung. Jiran, kak ani yang telifon cerita waktu petang dia pegi ke kedai, balik nampak dah pecah. Risau juga, tapi dapat berita cermin pecah, risau ingatkan ada pencuri. Sebelum ni ada kes kecurian, lori jiran kena curi, nasib dapat balik sebab kebetulan minyak tak penuh, polis jumpa kat jalan nak ke muadzam, pahang


Rupa-rupanya kena batu dah... kena penjuru kanan atas sekali, tapi pecah seribu, selamat sikit sebab ada tinted, kalau tak terbarai dah. Nasib malam tu tak datang, mak mertua sampai nak ikut datang segamat dari sawah ring, gara-gara dengar berita pecah ni.

cermin belakang
 Maka terpaksalah ganti, tu pun kena tunggu gaji. He nasib dapat gaji dan bonos sekali bulan 12 ni. Alhamdulillah.. Chegu beli cermin ni kat kedai hardware kereta dekat Giant Segamat, sebelah kedai restoran mamak, jalan nak ke kg jawa.


Kedai nak betulkan cermin ni dekat dengan SMK Dato Bentara Dalam, Segamat, sekolah bakal chegu bertugas tahun depan. Kedai kusyen kereta, deret kedai ni sebelah jalan genuang je. memang takbleh miss kedai ni. Sebelahnya kedai aircond. Bagus kedai ni, chegu terus betulkan aircond kereta sementara menunggu gam cermin kering. Cuma kedai aircond ni tak cukup kakitangan, lambat sikit la, servis puas hati.

Maka melayang la duit. Mungkin ada yang senasib ngan chegu. Harganya, beli cermin belakang proton wira sedan, RM 160 siap gamnya, Upah pasang RM 150. Tak pasal-pasal RM 310.

Chegu dah syak sape yang baling. Budak-budak dekat dengan rumah. Takde bukti, takbleh buat apa-apa. Tapi nak buat macamana, orang ngajar anak tak marah anak dia, kita boleh tengok je. Tapi kalau dapat bukti, confirm chegu tanyeh budaktu sampai lumat.

Jumaat, 21 Disember 2012

Nota Sains SPM

Nota bergambar sains tingkatan 4 dan 5. Nota ulangkaji untuk SPM

Hiasan

Klik mengikut bab

NOTA SAINS TINGKATAN 4

BAB 3: KOORDINASI BADAN
BAB 4: KETURUNAN DAN VARIASI
BAB 5: TENAGA NUKLEAR
BAB 6: TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA
BAB 7: CAHAYA, WARNA DAN PENGLIHATAN
BAB 8: BAHAN KIMIA DALAM PERINDUSTRIAN

NOTA SAINS TINGKATAN 5

BAB 9: MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS HIDUPAN
BAB 10: SEBATIAN KARBON
BAB 11: Nutrisi Dan Pengeluaran Makanan
BAB 12: GERAKAN
BAB 13: Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
BAB 14: Peningkatan Pengeluaran Makanan dan Teknologi Makanan
BAB 15: Bahan Buatan dalam Perindustrian
BAB 16: Elektronik dan Teknologi Maklumat

hiasan

Nota Perdagangan SPM

Berikut adalah pautan / link untuk mendapatkan nota ringkas perdagangan SPM, untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.


Hiasan

Khamis, 20 Disember 2012

Nota Ringkas Sejarah PMR

Sekarang ni mulai tahun 2013, Subjek sejarah telah menjadi subjek wajib lulus. Perhatian pelajar-pelajar, jangan sambil lewa sahaja. So study, lah jangan lalai.


AMARAN!!! Akan ada selingan iklan, tunggu lima saat ye.. Terima Kasih




Download Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 1 
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11

Download Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 2
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8

Download Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 3
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7

Nota Kaki Sejarah Tingkatan 3

Nota Kaki = Nota ringkas memudahkan menjawab soalan karangan (essay)


Nota Sejarah Tingkatan 3

BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN DI NEG. KITA
(1) Faktor Jepun menjadi kuasa imperialis
(2) Kemaraan Jepun ke Tanah Melayu
(3) Kemaraan Jepun ke Sabah dan Sarawak
(4) Cara Kemaraan Tentera Jepun
(5) Kemusnahan Akibat Peperangan
(6) Kejatuhan Tanah Melayu di tangan Jepun
(7) Faktor Kejayaan Jepun
(8) Pemerintahan Jepun
(9) Dasar pemerintahan tentera Jepun
(10) Reaksi penduduk:
(11) Gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu
(12) Kekalahan Jepun
(13) Kesan Pemerintahan Tentera Jepun
(a) Politik
(b) Ekonomi
c) Ciptaan baru
d) Sosial

BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
(1) Tamatnya Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
(2) Keganasan PKM 14 hari
(3) Pentadbiran Tentera British (PTB)
(4) Malayan Union
(a) Tujuan Penubuhan Malayan Union
(b) Ciri-ciri Malayan Union
(c) Bentuk pentadbiran Malayan Union
(d) Faktor penentangan terhadap Malayan Union
(e) Pihak yang menyokong Malayan Union
(f) Cara penentangan Malayan Union
(5) Penubuhan UMNO
(a) Tujuan penubuhan UMNO
(b) Perjuangan tokoh UMNO
(d) Lambang-lambang UMNO
(6) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
(1) Pengusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis
(a) Cara penyusupan Komunis
(b) Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)
(c) Keganasan komunis
(2) Langkah Membanteras Ancaman Komunis
(a) Pengisytiharan darurat
(b) Pengharaman Parti Komunis Malaya atau parti
(c) Memperbesarkan pasukan keselamatan
(d) Rancangan Briggs
(e) Perang Saraf
(f) Pengampunan beramai-ramai
(g) Pertemuan Baling
(3) Kesan Darurat
a) Politik
b) Ekonomi
c) Sosial

BAB 4 : KERJASAMA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN
(1) Jawatankuasa Hubungan antara Kaum(CLC)
(2) Usaha parti politik mewujudkan perpaduan kaum
(3) Parti politik berusaha wujudkan perpaduan kaum
(4) Pendidikan alat perpaduan
(5) Cadangan Laporan Pelajaran Tanah Melayu
(6) Sistem ahli
(7) Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan
(8) Pembentukan Parti Perikatan
(9) Pilihan Raya Majlis Bandaran
(10) Pilihan Raya Negeri
(11) Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
(12) Keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan

BAB 5 : KEMERDEKAAN NEGARA
(1) Rombongan Merdeka
(2) Suruhanjaya Reid
(3) Perlembagaan Merdeka
(4) Pemasyhuran Kemerdekaan
a) Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan
b) Kandungan pemasyhuran kemerdekaan

BAB 6 : PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK DAN SABAH
(1) Sarawak diserah kepada British
(2) Gerakan Antipenyerahan Sarawak
(3) Langkah berkerajaan sendiri di Sarawak
(4) Penubuhan Parti politik di Sarawak
(5) Sabah diserahkan kepada kerajaan British
(6) Langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sabah
(7) Penubuhan parti politik di Sabah

BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT
(1) Idea pembentukan Persekutuan Malaysia
(2) Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia
(3) Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
A) Negeri-negeri terlibat
a) Persekutuan Tanah Melayu
b) Singapura
c) Sabah
d) Sarawak
e) Brunei
(4) Reaksi dari Negara-negara Jiran
a) Indonesia
b) Filipina
c) Negara-negara Barat
(5) Langkah ke arah pembentukan Persekutuan
(6) Perisytiharan Persekutuan Malaysia
(7) Konfrontasi dan perdamaian
(6) Usaha ke Arah Perdamaian Malaysia-Indonesia
(7) Pemisahan Singapura


DOWNLOAD LINK NOTA PMR SEJARAH

Mungkin anda mencari dalam siri ini - Nota Kaki Sej | Ting 1 | Ting 2 | Ting 3 |

Nota Kaki Sejarah Tingkatan 2




Nota Kaki = Nota ringkas memudahkan menjawab soalan karangan (essay)


 DOWNLOAD LINK NOTA PMR SEJARAH
Mungkin anda mencari dalam siri ini - Nota Kaki Sej | Ting 1 | Ting 2 | Ting 3 |


Nota Sejarah Tingkatan 2

BAB 1 : KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
(1) Pulau Pinang Menjadi Pangkalan SHTI
(2) Kedaulatan Kedah tercabar
(a) Ancaman Bugis
(b) Ancaman Siam
(3) Pertapakan British di Pulau Pinang
(4) SHTI mungkir janji
(5) Pertapakan SHTI di Seberang Perai
(6) SHTI di Singapura
(7) Perpecahan Kepulauan Melayu
(8) SHTI di Melaka
(9) Negeri-negeri Selat (NNS)

BAB 2 : KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH
(1) Sebab British di Negeri-negeri Melayu
a) Dasar Campur Tangan British
b) Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu
c) Revolusi Perindustrian mendesak campur tangan
d) Terusan Suez dan kapal wap
e) Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
f) Desakan pedagang
(2) Keadaan politik di Perak
a) Pertelingkahan kongsi gelap Cina
b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja.
c) Syarat Perjanjian Pangkor
(3) Campurtangan British di Selangor
(4) Campurtangan British di Sungai Ujong
(5) Campurtangan British di Pahang
(6) Perlaksanaan Sistem Residen
(7) Sistem Residen gugat kuasa Sultan dan Pembesar
(8) Pembentukan Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
a) Kelemahan Pentadbiran Sistem Residen
b) Faktor Penubuhan NNMB
c) Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895
(9) Pembentukan NNMB cabar kewibawaan sultan
(10) Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar)
(11) Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909


BAB 3 : NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH
(1) Persaingan British dgn kuasa imperialisme baru
(2) Perjanjian Sulit 1897
(3) Perjanjian Perisytiharan British-Siam
(4) Perjanjian Bangkok 1909
(5) Penasihat British di Kedah
(6) Penasihat British di Perlis
(7) Penasihat British di Kelantan
(8) Penasihat British di Terengganu
(9) Johor - negeri terakhir menerima Penasihat British
(10) Pemerintahan di Johor - Temenggung Daeng
(11) Pemerintahan di Johor - Sultan Abu Bakar “Bapa Permodenan Johor”
(12) Pembesar Johor - Dato’ Jaafar bin Muhammad;
(13) Pembesar Johor -Dato’ Abdul Rahman bin Andak
(14) Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
(15 ) Pembesar -Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
(16) Johor di ambang penjajahan British

BAB 4 : KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE
(1) Negeri Sarawak di bawah Kesultanan Brunei
(2) Penentangan terhadap Kesultanan Brunei
(3) Peluasan kuasa oleh keluarga Brooke
(a) Peluasan kuasa tahun 1853
(b) Peluasan kuasa tahun 1861
(c) Peluasan kuasa tahun 1883
(d) Peluasan kuasa tahun 1905
(4) Sistem Pentadbiran keluarga Brooke
(5) Pemimpin tempatan dlm pentadbiran Brooke
(6) Pengaruh British di Sarawak melalui perjanjian.
(7) Perlembagaan Sarawak 1941
(8) Perubahan Ekonomi dibwh pentadbiran Brooke
(9) Perubahan Sosial di pentadbiran Keluarga Brooke
a) Dasar pecah perintah
b) Perkembangan bandar
c) Kemudahan asas
d) Sistem pengangkutan
e) Sistem Perhubungan
f) Perkhidmatan Kesihatan
g) Perkembangan pendidikan


BAB 5 : KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB)
(1) Penyerahan wilayah Sabah kepada SBUB
a) Negeri Sabah dibwh Kesultanan Brunei dan Sulu
b) Pengaruh pedagang barat sebelum SBUB
c) Penubuhan SBUB
d) Syarat Pemberian Piagam kepada Persatuan
(2) Sistem Pentadbiran SBUB
a) Sistem pentadbiran Gabenor
b) Organisasi Pentadbiran SBUB
1. Lembaga Pengarah
2. Gabenor
3. Ketua Jabatan
4. Residen;
5. Pegawai Daerah
6. Ketua Anak Negeri
7. Ketua Kampung
c) Sistem Residensi
d) Penglibatan anak tempatan dalam pentadbiran
e) Sistem Kehakiman
(3) Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran SBUB
a) Pembaharuan ekonomi
b) Hasil tradisional
c) Hasil pertanian
d) Kegiatan pembalakan;
e) Kegiatan perlombongan;
(4) Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran SBUB
(a) Sistem pengangkutan
b) Sistem Perhubungan
c) Perkembangan Pendidikan
d) Perkhidmatan Kesihatan
e) Perkembangan bandar
f) Pasukan Polis
g) Kemudahan lain
1. akhbar The North Borneo Herald - akhbar pertama
2. Menara jam Jesselton dibina

BAB 6 : BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI
(1) Tanaman Tradisional
(a) Lada hitam dan gambir
(b) Buah pala dan cengkih
c) Tebu
e) Ubi kayu
f) Nanas
(2) Tanaman baru
(a) Kopi
(b) Kelapa sawit
(c) Tembakau
(d) Teh
(3) Perusahaan getah
a) Pengenalan tanaman getah
(b) Perkembangan tanaman getah
(c) Faktor Perkembangan Perusahaan getah
(d) Kemelesetan ekonomi menjejaskan perusahaan
(e) Langkah menstabilkan harga getah
(f) Persaingan antara getah dan getah tiruan
(4) Perusahaan Perlombongan
a) Galian selain bijih timah
1. Emas
2. Arang batu
3. Bauksit
4. Bijih besi
5. Ilmanit
b) Perkembangan awal perlombongan bijih timah
(c) Kaedah melombong cara tradisional
1. Mendulang
2. Melampan
d) Penglibatan orang Cina
e) Penglibatan syarikat-syarikat Eropah
f) Kejatuhan harga bijih timah
(5) Pengeluaran hasil hutan
a) secara tradisional berubah menjadi komersial
b) Damar
c) Getah perca
d) Getah Jelutung
e) Rotan
f) Pembalakan
(6) Dasar ekonomi British
a) Kegiatan ekonomi dagangan
b) Kegiatan ekonomi tradisional
c) Dwiekonomi
(7) Penggunaan buruh luar
(8) Pengenalan kaum mengikut petempatan/ekonomi
(9) Perkembangan pengangkutan kereta api
(10) Perkembangan pengangkutan jalan raya
(11) Perkembangan pengangkutan laut
(12) Perkembangan pengangkutan udara
(13) Perkembangan Sistem Perhubungan
(14) Kemajuan perkhidmatan kesihatan
(15) Kemajuan sistem pengairan
(16) Kemajuan sistem tenaga elektrik
(17) Perkembangn Bandar baru
(17) Dasar British terhadap Pendidikan
(a) Sekolah Melayu
(b) Sekolah Cina
(c) Sekolah Tamil
(d) Sekolah Inggeris

BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA
(1) Perjuangan mengembalikan kedaulatan di Kedah
(2) Perjuangan Dol Said di Naning
(3) Perjuangan Rentap di Sarawak
(4) Perjuangan Sharif Masahor di Sarawak
(5) Perjuangan oleh Banting dan Asun
(5) Perjuangan Dato’ Maharaja Lela di Perak
(6) Perjuangan Yamtuan Antah di Negeri Sembilan
(7) Perjuangan Dato’ Bahaman di Pahang
(8) Perjuangan Mat Salleh di Sabah
(9) Perjuangan Antanom di Sabah
(10) Perjuangan Tok Janggut di Kelantan
(11) Perjuangan Hj Abdul Rahman di Terengganu

BAB 8 : KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
(1) Maksud Semangat Kebangsaan
(2) Semangat Kebangsaan negara luar jadi pendorong
a) Gerakan Pan-Islam di Turki
b) Gerakan Pemulihan Islam di Mesir
c) Perang Rusia-Jepun
d) Revolusi China 1911
e) Semangat kebangsaan di Filipina
f) Semangat Kebangsaan di India
g) Semangat Kebangsaan di Indonesia
h) Kemajuan sistem perhubungan dan percetakan
(3) Gerakan Islam
a) Latar belakang kebangkitan Gerakan Islah
b) Kaum Muda
c) Kaum Tua
d) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu
(4) Semangat Kebangsaan Golongan Intelektual
a) Golongan intelektual Melayu
b) Gol. Intelektual Melayu berpendidikan Melayu
c) Gol intelektual Melayu berpendidikan Inggeris
(5) Peranan akhbar dan majalah
(6) Penerbitan akhbar Melayu
(7) Penerbitan akhbar Cina
(8) Penerbitan akhbar India
(9) Penerbitan akhbar peranakan
(10) Kesedaran kebangsaan melalui penulisan kreatif
(10) Kemunculan Pertubuhan Melayu
(11) Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
(12) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
(13) Pertubuhan orang Cina
(14) Pertubuhan orang India


 DOWNLOAD LINK NOTA PMR SEJARAH
Mungkin anda mencari dalam siri ini - Nota Kaki Sej | Ting 1 | Ting 2 | Ting 3 |

Nota Kaki Sejarah Tingkatan 1

Nota Kaki = Nota ringkas memudahkan menjawab soalan karangan (essay)


Nota Sejarah Tingkatan 1


BAB 1 : SEJARAH DAN KITA
(1) Pengertian Sejarah
(2) Ciri-ciri Sejarah
(3) Sumber Sejarah
(4) Kaedah Pengkajian Sejarah
(5) Pentafsiran Sejarah
(6) Tujuan mempelajari Sejarah
(7) Faedah mempelajari sejarah.

BAB 2 : ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA
(1) Pengenalan tentang zaman prasejarah
(2) Zaman Paleolitik
(3) Zaman Neolitik
(4) Zaman Logam

BAB 3 : KER AWAL DI ASIA TENGGARA
(1) Kerajaan agraria
(2) Kerajaan Maritim

BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
(1) Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
(2) Asal-usul nama Melaka.
(3) Kegigihan Parameswara

BAB 5 : KEGEMILANGAN MELAKA
(1) Pentadbiran – pembesar empat lipatan
(2) Pusat perdagangan
(3) Kematangan hubungan luar
(4) Pusat pengembangan agama Islam
(5) Pusat kegiatan ilmu
(6) Perluasan Kuasa

BAB 6 : KEMEROSOTAN MELAKA
(1) Faktor kemerosotan Melaka
a) Kelemahan dan kepemimpinan
b) Masalah perpaduan
c) Kelemahan askar Melaka
(2) Kedatangan Portugis
a) Sebab kedatangan.
b) Portugis menguasai Melaka.

BAB 7 : JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
(1) Usaha-usaha menegakkan semula Melaka
(2) Pengasasan kerajaan Johor
(a) Penerusan warisan Melaka
(b) Usaha Johor menguasai Melaka
(c) Kebangkitan Acheh
(d) Persaingan antara Johor dengan Acheh dan Portugis
(3) Faktor kegemilangan kerajaan Johor
a) Jajahan takluk Johor dan kecekapan pentadbiran
b) Johor sebagai Pusat Perdagangan
c) Perkembangan persuratan Melayu.
(4) Kemerosotan kerajaan Johor
a) Perang Johor-Jambi
b) Perebutan kuasa.
c) Perebutan takhta
d) Penglibatan Bugis di Johor
e) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC)

BAB 8 : KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU
(1) Kerajaan Melayu yang tua
a) Kedah
b) Perak
c) Pahang
(2) Kerajaan Melayu yang baru
a) Kelantan
b) Terengganu.
c) Selangor
d) Negeri Sembilan

BAB 9 : WARISAN KESULTANAN MELAYU
(1) Sistem pemerintahan negeri Melayu
a) Pentadbiran peringkat negeri
b) Pentadbiran peringkat jajahan & daerah
c) Pentadbiran peringkat kampung
(2) Sistem pemerintahan Negeri Sembilan
(a) Adat Perpatih dan Adat Temenggung
b) Sistem pemerintahan Negeri Sembilan
(3) Undang-undang adat
(a) Adat Temenggung
b) Adat Perpatih
(4) Undang-undang bertulis
(a) Hukum Kanun Melaka
(b) Undang-undang Laut Melaka
(c) Undang-undang Pahang
(d) Undang-undang 99 Perak
(e) Undang-undang Kedah
(5) Kegiatan ekonomi di negeri Melayu
a) Pertanian
b) Perikanan
c) Kraf tangan
d) Perlombongan
e) Sistem percukaian
f) Sistem serah dan kerah
g) Perdagangan
h) Tukar barang dan penggunaan mata wang
i) Timbangan, sukatan dan ukuran
j) Pengangkutan
(5) Sosiobudaya
(a) Struktur masyarakat gol pemerintah
b) Struktur masyarakat golongan diperintah
c) Gaya hidup golongan bangsawan
d) Gaya hidup golongan rakyat
e) Kegiatan masa lapang
f) Karya persuratan
g) Sastera lisan
h) Kesenian rakyat
i) Adat resam

BAB 10 : SARAWAK
(1) Latar belakang sejarah Sarawak
(2) Pertalian Sarawak dgn Kesultanan Brunei dan Sulu.
(3) Masyarakat Sarawak
(3) Kegiatan sosiobudaya
(5) Kegiatan ekonomi
a) Sara diri.
b) Pertanian
c) Perlombongan
d) Perdagangan

BAB 11 : SABAH
(1) Latar belakang sejarah Sabah
(2) Sabah dgn kesultanan Brunei dan Sulu
(3) Kegiatan sosiobudaya
(4) Kegiatan ekonomi


DOWNLOAD LINK NOTA PMR SEJARAH
Mungkin anda mencari dalam siri ini - Nota Kaki Sej | Ting 1 | Ting 2 | Ting 3 |

Selasa, 18 Disember 2012

Kastam Jual Kereta MURAH Oooo!!


Ada link..pihak KASTAM tengah buka tender untuk kereta, motosikal dan juga lori. Bukan setakat lori 1 tan tapi lori treller pun ado..so kalau rasa-rasa nak beli kereta murah dari biasa cuba-cuba lah bawa p usha kat KASTAM

Banyak jugak kereta BMW, Mercedes, Honda dan banyak lagi kereta pelik-pelik yang ada..cuma keadaan kereta tu tak macam kat usecar la .. maklum la kereta KASTAM...tapi sesape yang berminat pastikan tengok actual kereta dulu ok


So kalau korang nak usha ke nak join ke silakan ..sebab setiap negeri ada tau..mana tau ada yang berkenan. Sila klik link kat bawah ni :


Pautan panduan membeli kereta lelong

Khamis, 13 Disember 2012

Semak Keputusan PMR 2012 - SMS dan Online

Setelah sekian lama diumumkan bahawa keputusan PMR tahun 2012 akan dikeluarkan pada

Tarikh :   19 Disember 2012
Hari     :  Rabu
Masa   :   11 Pagi
Tempat :  Sekolah Masing-Masing

Hee.. bagi memudahkan pelajar ianya boleh di dapati bentuk Online.

Klik link di bawah ni
http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Juga boleh secara SMS

Taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888

contoh PMR HE001A007

Mesti dah tak sabar-sabar calon tahun ni. Chegu ucapkan selamat maju jaya. Yang gagal usaha lagi pada peperiksaan akan datang - SPM 2 tahun lagi

Rabu, 12 Disember 2012

Jelajah 2012, Siri 3 - Pulau Manukan, Sabah

Hari terakhir, Chegu melawat ke Taman Tungku Abdul Rahman (TTAR), kawasan rezab taman negara (batu karang). TTAR ni ada 4 kepulauan dulu pernah chegu ceritakan dalam belog ni. Haritu cuma cerita kat jeti Jesselton je. Catatan lalu : santai di Jesselton Point


Berenang - Sebelah kiri tu pulau Sapi

Ada banyak pakej nak kesana, bagus pergi pagi, sebab bot balik mula jam 1 petang je. Kena survey harga sebab ada yang bagi harga macam-macam, ikut pakej. Chegu nak bot pergi je, tak mahu pakai pakej, tambang pergi balik RM12 pergi balik seorang. Chegu ke pulau Manukan je.

Papan Tanda

Bot dari jeti Jesselton

Jeti Pulau Manukan

Sebelum pergi, sediakanlah barang-barang berkelah anda kerana harga kat pulau ni mahal. Yang penting beli je roti sebuku sebab rugi tak tengok ikan-ikan yang ada sekitar pulau ni, roti ni buat penarik ikan-ikan tu. Tapi kena jaga-jaga, mana tahu ada julong-julung(anak todak) ataupun ikan pengaluan (alu-alu) bermain di permukaan air.

Ikan-ikan yang datang mengejar makanan
Dah habes dah... dalam jam 2 petang kitaorang balik, memang best, ada banyak gambar tetapi agak "censored" sikit, maklumlah, pergi mandi-manda.

Tamat, dalam siri ini, ada ...
Jelajah 2012, Siri 1 - Cuti-Cuti di Sabah
Jelajah 2012, Siri 2 - Ranau, Sabah
Jelajah 2012, Siri 3 - Pulau Manukan, Sabah

Jelajah 2012, Siri 2 - Ranau, Sabah

Sambungan balik....

Hari kedua awal pepagi bute dah keluar, nasib baik napak jelas Gunung Kinabalu. Tak sia-sia trip ni. Jadilah, sebab kali terakhir pergi tak nampak, gambar lama dah hilang pulak.


Jadi, hari kedua terpaksa bergegas sebab terhad masa trip jalan-jalan kali ini. Setrusnya, kiatorang trus ke Ranau, Tempat pertama, Kampung Luanti, tempat rawatan ikan di kaki tu. Pernah juga dulu chegu tulis ket belog ni. Catatan lama : Jelajah 2011, Ranau Sabah

 Lepas tu, singgah juga di Sabah Tea Plantation, banyak gambar, tapi terpaksa limit sikit.

Lepas tu, kitaorang singgah kat Poring, tempat rekreasi punca air panas. He agak lucu sikit kat kaunter masuk, kena tunjuk kad pengenalan untuk bayaran masuk RM3, dia bilang Kalu ndak ada ic, RM10. Tapi chegu takperlu tunjuk kad pengenalan. Kat sini ramai pelancong asing datang.

Poring, Ranau - air panas
Chegu terserempak dengan anak-anak murid dari SMK Pinggan-Pinggan, tapi dari jauh je diaorang tegur. Chegu nak cepat ke Air Terjunnya, agak-agak 10minit jalan kaki.


Best mandi, sejuk. Ramai pelancong duduk je dekat tebing, tak tahu sebab ape, rupa-rupanya diaorang duk biarkan ikan makan daki kat kaki, jadi chegu join la. Best, free je, geli jugak tapi takla macam kat kamung luanti tadi, ikannya besar2 macam kaki jugak,pulak tu masuk mahal ada had masa plak. Tu pelancong duduk lama kat sini. Chegu cadangkan kalau nak rawatan free macamni, kenalah datang kat poring je.


Kemudian Kat Poring ni ada Jambatan Gantung, namanya Poring Treetop Canopy Walkway. Yang tak best mana-mana pun kalau nak bawak camera kena bayar RM 5, diaorang buat duit kat benda lain la pulak. Masuk RM6, sediakanlah duit ye, jangan masuk tak bawak apa-apa. Tertanya kat penjaganya, dia buat jambatan gantung tanpa paku ni tahun 1990, lama tu, agak-agak dah 22 tahun.

Stesen awal - 550m tinggi dari aras laut

perhentian sementara - pemandangan

Jambatan gantung

Jambatan terpendek
Ada papan tanda tulis, menaiki atas tanggungan sendiri, tah kalau jatuh diaorang tak tanggung lah. Mungkin debab dah lama jambatan gantung ni.

Ada taman rama-rama jugak kat poring ni, chegu tak masuk, kena bayar lagi RM3, budak2 separuh harga. Chegu ke tempat kolam buatan ada takungan air panas dan berkubang rasa air panas ni, Lepas tu sebelum nak malam, trus chegu ke Kota Kinabalu, dan menginap kat hotel je.

Bersambung...
Jelajah 2012, Siri 1 - Cuti-Cuti di Sabah
Jelajah 2012, Siri 2 - Ranau, Sabah
Jelajah 2012, Siri 3 - Pulau Manukan, Sabah

Jelajah 2012, Siri 1 - Cuti-Cuti di Sabah

Cerita lama lagi.... tak la, aritu susah sangat nak meluangkan masa menulis. Dah hujung tahun baru dapat. Unik sikit tarkh chegu tulis ni, 12 Dis 2012 - 12/12/12 - mungkin tarikh ni ramai nak buat majlis kahwin yang besar-besaran, tapi hari ini hari rabu, tak sesuai pulak. ah sesaje je..

Haritu chegu jalan-jalan dengan isteri, awal bulan enam, sempena nak berpindah balik ke semenanjung. Chegu terpaksa pergi ke pitas, sabah dahulu kerana surat pindah belum dapat dan kereta chegu belum diurus untuk dihantar menaiki kapal kargo. Tiga hari sahaja chegu jalan-jalan sebab isteri dapat cuti sekejap dan cukup-cukup masa nak tunggu surat kebenaran bank untuk pindah kereta tu.

Sape-sape nak hantar kereta kenalah sediakan secukupnya dokumen yang diperlukan
(a) Surat pemberitahuan kepada pihak peminjam(bank) menyatakan anda berpindah sebab munasabah (tulis ringkas je kata nak pindah sebab tugas) - yang penting bayar tiap2 bulan tak miss
(b) Tunggu surat kebenaran bank (dia proses 3 hari)
(c) Cari ejen kargo
(d) Buat salinan kad kereta, no kad pengenalan, dan surat kebenaran bank
Dah itu je, nasib ejen siap bagi perkhidmatan bawakkan kereta.

Siap je urusan bank, chegu terus je ke kundasang, sabah. Jadi adalah sikit-sikit "snap".

jalan dari tamparuli ke kundasang - syukur kalini datang
nampak Gunung Kinabalu. Selalunya terlindung awan

Hari pertama, terus je chegu ke Tenusu Desa di Mesilau. Dulu dah pergi, saja bawak isteri.

