Blog ini sesuai dipamer dalam chrome browser dan paparan lanskap

Sabtu, 26 November 2011

Makan Malam Sihat

Tips Makan Malam Yang Sihat

Hiasan - Mee sup

Adakah anda tahu bahawa pengambilan makan malam juga adalah sama pentingnya seperti pengambilan sarapan pagi?

Ini adalah kerana tubuh badan juga memerlukan sumber tenaga daripada makanan ketika tidur. Jika makan malam tidak diambil, ia akan merendahkan metabolisma badan. Ianya pasti tidak akan membantu untuk anda menurunkan berat badan. Kepentingan makan malam dengan cara yang sihat

1. Jika anda tidak mengambil makan malam, perut anda akan kosong. Ini akan menyebabkan hormon ketegangan akan meningkat dan badan mudah menjadi letih. Oleh itu keesokan harinya anda akan bangun dengan keadaan yang lemah dan kurang ceria.

2. Jika anda tidak mengambil makan malam, kadar metabolisma badan akan berkurang. Ini akan menyebabkan badan akan menyimpan lebihan kalori yang akan menyumbang kepada peningkatan berat badan.

3. Pastikan anda mengambil makan malam pada waktu yang betul iaitu sebelum pukul lapan malam. Ini akan dapat mengurangkan risiko untuk anda mendapat batu karang pada saluran uretra. Ini kerana proses penyingkiran kalsium berlebihan akan berlaku dengan optimum empat hingga lima jam selepas makan melalui proses pembuangan air kecil.

4. Pastikan anda mengambil makan malam dalam kuantiti yang kurang dan lebih ringan dari makan tengahari. Kuantitinya harus sederhana dan berkhasiat. Ini adalah kerana tenaga yang diperlukan pada waktu malam adalah kurang dari tenaga yang diperlukan pada waktu siang.

5. Pada waktu makan malam, lebihkan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan kurangkan makanan yang mengandungi protein dan lemak.

6. Pastikan anda tidak mengambil makanan ringan selepas makan malam kerana ia akan menyumbang kepada peningkatan berat badan. Jika anda terasa lapar pada waktu malam, pilihlah buah-buahan.

Jadi jangan kata diet sampai tak makan langsung. Salah tu. harus diingat fungsi badan seperti bernafas, berpeluh, berkelip mata juga perlukan tenaga.

(d0t...) siang makan.. tengahari makan.. malam pun makan ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silakanlah komen, tetapi hendaklah menjaga etika. Ilmu untuk manfaat semua

ShareIt