Memaparkan catatan dengan label Hari Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Guru. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mei 2015

Tema Hari Guru 2015

Tahun 2015 memang sangat-sangat sibuk. Begitu banyak perubahan dalam sistem pendidikan sekarang ini. Bukan sahaja anak murid, malah guru juga tak terlepas dengan cabaran pendidikan sekarang ni. Terkini, chegu sedang berusaha menerapkan soalan HOTs dan LOTs (Kemahiran berfikir aras tinggi). Chegu dah agak memahami, jawapannya adalah pelbagai (soalan banyak jawapan) tapi Pelajar macam ada pening-pening lalat...

Nampakya sekarang chegu nak mintk tolong kat guru-guru lain, boleh bagi nasihat tak, ataupun buah fikiran cara nak terapkan soalan ni di sanubari anak pelajar sekarang ni...



Tema Hari Guru

Berikut merupakan definisi dan huraian tema Hari Guru 2015

"Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"

Hari Guru KPM 2015
HURAIAN TEMA HARI GURU 2015

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

1. DEFINISI

1.1 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).

1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.

2. HURAIAN

2.1 Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

2.2 Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

2.3 Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, 9etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Pra Sambutan Hari Guru 2015


Macam tahun-tahun sebelumnya, hari guru akan ada pertandingan-pertandingan antara-guru-guru, saja seronok-seronok untuk tujuan mengikat tali persahabatan dan ukhwah antara kami guru-guru.

Jadi, pertandingan bowling diadakan oleh kelab kebiru sekolah di Kluang Mall. Tahun ini lebih meriah, Ramai guru dapat hadir. Mungkin sebab dianjurkan waktu malam Jumaat, waktu cuti hujung minggu...

Skor chegu segan nak caka sebab tak mengancam bunyinya... Tak de satu kategori pun yang chegu menang... alah... buat seronok hujung minggu je.

Lepas ini pertandingan badminton regu guru lelaki... mungkin bleh menang plak kat sini...

Isnin, 19 Mei 2014

Hari Guru 2014 Meriah

Memang Tak di jangka, tahun 2014 sangat-sangat luar biasa sikit. 16 Mei jatuh hari Jumaat, tapi Johor cuti hjg minggu, Jadi terpaksalah sambutan hari guru buat Ahad minggu depan. Semua persiapan dan aturcara 100% pelajar buat. Banyak kejutan juga. Mcm tak sangka pun ada... Ni apacite sebelah cikgu tu sape ek... cer teka..
Julung kali dapat bergambar ngan artis
Sharul Shiro Tu
Sabtu - 18 Mei
Ada dua pekara berbeza nak cerita ni. Sebelum hari sekolah sepatutnya ada acara tembak menggunakan senapang untuk ketua jabatan. Tapi pengetua sibuk menyawitsebab musim hujan sekarang ni. Katanya cepat masak buah sawit tu... Terpaksa la tapi ngan rela hati gak sebab dapat menembak guna M16 tu.

Possing ala-ala berlagak ...kikiki
Amacam, ada gaya sharpshooter tak?


Ada dua pertandingan diaorang buat, menang tak??? Boleh la, dapat saguhati je, hadiah RM450 bahagi 4 orang. Emm.. boleh tahan lah.

Ahad - 19 Mei
Sambutan Hari Guru macam biasalah... berarak dengan tema Back To School (Attire...chegu tak ikut tema lah).
macam budak sekolah tak?
Jangan Konfiuse ni gambar cikgu-cikgu
Ingatkan macam biasa je... Perhimpunan, makan pagi, pastu sambungan dengan persembahan pelajar. Yang tak dijangka Kumpulan SHIRO datang dengan semangat memeriahkan sambutan majlis kami ni. Tabik lah kat diaorang...walaupun dah popular, sanggup diaorang membuat persembahan komedi dekat 1 jam jugalah kat guru-guru. Rasanya tak terbayar kalau diaorang dijemput secara rasmi. Sekalung penghargaan tak terhingga sebab mereka kerana sudi menyumbangkan kejutan yang tak sangka sangat-sangat.
Kumpulan Shiro - Ajak & Sharul
Maaf lah sekolah tak jangka mereka datang
Tempat tak beberapa sesuai
Hamper cabutan bertuah... alhamdulillah
Hadih dan kad ucapan chegu dapat
tahun ni.
Tahun ni banyak juga lah acara yang chegu ikut anjuran kelab Guru. Pertandingan badminton - dapat tempat ketiga. Pertandingan Bowling - kalau kumpulan dapat tempat keempat, untuk individu pula tempat ke-10.

Terima kasih kepada anak murid yang telah memberikan hadiah. Kalau banding dengan pengalaman sepanjang 7 tahun ni, inilah hadiah paling banyak chegu dapat.. Tapi kalau diingatkan masa di Sabah dahulu, walaupun hadiahnya tak seperti sekarang, tapi ingatannya kekal sebab mereka mengucapkan terima kasihnya kerana sedar akan kehadiran kita guru-guru sangat sukar. Sewaktu Chegu tinggalkan sabah, sampai sekarang, tiada guru opsyen Matematik yang mengantikan Chegu, hanya guru subjek lain yang mengajar mereka...

Tapi bukan hadiah yang Chegu minta. Cukuplah penghargaan Ikhlas.. Kejayaan anda anak didik yang Chegu harapkan. Biarlah mereka berjaya tetapi tetap tunduk merendahkan diri hormat kepada guru.. contoh terbaik dah nampak depan mata kumpulan Shiro dijadikan iktibar..