Tiket - RM 3,  sekali lagi datang kilang keluar susu lembu
tapi susu takde - Hampeh

Pemandangan kaki Gunung Kinabalu, Mesilau, Sabah

Hari pertama chegu menginap di Fairy Garden Resort sebab dah petang sangat. Catatan lalu : Jelajah 2011, Kundasang Sabah - siri1

Bersambung...
Jelajah 2012, Siri 1 - Cuti-Cuti di Sabah
Jelajah 2012, Siri 2 - Ranau, Sabah
Jelajah 2012, Siri 3 - Pulau Manukan, Sabah

Selasa, 11 Disember 2012

Lokasi AES - elakkan saman


Haa... lokasi dah terdedah. Mana tahu anda boleh mengawasi tempat-tempat ini. Bolehlah mengurangkan beban membayar saman ni.

berikut adalah lokasinya dan had laju maksimum kawasan tersebut
  1. Km 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan - 90 km/j
  2. Km 376 Lebuhraya PLUS - Slim River - 110 km/j
  3. Km 91, Jalan Ipoh - Butterworth (Kerian, Perak) -  km/j
  4. Km 85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur (Tapah) - 90 km/j
  5. Km 205.6 Taiping Utara - 110 km/j
  6. Km 26, Jalan Kuala Kangsar (sg Siput)
  7. Jalan Pasir Putih, Ipoh (berdekatan TNB)
  8. Km 7.7 Sungai Besi, Kuala Lumpur - 80 km/j
  9. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya - 80 km/j
  10. Km 301.9, Kajang - 90 km/j
  11. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya - 70 km/j
  12. KM 6.6 Jalan Kajang / Puchong, Kuala Lumpur - 90 km/j
  13. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
  14. Jalan Ipoh, Kuala lumpur
Cadangan membaca :  Perhatian pemandu aes rakam visual

Sabtu, 8 Disember 2012

Himpunan Petua Dapur

Disini ada beberapa himpunan petua lama yang boleh digunakan. Hanya berkongsikan petua yang sememangnya tidak dibuktikan kesaintifikannya. Mana tahu boleh dicuba. Tak rugi pun. Kalau ada kerugian, maap ye, janganlah dituding jari kat chegu, ianya atas risiko anda sendiri


Mencantikkan Telur Rebus
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.

Mengelak Ikan Masin Hancur
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.

Ikan Digoreng Tidak Lekat
Untuk memastikan ikan tidak melekat pada kuali ketika digoreng, anda harus pastikan minyak yang digunakan agak banyak dan membolehkan ikan tersebut tenggelam. Selain itu anda juga boleh memasukkan beberepa keping asam keping bersama ikan itu. Terbalikkan ikan bila anda yakin ia telah garing.

Mengelak Minyak Memercik
Petua 1 : Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
Kemudian baru menggoreng.
Petua 2 : Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.

Menghalau Semut
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

Memekatkan Sup
Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

Mengelakkan Lipas
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Petua 1 : Letakkan arang di dalam peti sejuk untuk mengelak peti sejuk daripada berbau.
Petua 2 : Letakkan sedikit esen vanila dalam bekas yang kecil dan simpan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum dan segar.

Hindari Bau Busuk Kulit Udang
Siram kulit udang dengan air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan dihurung lalat.

Bersihkan Siput Sedut
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.petua menghilangkan bau pedas cili

Cili Mesin Lebih Tahan Lama
Petua 1 : Masukkan sedikit air asam jawa ke dalam cili kering yang telah dimesin. Kemudian simpankan di dalam bekas yang berpenutup di dalam peti ais. InsyaAllah cili tersebut akan tahan sehingga sebulan dari berkulat.
Petua 2 : Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan sehingga kering airnya. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.
Petua 2 : Cili yang telah dikisar hendaklah digoreng terlebih dahulu dengan minyak dan sedikit garam. Setelah sejuk, barulah dimasukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.
Petua 3 : Masak cili dengan air dan sedikit garam. Setelah sejuk, bolehlah dikisar hingga hancur.

Petua Mengisar Cili
Masukkan sedikit minyak masak bersama cili kering . Kemudian kisar seperti biasa. Cili kering tersebut akan tahan lama selain menghancurkan biji cili kering dgn lebih cepat.

Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.

Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

Mengelakkan Periuk/ Kuali Menjadi Hitam
Sapukan minyak masak pada bahagian dalam dan luar periuk dan kuali setiap kali sebelum ia digunakan. InsyaAllah periuk/kuali tidak akan menjadi hitam, terutamanya jika diguna di atas api dapur kayu.

Hilangkan Bau Hamis Daging
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.

Hilangkan Lemak Ayam
Gaul dan perapkan daging ayam dengan tepung gandum selama setengah jam, sebelum anda hendak memasaknya.

Kurangkan Kutu Beras (Bubuk)
Petua 1 : Ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras diatasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi diserang bubuk.
Petua 2 : Masukkan beberapa tangkai cili kering dan serai ke dalam bekas beras. Beras tidak akan berkutu sebaliknya berbau wangi.

Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis.

Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko
Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan limau nipis selama lebih kurang lima belas minit. Anda akan dapati cawan dan teko itu bebas dari kesan teh dan kopi yang kelihatan berkarat itu.

Mengatasi Nasi Lembik
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

Telur Tahan Lama
Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.

Menghilang Tanda Hangus Pada Periuk
Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.

Melembutkan Daging
Petua 1 : Jika anda masak daging yang keras, sudah lama direbus tapi masih belum empuk, anda boleh mengatasi masalah ini dengan memasukkan sebiji buah betik muda ke dalam masakan daging tersebut. InsyaAllah, daging itu akan lembut dan masakan akan bertambah sedap.
Petua 2 : Masukkan sudu atau garfu (seelok-eloknya sudu tembikar) ke dalam periuk bersama-sama daging yang sedang direbus hingga empuk. Kemudian, barulah dimasukkan bumbunya.
Petua 3 : Ketika merebus daging, masukkan satu cawan air kelapa ke dalam rebusan daging. Masak seperti biasa sehingga daging empuk. InsyaAllah daging akan lebih mudah lembut.

Sayur-sayuran Tahan Lebih Lama
Setiap kali membeli sayur-sayuran, cucikan dgn air terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya. Kemudian bungkus dengan suratkhabar. Simpankan dalam peti sejuk seperti biasa. InsyaAllah sayur-sayuran tersebut akan tahan sehingga dua tiga hari berikutnya dan masih segar apabila ingin dimasak.

Mengelakkan Sawang atau Sarang Labah-labah
Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang labah-labah. Kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.

Mengelak Telur Rebus Pecah
Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian baru masukkan telur ke dalam air.

Petua Mengupas Telur
Agar telur terkupas cantik, ikuti petua ini. Rebus telur dalam jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas.

Agar Tembikai Lebih Manis
Untuk memaniskan lagi tembikai, rendamkan dalam air garam selama 4 jam. Tembikai akan berasa lebih manis.

Menyegarkan Kembali Sayur
Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit. InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan mengembalikan kesegarannya.

Hilangkan Bau Hanyir Ayam
Petua 1 : Lumurkan dua sudu makan cuka dan biar selama satu jam. Kemudian baru dicuci seperti biasa. InsyaAllah bau hanyir dan lendir ayam tadi akan hilang.
Petua 2 : Terlebih dahulu lumurkan ayam dengan tepung gandum. Rendamkan dalam air sehingga 10 minit. Cucikan dengan air bersih.

Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air.

Pengisar Sentiasa Tajam
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

Hilangkan Bau Botol Atau Balang
Setelah botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah dibersihkan. Tutupkan arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam. Apabila bau benar2 hilang, baru lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang bersih.

Hilangkan Kotoran Pada Pengisar
Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam pengisar. Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.

Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar
Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam pengisar. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit limau. Cudi bersih dan lihat hasilnya.

Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan
Selepas menyiang ikan, lumurkan sedikit ubat gigi pada tangan. Kemudian, bilas. InsyaAllah tangan tidak akan berbau hanyir lagi.

Masakan Termasin
Potong kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan. Setelah kentang lembut, keluarkan semula.

Bekas Plastik Kelihatan Baru Semula
Koyakkan suratkhabar kecil-kecil. Selepas itu campurkan sedikit peluntur. Basuhkan bekas plastik itu sekali lalu dan rendam dalam campuran suratkhabar dan peluntur tadi. Biarkan semalaman. Keesokkan paginya, basuh bekas plastik tadi dengan serbuk sabun yang bercampur air limau nipis. Gosokkan dengan span. Kemudian, basuh bersih-bersih, bilas dan keringkan.

Cara Menyimpan Udang
Walaupun tiada peti ais, anda masih boleh menyimpan udang dengan petua ini. Mula-mula udang tersebut dicuci hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan udang tersebut dengan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat. InsyaAllah udang tersebut akan tetap segar meskipun disimpan sehingga 2 hari.

Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.

Hilangkan Lendir Bendi
Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.

Merangupkan Cucur
Masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam abncuhan tepung. Kacau rata-rata kemudian barulah digoreng. Cucur akan terasa lebih enak bila dimakan.

Melembutkan Cucur
Bagi anda yang jarang membuat cucur, ini ada petua bagi melembutkan cucur. Pastikan anda membancuh tepung gandum dengan air suam. Kacaukan sehingga sebati. Dengan cara ini, cucur yang anda masak lebih lembut sesudah dimasak dan tetap lembut walaupun telah sejuk.

Kursus Induksi (KISSM)

Kursus Induksi (KISSM)?? Ada apa dengan Kursus tu ye?? Penting sangatkah kursus tersebut kepada semua yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam??  Baiklah, chegu ingin berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang mana mungkin boleh membantu anda yang masih tidak tahu apa itu KISSM.

Maksud Kursus Induksi (KISSM)
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia dikenali sebagai KISSM. Kursus ni  sangat penting dan diwajibkan kepada semua pegawai baru yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam sebelum mereka disahkan dalam jawatan. 

Tujuan utama Kursus Induksi (KISSM)
Secara umumnya,Kursus ni diadakan untuk memastikan pegawai baru yang bekerja dapat memberikan perkhidmatan terbaik , cemerlang serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya kerja.
Modul  & Tempoh Kursus Induksi (KISSM)
Terdapat dua modul iaitu Modul Umum dan Modul Khusus,
1) Modul Khusus  : "Face to face"- 3 hari 2 mlm/ 10 jam kuliah di premis kerajaan @ swasta
2) Modul Umum   : Sesi Pembelajaran Kendiri berdasarkan CD semasa di sekolah/IPG/ 6 jam
Penilaian Kursus Induksi (KISSM)
1) Penilaian sepanjang Kursus (PSK) - 60%
    a) Tugasan -Tugasan bertulis I  (individu)  - 20%
                     -Tugasan bertulis II  (kumpulan) - 20%
       (Dibuat semasa di sekolah/IPG dan dihantar semasa hadir Modul Khusus)
    b) Pemerhatian  - 20% 
       (Dibuat semasa Modul Khusus dijalankan)
2) Ujian Akhir Kursus (UAK) - 40%
     (Diadakan pada akhir sesi Modul Khusus)

Nota, Soalan dan Jawapan
Mungkin ada yang akan tercari-cari nota-nota yang sesuai untuk tujuan ke kursus ini. 
hiasan


KISSM - Pengurusan Am



KURSUS INDUKSI (KISSM)
PENGURUSAN AM
1.             Faktor dorongan adalah merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kecekapan dan mutu perkhidmatan awam. Huraikan tiga (3) faktor galakan (motivator factor) dan tiga (3) faktor penyelenggaraan (hygiene factor) sebagaimana yang dimaksudkan di bawah factor dorongan tersebut.
Jawapan:
Faktor-faktor galakan:
i.              pencapaian tugas
ii.             pengiktirafan
iii.            kemajuan kerjaya
iv.            tanggungjawab
v.             status kerja
vi.            kerja itu sendiri

Faktor-faktor penyelenggaraan:
i.              penyeliaan rakan sejawat dan orang bawahan
ii.             dasar organisasi
iii.            jaminan kerja
iv.            keadaan pejabat
v.             upah atau gaji
vi.            komunikasi dua hala
vii.           personel life

2.             Pihak pengurusan boleh mengambil tindakan untuk meningkatkan persekitaran kerja, persekitaran masyarakat dan persekitaran dalaman.  Huraikan secara ringkas bagaimana meningkatkan mutu persekitaran tersebut. ( Atau soalan yang membawa jawapan yang sama adalah seperti berikut : Pihak pengurusan boleh mengambil tindakan untuk meningkatkan produktiviti melalui gaya pengurusan, persekitaran kerja,teknologi, bahan-bahan dan kelengkapan modal. Huraikan secara ringkas tindakan-tindakan tersebut )



Jawapan:

a.             Gaya pengurusan
i.      mewujudkan wawasan dan objektif jabatan/pejabat serta meyebarkannya kepada kakitangan
ii.             merancang dan menetapkan matlamat prestasi jabatan/pejabat dan kemudahannya mengukur pencapaian sebenar.
iii.            Mewujudkan budaya kerja yang menekankan produktiviti

b.            Persekitaran kerja
i.               mewujudkan susunatur jabatan/pejabat yang sesuai dengan operasi kerja
ii.             melengkapi pejabat dengan kemudahan asas
iii.            menjaga kebersihan dan perhiasan di tempat kerja
iv.            menyediakan kemudahan-kemudahan untuk kakitangan

c.             Teknologi

i.      mengkaji proses-proses kerja yang dijalankan sekarang untuk mengenalpasti aspek-aspek yang sesuai untuk diautomasi atau dimekanisasikan.

d.            Bahan-bahan

i.              menjalankan pemeriksaan kualiti pada peringkat awal ke atas bahan-bahan input  yang diperolehi daripada pembekal.
ii.             Memberi Pendidikan kualiti kepada pembekal
iii.            Mengamalkan system inventori yang baik untuk mengelakkan pemegangan stok yang berlebihan bagi bahan-bahan.

e.             Kelengkapan modal

i.              menyelenggara kelengkapan modal mengikut jadual
ii.             menentukan kelengkapan modal berada dalam persekitaran operasi yang baik.
iii.            Merancang penggunaan kelengkapan supaya semuanya dapat digunakan dengan optimum.

3.             Seseorang pemimpin sama ada di peringkat jabatan atau mana-mana organisasi perlu memiliki sifat-sifat murni kepimpinan.  Jelaskan sifat-sifat murni kepimpinan yang seharusnya dipunyai oleh seseorang pemimpin supaya dianggap pemimpin yang berwibawa.

