Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Isnin, 7 November 2011

Raya Korban 2011

6 November 2011 - Beraya di perantauan kalini dek sbb sek ada dua minggu je, cuti tak banyak. Tak berbaloi nak beli tiket balik kampung. Tak dapat la merasa raya di kampung - huhu macam tak biasa.

Jadi raya pertama ni ada program korban kumpulan usrah kami merangkap sambil-sambil hari keluarga usrah (lepas dah penat tentukan tarikh tapi x jadi-jadi hari keluarga tu).

Sembahyang sunat hari raya sini mula jam 7.30pg. Kiranya macam lambat gak sebab klu d semenanjung pun masa sama gak (sabah awal 1 jam dari semnjg k (for info)). Jd nak ambik sunat lepas sembahyang raya, nasib la Syarif kwn serumah bawa balik nasi impit ngan kuah kacang. Nak masak malas hehe.

Tahun ini ada seko lembu. Tempat sembelihan di penjuru padang SMK Pinggan-Pinggan dekat pagar utama.

(1) Pose 'mesra' geng usrah 2011 sebelum korban (2) Lembu betina cukup2 umur 2 tahun (3) Menumbang - hai syarif ada gaya nak sembelih bebeno (4) Hai Syed belai apa lagi tu (5) Anak-anak guru2 - mula2 takut nak pegang pastu berani yg amat
(1) Melapah lembu - Yang tak pegang pisau kat kelakang tu gelak sakan nampaknye, apehal tu ye?? (2) Juri-juri melihat hasil kerja anak didiknya (jemaah ramai smpi x cukup ruang melapah) (3) Em nak cakap ape ye, takut puji diri sendiri plak (4) Kerja memotong dan menimbang daging korban

Siap melapah daging, trus ke Surau. Menu jamuan daging goreng masak berempah dan sup tulang berempah. Nasi kena masak kat rumah cikgu murad sebab takde letrik kat surau. Master chef - cikgu syed, memang sedap betul makan-makan hari ni (pujian ikhlas ni tau). Jangan lupa tagline 'Seronoknya hari keluarga tahun ini' (sambil kedua2 tgn letak atas bahu).
(1) Gaya jer ke? jgn hangit daging tu syah (2) Lagak Master Chef atas tong gas (syed) mengarah ngan lagaknya hehe (jgn mare ye)

4 ulasan:

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt