Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Ahad, 23 Februari 2014

Kempen - Kesedaran Cara Selamat Melayari Internet

38 peratus kanak-kanak di Malaysia TIDAK TAHU cara menggunakan Internet secara positif, selamat, berhemah dan beretika. Ohh Ini bila Chegu surf kat Facebook. Maknanya Pelajar surf masuk Cyber Cafe buat ape... Main Game dan Chatting (Responden chegu apabila ditanya - em ni dari pelajar kena tangkap le)

Sekolah Chegu sentiasa mengulang masalah disiplin - pelajar didapati menggunakan peluang balik lambat disebabkan aktiviti sekolah hingga lewat petang - Tetapi sebenarnya, mereka ke Cyber Cafe yang berada di pusat bandar, Apabila waktu untuk balik, mereka duduk di depan pagar pintu sekolah seolah-olah baru selesai aktiviti sekolah... Pekara ni dah dihidu dan ditangkap sejak tahun lepas lagi. Tahun ni masih lagi berlaku... ahh menjadi guru disiplin ni cabaran mcm2. Nilah padahnya kalau gajet berlambak dan merata-rata kat mukabumini : Artikel menarik untuk dibaca : Padah kalau terlalu obses gajet

dan like tanda sokongan anda kearah Internet selamat dan berfaedah buat semua. Banyak juga aktiviti diaorg

68% kanak-kanak di Malaysia mempunyai akses ke Internet. Oleh itu, amat penting bagi kita mendidik anak-anak mengenai tatacara serta kaedah penggunaan Internet secara positif, selamat, berhemah dan beretika.
Adakah kita ibubapa menjaga anak supaya selamat?
Tahu 88% "Internet safety" tapi 38% tak tahu melindungi diri
Statistik ni kata Sabah dan Selangor paling tinggi ibu-bapanya mengawasi anak mengguna internet. Yang lain NonHado (em maksudnya takde)

Pelajar-pelajar diingatkan supaya menjaga tatacara anda di internet. Cuba lihat link ini : Berhati-hati dengan pengumpul koleksi gambar Awek Melayu!!. jelas banyak penyalahgunaan gambar anda di Facebook digunakan oleh orang / individu yang tidak bertanggungjawab.

Melalui program CyberSAFE, CyberSecurity Malaysia menganjurkan sambutan ‘Safer Internet Day’ di Malaysia pada bulan Februari setiap tahun, sejak 2010. Pada tahun ini, sambutan ‘Safer Internet Day 2014’ bertemakan "Let's Create a Better Internet Together" (Marilah Kita Bersama-sama Menjadikan Internet Lebih Baik).

 Layari www.cybersecurity.my atau www.cybersafe.my untuk maklumat tentang keselamatan siber. Apa komen Anda??

6 ulasan:

  1. kalau ada internet kat rumah, mak ayah kena pastikan block website yang x sepatutnye..kalo install kaspersky, parents boleh block.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus info ni nick. Tapi berapa ramai ibubapa yg tahu gunakannya

      Padam
  2. letak komputer kat ruang tamu juga leh membendung perkara ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok.. bagus juga idea ni. Tapi skrg fames wifi dan tab

      Padam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt