Rabu, 9 November 2011

Jamuan Akhir Tahun 2011 -siri2-

9 Nov 2011 - Banyak jemputan jamuan kelas harini. Jom lihat mana-mana kelas yang sempat dirakamkan.

Kelas pertama seawal pagi ialah kelas 1 Dinamik. Kelas ni selalunya menang pertandingan mingguan keceriaan kelas untuk menengah rendah. Memang top la kelas ni. Cantik rekaan baju kelas nih. Ramai cikgu-cikgu yang hadir.

Kelas kedua pula, kelas 5 kreatif. Paling best ada laksa cikgu aklima masak. Kek ada dua, banyaknye!!!. Dua-dua tulis selamat menjawab SPM. Chegu ucapkan selamat menjawab SPM kelak... Macam biasa, ada juga baju kelas (ada nilai sentimental rekaannya ... boleh tiru ke)

Yang akhir ni, bukan kelas, tapi harini juga ada Majlis Graduasi pelajar tingkatan 6 SMK Pinggan-Pinggan. Jamuan je Chegu pulun.. he ada patut ke. Merangkap makan tegahari walaupun dah kenyang. Makanan memang sedap (4 dari 5 bintang ratenye). Ada daging blackpaper, ayam merah, udang, isi ikan, dan sayur campur. Katering memang mantop dengan harga serendah RM 10 sekepala termasuk peralatan. Pn Malati yang bagitahu. Sesapa nak tempah tanyalah puan sebab tak ingat dari siapa (melantak sakan).

Paling penting banyak jamuan mesti ada kek, dan semuanya ditempah dari cikgu murad. Harini je dah 12 kek terjual. Sory kelas yang tak termasuk sini sebab x ambil gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.. ..

ShareIt