Memaparkan catatan dengan label Pancing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pancing. Papar semua catatan

Ahad, 12 April 2015

Mancing Kolam di Minyak Beku, Batu Pahat

Lama dah tak memancing ikan besar. Dah takde geng yang nak turun laut, chegu ubah hala mancing kolam buatan kat DS fishing kat Minyak Beku, Batu Pahat Johor.

Chegu mancing midnight, harga RM 65 dari jam 12 mlm sampai 6 pagi. Tapi sekarang dah kena GST 6%. Amacam, masih ada unsur ngaja juga. Anak murid sekian, berapakah harganya kalu dah GST....

Ala, mancing kat kolam B je, ikannya dijamin dlm berat 1kg ke atas. Ikannya jenis ikan air masin. Saja mancing waktu hujung minggu sama rakan-rakan guru.


Hasilnya hanya seko je ikan merah. Timbang adalah 1.3 kg. Semalaman mancing dapat seko... em bolehlah, sebelum ni mancing ikan liar, ikan kolam x dpt rentak lagi...

Ikan selamat dlm periuk masak asam pedas... sekeluarga dpt makan. Nasiblah dpt, kalau tak... hihi bangau oh bangau lah

Ahad, 7 September 2014

Memancing di Sedeli, Kota Tinggi

Projek menghilangkan tension tugas, chegu ke sedeli, kota tinggi untuk memancing. Gian teramat sangat. Lama dah tak turun kelaut. Kali terakhir adalah 3 tahun lepas. Sejak tu, hanya udang galah je, itu pun sekali. Trip sasaran ikan merah kat laluan kapal kargo, dekat pulau batu putih... selama semalaman je.

① ② Suasana pagi nak balik dah, malam berombak,
sayang nak klua hp takut masuk air.
③ hasil, ikan ungah, mulanya chegu ingat ikan tanda

Dari kluang, chegu dgn pemancing tegar dari batu pahat, dan sorang kakitangan sek. Mereka dah terkenal selalu menghantar artikel ke majalah joran dan juga sisipan bh. Segan ooo sebab mesen chegu jenis budget je,  joran pinjam plaktu. Taklah sampai nak berabis sampai beribu ringgit, cuma sekadar dapat memancing je.

Turun kelaut pun sebab minggu lepas rakan guru telah pegi dan mendapat habuan lumayan, Ikan Merah saiz 2 kilo tu... melimpah ruah hasil, mana tahu dpt rezki yg sama.

Rupa-rupanya sepanjang malam dilambung ombak. Gara-gara tak melihat ramalan cuaca, rupa-rupanya ada amaran angin kencang. Kikiki ... memang berangin je lah, hasil pun kurang, memancing pun arusnya laju. Biasalah ... first timer turun laut johor.

Hasilnya tak banyak, ikan ungah dekat sekilo dan ikan utik saiz-saiz lengan. Ingatkan ikan tanda.

Tapi dgn pengalaman ni, dah tahu skil dan cara tekong, lain kali dah tahu dah nak beli peralatan apa sebab nak sambung memancing sekali lagi hujung bulan ni.


Ahad, 20 Oktober 2013

Mesen Pancing Banax

Cikgu kat Sek Tinggi Kluang ramai juga yang minat memancing. Jadi chegu dah survey barang pancing baru. Tak banyak la kedai pancing kat Kluang ni. Ada pun banyak jual barang pancing ringan-ringan je. Eh lupa pula rupanya memang nak cari yang ringan je sebab bukan macam dulu kat Sabah tu sampai bawak perahu sendiri.

Kalini cikgu2 STK merancang nak pancing santai di kelong je. Apa lagi hanya teknik dasar je lah. Mancing guna apollo je la. Tapi mesen pancing cikgu jenis kategori ikan besar je. Jadi cikgu beli lah mesen untuk tujuan ni



mesen : banax Ceres 800
Spec : 6 bearing system, worm shaft mechanism, left or right hand retrieve


Ok lah. ringan kalau banding mesen sebelum ni. Chegu plan guna untuk casting dan memancing dasar. Cuma takde pilihan tali lah. Tali sulam (braid) boleh muat 100m. halus tali ni sebab kekuatannya sampai 50 pound. warna je tak mengancam, takpe la, dah terbiasa beli tali besar takut terlepas ikan.

Jumaat, 19 Julai 2013

Udang Galah, Renchong Muar

Lama dah tak turun mengail. Set joran chegu pun dah berkarat. Genap setahun kot dah tak guna. Nasib set-set mata kail masih tersimpan baik dalam bekasnya. Sempat letak bahan menyerap lembapan masa di kooperasi smk pinggan-pingan sabah dulu. Trip mancing ni pun tergesa-gesa sebab dah dapat pindah. Lepas macam-macam benda berlaku dalam masa serentak, tak sangka dapat lagi pindah. Ni rekod kedua sekolah chegu ngaja masa 6 bulan je.







Trip mencari sepit biru ni kat Rencong Muar Johor. Rakan guru 'udang telur' dah macam nelayan gamaknye. Dia ada rumah kelong di sungai Muar ni. Dia tak le minat sangat memancing, membelat lagi untung, saja memenuhi hasrat chegu mancing.

Trip satu hari suntuk seawal pagi dah mula. Chegu tidur di rmh rakit dulu. Malamnye tu tak dapat seko pun. Tapi pagi memang mengancam sikit, kebetulan air mula surut. Ada la beberapa ekor udang chegu dapat, kalah juga la dgn kwn chegu yg bwk bot tu. Joran pun chegu pinjam, mana nak berhasil sangat.


Sepit Biru Orang Lama naikkan


Rezki lepas rehat sekejap


sampai petang ngail

Hasil, adalah dekat 2 kg lebih
Ada dua jenis udang rupanya kat sini, satu jenis botol, sepitnya besar badannya pendek (gambar atas sekali), satu lagi macam gambar kat bawah ni, panjang sepit tak besar sangat. Pancing hari sabtu, ahad terus balik ke kluang suruh mak masak lemak cili api, sedap oooo. Cuma agak liat sikit yang besar2 tu. Belum nampak lagi cerita orang ada udang yang dah mencecah 1/2 kilo besarnya. Tu pun pancing di Jambatan Muar, dekat muara. Dari tempat chegu mancing ni agak2 dekat 2 jam naik perahu. Hajat nak mancing lagi cuma taktahu la bila pula.



Rupa-rupanya udang galah kat muar ni liat sikit nak lekat kat pancing. Asik terlurut je umpan. Nasiblah ikut pakar, ada lah beberapa teknik dia ajarkan, ingatkan macam mudah memancing, kat muar ni, udangnya sangat pandai dan cepat. Tak sama masa chegu m
ancing kat weston, beaufort, dan paitan, beluran di Sabah dulu.

Sikit je chegu nak bagi tip, rupanya kawasan memancing dekat muara, dan di sungai jauh dari muara ada beza. Kena menjangkakan keadaan dasar sungai juga. Kalau kawasan airnya payau, mungkin sebab arus pasang surut kurang lumpur, maka perambut pendek sangat efisyen. Ia bagi mengelakkan udang tidak dapat dikesan melarikan dan makan umpan begitu sahaja dan terlepas. Tapi kalau di kawasan yang airnya tawar, mungkin lumpurnya tebal, maka perambut panjang perlu supaya umpan tidak tenggelam dalam lumpur, udang tak nampak, batu pula mesti ringan sangat, ikutlah kesesuaian. Chegu masih tak mahir, jadi harap membantu serba sedikit. Kemahirannya sangat susah disebut, kena rasakan sendiri juga.

Maka, inilah terakhir kali chegu di Segamat, SMK Dato Bentara Dalam chegu tinggalkan dengan begitu sahaja. Takde ucapan selamat tinggal pun. Chegu pun dah terasa hati dengan layanan Pentadbirnya. Guru-gurunya nak buat majlis perpisahan, tapi chegu dah tak mahu dah jumpa, lagilah pulak membuat ucapan.