Jawapan:

i.      pandai menggunakan kuasa tanpa menimbulkan syak wasangka di kalangan pekerja atau tidak gila kuasa.
ii.             bersih,cekap dan amanah.
iii.            Kerelaan untuk menghadapi risiko dan mencuba yang baru untuk kebaikan organisasi.
iv.            Sikap hormat menghormati sambil mengambil berat dan bertanggungjawab.
v.             Sentiasa bertimbang rasa dan mengambil pendekatan penyertaan dalam pengurusan.
vi.            Kerelaan berkongsi kuasa dengan pekerja-pekerja.
vii.           Menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
viii.          Menyedari mengenai kemajuan diri sendiri dan kemajuan pekerja-pekerja bawahan.
ix.            Sentiasa berfikiran terbuka dan mengalu-alukan nilai-nilai positif di kalangan pekerja-pekerjanya.
x.             Mempunyai emosi seimbang dan pandai berjenaka.
xi.            Sentiasa memberi teladan yang baik kepada pekerja-pekerja.
xii.           Sentiasa bertenaga dan menggalakkan serta memberi dorongan kepada pekerja-pekerja. Sentiasa mengiktiraf dan menghargai setiap sumbangan pekerja.
xiii.          Sentiasa mewujudkan mutu kehidupan bekerja yang baik dan selesa.
xiv.         Tidak cuba sentiasa mengawal pekerja sehingga menimbulkan ketegangan.
xv.          Sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina
xvi.         Bertindak dengan tegas, sabar dan adil iaitu tidak pilih kasih.


4.             Huraikan pendekatan-pendekatan berikut yang dapat meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi.

a.             Latihan kepimpinan
b.            Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan
c.             Perubahan sikap dan nilai
d.            Maklumbalas dari pekerja-pekerja bawahan
e.             Pengalaman dan pusingan kerja.
f.             Kemajuan kerjaya dan kemajuan individu

Jawapan:

Meningkatkan keberkesanan kepimpinan ialah

a.     Latihan kepimpinan

Setiap individu yang baru menganggotai sesebuah jabatan perlu diberi kursus orientasi supaya mereka memahami akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Latihan kerohanian perlu diberi penekanan dan diadakan dari masa ke semasa.

b.    Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan

Ini boleh dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran. Memberi kesedaran kepada individu tentang pandangan Islam terhadap kepimpinan akan memberi kesan kepada diri individu itu sendiri.

c.     Perubahan sikap dan nilai

Ini boleh dilakukan melalui latihan kederiaan di mana seseorang itu diberi peluang untuk mengenal diri sendiri dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya sebagai pemimpin.

d.    Maklumbalas dari pekerja-pekerja bawahan

Untuk menilai sama ada kepimpinan pegawai atasan itu berkesan atau disenangi, satu system maklumbalas perlu diadakan di mana pekerja-pekerja bawahan diberi peluang untuk menilai prestasi pegawai atasan tanpa ada rasa dendam di kalangan yang dinilai.

e.     Pengalaman dan pusingan kerja.

Tiap-tiap individu dalam jabatan hendaklah diberi peluang yang meluas untuk menjawat jawatan yang tanggungjawabnya mencabar. Ini boleh dilakukan dengan system pusingan kerja dan penglibatan mereka dalam Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).

f.     Kemajuan kerjaya dan kemajuan individu.

Individu perlu dipermajukan dengan memberi peluang untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran atau menyediakan anugerah cemerlang,Hari Q sebagai menghargai sumbanagan mereka.


5.             Salah satu aspek dalam kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran mendengar. Mengikut Thomas Gordon(1970) ,pendengaran yang aktif merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain meyelesaikan masalahnya. Jelaskan tanda-tanda pendengar yang kurang baik.


Jawapan:

Tanda –tanda kebiasaan pendengar yang kurang baik

i.              Beranggapan bahawa perkara yang diperbincangkan tidak menarik.
Angapan daripada pendengar mengatakan bahawa perkara yang sedang dibincangkan itu tidak menarik adalah merupakan penghalang yang besar kepada pendengar yang berkesan.

ii.             Mengkritik penyampaian penceramah
Satu lagi kebiasaan seseorang yang tidak berminat ialah dengan cara mengkritik penyampaian penceramah. Kritikan adakalanya juga menyentuh kualiti bantuan alat pandang dengar.

iii.            Mendengar secara memilih

Mendengar secara memilih sesuatu topic atau tajuk perbincangan yang diminta sahaja. Pendengar menapis maklumat-maklumat.

iv.            Mencelah

Pendengar yang kerap mencelah menunjukkan bahawa ia adalah seoraang pendengar yang kurang baik. Keadaan ini berlaku kerana pada hakikatnya kita boleh berfikir lebih pantas dari bercakap. Jadi pendengar cuba membuat andaian.

v.             Mimpi di siang hari

Mimipi di siang hari menunjukkan bahawa seseorang itu adalah seorang pendengar yang kurang baik. Pada hakikatnya memang sukar untuk memikirkan dua perkara dalam satu masa yang sama. Oleh itu pendengar yang sedang bermimpi di siang hari akan menumpukan pemikirannya kepada perkara-perkara yang sedang difikirkannya, sedang dibuai mimpi, dan tidak kepada perkara yang didengar.

vi.            Gangguan luar.

Gangguan ini boleh berupa kerusi yang tidak selesa, kebisingan, panas atau sejuk yang keterlaluan. Pendengar yang baik akan dapat mengatasi gangguan ini, sebaliknya seseorang pendengar yang kurang baik akan membiarkan gangguan-gangguan itu menguasainya dan tidak memusatkan pendengarannya kepada perbincangan.

vii.           Mengelakkan perkara yang susah dan teknikal.

Apabila seseorang itu cuba mengelak untuk memahami perkara-perkara yang susah dan teknikal, ini menunjukkan bahawa ia seorang pendengar yang kurang baik.

viii.          Tertidur

Pendengar yang tertidur menunjukkan bahawa ia tidak berupaya mendengar dengan baik. Pendengar yang aktif memerlukan tidur yang cukup sebelumnya. Inilah suatu kenyataan yang sering dikebelakangkan oleh pendengar yang kurang baik. Keletihan juga akan mengakibatkan kurang tumpuan.


6.             Nyatakan mengapakah perancangan dan kawalan perlu bagi sesuatu organisasi mencapai objektifnya.

Jawapan:

a.             Perancangan

i.      untuk memastikan keberkesanan dengan memilih tindakan-tindakan yang terbaik untuk mencapai objektif
ii.             sumber-sumber yang terhad manusia,wang,bahan mentah,mesin dan tanah dan membuat perancangan yang bijak untuk mengelakkan pembaziran.
iii.            Untuk mengurus perubahan persekitaran yang tidak menentu.Ini mendesak pengurus menjangkakan perubahan dan bagaimana hendak menyesuai denganya.
iv.            Untuk memudahkan kawalan. Perancangan dan kawalan saling berkait rapat.

b.            Kawalan

i.              akauntabiliti untuk memastikan objektif organisasi tercapai.
ii.             manusia membuat kesilapan. Kawal untuk pastikan apa yang sedang berlaku.
iii.            Berlakunya banyak perubahan di dalam dan di luar organisasi semasa perlaksanaan tindakan.
iv.            Mengelak berlakunya pembaziran sumber.


