Memaparkan catatan dengan label PBS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PBS. Papar semua catatan

Ahad, 15 Jun 2014

Info Terkini Sistem Pendidikan Kita (2014)

INFO TERKINI DLM SISTEM PENDIDIKAN KITA

Tahun 2014 ada penambahbaikan dari  PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah - yg akan bertukar kpd KSSR Maklumat yang telah diterima seperti berikut :
  1. DSK ( Dokumen Standard Kurikulum ) disatukan dengan DSP ( Dokumen Standard Prestasi ). Maka terhasillah DSKP (Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran).
  2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail dan mudah untuk guru merekod pencapaian murid.
  3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.
  4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.
  5. Ujian-ujian lain di peringkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. (terpulang pada pihak sekolah ).
  6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. Jadi, Menurut pengasas PBS, Dr. Khodori, sepatutnya Deskriptor datang selepas evidens, bukan evidens datang selepas deskriptor.
  7. Paling mengujakan, guru tidak perlu lagi ONLINE untuk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dalam bentuk excell dan digunakan sbg rujukan guru shj untuk melaporkan perkembangan murid kepada ibu bapa .
  8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.
Subjek Baru  KSSR akan diperkenalkan iaitu;
  1. Sejarah ganti Kajian Tempatan
  2. Rekabentuk Teknologi
  3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Dua Bab Tambahan bagi Subjek Matematik
  • Penambahan Bagi Bab Koordinat  (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)
  • Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah)
Murid Tahun 4 dan Tingkatan 2  (2014) juga merupakan perintis pertama kpd pengenalan Soalan 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)' spt yg telah diwar-warkan sebelum ni. Difahamkan pada tahun 2016, 40% soalan yg akan diuji adalah berkaitan KBAT.

Lihat Info KBAT untuk Matematik
http://cheguzam.blogspot.com/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untuk-guru.html

Jumaat, 2 Mei 2014

PBS Terbaru April 2014 | Panduan untuk Guru


Update April 2014 - Buat guru-guru yang masih tertanya-tanya, PBS terbaru kini amat berlainan daripada yang sebelumnya selepas penambahbaikan. Apakah yang lainnya tu,

1) Tiada lagi evidens yang bayak seperti dahulu. Semuanya dipermudah dan diringkaskan kepada yang lebih mudah iaitu PPPM (Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid) bukan lagi DSP (Dokumen Standard Prestasi)
2) Data online tiada dan digantikan dengan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Jadi buat guru yang masih terpinga-pinga dan tak pasti nak buat apa.
Ikut step ini

a) Download Borang Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid
Modul ini dalam excel dan anda perlu masukkan semua data murid dan ianya akan mencetak band pelajar. Mengisi borang Peperiksaan pertengahan tahun dan hujung tahun pun ada kat borang ni.
klik untuk download
MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 1
MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 2
MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 3

b) Soalan kena buat sendiri.. Soalannya berpandu kepada PPPM (Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid)
klik untuk download
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 1
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 2
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID TINGKATAN 3

Carta alir pengurusan PBS (SOP)
- klik untuk besarkan gambar -

Selamat menjalankan tugas ^_^

Tag : Pbs untuk semua subjek tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, Menengah Rendah, Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan SiVik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu - Kemahiran Teknikal - Ekonomi Rumah Tangga - Pertanian - Perdagangan Dan Keusahawanan

UPDATE OGOS 2014
Harap Maaf Guru-Guru, Link di atas sudah tiada. Excel untuk isi offline dah tiada. Hanya PPPM sahaja yang tinggal. Anda kenalah manual membuat sendiri jadual kemajuanmuridberdasarkan PPPM (dulunya diskriptor)
Klik link ini : http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=280&Itemid=114&lang=en

Sabtu, 15 Februari 2014

Borang Transit PBS Matematik Tingkatan 3

Post ini mengandungi dokumen-dokumen transit untuk mempermudah guru-guru dan menjimatkan masa untuk membuat dokumen ini.

Ia mengandungi Borang transit untuk PBS (penilaian berasaskan sekolah, SPPBS)
Subjek Matematik (mathematics, math, m3) untuk Tingkatan 3

Ini yang terbaru - Febuari 2014

Download / muat turun
Dokumen Standard Prestasi (DSP) PBS Math | Tingkatan 3 |

Borang Semakan Semua Pelajar PBS Matematik | Tingkatan 3 |

Bonus, Borang pemetaan band pelajar (jumlah soalan perlu dijawab pelajar untuk lulus band)
| Tingkatan 3 |

Link Sebelumnya untuk Tingkatan 1 dan 2 klik sini

Selasa, 11 Februari 2014

Berita Semasa PBS ke? PMR ke?

Oh! patutkah Chegu mengguna Istilah PBS... em patut kot, sebab ianya masih berjalan. Cuma tengah tertunggu-tunggu bilakah sistem online SPPBS nak kembali beroperasi. Janjinya bulan Januari. Sekarang dah pertengahan bulan Febuari dah.. ape cerite..

Letih haritu menjawab pertanyaan IbuBapa di hari bertemu pelanggan bulan lepas. Semuanya tanya pasal PBSMR, Chegu jawab ... Tak Tahu!!

Bingung Ni!! Pening-pening lalat pun ade
Tiba-tiba minggu ni dalam perhimpunan Pengetua bercerita tentang pentaksiran Berpusat. 4 Matapelajaran yang akan beraksi iaitu subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Yang mengambil Tamil / B.Cina akan masing-masing mengambil 5 matapelajaran. Siap ada mesyuarat minggu depan dan ada dah dikeluarkan, berserta jangkaan bulan ianya akan berlangsung.

klik untuk baca

Ada juga Ujian Lisan BM dan BI serta Instrumen pelbagai (taktahu macamana formatnya) untuk matapelajaran lain. Alamak... mesyuarat lagi...
AmarAN: Ini tak rasmi lagi jadi jangan jadikan ini header majalah ye!

Ohhh... tapi Chegu confuse sebab Utusan Malaysia memberikan tajuk yang sangat-sangat mengelirukan. Tak percaya KLIK link ini. Pun Keluar dalam Buletin Utama Sebentar tadi. Sistem akan online Bulan April Nanti

Macam nilah ayat yang Chegu gunakan kat Ibu Bapa haritu... Reaksi Ibu bapa macam muka chegu gak! Blur...

Kikiki... Minta jangan keluarkan parody berkenaan statement chegu ni... (al-maklumlah sekarang ni orang pandai buat parody sebab astro anjur bikin iklan parody program Maharaja lawaknya)

Yang Penting - Chegu dah war-warkan kepada pelajar akan kehadiran ujian bertulis ni di BULAN OKTOBER. Sooo, good luck..

Related Post:
SBA bukan PBSMR - semuanya hanya spekulasi
Sila ambil perhatian! PBSMR tak wujud

Sabtu, 25 Januari 2014

SBA bukan PBSMR - Semuanya hanya spekulasi

Post sebelum Chegu telah ceritakan sebenarnya PBSMR hanya spekulasi percakapan mulut-kemulut. Benda ni tak betul. post lama sila ambil perhatian pbsmr tak wujud

Hee.. gambar pelajar buat PBS pendidikan seni visual
(melukis)

Tapi Ada pula pengumuman dalam berita TV# kata SBA yang akan ganti PMR untuk penilaian pelajar Tingkatan 3.

SBA TU APA PULA? Ia adalah bermaksud Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Mana sumbernye, dari suratkhabar online. Klik sini. Sejauh mana kesahihannya, chegu pun takdapat pastikan. sebab take pekeliling yang mengatakan apa-apa pun. Kita tunggu sahaja

Sumber pun hanya SBA peringkat STPM je, klik sini.


Selasa, 24 Disember 2013

Sila ambil perhatian! PBSMR tak wujud?

Banyak buah mulut orang yang mengatakan PBSMR bakal menggantikan PMR yang mana hanya beberapa subjek tertentu akan diuji selain hasil kerja pelajar sewaktu pengajaran dan pembelajaran.

Keratan akhbar - jadi ini berita palsu lah?

Ok.. Chegu dapat tahu pula, PBSMR tak ada. Tiada surat pekeliling ataupun arahan Kementerian mengatakan ianya akan dibuat. klik sini untuk sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pbsmr-tidak-wujud-hanya-pmr-ditambah-baik-1.233850

Siapalah yang mulutnya becok kata PBSMR ni ada ye. Macam gempar pulak kata takde. Tapi macam ayat pandai-pandai je. Erm, sumber sekarang ni tak jelas, baik jangan buat staement awal-awal. Kita ikut je

Jadi jangan pandai-pandai menyebarkan da'yah yang bukan-bukan. Em Tahun 2014 dah dekat. Sekejap je cuti hujung tahun 2013 berlalu.

Tahun depan (2014) telah diumumkan Johor akan cuti Hari Jumaat, supaya mudah untuk umat islam beribadat, rasanya macam tak kekok sebab waktu chegu belajar dulu, memang hari jumaat dan Sabtu cuti. Tapi.... keraguan kalau aktiviti ko-kurikulum (sukan) dibuat hari sabtu??? Ahad sekolah dah.

Ahh.. abaikan, yang penting heppy.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Borang Transit Pelajar Sejarah T1 T2

Berikut adalah dokumen transit pelajar mengikut eviden (evidence)
Subjek Sejarah (matapelajaran, sej, subjects, history)
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (t2, ting2, form, F2)

Download
Borang transit pelajar sejarah | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 |


Jumaat, 18 Oktober 2013

Borang Transit PBS Matematik T1 T2

Post ini mengandungi dokumen-dokumen transit untuk mempermudah guru-guru dan menjimatkan masa untuk membuat dokumen ini.

Ia mengandungi Borang transit untuk PBS (penilaian berasaskan sekolah, SPPBS)
Subjek Matematik (mathematics, math, m3)
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Form 1, Form 2)

Ini yang terbaru - Oktober 2013

Download / muat turun
Borang Individu PBS Math | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 |

Borang Semakan Semua Pelajar PBS Matematik | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 |

Bonus, Borang pemetaan band pelajar (jumlah soalan perlu dijawab pelajar untuk lulus band)



Khamis, 17 Oktober 2013

Borang Transit Individu PBS PSV T1, T2

Berikut adalah Borang Transit untuk setiap individu bagi Subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) tingkatan 1 dan tingkatan 2

Borang Transit Individu PSV Tingkatan 1
Borang Transit Individu PSV Tingkatan 2



Isnin, 16 September 2013

Poster Kemerdekaan Ke-56

Menepati masa minggu kemerdekaan dan kebetulan pula hari ini adalah hari Malaysia 16 September, Sek Tinggi Kluang (STK) telah membuat pertandingan melukis poster untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Sambil terus pelajar ini dinilai untuk pbs melukis poster. Kira dua dalam satu. Pelajar chegu yang ada pbs ni ada 3 kelas.




Menarik poster sambutan kemerdekaan ni. Belum kumpul lagi, tak tahu ada tempat ke lukisan kat atas ni.

Bila ditanya menarik sangat, chegu serkap jarang je tanya bebudak tu, "Ada masuk pertandingan ke sebelum ni?", terus jawab pernah. Emmm.... patutlah... dah biasa.

Tapi, apapun tahniah sebab menyertai (psstt bukan ke wajib diaorang buat). Lukisan fiatas layak dalam peringkat saringan Chegu untuk hadiah dari sekolah. Tak tahu prestasi kelas lain.

Isnin, 9 September 2013

PSV Tembikar 1TES2

Sambungan dari seni tembikar tingkatan 1, menggunakan tanah liat mainan, hasil keja pbs pelajar matapelajaran seni ni, macam biasa la, chegu akan ambil gambar. Maka, yang kreatif dan menampakkan ciri-ciri rajin terpuji je yang akan masuk ke blog ni.

Jadi, untuk tingkatan 1TES2 ada beberapa hasil yang chegu pilih

Dari Narveena Raj. Tak tahu tema apa ni.
Beberapa jambangan ukiran bunga dalam pasu.
Sangat teliti buatannya.

Beberapa lagi hasil tembikar pelajar.

Sangat memuaskan. Sebelum ni puas dah chegu membebel dgn pelajar kerana tidak membawa tanah liat mainan untuk tujuan penilaian pbs. Hasil ini pelajar bawa dari rumah. Maka tak hairan hasilnya kerana begitu banyak masa yang diberu.

Maka macam biasa, semua hasil yang cantik-cantik datang dari murid perempuan. Chegu bukan nak mendisriminasi, tetapi macam diletakkan seni kraf sesuai untuk perempuan. Tetapi chegu nak menyatakan disini pelopor dan yang telah berjaya membangunkan perusahaan seni seperti ini banyak dari karya orang lelaki. Jadi kenapa pelajar lelaki tak boleh melakukan yang sama.

Jawabnya, tiada minat dan tidak rajin.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Reni Reka Halus - Tembikar Ting1

Minggu Ini juga chegu memperkenalkan satu lagi silibus dalam Pendidikan seni visual (PSV) untuk Tingkatan 1 (PBS). Tajuknya Seni Reka Halus Tembikar Tingkatan 1

Bahan - Tanah liat mainan

Kaedah / Teknik
1. Picit / membentuk
2. Lingkaran

Maka ada beberapa gambar evidens yang terbaik untuk 2 kelas chegu

Kelas 1RK2

Nurul Syuhada Bt. Zahari - Teknik picit serta membentuk
(arca/abstrak)
Drp Afini bt. Roslan - teknik lingkaran dan gubahan
(pasu bunga)

Kelas 1RK3
Nur Ifhami Bt Zakaria - Teknik lingkaran
Menariknya adik ini menggabungkan dua warna serta
membuat hiasan/gubahan bintik berselerak
Tahniah dan terima kasih anak-anak muridku, mungkin ini boleh memberi contoh untuk pelajar-pelajar untuk menghasilkan karya yang lebih menarik pada masa akan datang.

Seni Anyaman Tingkatan 1

Tahun ini subjek chegu mengajar adalah salah satunya pendidikan seni visual tingkatan 1. Maka pengajaran minggu ini adalah seni anyaman.

Ada beberapa jenis seni kelarai yang biasanya dibuat pada tikar anyaman mengkuang. Pbs PSV tingkatan satu menilai pelajar mampu menganyam beberapa corak yang diperkenal guru dan membentuk motif berulang.

Paling baik pelajar dapat menyerap dan mengaplikasi pembelajaran lepas iaitu jalinan, kontra, motif negatif-positif dan lain-lain, mana yang sesuai.

Alatan yang digunakan - Kertas lukisan, kertas warna, selotape / gam dan gunting / pisau memotong.
(lebar setiap satu jalur = 1cm)

Berikut merupakan contoh-contoh terbaik evidens pelajar

Ini bagus, ianya menggabungkan corak positif dan negatif
pada anyaman


Anyaman ini menunjukkan pelajar memahami konsep penegasan,
cuma warna yang digunakan agak malap

Chegu memberi kebebasan dalam mengembangkan idea pelajar. Motif yang chegu ajar adalah seperti gambar dibawah
Motif flora - tampuk manggis

i
Ini anyaman yang chegu buat sebelum kelas sebagai ABM

Khamis, 29 Ogos 2013

Download PBS Matematik Tingkatan 2

Disini menyediakan link download untuk guru-guru, soalan-soalan math form 2, evidens PBS.
hiasan

Amaran: Akan ada selingan iklan (ads) selama 5 saat.

Untuk download, [klik link dibawah]
Matematik Pbs bab 1 [http://adf.ly/Uvj5w]
Matematik Pbs bab 2 [http://adf.ly/UvjFv]
Matematik Pbs bab 3 [http://adf.ly/UvjKF]
Matematik Pbs bab 4 [http://adf.ly/UvjOZ]
Matematik Pbs bab 5 [http://adf.ly/UvjR2]
Matematik Pbs bab 6 [http://adf.ly/UvjWJ]
Matematik Pbs bab 7 [http://adf.ly/UvjZj]
Matematik Pbs bab 8 [http://adf.ly/Uvjdz]
Matematik Pbs bab 9 [http://adf.ly/UvjiJ]
Matematik Pbs bab 10 [http://adf.ly/Uvjm0]
Matematik Pbs bab 11 [http://adf.ly/UvjqC]
Matematik Pbs bab 12 [http://adf.ly/Uvjye]

Rabu, 14 November 2012

PAJSK PBS Tingkatan 1

Berikut adalah beberapa fail serta dokomen borang berkaitan PBS bukan kurikulum (Ko-Kurikulum) pelajar Tingkatan 1

PJK, Badan Beruniform, Sukan dan Lain-lain (non akademik) adalah satu bahagian lain dalam PBS yang perlu diberikan markah.

Jadi, ini adalah senarai dokumen yang mungkin boleh serba sedikit memberi manfaat kepada guru-guru

  1. BORANG RUMUSAN SEGAK dan BMI A
  2. BORANG REKOD KEHADIRAN B
  3. BORANG RUMUSAN AKTIVITI EKSTRAKURIKULUM D
  4. BORANG RUMUSAN AKTIVITI SUKAN & KOKURIKULUM C
  5. dokumen standard prestasi tingkatan 1 2012
  6. FORMAT LAPORAN AKTIVITI
  7. Khidmat Masyarakat
  8. Persembahan Kebudayaan
Masalah Download Media dari Belog ini, Klik Sini Untuk Panduan Download


Dokumen PBS Ting1 2012

Ada beberapa dokumen-dokumen berkaitan ceramah dan manual pengguna bagi PBS untuk dilaksanakan di peringkat sekolah.

Panduan yang ada ini khas untuk tahun rujukan 2012 Tingkatan 1 sahaja

Mungkin tahun depan ianya akan berkembang dan akan ada penambahbaikan

  1. Memperkasakan Pengurusan Panatia (PBS)
  2. KONSEP STANDARD PRESTASI TINGKATAN 1 2012
  3. Manual_Pengguna_PBS
  4.  PENGURUSAN FAIL PBS V1
  5.  SPPBS MENENGAH 2012

Masalah Download Media dari Belog ini, Klik Sini Untuk Panduan Download
 


Rabu, 17 Oktober 2012

Hasil Pelajar + PBS

Menarik bulan ini lepas dah lama dah tak updatee blog nie. Takde cite yang menarik la. Mungkin sebab sekolah OLD school, dah patut la sebab kat sini, guru-guru dah berpengalaman, mana nak sama pemikiran macam kita yang muda nie..

Chegu amat sibuk la dalam beberapa bulan sebab PBS (pentaksiran Berasaskan Sekolah) ni la. Macam dah muak dan jemu asik bercakap pasal PBS nie je. Bebudak pun kalau tengok kita berangkut fail bebanyak ni memang nak buat PBS lah, aper lagik.

Barulah nampak macam best sikit sebab subjek geografi yang memerlukan pelajar membuat barangan-barangan dari sumber terpakai. Bersusunlah belakang chegu 'arca-arca' budak kelas 1KAA (Kelas aliran agama).

Rumah dari batang aiskrim
nota / notis mini dengan magnet
Bakul dari kertas surat khabar, frame gambar,
Kotak hadiah, Pasu bunga

Tempat alatulis dari bekas kerepek kentang dan
batang aiskrim
Jeles juga sebab matematik hanya buat kiub dan kuboid sahaja dari kertas manilakad. Tah le, diaorang yang gubal soalan PBS math dah takde idea kot.

Yang pasti kenalah siapkan 'key-in' markah sebab dah nak due date hujung bulan ini.




ShareIt