Sekarang chegu dah mengajar di SMK Tinggi Kluang. Akhirnya balik ke kampung halaman sendiri. Ada juga guru kat sini yang minat memancing. Mana tahu ada lagi trip mancing lain pula. Katanya nak ke endau Mersing. Tungguu je la.

Jumaat, 16 November 2012

Memancing Sekitar Pulau Tigabu 2012

Ala, dah lambat bebenar chegu buat posting ni. Nak buat macamana, chegu sibuk dengan asik berulang balik ke semenanjung, x sempat nak blog. Rentetan pindah sekolah ke Alrisya Pagoh, dan sekarang pula dah nak pindah ke SMK Dato Bentara Dalam, Segamat. Aiii dapat lagi pindah.. rezki, syukurlah. Tapi masih nak cerita di Pitas, Sabah sana sebab rindu dek kenangan-kenangan memancing ni lah.

Tangkapan hari kedua


Cerita memancing ni waktu bulan 4 haritu. Selama 2 hari 2 malam trip dari muara kanibongan. Ikutkan hari jumaat dah turun tetapi dah malam baru gerak. Tujuan ke pulau tigabu. Trip dengan kapal dan 3 perahu. Malam kitaorang mancing dasar hasil gps kawan Chegu si Saibeh.
 
Hari pertama seharian suntuk menunda dikawasan diaorang panggil mandi darah, tak dapat apa2 pun. Geng 2 perahu lain dapat ikan damit2 (kecil) je. Tapi rasa tertekan juga sebab pemancing dasar dah dapat ikan gerpoh kecil yang kebetulan lalu semasa air pasang pagi.

Kitaorang terpaksa keluar dari kawasan mandi darah sebab ada geng pukat laut dalam menunda di kawasan kitaorang. Kacau beno. Patutnya diaorang g laut dalam lah, bukan jauh pun. Tapi nak dapt rezki mudah, semua diaorang hadap. Kesian kat kita yang kecil2 ni.

Apa nak buat... x de sekong pun.
Belakang tu pulau mandi darah.
 Lokasi dekat dengan Laluan ke pulai tigabu kitaorang tuju. Kat sini banyak juga kawasan takat (batu karang) yang mengunjur ke laut dalam. Ada sebuah boya tempat laluan kapal besar. Seharian penat menunda pun masih tidak berhasil. Umpan banyak putus sebab masih tak pandai lagi menunda kerana tempat baru dan tak pakar sangat memandu perahu ni. Chegu berehat di kapal dan memerhati kengkawan ke laut lepas menunda. Tapi dah nak menjelang senja, ternampak sekumpulan ikan bermain di sekitar kapal berlabuh. Semangat datang balik, nah ... hasilnya dua pengaluan. Ceh, sampai ke malam baru lah puas sikit dapat ikan gadang (besar) niii.


Malam hari pertama - 2 Pengaluan
nama lainnya alu alu / Barakuda (baracuda)


Malam ribut, ada juga memancing dasar. Kengkawan lain dapat hasil lumayan yuga dengan kerisi besar tapak tangan. Chegu tidur sebab letih sambil terbangun sebab hujan lebat. Sejuk ooo

Hari kedua kengkawan Sibeh dan Mael terus ke Pulau tigabu. Chegu tak berani ikut sebab jauh beno diaorang pegi. Hanya chegu memerhatikan diaorang ke pulau tigabu dan menunda di kawasan cetek sahaja. Hari terlalu panas dan memandangkan bekalan dah nak habis, chegu ke kawasan takat tiang sahaja (berdekatan dengan muara kanibongan).

Tengok matahari terbit dekat dangan Pulau Tigabu
(tak perlu ke jepun la).
Kiranya macam kat jepun gak sebab tigabu ni
dah selari ngan jepun gak




Kat sini boleh juga la sebab tinggal saat2 akhir jugak barulah dapat seekor pengaluan yaang agakya 4 kilo juga. Siap tunjuk takau (Kait) baru lagi tu. Hehe, dulu pinjam takau orang je (gambar atas sekali).

Sampat tengahari kitaorang dah kat muara sampai petang. Geng lain pun kurang mendapat hasil sebab diaorag tumpu teknik jigging je.

Dapat juga yang kecil sebagai penutup hari kedua tangkapan
Ni lah rasanya trip penutup Chegu. Taklah lumayan sangat, 4 ekor pengaluan je. Kebanyakan Chegu sedekah je kat kengkawan di Pinggan-Pinggan sinun.

Tak tahulah bila lagi dapat menjejakkan kaki ke Sabah lagi. Sedih meninggalkan kenangan ni. Mana taknya dari SMK Kanibongan, pindah ke SMK Pinggan-Pinggan, Pitas, banyak kemajuan dah nampak. Dulu takda air bersih kini dah dapat. Kalau dulu Kota Marudu hanya ada beberapa banggunan kini dah semakin maju dengan pertambahan banggunannya, Besau dah Marudu oiii.. Apa boleh buat, Terpaksa lah pindah juga. Sekarang Chegu masih mengintai2 macamana nak turun laut lagi. Mana tahu sekolah baru ni pula ada kaki pancing. Tahun baru ni kena lapor diri, tak sabar juga nih..

Ahad, 22 Januari 2012

Kedai Pancing Kota Kinabalu 2

 TCE TACKLES SDN BHD - Kota Kinabalu Showroom
33 Lorong Karamunsing, Karamunsing, 88300 Kota Kinabalu, Sabah 088-263 663

Kedai ni dekat dengan Bangunan KWSP kota Kinabalu. 
Selalunya chegu cari barangan untuk memancing udang galah di sini. 
Bersebelahan dengan kedai membaiki kereta Dunlop, macam dalam gambar tu. '
Agak tersorok sikit kedai ni.




Rabu, 21 Disember 2011

Kedai Pancing - Teluk Intan - TCE Tackles


Sempat chegu ambil gambar kedai pancing kat teluk Intan Perak. Lokasi nya betul-betul berdekatan dengan sungai perak di jalan bandar dekat dengan menara condong teluk intan, dari lembaga tabung haji terus ke pusat bandar
TCE Tackles
Alamat : 6, Jalan Bandar, 36000 Teluk Intan. 
Tel : 605-6215089
masa operasi : 9.30am - 6.30pm

Peta TCE Tackles

Ahad, 23 Oktober 2011

Memancing di Bagang Pinggan-Pinggan

Kemarin cikgu bersama-sama 7 rakan2 ke bagang memancing dasar. Kami dengan 2 perahu bertolak sesudah subuh, dlm jam 5 pagi, semata-mata utk mengambil umpan bilis.

Bagang - dari kiri - Toupik, Eee, Wan

Sempat ambil gambar burung
Sebenarnya bagang disini macamlah kelong memerangkap ikan kat semnjg tu, mungkin ada yang tak tahu. Binaanya daripada pohon nibong dan diikat dengan tali sehingga menjadi rupa mcm kat gambar kat atas tue. Biasanya bagang mengeluarkan hasil utamanya seperti bilis. Tapi kekadang ada juga ikan yang masuk. Senang sikit memancing tanpa menggunakan jangkar (sauh), berpaut je kat nibong bagang tuh.

Tak lama kami memancing sebab air surut besar. Jam 11 kami pulang. Perahu pinjam, takut kena menyorong perahu jauh dari pantai.

subuh - pantai Pinggan-Pinggan, nun jauh tu ada Gunung Kinabalu

Hasilya, hehe kurang membanggakan. Majoriti kami kurang hasil tangkapan, tak tahu nape, mungkin sebab hujan semalam.

Hasil Tangkapan, tidak banyak adalah dalam 1.3 kg semuanya.

Isnin, 17 Oktober 2011

Memancing | 16 Oktober 2011

Dalam perjalanan membeli hp semalam, tidak terpikir pun chegu akan turun memancing. Tak sangka ada peluang lagi turun memancing sebelum balik bercuti panjang. Tidak sempat bersiap sangat pun, dengan apa yang ada pun, chegu turun juga ke sungai Kanibongan, Pitas.

Dengan berbekal air 100+ dan biskut tiger je, chegu memulakan hari memancing ni lewat sedikit iaitu jam 9. selalunya jalan sesudah subuh, ni la jadinya kalau tidak plan awal.

Misi castingan dan tudaan. Tapi tiadalah yang membanggakan kerana hanya seekor saja ikan yang dapat dinaikkan. Tu pun dekat muara sungai. Ikan kerapu sunuh seberat 1.4kg je. Sejak kebelakangan nih, kurang sedikit hasil kerana ribut tropika yang melanda. Kira ok jugalah, tiada hujan lebat di Sabah ni yang teruk sehinggakan banjir macam di Bangkok tu.

kerapu 1.4 kg je. Jadi la

Perahu tidak dapat dibawa ke kawasan terumbu karang kerana ada bocor di bot kayu yang dibawa. Panik sikit kerana tidak nampak kemasukkan air tuh. Terpaksalah menimba dikala masa menunda tuh. Penat juga tangan, jadi kuranglah castingan dek lenguh.

terkilan sikit sebab umpan gewang yang sama di sambar oleh ikan lain selepas itu tetapi putus serta merta. kebetulan joran ditangan terasa juga tarikan ikan gadang nih. Tiada reziki, apa boleh buat (-_-)

snap-snap sikit

bangau

sungai Kanibongan, Pitas

Rabu, 12 Oktober 2011

Teknik Memancing - Trolling


Umpan Trolling Terbaik - Trolling adalah cara memancing dengan cara long line atau tali yang panjang, trolling menggunakan bot, atau kapal. Joran yang mengandungi umpan dipasang pada belakang kapal dengan kedudukan kapal yang berjalan dengan kelajuan tertentu. Kedudukan tali yang panjang dan umpan yang ditarik dengan perahu memerlukan teknik khusus dalam pemancingan supaya berjaya.



Teknik memancing trolling merupakan teknik memancing permukaan, disebut demikian kerana teknik ini mencari ikan yang sering berada berada di permukaan air laut seperti ikan tuna, alu-alu, gerpoh dan marlin. Jenis ikan tersebut mempunyai kebiasaan untuk makan di permukaan air, menjadikan sekumpulan ikan yang menjadi santapan mereka, contohnya ikan bilis dan ikan belanak.

Maka sebagai umpannya para pemancing menggunakan umpan tiruan yang menyerupai ikan yang dijadikan mangsa di atas. Dengan umpan tiruan ianya tahan lasak berbanding umpan hidup atau buatan yang akan hancur jika terkena ombak apabila dipasang dan ditarik dengan perahu.


Memancing sistem trolling memang memerlukan perahu sebagai alat utama. Dengan cara menaiki bot, umpan ditarik sedemikian rupa sehingga menarik ikan pemangsa seperti marlin untuk menyantapnya. Umpan ikan dipilih yang mempunyai warna yang cerah dan berkilau seperti warna ikan asalnya. Penggunaan warna terang akan menarik ikan pemangsa untuk mengejarnya.

Pengalaman trolling : memancing sekitar pulau tigabu, beluran, Sabah

Umpan Trolling

Umpan adalah salah satu faktor penting dalam memancing system trolling. Umpan atupun gewang pancing yang baik adalah umpan yang berwarna terang, berkilat dan kuat. Umumnya umpan yang digunakan untuk trolling adalah umpan buatan yang diperbuat dari logam yang berkilat, atau metal, dibentuk menyerupai ikan supaya boleh mengelirukan ikan yang menyambarnya. Bentuk ikan yang diperbuat dari metal akan memantulkan sinar matahari dan akan menarik ikan sehingga mahu mengejar umpan yang terus bergerak.


Meski banyak orang menggunakan umpan buatan, namun ada juga yang masih menggunakan umpan hidup. Pemilihan unpan jenis hidup juga ditentukan warnanya yang berkilat, supaya akan menarik ikan untuk memakannya. Teknik atau cara pemasangannya juga penting. Ikan di tusuk dengan mata kail pada punggungnya dan menembus hingga perut. Mata kail dapat ditonjolkan keluar agar mudah menembusi mulut ikan penyambar. Jangan lupa untuk mengarahkan kepala ke depan, sehingga seolah-olah pada saat ditarik kapal, ianya seperti sedang berenang.

Target sasaran pemancingan trolling cukup besar, mata pancing yang digunakan pun haruslah cukup besar nombor 5-7. biasanya kalau umpan yang anda gunakan umpan buatan sudah terdapat mata pancing sesuai dengan ukuran dari umpannya. Untuk senar anda boleh menggunakan yang monofilament tentu saja dengan memperhatikan kekuatan dari tarikan ikannya.

Penyambung / perambut mesilah tahan agar jika direntap ikan, ianya bertahan, terutama ikan jenis tenggiri yang tajam giginya. Tali di rod juga mesti cukup panjang supaya apabila ikan melawan, ada tempoh untuk melurut dan mengikutnya (melepaskan tali) supaya seronok berlawan dan cukup tali.

Jenis apapun umpan anda, baik semulajadi mahupun buatan boleh digunakan sebagai alternative. Namun anda juga memerlukan tekong ataupun pakar yang biasa keadaan trolling dan mengemudikan kapal / perahu. Target sasaran mana kedudukan ikan dan faktor cuaca serta struktur dasar laut perlu diketahui agar boleh mendatangkan hasil.

Sekarang ada sudah perlalatan canggih menentukan kedalaman dan mengenalpasti kedudukan ikan seperti sonar. Apa-apaun, pengalaman dan cuaca memainkan peranan penting jika mahu memastikan ikan memakan umpan.

Khamis, 8 September 2011

Galeri Umpan | Lure

Gambar beberapa umpan tiruan sempena pulang ke semenanjung. Kebanyakan kedai-kedai pancing masih tutup, mungkin sakan beraya.

Umpan Minnow Hinomia 8cm (Trolling | Casting)

SUREBITE popper

STORM Thunder crank - casting
Umpan casting yang sengaja dibeli mana tahu mengena. Kebanyakan warna hijau sebab dah banyak kali putus. Stok warna ni sesuai buat waktu ini. Kekadang warna biru yang mengena. Semua nasib.

Hinomia - 1.5m - trolling

Hinomia - 3m - trolling

Selalunya ada dua warna, iaitu warna merah / coklat kalau di muara, yang atas ni biasanya troling di kawasan takat (batu karang).

Selasa, 6 September 2011

Kedai Pancing di Kota Kinabalu

Nama Kedai : KBS Trading Co Core
Bisnes : Fishing Tackle-Retail
Alamat : B-10-0, Ground Floor, Lrg Millennium Centre, Millennium Centre, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Telephone : (+65) 088-272645

Lokasi
Lokasi KBS, dari jalan Lintas / Putatan. Beedekatan dengan lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu. Simpang masuk ada kedai jualan kereta Nissan

Rabu, 31 Ogos 2011

Shop for Fishing | Lokasi Kedai Pancing

1. Wonderful Fish Centre, Johor
012-636 8007 | 75-1, Jalan Arab, Muar, 80400 | Fishing Equipment

2. Ocean Sea Sportfishing, Selangor
03-8945 7725 | No.15, Jalan PSK 6, Pusat Perdagangan Seri Kembangan, Seri Kembangan, Selangor, 43300 | Fishing Equipment

3. Ice Tackles Sdn BHd, Pulau Pinang
04-641 2372 | 303-1-25, Crystal Point, Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas, 11900 | Fishing Equipment

4. Guan Lim Trading, Pahang
016-921 3738 | E-70, Jalan Wong Ah Jang, Kuantan, 25100 | Fishing Equipment

5. Tacklebox Adventures Sdn. Bhd., Selangor
03-5637 0268 | 99, Jalan SS15/4C, Subang Jaya, 47500 | Fishing Equipment

6. Y.E. Fishing Tackle, Wilayah Persekutuan
03-6250 8129 | 13, Jalan Ambong Kanan 1, Kepong Baru, Kuala Lumpur, 52100 | Fishing Equipment | Fishing Tackle - Wholesaler & Manufacturers

7. Pusat Kelengkapan Memancing Samudra, Terengganu
09-626 4019 | 16-D, Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu, 20300 | Fishing Equipment

