Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan

Khamis, 27 Disember 2012

Jalan-Jalan Ke Melaka 2012

25 hb Dis, Selasa - Teruk tau sekolah baru chegu ni, dia buat meeting hari Isnin, sampailah hujung minggu ni. Tak le hebat sangat pun mesyuaratnya, benda biasa je, cuma sekolah chegu yang baru ni budak-budaknya terpilih, minima 3A baru bleh masuk. Cabaran juga ni, dalam kepala chegu pikir anak murid jenis yang takleh jentik... alamak macamni sebelum ni chegu jentik anak murid la..kantoi. Takut kena saman ooo... nak buat macamana, kenalah juga mengajar kat sini.


Sepatutnya chegu dah plan nak ke KL ada majlis kawin sepupu, diaorang buat kat hotel, mesti meriah siap ada dress code, pakai baju kemeja / baju kebangsaan. Tapi dah kena bertugas hari rabu pula, nak taknak, kenalah batal pergi ke KL.

Soo... tetiba plak nak ke Melaka. Jadi bawakla semua keluarga mertua ke Melaka, ubat takjadi ke KL.

Menara Taming Sari, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Dah berkali-kali datang ke Melaka ni. Nak naik tengok kat pintu masuk tertulis harga masuk ke Menara ni, RM 20 dewasa RM 10 kanak-kanak. Tak berani nak naik.


Rupa-rupanya kat dalam, harga tiket RM 15 seorang. Beratur makan masa juga. Dah beli tiket, jadi RM 41 semua. Harga tiket sebenar RM 10 dewasa, RM 8 warga emas dan RM 5 untuk OKU (tunjuk kad pengenalan). Tak tahu nape jadi murah plak, (ingatkan dekat RM 100).


Menara sempena nama keris pahlawan melayu melaka ni adalah menara berputar pertama di Malaysia. Naik dalam masa 5 minit, hampir 3 kali pusingan kat puncaknya. Dapat tengok keseluruhan bandar Melaka. Kalau nak naik ada dijual teropong, harganya RM 5.



Adalah sikit chegu buat rakaman naik menara ni. Nak lagi best jom naik. Ada juga menara ni buat bisnes  jual gambar poskad dan fridge magnet (RM 50), gambar diaorang tangkap sebelum naik menara ni. Ikut  kita nak beli ke tidak beli.


Jumaat, 16 November 2012

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2013

Jadual gaji untuk tahun 2013 dah keluar. Lepas ini boleh kita congak-congak macamana perbelanjaan untuk tahun 2013 ni.

Kebanyakan hari gaji jatuh pada hujung bulan 23 dan 25hb. Tahun baru Cina cutinya 10 dan 11 Feb, Pesta menuai 30 dan 31 Mei, Hari Gawai 1 dan 2 Jun, Hari Raya Puasa 8 & 9 Ogos, Hari Raya Haji 15 Okt dan Depavali 2 Nov.

Anda boleh menyemak cuti tahunan 2013 di sini.

Rabu, 14 November 2012

Takwim / Kalendar Persekolahan 2013

Takwin untuk cuti dan masa persekolahan untuk tahun 2013 dah keluar.



Jadual persekolahan 2013  telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).   Sekolah akan dibuka pada 2hb Januari 2013 ( Rabu ) bagi negeri yang hari minggunya Sabtu dan Ahad manakala bagi negeri  Kedah, Kelantan dan Terengganu  sekolah akan mula dibuka pada 1hb Jamuari 2013 ( Selasa ).

  • Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2013 ( Ahad & Isnin )
  • Hari Raya Puasa - 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat)
  • Hari Raya Qurban - 15 Oktober 2013  (Selasa)
Negeri yang bercuti Tahun Baru 2013 :

Negeri-negeri yang bercuti pada Tahun Baru 2013 – W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor sahaja.

