Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Ahad, 2 Februari 2014

Nombor Bercampur - Menjawab Soalan Matematik

Tingkatan 2 membabitkan Bab 1 - Nombor berarah. Soalan Daripada Ketua Bidang Matematik dan Sains. Beliau mungkin meminta Chegu mempertimbang soalan jenis ini sebab ada pelajar bertanya kepada Pengetua (Kebetulan pengetua cikgu matematik) Ditanya pula kepada Ketua Bidang dan Ditanya Kepada Chegu --- Wah panjangnya sejarah soalan ni, berantai-rantai lah (ada sikit suspect sebab kenapa direct tanya Chegu --- emmm macam ada unsur dengki je).. Ah ah..abai bersangka baik je

Rantaianya (ceh macam gambarajah rantaian makanan haiwan pula)
Pelajar ----> Pengetua ---> Ketua Bidag ---> Chegu

Takpe, Chegu dah settle dengan diaorang... cuma Chegu nak kongsi dengan pembaca mungkin anak murid Chegu sendiri... takpe kongsikan benda bermanfaat.

Soalan Pelajar apabila nombor bercampur antara nombor bulat, nombor pecahan dan nombor perpuluhan bercampur.

Pelajar bermasalah tu kata ....(lepas banyak rantaian barulah Chegu dengar)... jawapan tak sama macam kalkulator.....

Ahh ni masalah pelajar sekarang... jawapan mengguna kalkulator. So dah dapat tangkap. Dia tukarkan pecahan 1/6 tadi menjadi perpuluhan...

DENGAR CHEGU CAKAP PULA ..... Apabila menyelesaikan masalah ini, cuba tukar semua nombor perpuluhan jadi pecahan (mcm contoh gambar diatas).

Ini kerana 1/6 akan memberi jawapan 0.166666666666666666666666666666666667
Jawapan akan jadi kurang jitu kerana awal-awal telah dibundarkan - pelajar tingkatan 1&2 mana belajar lagi sehingga titik perpuluhan dot..dot....... (Kalau ikut penyelesaian memberi jalan kerja bertulis).

JADI SEBAGAI LANGKAH KESELAMATAN (ingat hanya makmal sains je yang kene selamat) SELESAIKAN MASALAH NO BERCAMPUR KAEDAH PECAHAN... walau dia minta (asal soalan) pada akhirnya dalam perpuluhan.... dapat jawapan akhir tukar le pecahan kepada perpuluhan kalau dia minta.... kan senang kan .. kann ..  kannnnnnn

rasanya ini pelajar bukan chegu ajar... ataupun pelajar ni tak faham apa chegu cakap... Chegu dah terangkan pekara ini di dalam kelas. Aiiiihhhh kalau lah tahu siapa pelajar ni ....

2 ulasan:

  1. Ehehe, zaman skrg guna kalkulator. Benda mudah pun kdg2 takleh jwb sbb otak tu x boleh hidup tanpa kalkulator.

    BalasPadam
  2. Kalkulator hanya alat membantu - Step menjawab tu yang takdapat kalkulatir beri. contoh kuasa dua

    (- 4)^2

    Ada pelajar menekan negatif 4 kuasadua tanpa kurungan dalam kalkulator, apa jadi, jawapan kalkulator - 16 . Kan formula kuasa dua (-4) x (-4) jawapannya mesti jadi positif

    Ini akibat kalau kalkulator dianggap segalanya, sedangkan otak anda lagi hebat dan sempurna, kurinaan tuhan

    BalasPadam

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt