Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Selasa, 31 Mei 2011

Tarif Baru Elektrik 2011

Mulai esok kita akan menikmati kenaikan bil elektrik. Kenaikan tak terkesan apa-apa RM 2.23sen. Tahniah semua. Sila dapatkannya pada bil elektrik terbaru anda kelak

INFO: Pakej Penstrukturan Tarif Elektrik yang diluluskan kerajaan untuk dilaksanakan oleh TNB
  • Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi Penyimpan Tenaga Thermal (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj untuk menyokong pembangunan teknologi hijau dan pengurusan tenaga (DSM)
  • Mengurangkan kadar tunggu sedia charge yang dikenakan ke atas pepasangan penjanaan bersama daripada RM25/kWj sebulan kepada RM12/kWj sebulan untuk pengguna voltan tinggi dan RM14/kWj sebulan untuk pengguna voltan sederhana bagi menggalakkan penggunaan tenaga lebih cekap
  • Memberi potongan 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan, seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya kerajaan
  • Syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembetungan diletakkan di bawah kategori tarif industri
  • Mengekalkan Tarif Khas Pertanian yang diperkenalkan pada 2006.
Kerajaan Prihatin
  • Elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember 2011.
  • Bantuan membabitkan RM122 juta setahun untuk 900,000 pengguna daripada 5.94 juta pengguna domestik di Semenanjung
Soalan lazim tarif baru elektrik
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan satu senarai soalan-soalan lazim ditanya mengenai tarif baru elektrik:

Ahad, 29 Mei 2011

P Ramlee Seniman Agung

Beliau bintang yang tiada ganti. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tetap dikenang sepanjang masa. Tarikh 29 Mei genaplah 38 tahun pemergian beliau. Sebut sahaja P. Ramlee, siapa tidak mengenali beliau..

Sabtu, 28 Mei 2011

Cuti Sekolah, Pertengahan Tahun

Cuti sekolah bermula lagi, Selamat bercuti kepada semua Guru dan Pelajar-pelajar

Khamis, 26 Mei 2011

Negara perlu 3.3 juta pekerja mahir dalam 10 tahun

Sekadar Catatan berminat berkenaan 3.3 juta pekerja mahir diperlukan dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi memenuhi keperluan industri negara. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata bagi menampung jumlah itu, kementerian mensasarkan 160,000 atau 20 peratus penglibatan pelajar vokasional pada 2015 dan 40 peratus pada 2020.




Rabu, 25 Mei 2011

Tarikh Gaji 2011

Jadual adalah tarikh gaji bagi semua kakitangan awam untuk tahun 2011 mengikut bulan. Tarikh tertakluk kepada keadaan semasa. Maka bolehlah kita sama-sama merancang. Bukan apa, sekarang ini barang makin naik, kenalah berjimat cermat, kalau tak paksa 'taktau la den'.

Ahad, 22 Mei 2011

Tragedi Tanah Runtuh, Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat

Satu lagi tragedi ngeri dan tragis yang menggemparkan Negara dimana kejadian tanah runtuh berlakudi Hulu Langat, Kuala Lumpur membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.


Jumaat, 20 Mei 2011

Belajar Berkumpulan

Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di dalam ingatan?.  Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita telah laksanakan tersebut?.

Susu 1 Malaysia di sekolah dibimbangi mengandungi Melamin

Terdengarlah GURU satu cerita berkenaan susu 1Malaysia yang dikhuatiri mengandungi unsur melamin. terpampang didada akhbar dan telah masuk di kaca tv berkenaan susu ini. Sebelum itu adalah juga cerita susu 1 Malaysia ini tidak halal kerana tiada logo halal. Tetapi Jakim telah mengesahkan ianya adalah halal.

susu 1 Malaysia yang diedarkan di sekolah-sekolah

Rabu, 18 Mei 2011

Ujian Pertengahan Tahun Matematik, Tingkatan2, 2011

Download , klik di sini
Ujian Pertengahan Tahun Matematik Tingkatan2 2011, Kertas 1

Insentif Hari Guru 2011

Pada 16 mei, sambutan hari guru peringat kebangsaan telah disambut dan, telah diumumkan dalam perutusan hari guru berkenaan insentif yang diwar-warkan sebelum ini, maka statistik pemberian insentif lebih kurang macam ini:-

Selasa, 17 Mei 2011

Ciri-ciri pelajar cemerlang

Ciri-ciri pelajar cemerlang seperti berikut:

PERUTUSAN HARI GURU 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekalian,

Sabtu, 14 Mei 2011

Ciri-ciri Pemikir Kritis

"If a man's actions are not guided by thoughtful conclusions, then they are guided by inconsiderate impulse, unbalanced appetite, caprice, or the circumstances of the moment. To cultivate unhindered, unreflective external activity is to foster enslavement for it leaves the person at the mercy of appetite, sense, and circumstance." - John Dewey.

Sejarah Hari Guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Selasa, 10 Mei 2011

Kes Buli Pelajar Sekolah Masuk YouTube

Buli: 4 pelajar perempuan digantung sekolah 14 hari (tersebar di YouTube),
Buletin Utama 9 Mei 2011

Jumaat, 6 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011

Bulan Mei menjelang sudah, 16 Mei sudah pastinya hari untuk sambutan hari guru. Tema / slogan hari guru tahun 2011 adalah 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'. Di kesempatan ini guru ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik si seluruh negara. Semoga terus menjulang dan memartabatkan pendidikan.

ShareIt