Memaparkan catatan dengan label Guru Kelas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru Kelas. Papar semua catatan

Isnin, 24 Februari 2014

SPS Sistem Pengurusan Sekolah | Oh Data Terbaru Pengurusan Sekolah

Pagi Ahad Lepas, Pengetua ada membuat pengumuman SPS - Sistem pengurusan Sekolah perlu diisi dan dikemaskini dan tarih tutupnya 25hb Feb... APA?? biar betul 3 hari je masa diberikan. Apa tuSPS.. Diterangkan cikgu IT..Katanya "Sistem maklumat terbaru kementerian yang akan digunapakai secara menyeluruh memansuhkan sistem sebelum ini". Tak sahih betuk ke tidak...

Alamak, bukan setakat nama sendiri je yang kena key in - Semua nama pelajar dalam kelas Chegu pun kena letak.. OHH KERJA lagi... Cuma terkilan selalunya tempoh panjang, ini hanya 3 hari je?



Sebelum ni dahlah sebagai guru kelas kena isi di post sebelum : ADPM aplikasi pangkalan data murid. Pastu benda sama di SMM (sistem maklumat murid) ni software offline kalini SPS bawah domain 1Bestari.net.
Apa nak buat... pulun je lah

Sempat Chegu tulis kat blog ni kala urgent nak data??? mana taknye... "internal server error" - mungkin terlalu ramai online waktu ni... Takpe... Steady Brader..^_^ senyum selalu (macam tak biasa)

tahniah ini anda dapat
Alamak takkan nak bersengkang mata malam ni??

Rabu, 29 Januari 2014

Budget Menghias Kelas

Salam dan selamat kepada pembaca... Chegu buat posting untuk guru-guru yang terkira-kira berapakah kos nak menghias meja menggunakan tikar getah. haha.. tema coklat kuning sebab langsirnya dah siap sedia kaler coklat kuning

Buat sendiri - Anak murid ting 1
Chegu tak percaya kat diaorang

Kenapa dgn tikar getah ni.. Uh... Chegu dah pernah cuba guna pembalut hadiah atau alas meja plastik, kesudahannya jahanam dalam 2-3 bulan. Tikar getah ni, mungkin akan bertahan sehingga setengah tahun, malahan kalau anak murid tu cermat, sampai ke hujung tahun masih bertahan walau telah koyak sebab ianya tebal, jadi lasak. Cuma Chegu agak tak setuju dengan pihak sekolah suruh pelajar letak kerusi atas meja .... duit sendiri oooooooohhhhhh....... (Terpaksa Makan Hati dibuatnya...HiHiHi)

Tapi ada guru-guru yang tertanya-tanya nak membeli berapa banyak. Sedangkan kos membeli segulung tikar getah hanya RM 150 = 20 meter. Em.. Chegu tak pasti harga ini... kena tanya kedai lah .. ok?

So dah kena kat cikgu matematik, kiki, kerjanya mengira je. So formula Chegu untuk kiraan

1 setengah meter = 4 meja pelajar (meja kayu pelajar dlm 70x30cm)
so
40 meja = 15 meter

Em mana lebih baik beli potong meter harganya selalunya akan lebih mahal dari segulung tikar getah. Jadi kena fikir sendirilah... Lebihan mana tahu, lebihan boleh letak kat papan kenyataan.

2 orang je pelajar 1era2 yang membantu
Kalau ramai2 takut semak.. sebab

Stapler gun ada 1 je. Beli masa kat Sabah,
More Chance, Kota Marudu
Tag tanda harga masih ada ... Sangat berjasa benda ni
(Suatu pelaburan yang tak sia-sia)
Lepas ni nak hias birai meja. Nak letak skirting... kau ingat kereta je letak skirting,,, meja pun jugak .. tau!!!

Jumaat, 17 Januari 2014

Kerja Awal Tahun Guru Kelas

Tahun 2014 ni, macam biasa lah, sebagai guru baru kat sekolah ni, memang dah jadi kebiasaan menjadi guru kelas. Mana-mana guru pun yang berpindah masuk atau posting baru tak akan terkecuali memegang jawatan ini.

Chegu buat posting ni untuk membantu anda, ye sebab mungkin anda tercari panduan macamana nak urus kelas, terutama kepada yang dah lama tak pegang kelas (guru lama) ataupun posting baru.

Pertama Perlu ada fail meja guru kelas.
Download Dokumen Fail Meja Guru Kelas

Kemudian, ambil semua maklumat penting dari pelajar anda. Sesetengah sekolah memang tak pedulikan langsung guru-guru kelas ni. Jadi tugas anda memikirkan sediri apa perlu dibuat. Jadi borang link dibawah ini harapnya boleh membantu. Ambil nama kedua ibu-bapa kerana nanti senang mengisi ADPM - sistem maklumat murid online. Sekolah chegu memang tak boleh diharap langsung kerana dasar penjimatan. Jadi sendiri memperbanyakkan borang untuk kemudahan kerja sendiri juga.
Download Borang Biodata Murid

Kemudian isi data online - nanti pihak pentadbir akan mesyuaratkan dan memberi kata laluan
http://cheguzam.blogspot.com/2014/01/apdm-aplikasi-pangkalan-data-murid.html

Kemudian hiaslah kelas anda sendiri, saja chegu bagitahu sebab ada pernah chegu terbaca, Ada Yang Marah Cikgu Makan Gaji Buta. Perhatikan dari tadi chegu bagitahu semuanya kos sendiri, laptop nak buat semua kerja, duit sendiri, internet prepaid nak online data murid, pun duit sendiri juga, borang nak mudah kerja, duit sendiri, hias kelas pun duit sendiri. Katanya meeting je cikgu ni, macamlah diaorang ingat kita cikgu ni minat sangat meeting, kalau boleh takmahu pegi meeting, masuk kelas ngajar lagi baik.
Ceh ter emosi la plak. Kalau tak caya lihat ini ... https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151924429727685&set=a.299100887684.148452.254691437684&type=1&theater

Senarai Semak Tugas Guru Kelas
- Isi Buku Daftar Kehadiran dan tanda kehadiran setiap hari
- Beri No Pendaftaran Sekolah setiap Murid Baru Masuk Sekolah (mungkin HEM / Kaunseling pegang)
- Isi kad 001
- Daftar Pinjaman Buku Teks pelajar
- Lantik Jawatan dalam kelas
- Isi SMM (Sistem Maklumat Murid) - prog mintak kat guru data
- Senaraikan komposisi kaum dalam kelas
- emm banyak tak?

Kepada yang buka "posting" ni diharap mudah menjalankan tugas anda. Selamat Menjalankan Tugas, KiKiKi

Jumaat, 10 Januari 2014

APDM - Aplikasi Pangkalan Data Murid

APDM buat guru-guru bermaksud, kikiki, Selamat menjalankan tugas sebagai guru kelas. Anda amat bertuah kerana akan mengunakan akses ke halaman ADPM ini untuk mengemaskini data pelajar dalam kelas anda.

Klik untuk ke halaman ADPM

Lawati lamannya di sini - http://apdm.moe.gov.my/index.php

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 pagi hingga 12:15 pagi setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan 

Buat guru yang masih tak tahu atau pertama kali gunakannya, disini ada panduan bergambar

klik gambar untuk besarkan

Masuk dan login (katalaluan daripada pentadbir)
gambar no 1 - Klik daftar murid
gambar no 2 - Klik daftar murid
Masukkan IC dan klik teruskan

Ok, isi maklumat murid satu persatu


ShareIt