9 Nov 2011, Khamis
Dua minggu sebelum kami dah siap sedia buat passport nak pegi Brunei. Sebenarnya kami nak dtg berlapan, tapi sbb wan sakit kulit, maka tak dapatlah syed satu kerete ikut konvoi. Jd kerete chegu je guna untuk pegi ke Brunei ni. Lepas skolah, trus kami jalan. Sempat juga tukar wang brunei di KK. Kadar tukaran wang Malaysia kepada Brunei = 1 : 2.4
Sebelum ke Lawas, kenalah limpas (melalui) pintu imigresen di Sindumin dulu. Malam kami di Lawas sebab dah berhenti di Sipitang, tiada hotel yang bagus kat sana.
10 Nov 2011, Jumaat - Lawas, Sarawak
Sebelum bertolak kami singgah sarapan pagi di medan selera di Lawas.
(1) Feri - pengangkutan laut antara KK - Labuan - Brunei (2) Makan pagi di medan selera di Lawas - sebelah stesen minyak Shell (3) Mee Kolok dan nescafe |
Mee Kolok |
Sebelum sampai ke Brunei, kenalah melalui banyak chekpoint imigresen sempadan Sabah, Sarawak dan Brunei keje cop pasport je (pastikan cop pasport dulu sebab kalau dah naik feri nak patah balik lama sebab kena beratur d feri)
1. imigresen Sindumin, Sabah
2. imigresen Lawas, Larawak
3. imigresen Mengkalap, Sarawak
4. imigresen Labu, Brunei
5. imigresen Temburong, Brunei
Kemudian cross sungai ngan feri, sediakan tambang wang kecil RM8 / $4
(**pastikan paspot cop dulu, kalo tak nanti kena patah balik susah lerr coz kene cross sungai balik)
6. imigresen Limbang, Sarawak
7. imigresen Tedungan, Sarawak
8. imigresen Lurah, Brunei
Jelajah 2011 - Brunei (siri1)
Jelajah 2011 - Brunei (siri2)
Jelajah 2011 - Brunei (siri3)
Akhirnya hari ini diberitahu sudah dirasmikan jambatan di Temburong. Dah takde lah jambatan dan feri. Mudah lah perjalanan nak ke brunei dan ke sarawak.
BalasPadam