Video persembahan - sorry vid amatur - tak stabil sebab lama sangat pegang

Jumaat, 16 Mei 2014

Selamat Hari Guru Buat Cikgu-Cikgu Seluruh Dunia

16 Mei kembali lagi...Dengan pelbagai gelaran, Guru, Cikgu, Sir, Teacher, Pendidik dan lain-lainnya, semuanya menyambut hari Guru...Globalnya.. Emmm, terasa macam syok sendiri je sambut hari guru ni, kalau tak ucap, sapa lagi yang nak sambut, betui tak?

Menanda kertas Peperiksaan 1/2 Tahun
Acara biasa sambutan hari guru

Ahhh... tahun ni terdengar macam-macam dan pekara telah beraku dan akan berlaku. Macam rasa ada gelombang perubahan dalam pendidikan ni... Chegu dah terasa.. soalannya... pelajar dan ibu-bapa dah bersedia atau belum dengan suasana Pengglobalan Pendidikan??? (maaf cikguBM kalau tak betul tulisan)

Apa yang Chegu nak sarankan adalah Gelombang penggunaan media yang semakin mencabar. Guru sekarang bukan merujuk kepada sumber utama ilmu. Sistem pendidikan dah makin memerlukan pelajar menjelaskan, menghuraikan dan menterjemah ilmu. Bukan macam dahulu, pelajar terima dari guru dan menganalisis darinya. hehe.. ini ilmu dari kursus pedagogi MBMMBI matematik haritu.

Banyak istilah baru pendidikan iaitu KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), kontekstual (perkaitan pembelajaran PdP dengan kehidupan seharian) dan Pembelajaran Koperatif (ciri-ciri pembelajaran berkumpulan, sosial dan gerakkerja). Tak termasuk dalam bidang sains dan matematik iaitu TIMMS dan PISA dimana soalan penyelesaian memerlukan pelajar membuat simulasi (penggambaran) dan menyelesaikan masalah menggunakan cara yang pelbagai, menjurus kepada gabungan hasil pembelajaran dan pengetahuan sedia ada (asas). Sangat complicated dan sophisticated dan canggih bahasa...anda faham tak?

Ahhh..setakat ini, chegu dah terangkan kepada pelajar, tetapi mereka masih tak faham... Mungkin sebab budaya pembelajaran yang masih tertakluk kepada peperiksaan membuatkan pembelajaran baru ini macam sesuatu fantasi. (maaf kepada yang merujuk, tulisan chegu ni tak ilmiah, sekadar terjemahan chegu sendiri)

Sempena kesempatan ini Sambutan hari guru tahun 2014, bertemakan "GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI". Happy Teachers Day!

Selamat Hari Guru ^_^


Rabu, 18 Mei 2011

Insentif Hari Guru 2011

Pada 16 mei, sambutan hari guru peringat kebangsaan telah disambut dan, telah diumumkan dalam perutusan hari guru berkenaan insentif yang diwar-warkan sebelum ini, maka statistik pemberian insentif lebih kurang macam ini:-

Selasa, 17 Mei 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekalian,

Sabtu, 14 Mei 2011

Sejarah Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Jumaat, 6 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011

Bulan Mei menjelang sudah, 16 Mei sudah pastinya hari untuk sambutan hari guru. Tema / slogan hari guru tahun 2011 adalah 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'. Di kesempatan ini guru ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik si seluruh negara. Semoga terus menjulang dan memartabatkan pendidikan.

Sabtu, 23 April 2011

Tema Hari Guru 2011 Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara

Tema atau slogan hari guru pada tahun 2011 ini adalah ‘GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA’. Walaupun masih sebulan lagi untuk sambutan hari guru, tapi temanya sudah diketahui. Saban tahun hari guru disambut, namun cabarannya masih sama iaitu bagaimana meneruskan peningkatan pendidikan Negara.




Tuan Rumah sambutan hari guru 2011 peringkat kebanngsaan pada 16 Mei ini adalah di Sarawak. Warga guru sememangnya diakui memikul tanggungjawab yang besar yang harus digalas sepanjang masa. Melahirkan modal insan yang beriman, berakhlak mulia berilmu, berketerampilan, berintegriti dan sejahtera adalah yang utama. Cabaran harus ditempuhi dengan berani, kalau tidak kita akan berhadapan dengan masalah lain - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada abad ini, pelbagai masalah berkenaan dengan isu guru dan pelajar. Cuma tanggungjawab mendidik janganlah hanya dibebankan kepada guru sahaja, ianya harus ditangani dipihak keluarga dan masyarakat. Janganlah hanya kerana atas alasan pelajar, guru yang menjadi kambing hitam.
Cuma ada keluhan sedikit dari pihak saya, dimana NUTP sewaktu pernah dibangkitkan hal berkenaan isu disiplin sekolah pada tahun lepas. Seolah-olah terus guru dipersalahkan kerana hal video di YouTube. Serta, bagaimana nasib kami, guru-guru di Sabah kerana tiada pertubuhan yang menyokong kami disini. Sekurang-kurangya, adalah saluran kepada suara kami yang sudah sekian lama tidak mahu kedengaran sudah.
Memanglah menjadi lumrah, ketidakpuasan ada di mana-mana. Kami pihak guru juga adalah insan biasa, tidak semuanya sempurna. Tapi demi kecemerlangan generasi baru, tenaga tetap dikerah agar usaha yang sedikit ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan kesan kepada perkembangan dinamik Negara. Masa akan tetap berlalu tanpa kita sedari. Diharap dengan perubahan dalam pendidikan seperti yang diwarwarkan dalam tema hari guru ini akan menjadi inspirasi kepada semua warga guru agar terus maju.

ShareIt