8. T. A. T. Sport Fishing Centre, Kedah
016-426 8788 | 82, Jalan Lencong Barat, Kawasan Perusahaan Tandop Baru, Alor Star, 05050 | Fishing Equipment

9. AE Tackle Fishing, Johor
016-776 9332 | 47, Jalan Badik 16, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, 81800 | Fishing Equipment

10. Kedai Eng Kwang, Pahang
 09-2409343 | A-16, jalan triangkemayan pahang, 28380 | Fishing Equipment

11. Neoway Sdn. Bhd., Sarawak
082-616 188 | 148, 6 Miles, Old Airport Road, Opposite Kuching Sentral, 93250 | Fishing Equipment

12. TCE Tackles Sdn Bhd, Pulau Pinang
04-552 3427 | 6, Lorong Alma Jaya 2, Bukit Mertajam, 14000 | Fishing Equipment

13. Unik Kail Enterprise, Pahang
09-296 0661 | 20, Jalan Datuk Bahaman 2, Temerloh, 28000 | Fishing Equipment | Fishing Tackle & Services

14.Xin Teng Trading, Pulau Pinang
590, Mukim 4, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, 13500 | Fishing Equipment

15. Kedai Ikan Tropika Chai Chai, Johor
07-357 4425 | 6, Jalan Setia 3/6, Taman Setia Indah, Johor Bahru, 81100 | Fishing Equipment

16. Sixty two Marine Aquarium, Selangor
03- 4295 3390 | Tanjung 9B, Taman Muda, Jalan Bunga 8, Ampang, 68000 | Fishing Equipment

17. Chia Fishing Tackle Trading, Selangor
03-3166 1464 | No. 886, Jalan Besar, Pandamaran, Port Klang, 42000 | Fishing Equipment | Fishing Tackle & Services

18. Joran Xtreme Enterprise, Selangor
013-255 8905 | 2C-1-8, Jalan Rawang Mutiara 3, Rawang Mutiara Business Center 2, Rawang, 48000 | Fishing Equipment | Fishing Tackle & Services

19.Pusat Kelengkapan Memancing & Elektrik CT, Terengganu
09-624 2325 | 20, Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu, 21000 | Electric Equipment & Supplies | Fishing Equipment

20. TCE Tackles Sdn. Bhd., Wilayah Persekutuan
Our products:
-Reels
-Rods
-Lines
-Cooler Box
-Accessories and etc
03-9282 5471 | 22, Jalan Indah 23, Taman Cheras Indah, 56100 Kuala Lumpur

mungkin ada yang mencari kedai menjual peralatan memancing (pancing) di kawasan berdekatan dengan lokasi anda. mungkin info ini membantu. Kebanyakan kedai menjual peralatan memancing dan ada yang membuat perkhidmatan servis untuk kerosakan mesen (reel)

gambar hiasan

Selasa, 23 Ogos 2011

Barang Pancing #2

Koleksi gambar gewang dan mesen casting yang baru dibeli Chegu. Semuanya untuk tujuan casting. Beli di KBS kota kinabalu.

Gewang Madflash STORM untuk casting 8cm (3 kiri) & UV 6cm (kanan)
Masih lagi mengekalkan tradisi membeli stik warna hijau. Saja beli warna oren kerana ada kebarangkalian kalau suasana air keruh / cetek (tohor) sesuai warna ni.

Reel EXORI - FINNA 4000
Gear ratio 5.1:1
5 + 1 Ball bearing

Memancing | 21 Ogos 2011

Hari Ahad yang lalu, Chegu pergi memancing di kawasan perairan Pulau Jambongan, Pitas. Hanya trip sehari di bulan ramadhan. Banyak kali tertangguh kerana ada majlis berbuka puasa sahaja. Tiada sasaran trip kerana hanya mengisi gian di bulan puasa.