Johor, Kedah, kelantan, Perlis dan Terengganu tidak bercuti pada Tahun Baru 2013. – rujukan : www.kabinet.gov.my

Jumaat, 2 November 2012

Selamat Hari Raya EidAdha 2012

Selamat hari raya Aidil Adha semua. Tahun ini chegu raya di Negeri9. Tapi mood tak berapa baik sebab tekun nak menyiapkan markah peperiksaan hujung tahun. Ada yang tak faham sikit, dah kata PBS tingkatan 1, tapi masih ada Perperiksaan bertulis PBS plak, apa kes!?

Satu keluarga lah berangkat ke rumah Mak Uda Di Felcra Lakai, Simpang Durian, n9. Hari raya pertama, chegu bersiaplah nak ke Mesjid solat sunat HrRyEdAdha ni, siap dari jam 8.30pg. Hairanlah sikit, semua kejiranan tengok aja kita ke mesjid ni, aiii...nahhh, takde solat HrRy ke?

Rupa2 nya, diaorang start jam 9pg dah!!!! Nasib dah telan beberapa nasi impit kat rumah tadi, sepatutnya HrRyEdAdha ni sunat makan lepas solat sunat, tah kenapa macam nak makan, terpaksa lah makan sebab dah di hidang, tup..tup.. balik solat jam 10pg. Tersengguk2 la masa dengar khutbah.

Sebab dah takde keje, maka Mak mertua cadang buat dodol lah sempena HrRyEdAdha ni. OK ada lah sikit resepi macamana nak buat dodol ni...

Wah, tukang kacau ye, tunjuk act la depan mertua, hehe

Resepi Dodol

Bahan
15 biji kelapa diparut
6kg tepung gandum
3 ketul besar gula melaka
2 kampit gula
air secukupnya - santan dan gula (dilarutkan)

Cara-2

  1. Santan dari 15 biji kelapa di panaskan di dalam kawah. Kacau sehingga santan nampak berkilau dan pekat. Kalau nampak kurang air, sila tambah ye dan elakkkan api besar sehingga menghangitkan santan.
  2. Masukkan gula melaka dan gula yang telah dilarutkan, tapis lah supaya tiada ketulan2 gula dalam dodol
  3. Kacau
  4. 1jam ----- kacau
  5. 2jam ------kacau
  6. 8jam (bergantung tahap mana nak likat dodol, pastikan api tak terlalu besar)
Amaran: Kalau 'tak jadi' jangan marah ye, chegu tukang kacau jap je, 2 jam - sebab nak pegi solat jumaat.


Ni lah hasil dodol yang dibuat, cair sikit sebab tak larat dah nak kacau sampai 8 jam, dah angkat 5 jam je.... dodol buat makan sendiri je... bukan nak jual jadi takpelah labu.... Kira2 tapau, cukup la dapat 1 tapau besar untuk 5 keluarga, ada yang kecil dalam 7 tapau (dalam gambar atas kiri). Mana tau boleh bisnes.

4 hari cuti raya, akhirnya tak siap juga menanda. Last2 malam malam la bersengkang mata buat benda online ni yang tak keapa2. Kita cikgu ni dikata budak 'chegu kayo'... mana taknya... dah sepanjang masa berkepit dengan tab... padahal kena online dengan servernya yang lembab macam kura-kura

Sabtu, 24 September 2011

Salam Aidiladha 2011


Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban yang juga dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar. Sepatutnya hari raya korban lebih dirasai kemeriahan sambutannya berbanding hari raya puasa yang juga dipanggil Aidil Asghor iaitu hari raya kecil.

Sesungguhnya Aidil Adha mengingatkan kita kepada Saiyidina Omar bin Al-Khattab yang memberikan ucapan beliau ; “Sesungguhnya Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, lalu ia disambut dengan Aidil Fitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-Quran pula ialah pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah s.a.w. menunaikan ibadah haji yang terakhir (Haji Wada’), maka ia disambut dengan Aidil Adha ”

Sekarang telah kedengaran keberangkatan jemaah Haji ke tanah suci. Masing-masing dengan tujuan yang satu. Moga selamat pergi dan pulang dengan diiringi doa.

Pada tahun ini, mungkin ramai guru-guru dari semenanjung yang mengajar di Sabah tidak pulang beraya di kampung. Mungkin perayaan ini akan disambut pada 6 & 7 November 2011. Maka dikesempatan ini, chegu mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.


Takwim cuti umum 2012

Takwim Cuti Umum 2012 Malaysia
Tarikh / hari
Takwim / cuti
Negeri
1 Januari
Isnin
Tahun Baru
Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 Januari
Sabtu
Keputeraan Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
15 Januari
Isnin
Keputeraan Sultan Kedah
Kedah
23 Januari
Isnin
Tahun Baru Cina
Seluruh Negara
24 Januari
Selasa
Tahun Baru Cina (Hari ke-2)
Semua negeri kecuali Kelantan dan Trengganu
1 Febuari
Rabu
Hari Wilayah
Wilayah Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja
5 Febuari
Ahad
Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
Seluruh Negara
7 Febuari
Selasa
Thaipussam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor sahaja
4 Mac
Isnin
Ulang tahun pertabalan Sultan Trengganu
Trengganu sahaja
6 April
Jumaat
Good Friday
Sabah & Sarawak sahaja
15 April
Isnin
Pengishtiharaan Melaka Bandar Bersejarah
Melaka sahaja
19 April
Khamis
Keputeraan Sultan Perak
Perak sahaja
1 Mei
Selasa
Hari Pekerja
Seluruh Negara
7 Mei
Isnin
Hari Hol Pahang
Pahang sahaja
5 Mei
Sabtu
Wesak Day
Seluruh Negara
17 Mei
Khamis
Keputeraan Raja Perlis
Perlis sahaja
30- 31 Mei
Rabu & Khamis
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan sahaja
1 - 2 Jun
Jumaat & Sabtu
Hari Gawai Sarawak
Sarawak sahaja
2 Jun
Sabtu
Hari Keputeraan Agong
Seluruh Negara
17 Jun
Ahad
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis sahaja
7 Julai
Sabtu
Georgetown Hari Warisan
Penang – kakitangan kerajaan shj
7 Julai
Sabtu
Keputeraan Gabenor Penang
Penang sahaja
20 Julai
Jumaat
Keputeraan Sultan Trengganu
Trengganu sahaja
21 Julai
Sabtu
Awal Ramadan (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Malacca sahaja
6 Ogos
Isnin
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu sahaja
19 - 20 Ogos
Ahad & Isnin
Hari Raya Puasa *
Seluruh Negara
31 August
Jumaat
Hari Kemerekaan
Seluruh Negara
9 September
Ahad
Keputeraan Gabenor Sarawak
Sarawak Sahaja
16 September
Ahad
Hari Malaysia &
Keputeraan Gabenor Sabah
Seluruh Negara
Sabah
14 Oktober
Sabtu
Keputeraan Gabenor Melaka
Melaka sahaja
24 Oktober
Rabu
Keputeraan Sultan Pahang
Pahang sahaja
26 Oktober
Jumaat
Hari Raya Haji *
Hari Raya Korban
Seluruh Negara
27 Oktober
Sabtu
Hari Raya Haji (Hari ke-2) *
Hari Raya Korban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu sahaja
11 November
Ahad
Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan sahaja
13 November
Selasa
Depavali
Seluruh Negara, except for Sarawak
15 November
Khamis
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Seluruh Negara
22 November
Khamis
Keputeraan Sultan Johor
Johor sahaja
11 December
Selasa
Keputeraan Sultan Selangor
Selangor sahaja
25 December
Selasa
Krismas
Seluruh Negara
* tertakluk kepada perubahan – fasa bulan baru

hiasan

ShareIt