7.             Pengaruh yang dipunyai oleh seseorang itu pada kebiasaannya dikaitkan dengan Kuasa(Power) yang dimilikinya dan tanpa kuasa seseorang itu tidak mempunyai kemampuan atau kurang berkesan untuk mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu ke arah pencapaian matlamat. Huraikan jenis-jenis kuasa yang dimiliki oleh seseorang individu itu.
a.             Kuasa yang sah (Legitimate Power)
                                          i.    Kuasa yang diperolehi melalui proses perundangan
                                         ii.    Melalui pengundian
                                        iii.    Dilantik memenuhi sesuatu jawatan atau kedudukan
                                        iv.    Tidak kekal kerana ianya boleh diambil semula jika individu tidak menggunakannya dengan bijaksana

b.            Kuasa Ganjaran (Reward Power)
                                          i.    Individu yang mempunyai kuasa ini mampu memberi ganjaran atau hadiah atau wang ringgit
                                         ii.    Pengiktirafan kpd individu lain
                                        iii.    Dikaitkan dengan kuasa legitimate yang dipunyai oleh seseorang
c.             Kuasa Paksaan (Coercive Power)
                                          i.    Membolehkan seseorang memberi ganjaran dan hukuman
                                         ii.    Berkaitrapat dengan kedudukan dan kuasa yang sah
                                        iii.    Boleh menyekat daripada memberi ganjaran atau perakuan yang baik adalah dilihat sebagai penggunaan kuasa paksaan
                                        iv.    Sukar mendapat sokongan yang ikhlas daripada individu lain
                                         v.    Sentiasa di takuti dan sentiasa dijauhi
                                        vi.    Beliau merasa terasing dan tidak disegani
d.            Kuasa Maklumat (Information Power)
                                          i.    Apb seseorang mempunyai maklumat penting dan maklumat ini adalah diperlukan  oleh pihak tertentu bagi melaksanakan tugas
                                         ii.    Beliau juga dianggap sebagai orang yang berkuasa
                                        iii.    Menyembunyi atau berkongsi maklumat akan memberi kesan kepada organisasi
e.             Kuasa Hubungan (Connection Power)
                                          i.    Individu dianggap berkuasa dengan melihat kebolehan beliau berhubung dan dengan siapakah dia membuat perhubungan
                                         ii.    Dengan kedudukan yang tinggi, peluang untuk membuat perhubungan dengan individu lain yang berkuasa akan menyebabkan seseorang itu boleh mempengaruhi orang lain
f.             Kuasa Rujukan (Referent Power)
                                          i.    Seseorang dijadikan rujukan oleh individu yang lain untuk mempengaruhi orang lain bagi melaksanakan tugas
                                         ii.    Individu yang mempunyai kuasa rujukan adalah merupakan seorang yang mempunyai nilai moral yang tinggi keperibadian yang mulia dan sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada yang lain
g.            Kuasa Kepakaran (Expert power)
                                          i.    Dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, latihan serta pengalaman, seseorang individu mampu mempengaruhi orang lain.
                                         ii.    Kepakaran seseorang dalam bidang yang tertentu adalah sangat penting dari segi pembangunan fizikal seperti pembinaan
                                        iii.    Kepakaran dalam bidang keagamaan akan dapat mempengaruhi seseorang kearah jalan yang baik.

8.             En. Rizal telah dilantik sbg seorang ketua pengarah di sebuah jabatan kerajaan.
a.             Bagaimana dapat ditentukan bahawa beliau mempunyai sifat kepimpinan yang unggul
b.            Jelaskan ciri-ciri bahawa seorang KJ itu telah dpt memberikan kepimpinan yg berkesan
c.             Huraikan cara2 utk mengelakkan perbuatan pilih kasih dlm tindakan2 dikalangan pemimpin/ketua organisasi/jabatan
Jawapan

a.     sifat kepimpinan yang unggul
i) tidak menggunakan kuasa yg ada padanya sewenang2nya tanpa memikirkan akibatnya
ii) menggunakan kuasa yg ada utk meningkatkan prestasi, produktiviti dan reputasi jabatannya
iii) dpt mendorong pekerja bawahan meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka
iv) memiliki penampilan diri sbg pemimpin yg dihormati dan bukan ditakuti
v) bertindak adil, bijaksana, tegas, berani, bertangung jawab , sabar dan baik hati
vi) dpt mengembelingkan sumber2 manusia di organisasinya ke arah mencapai objektifnya
vii) dpt memberikan teladan yg baik kpd org bawahannya.


b)            ciri-ciri bahawa seorang KJ itu telah dpt memberikan kepimpinan yg berkesan

                                          i.    matlamat organisasi dpt dicapai sepenuhnya
                                         ii.    dpt mewujudkan suasana harmoni dan tenteram dlm organisasi ke arah peningkatan kreativiti dan inovasi dlm jabatan
                                        iii.    organisasi dipercayai oleh pelanggan,orang ramai dan pihak atasan
                                        iv.    berjaya meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja2nya dgn program latihan berterusan
                                         v.    dpt mengelakkan pertembungan kepentingan peribadi dengan tugas rasmi jabatan
                                        vi.    sesuatu keputusan dibuat secara mesyuarah
                                       vii.    dpt mewujudkan k/sama dan kerja berpasukan dlm organisasi
c)             cara2 utk mengelakkan perbuatan pilih kasih dlm tindakan2 dikalangan pemimpin/ketua organisasi/jabatan
                                          i.    bersikap adil dlm semua tindakan dan keputusan
                                         ii.    memilih individu yg benar2 layak dan berkebolehanbagi sesuatu jawatan
                                        iii.    mengesahkan jawatan pekerja2 yang telah layak dan memenuhi syarat2 yg ditetapkan sahaja
                                        iv.    mengetahui dengan jelas tugas2 yg dijalankan oleh pekerja2 bawahannya sebelum membuat penilaian prestasi dengan adil
                                         v.    pekerja yg berkelayakan sahaja dipertimbangkan kenaikan pangkat, memangku, kursus dan angerah khidmat cemerlang.
                                        vi.    Tidak memilih pekerja2 yg rapat dengannya sahaja utk sesuatu anugerah/penilaian prestasi yg tinggi
                                       vii.    Tidak mengabaikan pengambilan tindakan tatatertib kpd pekerja2 yang sengaja melanggar peraturan dikalangan yang rapat dengannya dan sebaliknya
                                      viii.    Tidak hanya menaikkan pangkat pekerja bawahannya yg sealiran dengannya sahaja.

9.             Kerajaan bertangungjawab membangunkan negara utk kepentingan dan kesejahteraan rakyat dgn melaksanakan dasar dan rancangan yg cekap dan berkesan. Usaha berterusan sentiasa sentiasa dijalankan bagi mengoptimumkan penggunaan segala sumber yg ada dan mencegah pembaziran serta penyalahgunaannya. Nyata dan huraikan tumpuan dan keutamaan khusus yg harus dibuat oleh KJ

Jawapan

Setiap KJ adalah dikehendaki mentadbir agensi dgn cekap dan berkesan dgn memberi tumpuan kpd

·         Menyedia dan mempamerkan visi, misi, objektif, fungsi, slogan Q, piagam pelanggan dan carta organisasi peringkat jabatan, bahagian, cawangan sehingga ke peringkat struktur yg lebih rendah mengikut kesesuaian
·         Memastikan semua pegawai memahami dan menghayati Visi, misi, objektif, fungsi, slogan Q, piagam pelanggan jabatan dan tangung jawab pegawai terutama kpd anggota yg baru ditempatkan di jabatan itu.
·         Menyediakan sasaran kerja tahunan dan memastikan setiap pegawai mempunyai SKT masing2
·         Memaklumkan kpd semua pegawai mengenai kepentingan pematuhan kpd peraturan2 berkaitan dengan pengurusan sumber manusia (spt urusan perkhidmatan, tatatertib dan kemajuan kerjaya) pengurusan kewangan dan peraturan2 lain yg berkuatkuasa dari masa ke semasa
·         Mengutamakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam pengurusan pejabat
·         Menggalakkan hubungan yg sihat di antara pegawai dan menyediakan suasana kerja yg harmonis
·         Menggunakan aplikasi psikologi dlm pengurusan sumber manusia
·         Menyediakan dan melaksanakan program kualiti jabatan
·         Mewujud dan memperkukuhkan mekanisme kerjasama antara sektor awam dan swasta

Koleksi Nota, Soalan dan Jawapan
Mungkin ada yang akan tercari-cari nota-nota yang sesuai untuk tujuan ke kursus ini. 

ShareIt