Perairan dekat Pulau Jambongan, Pitas

Belurih lauk lingkur dan kerapu sunu (ikan pengaluan, 1.2 kg dan kerapu)

Isnin, 25 Julai 2011

Memancing 24 Jun 2011

Kali ini tripsehari hanya di kawasan muara sungai Kanibongan. GURU hanya mendapat dua ikan sumpit dengan teknik casting. Tak sangka pula spesis ikan sumpit ini mahu menyambar gewang.

ikan sumpit dipancing dengan teknik casting

Jumaat, 15 Julai 2011

Warna Kilauan Gewang Sesuai

Warna Gewang

SEKADAR CATATAN mahu berkongsi pengalaman yang amat sedikit tentang memancing menggunakan gewang. Banyak gewang yang telah diguna. Namun masih hambar.

Mungkin gewang tidak berkilat 'sodap' rasanya


Perdebatan Hangat Setiap pemancing mempunyai pandangannya tersendiri tentang warna gewang, dan ramai yang menetapkan apakah warna terbaik baginya. Kadangkala kepastian ini berdasarkan pengalaman terbaik mereka sehingga terlalu mengambil serius. Pemancing lebih mudah menerima apa saja dogma semasa atau dari guru terdekatnya, lalu menyebarkannya. Bagi GURU, sesuatu pendekatan cuma bagus buat sementara. Tetapi lama-kelamaan, tanpa mengetahui sebabnya, kita yang masih
mempercayainya hanya akan melenguhkan tangan melontar gewang tanpa ada yang
ingin menyambarnya.

Banyak pilihan warna gewang yang ‘selamat’ mengikut pengalaman sebenar si pemancing. Bagaimanapun, ikan adalah haiwan yang hidup dalam persekitaran yang dinamik, justeru perubahan sikap mereka kadangkala sukar diramal dan berubah-ubah. Kadar penembusan cahaya, saiz umpan, keadaan air semasa, warna air dan faktor lain yang cukup luas boleh bertukar dalam sekelip mata dan merubah landskap memancing. Apabila perubahan ini berlaku, pilihan warna yang difikirkan betul tidak boleh diterima pakai lagi. Biarpun pemangsa cerewet seperti ikan aya atau tongkol pun akan memecahkan peraturan ini, dari cenderung menghambat gewang mini pada kebiasaannya pula kepada gewang besar dan berkilat. Perubahan yang berlaku mungkin menyebabkan gewang kecil tidak dapat dikesan spesies ini.

Semasa tiupan angin kuat sehingga permukaan laut menjadi kucah, anda perlu melontar suatu gewang yang besar, gemuk dan berkilat agar sekumpulan tongkol itu dapat mengesannya. Kuncinya, kita perlu mengenal pasti perubahan penting semasa memancing jika ianya berlaku dan mampu menyesuaikan teknik yang ditawarkan.

Tetapi selepas banyak menggunakan berjenis-jenis umpan, teknik adalah penting. Ada masanya warna bukan memainkan peranan, mungkin umpan yang paling tidak digemari untuk dibeli oleh pemancing menjadi santapan yang amat menyelerakan bagi si ikan. Kadangkala walaupun gewang sudah dekat dengan perahu, masih boleh disambar ikan. Sememangnya pengalaman memainkan peranan penting.

Sabtu, 2 Julai 2011

Gewang Pancing

GURU baru mencari gewang baru untuk tujuan casting. Semua gewang adalah dari jenis STORM

Spec : 3-1/4", 8 cm length, swim depth 7'-13' / 2-4 m

Spec : 4", 10 cm, 28g, swim depth 2.5-4.5m

Selasa, 28 Jun 2011

Memancing 25 & 26 Jun 2011

Guru berkesempatan cuti hujung minggu dengan memancing sekitar muara Kanibongan, Pitas sehinggalah muara Paitan, Beluran. Trip 2 orang dengan perahu sendiri. Misi trip kali ini adalah dengan teknik casting, sekali sekala dengan menunda.

gerpoh / putih

hasilan - pengaluan 2.2 kg, kerapu dan putih

kerapu dan selipar

 
Kluang
Menarik kali ini GURU sempat merakam gambar kumpulan Kluang yang disangkakan burung terbang keluar dari sarang jam 6.30 petang. Lama GURU tidak melihat kluang ini sejak dari kecil (asal GURU dari Kluang, Johor)

ShareIt